Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Tuesday, April 25, 2017

Jamu mata lagi. Jangan jemu dah la ya. Haha.

Assalamu'alaikum.

Jamu mata lagi. Jangan jemu dah la ya. Haha.

Sekarang ni, aku suka letak gambar pokok sayur dan pokok bunga aku kat blog aku ni. Daripada aku merapu buat entri yang bukan-bukan, baiklah aku kongsikan gambar hasil dari mini kebun aku yang sekangkang kucing kat rumah ni. Haha.


Jom jamu mata! Jika jemu, tak payah tengok la ya. Hahaha.


1- Pokok terung telur itik.





2- Pokok kambeh atau kambas.




3- Pokok kacang panjang merah.



4- Pokok halia.



5- Pokok durian belanda.










Sekejap tadi, aku baru je pindahkan anak-anak pokok cili kulai ke dalam pasu plastik yang aku baru beli kat kedai dua ringgit hari tu. Kat sini, pasu macam ni harga dia lebih dari dua ringgit. Mampu tengok je la. Ni mujur aku beli masa ke bandar hari tu. 








p/s: Letih buat kerja-kerja macam ni tapi apabila dapat hasilnya, hilang segala letih tu. 

Monday, April 24, 2017

Sedih menengoknya.

Assalamu'alaikum.

Sedih menengoknya.


Beginilah rupanya pokok rock melon yang aku tanam dulu. Dulu elok je pokok ni hidup subur tapi sekarang ni, sedih betul menengoknya. Huhu. 






Pangkal batang pokok rock melon aku ni sudah mereput. Tu yang menyebabkan daun dia layu dan menunggu masa untuk mati. Selagi batang rock melon ni tidak kering dan masih lagi berwarna hijau, aku biarkan je buah tu kat situ. Mana la tau kot-kot buah tu boleh masak. Harapnya masak la walaupun buahnya takde la sebesar mana. Yang penting dia masak sebab nanti dapat la aku ambil bijinya untuk dijadikan benih.


Takpe, anggap je kegagalan ini sebagai satu pengalaman. Kita belajar dari kesilapan. Mungkin pengaliran air kat tanah dalam pasu tu tak berapa lancar yang menyebabkan pangkal pokok tu sentiasa basah dan mereput.


p/s: Lepas ni, nak cuba tanam lagi rock melon ni sehingga berjaya dapatkan buahnya dalam saiz sebenar. Mudah-mudahan aku tidak putus semangat. Aamiin.

Sunday, April 23, 2017

Tumit Tinggi: Blogger Julia Johari keluar tv lagi.

Assalamu'alaikum.

Tumit Tinggi: Blogger Julia Johari keluar tv lagi. 

Tengah hari tadi sempat la aku tengok segmen Tumit Tinggi kat RTM1. Saja la tengok sebagai menyokong blogger Julia Johari yang keluar kat dalam rancangan tu. Aku tengok kat tv dan juga tengok kat laptop. Yang kat laptop ni aku tengok live menerusi My Klik. Sambil tengok, sambil aku print screen dan crop. Ni la antara gambar yang sempat aku crop.













Tahniah untuk Juju. Jika tak silap aku, ini merupakan kali kedua Juju ke udara dan dua-duanya kat RTM1. Dah boleh jadi blogger selebriti dah ni. Hehe. Apapun, moga Juju terus sukses!


p/s: Bila la RTM nak panggil aku pulak ya. Akupun blogger jugak. Tapi blogger di pinggiran je la. Hahahaha. 

Friday, April 14, 2017

DIY: Scoop untuk berkebun.

Assalamu'alaikum.

DIY: Scoop untuk berkebun.


Jom buat sendiri scoop untuk berkebun ni dengan menggunakan botol plastik terpakai. Jangan membazir asyik nak beli yang baru dan yang cantik je. Beli scoop yang mahal dan cantik-cantikpun jika tidak digunakan, tak guna jugak. Haha.






Beginilah rupanya scoop yang sudah berjaya aku buat. Mula-mula tu tercangak-cangak la jugak aku nak buat. Jenuh jugak la dok pusing sana pusing sini botol tu. Tengok kat video macam senang je orang tu buat. Rupanya kena fikir banyak kali jugak. Haha.


Aku gunakan botol Peel, Fresh Marigold yang 2L tu. Itu je pun botol yang ada dan yang sesuai. Kiranya kecil comel la scoop yang aku buat ni. Hehe.


Mula-mula aku toreh botol ni guna pisau. Lepas tu baru aku guna gunting dan gunting ikut tanda yang sudah di-marker. Bahagian pemegang botol tu aku potong guna pisau yang telah dipanaskan matanya. Mula-mula guna pisau biasa. Tak lut nak toreh. Guna guntingpun tak jalan jugak. Sudahnya, aku panaskan mata pisau tu dengan api dapur gas, lepas mata pisau tu dah panas, terus je aku potong pemegang tu. Ehh, laju je dia potong. Haha.




Semalam aku  diy scoop tu, petang semalam jugak aku rasmikan dia untuk tanam pokok dalam pasu kat taman blok aku ni. Kiranya scoop tu dah mula berjasa la. Haha. Lepas guna, aku basuh bersih-bersih. Walaupun scoop tu cuma diy dari bahan terbuang, tak bermaksud kita buat tak tau je kat dia. Kenalah jaga sebagaimana barang yang dibeli di kedai. 


Boleh je beli scoop macam ni kat kedai dua ringgit tapi dua ringgit tu duit jugak, kan? Jika kita boleh diy sendiri, eloklah diy je. Duit dua ringgit tadi boleh masukkan dalam tabung. Zaman sekarang ni adalah zaman untuk berlumba-lumba untuk berjimat cermat dan bukan lagi zaman untuk berlumba-lumba menayang harta benda. 


p/s: Boleh aje jika nak berjimat. Pilihan ada di tangan kita.

Tuesday, April 11, 2017

Kambeh.

Assalamu'alaikum.

Kambeh.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.




Pokok kambeh yang aku semai pada 24/2/2017 yang lalu, sudah mula mengeluarkan buah sulung. Aku cuma semai tiga biji benih kambeh je dan alhamdulillah, ketiga-tiganya bercambah dengan elok walaupun buah kambeh yang aku beli tu masih lagi hijau. Maksudnya, biji benih kambeh tu masih belum cukup tua.




Daripada tiga benih kambeh yang cambah tu, hanya dua benih sahaja yang membesar dengan elok. Satu benih lagi tu aku tak tau kenapa boleh mati. Mungkin dia tak nak hidup agaknya. Hehe.




Mudah-mudahan buah kambeh aku ni membesar dengan sihat. Dapat la aku merasa makan buah kambeh hasil dari tangan sendiri. Ni merupakan kali pertama aku cuba tanam kambeh.


p/s: Ada orang panggil kambeh ni dengan nama peria dan juga kambas. Disebabkan aku ni orang Negeri Sembilan, maka sebutannya jadi kambeh la. Haha.

Thursday, April 6, 2017

Cili jiran.

Assalamu'alaikum.

Cili jiran.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Ini adalah cili padi pemberian dari jiran depan rumah aku. 




Ceritanya begini. Pagi tadi aku ke rumah jiran aku tu. Nak ingatkan dia fasal mata gergaji yang aku kirim dia beli kat pekan sehari. Takut dia terlupa, tu yang aku ingatkan semula. Rupanya, gergaji dia tu dia beli kat bandar. Makanya, tak jadilah aku kirim beli. 


Lepas tu, aku tegur la pokok cili padi dia tu. Aku tanya dia, pedas ke tak cili tu sebab aku tak pernah makan cili padi jenis macam ni. Dia kata, cili padi ni tak sedap dan dia memang tak makan sangatpun. Aku tanya la kenapa tak sedap? Rasa dia maung ke? Dia kata maung la sikit. Tu yang dia tak makan sangat tu. Lagipun, pokok cili padi ni bukannya dia yang tanam. Pokok tu tumbuh sendiri. Mungkin ada la tu benih cili tu jatuh kat situ.




Lepas tu, terus je dia patah-patahkan ranting pokok cili padi tu. Dia bagi kat aku sikit dan bagi lagi sikit kat sorang lagi jiran. Alhamdulillah, kiranya rezeki aku la. Lagipun, stok cili padi kat rumah baru je habis. Baru je semalam aku minta abang aku beli cili padi setelah dua bulan tak beli cili padi di pasar. 





Dan, pagi tadi aku buat sarapan nasi goreng ni dan aku gunakan sikit cili padi pemberian jiran tu. Aku gunakan dalam enam biji je cili padi tu. Takde la pedas sangat. Akupun mana tahan pedas.


p/s: Rezeki jangan ditolak. Alhamdulillah. Terima kasih jiran. Moga Allah murahkan rezeki jiran aku tu dan murahkan rezeki kita semua. Aamiin.

Wednesday, April 5, 2017

Siakap kukus resepi main campak-campak je.

Assalamu'alaikum.

Siakap kukus resepi main campak-campak je.


Aku baru siap masak ikan siakap kukus ni. Resepi aku ni, aku main campak-campak je. Ikut je citarasa sendiri. Tak payah nak peningkan kepala dok google itu ini. Jangan rumitkan fikiran dengan masalah sekecil ini. Heh.


Bahan yang aku gunakan untuk masak siakap kukus ni sempoi je. Macam yang aku beritahu kat atas tadi, aku malas nak peningkan kepala. Masak je la ikut kepala aku ni. Haha.




Ni dia bahan yang aku gunakan untuk masak siakap kukus ni.

1 ekor ikan siakap - buang sisik, potong, bersihkan. (aku tinggalkan dua keping isi siakap tu untuk masak lain kali)
1 kiub ayam Knorr - ramas dan hancurkan
1 biji tomato - potong enam
1 biji lada besar - dihiris
1 labu bawang besar -dihiris membulat
2 ulas bawang putih - dititik
3 tangkai kacang panjang merah - petik dari mini kebun aku.
3 pokok daun bawang - juga petik dari mini kebun.
Sedikit serbuk lada hitam




Gaulkan ikan siakap tadi dengan pati kiub ayam Knorr yang telah diramas. Kemudian, masukkan bahan yang lain dan gaulkan semuanya supaya sebati. Masukkan sedikit air dan tutup kuali dengan tudung periuk. Masak dalam anggaran 10 minit atau ikut kita la nak masak lama mana. Haha. Tak payah letak garam ya sebab pati kiub Knorr tu dah cukup dah rencahnya. 




p/s: Okay. Dah siap masak dah. Mudah je, kan? Lagi mudah masak siakap kukus ni daripada mencipta alasan. Heh.

Saturday, April 1, 2017

Salam takziah untuk kakak.

Assalamu'alaikum.

Salam takziah untuk kakak.

Hari ini, 1/4/2017 bersamaan 4 Rejab 1438 Hijrah, dalam pukul sembilan malam tadi, aku dapat satu berita sedih. Suami kakak aku yang kat Labis tu baru je menghembuskan nafasnya yang terakhir.




Kakak aku sekeluarga baru je minggu lepas balik ke sini sebab dah agak lama dia tak balik sejak anak bongsu dia kemalangan pada bulan Oktober tahun lepas. Aku tak dapat nak ziarah kerana mak aku kat rumah ni pun tak berapa sihat dan tak boleh nak berjalan jauh. Makanya, aku doakan dari kejauhan semoga kakak aku dan anak-anak buah aku tu sabar dan tabah menerima kehilangan ini. 


p/s: Moga Allah ampunkan segala dosa arwah abang ipar aku, terima segala kebaikan yang arwah pernah lakukan dan tempatkan arwah bersama golongan mereka yang beriman. Aamiin.

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »