Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Saturday, November 30, 2013

Apa masalahnya..?

Assalamualaikum...

Apa masalahnya..?


Apa masalahnya dengan perlantikan Ustaz Kazim Elias sebagai ahli Majlis Tertinggi Umno..? Tak faham aku dengan sikap segelintir orang kita ni yang memaki hamun, menghina dan sebagainya di atas perlantikan UKE ini.. Rata-rata yang mengomen dengan ayat kurang ajar tu adalah orang Melayu kita.. Orang Islam pulak tu.. 


IPOH - Pendakwah popular, Mohammad Kazim Elias sudah menjangkakan pelbagai reaksi yang bakal diterima sebaik pengumuman lantikannya sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno dibuat, semalam.


Bagaimanapun beliau kesal, apabila rata-rata komen yang diterima terutama yang dilakukan menerusi media sosial termasuk Facebook bersifat cacian dan cemuhan.


Menurutnya, keadaan itu disifatkan tidak adil sedangkan keputusan sama ada mahu menerima atau menolak perlantikan itu belumpun diputuskan.


“Saya memang sudah jangka akan ada penerimaan dan reaksi negatif  seperti ini, tetapi mereka terlalu cepat (menghentam) tanpa mendengar penjelasan, sepatutnya (komen) lebih berhemah.


“Alangkah baik jika semua pihak memandang kebaikan, sekiranya perdana menteri minta tolong untuk martabatkan Islam, apa salahnya saya bantu, mana-mana pihak yang minta nasihat juga akan saya bantu,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penutupan Program Kem Tahsin yang dirasmikan Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Dr  Mashitah Ibrahim di Pusat Pendidikan Al-Barakah, di sini, hari ini.




p/s: Sudah-sudah la tu memaki-hamun orang.. Banyak lagi kerja lain yang lebih berfaedah daripada berbalas-balas komen mengutuk UKE kat sana-sini.. Orang lain sibuk nak mencari dan mengumpul ilmu tapi kau manjang la sibuk dok mengumpul dosa... 

Thursday, November 28, 2013

Kecewa..

Assalamualaikum...

Kecewa.. 


Banyak benda yang sangat-sangat mengecewakan tapi jika diluahkan sekalipun ianya umpama mencurah garam ke dalam laut dan akhirnya terpaksa menerima hakikat bahawa kerja itu hanyalah sia-sia..


Don’t be disappointed if no one appreciates your true feelings, cause they don’t deserve it - M. F. Moonzajer




Satu daripadanya ialah aku kecewa dengan perkhidmatan streamyx yang pada aku sangat-sangat teruk.. Lebih hampeh dari segala hampeh yang ada.. Takde peningkatan langsung dari segi perkhidmatan.. Yang kau tau, asyik la call suruh upgrade line tapi hasilnya masih ditakuk lama.. Sedangkan yang guna Unifi pun selalu komplen kata line lembab, inikan pulak yang guna streamyx..


p/s: Kau ingat aku guna internet ni semata-mata nak meroyan kat fesbuk ke..? Banyak lagi benda lain yang lebih berfaedah, yang aku nak cari dan kongsi daripada melayan umpat keji orang dan gosip murahan..

Tuesday, November 26, 2013

Muffin pisang lagi..??

Assalamualaikum...

Muffin pisang lagi..??


As usual, bila kebosanan melanda, maka akupun dengan gigihnya buat la projek masak-memasak ni.. Jika nak diikutkan, badan aku memang tak berapa nak sihat sangat.. Sakit-sakit dan sengal-sengal seluruh badan terutama sekali kat bahagian tulang belikat.. 


Tapi kalau nak dilayankan sangat segala sakit ni, satu kerjapun tak jalan.. Nak menjahit memang tak boleh la.. Jadi, akupun buat la muffin pisang ni... Tak tau percubaan yang ke-berapa dah.. Bantai je buat.. Jadi ke, tak jadi ke, itu belakang kira maaa... hehh..


Benda yang perlu ada untuk memudahkan kerja ialah scope aiskrim, spatula yang lembut dan boleh dilentik, paper cup dan tray yang bersesuaian.. Spatula yang lembik melentik ni tujuannya adalah untuk mengaut sisa-sisa adunan yang ada kat dalam bekas.. Jadi, takde la nanti adunan tu dibuang sebab kalau guna spatula atau sudu yang keras, memang susah nak kaut lebihan adunan dalam mangkuk tu.. 


Scope aiskrim tu pulak amat mudah digunakan jika nak dibandingkan dengan menggunakan sudu.. Just tekan je batang scope tu.. Nanti adunan tu dengan sendirinya akan keluar.. Aku punya scope ni saiz besar.. So, aku kaut sikit je.. Lagi satu, bila guna scope aiskrim ni, jari takde la melekit sana, melekit sini terkena adunan...






Untuk satu adunan, tak dapat banyak manapun.. Cuma dapat dalam 30 biji muffin je..





Aku bakar muffin ni dengan suhu 140C, api atas bawah dalam masa 20 minit... Aku cuma letak satu tray je untuk satu sessi pembakaran.. Letak kat tengah-tengah.. Sebelum tu, aku panaskan dulu oven ni selama 10 minit dengan suhu 140C.. Lepas tu barulah aku masukkan tray..








p/s: Okay, dah siap masak dah.. :)

Perbualan #2..

Assalamualaikum...

Perbualan #2..


Remaja: Tak faham la dengan orang yang suka ambil gambar sendiri, lepas tu dia upload gambar tu masuk kat fesbuk la, instagram la, twitter la.. Entah apa-apa entah... 


OD: Apsal pulak..? Dah dorang suka buat macam tu, biar je la..


Remaja: Tak tau la kenapa tak suka nak tengok.. Dorang tu macam syok sendiri je.. Perasan lebih.. 


OD: Nanti kau jangan buat macam tu pulak.. Kang orang pulak kata kau perasan..


Remaja: Eiii... Takde la nak buat macam tu.. Buat apa nak ikut semua tu.. Buat malu je..


p/s: Alhamdulillah... Mudah-mudahan dia akan ingat dengan apa yang dia cakap.. hehh..
*OD = Orang Dewasa.. 


Monday, November 25, 2013

Perbualan #1..

Assalamualaikum...

Perbualan #1..


Budak: Kalau makan tak basuh tangan, nanti kuman masuk dalam perut..


OD: Tau takpe.. Habis tu kalau makan tak baca Bismillah, macam mana pulak..?


Budak: Kalau makan tak baca Bismillah, nanti setan duduk kat sebelah kita.. Pastu nanti dia berak dalam makanan kita.. 


p/s: Macam comel je perbualan tu, kan.. hehh.. Jauhi empat belas amalan yang disukai oleh syaitan..
OD = Orang Dewasa..

Saturday, November 23, 2013

Main masak-masak jom.. :D

Assalamualaikum...

Main masak-masak jom.. :D


Aku baru je selesai main masak-masak.. Mula dari pagi tadi dok sediakan bahan untuk buat roti.. Lepas tu telur ayam takde stok la pulak.. Mintak tolong kat abang belikan.. Pukul duabelas lebih baru dia balik sebab adik hantar cuci kereta kat kedai.. Adoii.. Jenuh menunggu..


Lepas je dapat telur ayam tu, terus je adun roti ni.. Kali ni adun guna tangan je.. Takde nak guna mesin besar tu.. Kali ni jugak guna resepi yang lain, bukannya resepi yang selalu aku gunakan..






Sementara tunggu roti tu naik, aku adun pulak muffin pisang coklat ni.. Adik aku dari hari tu lagi dok suruh buat muffin.. Kesian pulak kat dia.. So, aku tibai je la pisang apa yang ada.. Pastu guna resepi yang pestaim aku gunakan.. Mujurlah menjadi jugak.. Resepi muffin tu suruh kukus tapi aku bakar je sebab dah alang-alang bukak oven letrik ni.. Kiranya bakar sekali harung dengan roti tu la.. Malas nak keluarkan pengukus.. hehh..





Roti ni pulak aku pakai main cekut je dengan jari.. Takde dah nak main timbang-timbang berapa gram seketul.. Pastu aku buat kecik-kecik sikit saiz dia sebab memang anak-anak buah suka makan mini pizza ni.. Aku siap letak cheese mozarella lagi.. Mana la dorang tak suka.. Ada jugak yang tak suka makan mini pizza ni sebab ada sayur.. So, aku buatkan roti sosej sikit untuk dorang..



Yang bulat-bulat tu aku isikan dengan inti kuih ketayap.. Aku buat empat ketul tu je.. Saja la nak test.. Sedap la pulak.. hehe..


Alhamdulillah... Sekejap je dah habis.. Akupun dah kepenatan.. Lama berdiri buat kerja.. 






p/s: Okay, ni je nak kongsi cerita.. 

Sudi-sudilah baca... :)

Assalamualaikum...

Sudi-sudilah baca... :)


Aku ada letak ayat ni kat bahagian atas blog aku. Tujuannya bukan untuk menunjuk-nunjuk atau berlagak bagus kerana aku bukannya bagus dan takde sebab untuk aku nak menunjuk-nunjuk.. 




Aku letak dengan niat agar kita saling ingat-mengingati dan boleh sama-sama membacanya setiap masa kerana kelebihan yang banyak ada pada ayat tersebut.. Ada kalanya kita terlupa nak baca sebab kita tak nampak depan mata.. So, jika ada yang masuk sini dan nampak ayat ni, terus la baca dengan niat untuk mohon perlindungan dari Allah..


Mudah-mudahan Allah terus memelihara dan melindungi kita daripada segala kesesatan juga kecelakaan.. Amin, Ya Robbal A'lamin...


p/s: Bukan sekadar suka-suka nak letak.. Ada sebab-musababnya.. 

Friday, November 22, 2013

Cara nak buat kain susun baju kurung..

Assalamualaikum...

Cara nak buat kain susun baju kurung..


Dalam jahitan, kita kena banyak berfikir macam mana nak menyesuaikan diri dengan cara tersendiri.. Kita tak boleh nak ikut cara orang lain.. Kita kena pandai menggayakan setiap cara itu mengikut keselesaan kita.. Kadang-kadang cara orang lain tu nampak mudah tapi bila kita cuba buat, ianya jadi susah.. Lain orang, lain caranya..


Tak salah untuk mencuba pelbagai cara.. Cuma, jika cara yang baru tu menyebabkan kita stress dan mudah putus asa, ada baiknya kita berehat seketika.. Kemudian, kita cuba cari cara yang lain pula.. 


Macam cara nak buat kain susun untuk baju kurung ni.. Dia punya main point hanyalah kain susun, tapi cara nak buat tu banyak.. Dan yang aku nak kongsikan ni adalah cara yang entah ke berapa kali aku cuba dan cara ini la yang paling mudah untuk aku buat..


First of all, kena la ambil ukuran lebar ponggong dulu.. Lepas tu tambah lagi ukuran untuk lipatan susun tu yang bergantung pada lebihan kain yang ada..

Contoh:
Ukuran keliling ponggong + keselesaan + basi jahitan + lipatan untuk susun
42 1/2 inci + 4 inci + 1 inci + 21 inci (21 bahagi 3 untuk dapatkan 3 susun lipatan)


Jahit bahagian tepi (satu inci) dan tinggalkan ruang untuk zip. Kemudian jahit lipatan bawah kain (setengah inci).. Gosok, terbalikkan dan penitikan..


Ambil ukuran untuk keliling ponggong + keselesaan iaitu 46 1/2 inci.. Biarkan dulu tali tape tu di situ..


Kemudian, dengan menggunakan pembaris lurus, ambil pula ukuran untuk lebihan kain yang ada. Ukuran bermula dari hujung sana hingga sama paras dengan hujung pita tape tu.. Tengok berapa inci yang ada.. Contoh kat sini, lebihan kain tu adalah 10 1/2 inci.. Ini bermakna lebihan untuk susun kain adalah 21 inci (10 1/2  darab 2 sebab kain tu berlipat dua)


Lepas tu, bermula dari tepi bahagian zip, tandakan untuk satu lipatan iaitu 7 inci.. Satu lipatan adalah 7 inci.. Bila dilipat dia akan jadi 3 1/2 inci.. Tandakan kepada 3 tempat sebab lebihan kain tadi 21 inci yang kemudiannya dibahagikan dengan 3 untuk dapatkan 3 susun kain.. Perhatikan pada tanda kapur yang berwarna kuning tu.. Tandakan pada bahagian atas dan bawah kain..


Kemudian, dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk kedua-dua tangan, cekut kat tempat yang ditandakan dengan kapur tadi..



Ratakan susun dan penitikan.. Lepas tu, cekut lagi lipatan berikutnya.. Ratakan dan penitikan supaya susun kain tu jadi lebih kemas..



Lepas tu, ukur kembali keliling ponggong dan pastikan ukurannya tidak kurang daripada 23 inci dan tidak lebih daripada 23 1/2 inci.. (23 darab 2 = 46 sebab kain tu dilipat dua)



Akhir sekali, barulah dipenitikan keseluruhan bahagian susun kain tu dan gosok hingga susun tu menjadi tajam..


Okay, setakat ni sahaja yang dapat aku tunjukkan untuk sessi cara nak buat kain susun untuk baju kurung ni.. Sekali lagi diingatkan, cara setiap tukang jahit adalah berbeza.. Korang boleh je pilih mana yang korang rasa selesa nak buat.. 


Lebihan untuk susun kain itu mungkin berbeza mengikut saiz badan seseorang, juga mengikut lebihan kain yang tinggal.. Kena pandai mengagak dan mengira.. Ukuran untuk keselesaan tu (yang 4 inci tu) jugak mengikut kehendak masing-masing.. Jika nak kan kain yang fit, tak perlu tambah 4 inci.. Memadailah tambah satu inci sahaja.. Yang 4 inci ni selalunya untuk orang yang berbadan besar dan perut agak menonjol.. Jadi takde la ketat sangat kat bahagian perut tu.. 


*Sila klik pada gambar untuk gambaran lebih jelas.. Terima kasih....


p/s: Baik dalam pencarian info apa sekalipun, janganlah terlalu mengharap semua benda orang nak tolong google-kan untuk kita.. Kenalah rajin google sendiri.. 

Thursday, November 21, 2013

Oh my pegaga.. :D

Assalamualaikum...

Oh my pegaga.. :D


Baru la nampak keujudan pokok pegaga ni.. Sebelum ni dia terlindung dek pokok bunga kertas yang disusun di sekeliling bulatan tu.. Kelmarin aku baru kemaskan kawasan ni.. Aku punggah dan susun balik pasu-pasu bunga tu.. Takde la semak sangat mata memandang.. 


Lepas ni boleh la bentang tikar kat sini.. Boleh piknik dengan anak-anak buah.. hehehe.. 







Anak-anak buah suka main kat buaian tu.. Lepas tu dorang suka main masak-masak.. Ada harapan la pegaga ni menjadi mangsa kutilan jari dorang.. Benda dah ada depan mata.. Senang pulak nak capai.. Kutil je laa, kan.... ahaha...


Dia ni pun bukan boleh percaya sangat... Dia perhati je dari jauh pokok pegaga tu.. Silap haribulan, dia menyorok pulak kat dalam rimbunan pegaga tu.. ahahh...


p/s: Banyak khasiat daun pegaga ni.. Tapi biasa la, bila dah ada depan mata, ianya seperti tidak dihargai.. hehh.. 

Puas..

Assalamualaikum...

Puas..


Manusia memang tidak akan pernah puas..
Bagi betis, minta peha..
Tak bagi, mula la mengata..


Minta macam-macam tapi nak bagi ucapan terima kasihpun punya la susah.. 
Lumrah dunia.. 


p/s: Sometimes we need to see the bad side, to appreciate the good side - Anthony Liccione



Wednesday, November 20, 2013

Ilmu orang dicedok.. Ilmu sendiri disorok..

Assalamualaikum...

Ilmu orang dicedok.. Ilmu sendiri disorok.. 


Ada segelintir manusia yang punya sikap macam ni iaitu: Ilmu orang dicedok.. Ilmu sendiri disorok.. 


Orang macam ni langsung tak nak berkongsi ilmu yang dia ada.. Apa la salahnya kongsi.. Bukannya nak kena kongsi semua.. Kongsi sikit-sikitpun jadi la.. Orang ni kongsi sikit, orang tu kongsi sikit.. Bila dah ramai yang berkongsi info dan pendapat, lama-lama mengembang la ilmu tu.. Tapi lebih ramai yang memilih untuk memerhati dalam diam.. 


Share your knowledge. It is a way to achieve immortality - Dalai Lama XIV


Akupun kongsi mana yang aku rasa mampu dikongsi je.. Mana mampu nak kongsi segala-galanya haihh.. Berpada-pada la pun, kan... Tapi tidak la sampai menjadi seorang yang terlalu kedekut ilmu ataupun sekadar menjadi pemerhati semata-mata.. 


Teringat kat satu kisah yang selalu emak aku ceritakan.. Kata mak, masa kat kampung dulu, ada sorang tu yang memang pandai buat kek.. Bila ada je orang datang rumah dia, terus dia sorokkan semua yang dia buat tu.. Bila orang tanya dia tengah buat kek apa, dia kata mana ada dia buat kek.. Padahal kek tu dah masuk dalam oven, tengah dibakar, dah ada bau dah pun.. 


p/s: Sabar je la dengan orang macam ni... hehh...

Tuesday, November 19, 2013

Nampak tak apa yang aku nampak...?

Assalamualaikum...

Nampak tak apa yang aku nampak...?


Cuba tengok betul-betul gambar kat bawah ni.. Korang nampak tak apa yang aku nampak..? Kalau nampak, apa dia yang korang nampak tu.. huhuhu...




Pokok tu nama dia pokok burung bertenggek..  Ada yang panggil pokok burung mesyuarat.. Pokok ni aku baru semai guna biji.. Biji tu pulak aku mintak kat akak sebelah rumah.. Entah bila la pokok aku ni nak keluar dia punya burung.. Teringin jugak nak tengok burung bermesyuarat.. hahaha...


 Ehh, aku bukan nak cerita pasal pokok ni.. Aku nak tau samada korang nampak ke tidak apa yang aku nampak..?? Nampak tak..?


p/s: Macam tak nampak je.. Ehh.., macam nampak je.. Errr...., macam nak kena check mata je... kehkehkeh...

Jahit baju kurung dari kain yang berkaki...

Assalamualaikum...

Jahit baju kurung dari kain yang berkaki...


Nak jahit baju kurung dari kain yang berkaki ni agak merumitkan sedikit.. Lebih-lebih lagi jika kain tu dari jenis kain bersulam, kain pelikat tenun, kain sari, kain songket dan sebagainya.. Nak memotong kain takde masalah sangat jika kainnya mencukupi.. Jika kain tak cukup, memang azab la nak memotong.. Termenung panjang la jawabnya...


Masalah kain berkaki ni cuma pada pesak sahaja.. Kena kira ukuran panjang pesak tu betul-betul.. Kalau ukuran tak betul, nanti kaki kain kat bahagian pesak tu tak selari dengan kaki kain kat bahagian badan baju.. Ada cara nak kira panjang pesak ni.. Ada orang dia kira tepat-tepat dan ada orang dia lebihkan sedikit ukuran pesak tadi.. Ni macam aku la sebab akupun jenis yang suka lebihkan sedikit ukuran pesak..




Cara nak ambil ukuran panjang pesak untuk kain berkaki adalah dengan mengambil ukuran panjang badan baju keseluruhan (termasuk basi jahitan) dan tolak dengan ukuran lebar lengan atas (termasuk basi jahitan) dan dapatlah ukuran panjang untuk pesak tersebut.. Contohnya:


Labuh/panjang badan baju = 40 inci (termasuk basi jahitan dan bahu tidak dipotong)
Lebar lengan atas = 8 1/2 (termasuk basi jahitan)

40 tolak 8 1/2 = 31 1/2

Ini bermakna ukuran untuk panjang pesak tadi adalah 31 1/2 inci.. 

(Boleh juga guna cara ni untuk kain biasa yang takde kaki.. Ikut keberanian dan keyakinan masing-masing la ya...)


Akan tetapi, aku akan lebihkan seinci ukuran panjang pesak tu untuk keselamatan.. Dan masa nak cantumkan kekek kepada pesak, aku terpaksalah keluarkan seinci tu macam dalam gambar kat bawah ni.. 


Nak jahit kekekpun ada jugak caranya supaya kekek tu tak besar sebelah.. Kadang-kadang ada kekek yang tak sama besar sedangkan selalunya ukuran untuk kekek adalah sama iaitu segiempat sama...


Mula-mula jahit kekek macam biasa.. Jangan jahit sampai basi jahitan dulu...



Lepas tu, patah balik jahitan tetapi jangan matikan dulu jahitan tu...



Lipat dulu kekek tu seperti dalam gambar.. Pastikan paras kekek sama rata.. Bila dah sama rata, barulah boleh teruskan jahitan dan matikan jahitan tadi.. Jika paras kekek tu tak sama rata, kenalah samada tambah atau kurangkan mata jahitan.. 


Lepas tu, untuk jahitan kekek yang sebelah lagi, letakkan bahagian pesak atas kekek tadi.. Pastikan semua garisan selaras.. Kemudian, barulah dijahit bahagian kekek yang lagi sebelah tadi..



Dah siap cantum kekek dengan pesak.. Lebihan tu jangan dipotong dulu..


Lakukan perkara yang sama masa nak sambung pesak kepada lengan..


Bila ada kain yang berkaki atau bergaris macam ni, kena penitikan pada garisan yang ada dan peniti pada garisan atas hendaklah sama dengan garisan bawah.. Ni bahagian tangan...



Bila dah siap, gosok setiap lipatan jahitan supaya kemas.. Lepas tu, barulah cuba penitikan bahagian pesak tadi kepada bahagian badan.. Jika tiada masalah lebihan atau kekurangan panjang pesak, maka boleh teruskan menjahit.. Kemudian, lebihan kain pada pesak tadi boleh la dipotong dan dijahit tepi..



Bukan senang nak dapatkan jahitan yang elok kat bahagian leher.. Kena banyak praktis dan cari sebab kenapa jahitan tak cantik atau tak kemas.. Boleh cuba tengok video kat youtube ni...





Siapa yang nak belajar buat dan jahit baju ni, sekurang-kurangnya dia kena ada asas jahitan.. Kena tau macam mana nak buat pengiraan untuk buat pola.. Bukannya setakat tau guna mesin jahit je.. Labur la sikit duit untuk masuk kelas jahitan.. Ambil yang basic je dah okay dah.. Mana boleh semua nak harapkan buku jahitan dan tutorial free je.. 


p/s: Aku yang dah ada sijil jahitan ni pun kadang-kadang pening jugak tengok buku jahitan sebab cara belajar tak sama dengan buku yang dibeli.. Walaupun aku ada sijil, tapi itu bukan bererti aku tau serba-serbi.. Banyak lagi benda yang aku tak tau.. Banyak lagi kekurangan yang perlu aku pelajari.. Kadang-kadang ada jugak benda yang aku susah nak bagi penerangan.. Harap faham la ya sebab aku bukannya guru jahitan... huhuhu..

Monday, November 18, 2013

DIY: Minahgyver pasang jaring.. :D

Assalamualaikum...

DIY: Minahgyver pasang jaring.. :D


Ahahh... Tajuk entry tak boleh blah.. Nak yang gempak je.. muahahaha.. tettt...


Takde citer menarikpun sebenarnya.. Cuma nak bagitau yang semalam aku dah mula pasang jaring mata punai ni kat pintu jeriji besi kat rumah aku ni.. Hari ni sambung pasang kat jeriji besi sliding door pulak..


Benda ni dah lama ada dalam kepala otak.. Dah lama dah aku merancang nak buat macam ni sejak anak monyet jiran aku tersesat masuk ikut lubang jeriji besi ni.. Lepas tu, bila ayam-ayam mak akupun lepas masuk dalam rumah, pastu siap berak merata-rata lagi kat ruang tamu tu, lagi la menambahkan keterujaan aku untuk pasang jaring dawai mata punai ni..


Lagi sakit hati bila kucing-kucing tak tau siapa punya keluar masuk ikut lubang jeriji tu dan lepas tu sesuka hati dia je memancut kat sofa aku.. Mau aku tak hangin..!! Ingat kerja aku ni nak cuci berak kencing kucing orang ke..?




Kebetulan, dawai mata punai ni dah lama tersadai kat tepi pagar sebelah reban kat belakang rumah.. Makanya, akupun pergi la kutip. Sebelum dawai tu berkarat macam tu je, baik aku gunakan dulu.. Dah jimat bajet nak beli dawai yang baru, kan... hehh...


Aku pasang jaring dawai mata punai ni kat dua-dua jeriji besi untuk pintu masuk.. Satu kat jeriji besi berpintu kayu ni dan satu lagi kat jeriji besi sliding door yang tiga keping tu.. Jenuh jugak la aku nak ikat dawai tu dengan cable tie.. Dah la lubang jaring tu kecil.. Memang buruk la rupa dawai yang aku ikat tu.. Biaq pi la haiihh.. Janji anak-anak kucing dan kaum kerabat dia tak lepas masuk dengan mudah.. 


Panjat basikal ni takpe.... hehh...


Aku bukan tak suka kat anak-anak kucing kat rumah ni.. Aku cuma tak suka dorang masuk dalam rumah, pastu main membuang merata-rata...Jenuh la aku kalau semua enam ekor tu dok buat perangai.. Dorang ni masuk dapur waktu makan je.. Nak bagi dorang makan kat luar, tak boleh sebab nanti habis makanan dorang tu dikerjakan dek ayam mak aku.. Hailaaa... Susah betul...




Bila dah siap, mak aku suruh pulak tambah lagi jaring tu biar tinggi... Mujur ada lagi jaring yang tinggal tapi kena potong dua la sebab tak cukup inci.. So, pintu jeriji besi ni dah macam pintu reban ayam dah... huahuahua... 


p/s: Rasa lega sikit.. Mungkin lepas ni nak pasang jaring dawai mata punai ni kat jeriji besi pintu dapur pulak sebab ada kucing jantan orang lain suka masuk dapur ikut lubang jeriji besi tu..

Sesat...

Assalamualaikum...

Sesat...


Kata pepatah lama; malu bertanya, sesat jalan..


Kata aku pulak; salah tanya soalanpun boleh jugak sesat... Dan bertanya arah atau soalan pada orang yang salahpun kita akan sesat jugak.. Terlalu mengkaji benda yang tak sepatutnya dikajipun boleh menyesatkan otak.. 


Surah Al-Fussilat: Ayat 36:


وَإِمَّا يَنزَغَنَّكَ مِنَ ٱلشَّيۡطَـٰنِ نَزۡغٌ۬ فَٱسۡتَعِذۡ بِٱللَّهِ‌ۖ إِنَّهُ ۥ هُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡعَلِيمُ


Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka hendaklah engkau meminta perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.


p/s: Moga Allah lindungi kita semua daripada sesat dalam kegelapan.. Amin...

Dulu, sekarang dan akan datang... :D

Assalamualaikum...

Dulu, sekarang dan akan datang... :D


Dulu, pokok Papyrus ni duduk dalam bekas axion yang kecil dan sempit ni..
Untuk sementara waktu..
Lagipun saiz diapun takde la besar mana...



Sekarang, dia duduk pulak dalam bekas minyak masak ni..
Besar sikit bekas tu...
Okay la dan inipun untuk sementara waktu juga...



Akan datang, dia akan dipindahkan ke dalam tempayan besar ni..
Punya la gigih aku angkut tempayan ni kat bangsal belakang rumah, pastu bawak ke depan..
Hongeh poghut den.. ahahhh..



Actually, tempayan ni dah berzaman dah umur dia.. Dah ada kesan retak dah.. Sebelum tempayan ni hancur macam tu je, aku bercadang nak pindahkan pokok tu kat dalam tempayan ni.. Cuma sebelum tu nak kena tutup lubang yang ada dan nak kena ikat sikit badan dia dengan dawai supaya retakan tu tak terjejas sangat.. Yang ni, kena mintak tolong abang aku buat la.. Lepas tu baru boleh masukkan tanah, pasir dan sebagainya..


p/s: Okay, ini saya cerita yang nak dikongsi.. Takde cerita panaspun.. ahahh...

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »