Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Wednesday, August 21, 2013

Photoshoot with kap-wau-cha-ya-nga... :)

Assalamualaikum...

Photoshoot with kap-wau-cha-ya-nga... :)


Jika orang lain sibuk dok buat photoshoot untuk album raya la, album nikah kawen la, album konvokesyen la dan macam-macam jenis album yang ada, aku pulak nak jugak buat sessi photoshoot untuk album aku.. Tapi model-model aku ni tak perlu nak kena mekap ataupun tukar costume... hehh. Photoshoot aku dah semestinya dengan kap-wau-cha-ya-nga ini.. Tak payah panggil, dorang dengan rela ikut mana aku pergi.. heeee.... 


Kap-wau-cha-ya-nga (کوچيڠ) itu kucing ya, bukannya kencing.. Kencing itu kap-nun-cha-ya-nga (کنچيڠ). Manakala kap-alif-nun-cha-ya-nga pula adalah kancing (کانچيڠ).. Ehh, dah macam citer P.Ramlee la pulak.. hehh..


Okay la, jika sudi, layankan aje la gambar yang banyak ni ya.. Gambar takde watermark.. Maleh nak edit-edit haiihh... Semuanya asli.. Terus dari kamera enpon cap kaki tiga.. ahahhh...



















Sama tak aksi kap-wau-cha-ya-nga ni dengan aksi kita..? Sama je, kan..? Sebab kitapun kadang-kadang buat jugak aksi macam ni.. heh.. hehh.. hehhh.. Lokasipun sama je, kan...? Sebab kitapun kadang-kadang suka bergambar kat lokasi yang pelik + jelik + entah apa-apa punya lokasi.. huhuhu... Bezanya cuma satu je.. Apa dia..? Carilah sendiri apa perbezaan tu.. *Kita tu termasuk la aku.. huhuhu..


p/s: Jom sambung photoshoot... ;)

Like father, like son.. :D

Assalamualaikum...

Like father, like son.. :D

Pepatah lama ada menyatakan:
  • Bapa borek, anak rintik..
  • Bapa kencing berdiri, anak kencing berlari..
  • Bagaimana acuan, begitulah kuihnya..
  • ________________ (jika ada lagi..)

Manakala pepatah Inggeris pula menyatakan:
  • Like father, like son...

Mungkin ada betulnya kata kedua pepatah itu.. Jika dalam soal tidurpun tiada bezanya antara bapa dan anak lelaki, apatah lagi dalam perkara yang lain.. Tak gitu...? 


Hehh... Hehhh... Hehhhhhhhhhhh.....


Which one is cute..? Or which one is yours..?


Lepas ni pakat-pakat la skodeng gaya tidur suami dan anak lelaki masing-masing ya.. Tengok samada sama ke tak sama.. hehe... Gambar yang mula-mula tu, sah-sah la si isteri punya kerja.. Mesti isteri dia terer dalam bab bungkus-membungkus ni.. kehkehkeh..


p/s: Jangan terlebih skodeng dah la.. huhuhu...

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »