Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Wednesday, November 13, 2013

Sekadar luahan dari peminat drama Melayu, bukan peminat drama Korea.. :D

Assalamualaikum...

Sekadar luahan dari peminat drama Melayu, bukan peminat drama Korea.. :D 


Pelakon drama adaptasi dari novel tak perlu beria baca skrip.. Baik baca novel tu dengan penuh penghayatan.. Dari situ dah boleh menjiwai watak dan dah tau part mana dia perlu mainkan emosi.. Dan secara tak langsung, dia jugak tau part untuk pelakon yang lain..


Kalau pembaca novel boleh beremosi ketika membaca satu-satu novel tersebut, kenapa pelakon yang memegang watak tertentu tidak boleh beremosi sedemikian..? Dah namanya pelakon, sepatutnya lagi mudah bermain dengan emosi ni sebab dah biasa berlakon, kan.. hehh..


Penerbit novel pulak jangan la terlalu tamak dan taksub dengan menyerahkan karya penulis di bawah naungan mereka kepada pihak penerbitan drama tv tanpa memberi ruang kepada penulis untuk bersuara dan memilih pelakon yang dirasakan sesuai dengan watak yang mereka garap..


Dan penulis pulak jangan la demand tinggi sangat, nak pelakon yang hot and spicy je.. Tak semestinya pelakon yang hot tu mampu memainkan watak seperti yang ada dalam novel.. Contohnya drama adaptasi Jodoh Itu Milik Kita (JIMK).. Novelnya pada aku dah best dah, aku dah ulang baca tiga kali.. Setiap kali baca, pasti aku menangis bila tiba kat part yang tertentu.. Tapi drama dia hancus.. Aku mampu tengok sampai episod enam je.. Lepas tu, babaiiii...


Pembaca dan penonton tak rugi apa-apa.. Bagi mereka, jika drama adaptasi tu best, mereka layan je.. Jika tak best, nasib la kalau kena kritik.. hehh.. Macam drama Love You Mr. Arrogant (LYMA) tu.. Aku tak pernah baca novel dia tapi bila pertama kali tengok drama tu, terus aku tertarik nak tengok sampai habis.. Episod pertama je dah mengundang airmata.. huhuhu...


Jika pelakon tu rasa malas nak baca novel yang dijadikan drama adaptasi tu, tak payah la terima job yang ditawarkan.. Bagi la peluang kepada mereka yang betul-betul mampu menjiwai sesuatu watak tersebut.. Jangan hanya kerana awak seorang, seluruh drama hancus dan dijadikan bahan lawak..


Aku menunggu tayangan drama adaptasi The Wedding Breaker (TWB) yang ditukarkan tajuknya kepada Ariana Rose.. Jika ditakdirkan drama ini tidak menepati citarasa seperti dalam novel, pasrah je la.. Yang penting aku dah baca novelnya dan aku suka akan novel tersebut.. Mudah-mudahan drama TWB tidak menerima nasib yang sama seperti drama JIMK.. Jika boleh, biarlah drama TWB nanti lebih bagus daripada drama LYMA..


Entry ini sekadar meluahkan pendapat aku je.. Sebagai peminat drama Melayu, aku sedih bila tengok drama Melayu yang takde penjiwaan di dalamnya.. Lakonan kaku macam tiang letrik.. Baik aku tengok drama Filipina kerana gaya hidup mereka lebih kurang sama macam gaya hidup kita di Malaysia.. Bahasapun ada yang seakan sama dengan bahasa kita.. *Opkos la drama BCWMH.. hehhh...


When the artist is alive in any person, whatever his kind of work may be, he becomes an inventive, searching, daring, self-expressive creature. He becomes interesting to other people. He disturbs, upsets, enlightens, and opens ways for better understanding. Where those who are not artists are trying to close the book, he opens it and shows there are still more pages possible - Robert Henri


p/s: Bila buat drama tentang kehidupan, biarlah ada 'keaslian' di dalamnya.. Bukan sekadar drama fantasi semata-mata..

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »