Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Friday, August 31, 2012

Macam mana nak tolong dia ehh...??

Assalamualaikum...

Macam mana nak  tolong dia ehh...??

Macam mana kita nak tolong kawan kita yang hidupnya agak susah dengan suami yang tak bekerja dan panas baran..? Lepas tu kawan kita tu tidak dibenarkan langsung untuk berhubung dengan keluarganya sendiri. Si suami seakan mahu memutuskan perhubungan dengan keluarga pihak isteri..

Ini yang terjadi kat seorang kawan aku.. Kawan yang sama-sama bekerja kat JB dulu.. Dari apa yang aku dengar, suami kawan aku tu masih lagi angkat tangan pada isteri dia.. Dan kawan aku tu seakan-akan takut kalau terserempak dengan sesiapa yang dia kenal termasuk saudara-mara dia sendiri..

Kalau terserempak sekalipun, dia seolah-olah ingin melarikan diri.. Mungkin dia malu dengan keadaan dia sekarang.. Ya la, dulu dia cantik dan menjadi rebutan.. Tetapi kini dia dah jauh berbeza.. Mungkin sebab terlalu banyak menderita dan makan hati telah menukar fizikalnya menjadi kurus dan kulit putih gebu dia turut menjadi gelap.. Itu yang diceritakan oleh seorang kawan masa dia terserempak dengan dia secara tak sengaja...

Ataupun mungkin juga dia sudah diberi amaran oleh suaminya agar tidak membuka mulut.. Sedangkan masa bercinta dulu, kawan aku tu nak senyum kat lelaki lainpun dah kena marah... Apa lagi sekarang bila kawan aku tu dah jadi hak mutlak dia.. Rumah dan kereta yang dibeli suatu ketika dulu kini sudah terjual.. Kini mereka menyewa entah kat mana.. Berapa la sangat gaji bekerja kat kedai textile.. Mana cukup untuk menampung kehidupan seharian jika dia seorang je yang bekerja.. Mana dengan anak dua orang yang masih sekolah rendah lagi.. Dengan segala bil yang perlu dilangsaikan.. Nak bayar sewa rumah lagi... Aduhaiii...

Walaupun adik-beradik ramai, namun sampai bila mereka nak membantu..? Lain la kalau adik-beradik tadi bergaji tinggi.. Even bergaji besar sekalipun, mana mungkin mereka dapat menolong sepanjang masa sebab mereka juga ada kehidupan sendiri yang perlu diuruskan..

Sejak kebelakangan ni, aku asyik teringat kat kawan tadi.. Nak contact dia, tak tau macam mana.. Kalau dia bagi nombor contact sekalipun, aku tak yakin dia boleh menjawab segala panggilan yang masuk.. Silap haribulan dia makan penampar suami dia lagi ada... Aku tanya pada sepupu dia dan mintak no enpon dia jika ada.. Tapi sepupu diapun tak tau... Kalau dapat nombor akaun dia, nak jugak aku bantu sikit-sikit.. Tapi takut pulak kalau-kalau suami dia dapat tau.. Kawan aku tu dah la jenis takut kat suami.. Susah kalau dapat pasangan yang cemburu melampau ni.. Dah la cemburu tahap gaban, pastu panas baran lak tu... 

Macam mana nak buat ehh...? Kita nak bantu dia, tapi kalau dia sendiri membatukan diri dan tak mau bukak mulut, macam mana kita nak tolong..? Ada sesiapa nak beri pandangan tak..?




p/s: Sayang apanya kalau isteri tu dijadikan punching bag.. Gila punya suami.. Macam tu ke sikap seorang suami yang faham erti kemerdekaan...?? 

Thursday, August 30, 2012

Kata dua...

Assalamualaikum...

Kata dua...

Nasi lemak buah bidara..
Sayang selasih hamba lurutkan..
Tinggal emak tinggal saudara..
Kerana kasih hamba turutkan..

Kata dua sudah diberi..
Seharusnya dia mengerti..
Hanya menunggu kata putus darinya sahaja..
Andai kata putus itu tidak menepati kata dua..
Maka terputuslah segala-galanya..

Kerana cinta itu gila...
Kerana cinta itu buta...
Kerana cinta itu nafsu...
Kerana cinta itu lesu...

Fikirlah dengan sebaiknya.. 
Janganlah kerana cinta gila ini semua ikatan terlerai.. 
Dan andainya itu yang berlaku, maka bersorak-sorai la para syaitan serta cucu-cicitnya..

Buatlah pilihan dengan sebaiknya..
Istikharahlah...
Dan ketahuilah bahawa tidak ada seorangpun dari kita yang ingin putuskan tali ikatan persaudaraan..
Namun jika sudah terpaksa, maka terpaksa jua ditempuhi...




 لَّا يُحِبُّ ٱللَّهُ ٱلۡجَهۡرَ بِٱلسُّوٓءِ مِنَ ٱلۡقَوۡلِ إِلَّا مَن ظُلِمَ‌ۚ وَكَانَ ٱللَّهُ سَمِيعًا عَلِيمًا
Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dianiayakan. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui - Surah an-Nisa: Ayat 148

Di sana menanti penuh gembira kerana berjaya mengkucar-kacirkan.. 
Di sini merintih hiba kerana kecewa dikhianati dan teraniaya... 
Semuanya berpunca daripada cinta gila yang kau kejar... 

p/s: Pernah mengalami situasi begini..? Ataupun sedang menghadapinya..? Sila-sila kongsi kisah masing-masing.. Tak salah berkongsi cerita jika tujuannya dengan niat untuk memberi pengajaran.., kan...?

Wednesday, August 29, 2012

Nak peluk yang mana satu dulu ni...? Ehehh...

Assalamualaikum...

Nak peluk yang mana satu dulu ni...? Ehehh...

Aku baru je balik dari bandar...
Urusan seperti biasa la, beli barang dapur, temankan mak aku ke bank dan lain-lain...
Lepas tu pergi beli dan repair kipas meja...
Kipas meja tu okay lagi, tapi bilah dia dah patah...
Ni semua anak buah punya kerja la ni...
Berebut-rebut nak duduk kat meja komputer kat depan tu sampai tertolak kipas meja tu..
Nasib baik upah repair cuma sepuluh hengget je...
Beli bilah dua belas hengget...
Still berbaloi lagi laa...

Sebelum tu aku sempat rembat empat buah novel ni...
Dah lama tak beli novel...
Rasa macam sebu je otak kalau tak dapat baca novel ni... :)
Harap-harap isi novel kali ni menepati isi hati aku...
Kalau okay, aku dengan senang hati akan tolong buat review..
Ikhlas dan tak minta balasan apa-apapun...
Siapa lagi nak tolong penulis kita kalau bukan kita sendiri, kan... ;)

Tapi kalau cerita tak sedap dan tak menepati piawaian selera aku, memang aku akan terus kata tak best langsung.. So, jangan la marah ya... ehehh..

Antara keempat-empat novel ni, yang mana satu aku nak peluk dulu ehh...?

Adakah Doktor Cinta karya dyadila..?
Ataupun Encik Abangku Romantik karya Elee Mardiana...
Atau mungkin juga Perginya Air Mata nukilan hanni ramsul...?
Tak pun Jodoh Itu Milik Kita tulisan Sara Aisha...?

Isshh... Tak tau nak buka yang mana dulu...
Terujapun ia jugak ni...
Hahaha...


Semuanya nampak menarik dari luar... Dalaman...? Kena selak dulu la, kan... :)


p/s: Empat buah novel dengan harga RM98.. Setiap satu novel sudah ditolak diskaun seringgit oleh tuan kedai tu.. So, jimat empat ringgit di situ.. Konon-kononnya laa.. Entah ya entah tidak ada diskaun... hahaha...

Tuesday, August 28, 2012

Perbualan budak zaman sekarang....

Assalamualaikum...

Perbualan budak zaman sekarang.... 

Tiba-tiba teringat perbualan dua orang remaja perempuan masa berbaris nak mengaut makanan kat kenduri hari tu... Melihat dari raut wajah mereka berdua, rasanya umur mungkin antara 19-21 tahun.. Punya la dorang ralit bercerita sampai tak bergerak untuk mengambil tempat dalam barisan.. Nampak bebenau excited-nya.. Lepas tu akupun sengaja la menyelit kat depan dorang berdua tu.. Nak jugak tengok reaksi remaja yang berbudi tinggi zaman sekarang ni, kan... Tup-tup, dorang dah berdiri depan aku dah... hahaha.. Nampak sangat budak muda sekarang ni jenis yang tidak sabar walaupun raut wajah nampak lembut je... :)

Apa yang dorang borakkan sampai leka sangat..?? Apa lagi.. Borak pasal pakwe masing-masing la.. Yang sorang tu dok cakap mak dia suruh kerja dulu, tak bagi nak kapel.. Manakala yang sorang lagi tu cakap mak dia tak kisah asalkan pakwe dia tu dah ada kerja tetap termasuk rumah dan kereta.. Hamboiii... Mudahnya la haiihh buat keputusan... Anak tu belum habis belajar lagi.. Hutang pinjaman satu sen belum berbayar..



Kerja la dulu puas-puas.. Masa umur muda tu la nak mengumpul duit atau harta ataupun melancong. Beli apa yang diimpikan selama ini.. Biarlah mak ayah tu merasa duit hasil titik peluh awak tu dulu... Ni tak, kadang-kadang bila dapat je gaji pertama tu, pakwe atau makwe dia yang dia belanja dulu.. Sepatutnya bagi la sikit duit tu kat mak ayah walaupun dorang tak mintak.. Duit dorang ko nak.. Duit ko, pandai pulak ko berkira... Ishh..., tak berkenan sungguh aku dengan perangai macam ni...

p/s: Belum apa-apa lagi dah ketepikan keluarga... Bila susah, baru nak cari balik keluarga tu.. Tak selamat la hidup kalau ada perangai macam ni..

Tahu tak...?? Khusus untuk wanita...

Assalamualaikum...

Tahu tak...?? Khusus untuk wanita...

Tali pengikat kepala kat telekung itu boleh membatalkan solat seseorang wanita jika tali tersebut jatuh atau terbuka ikatannya dan tali tadi menghalang atau terkena dahi wanita itu ketika dia sedang sujud..

Itu yang aku dengar sewaktu menonton satu rancangan ilmu kat TV3 hari tu iaitu rancangan Fiqh Wanita..  Dan kat sini dia punya promo...


Soalan yang diajukan...


Jawapan yang diberi...


Dan beberapa jawapan lain yang diberikan..



Dan aku selitkan sekali video persoalan tentang mandi wajib untuk wanita ni sebagai satu perkongsian untuk kita semua...




Bagus kalau ada lebih banyak program atau video macam ni.. Cara memberi jawapan juga di dalam keadaan perlahan iaitu tidak bercakap dengan laju dan berlumba-lumba.. Mudah sikit nak faham dan catch up apa yang disampaikan..

p/s: Dagu yang berlapis juga perlu ditutup ketika solat.. Kalau nampak lapisan dagu tu, solat tidak sah.. Sebab tu kena pakai telekung yang ada kain kecik bentuk V kat bawah dagu tu.. Tujuannya untuk menutup lapisan dagu yang berlapis tadi.. Itu yang aku tau la.. Kalau salah, aku minta maaf dan tolonglah perbetulkan.. Terima kasih... 

Monday, August 27, 2012

Okay yang tak berapa nak okay... ehehh...

Assalamualaikum...

Okay yang tak berapa nak okay... ehehh...

Ada orang, bila dia cakap yang bukan-bukan atau mengarut, katanya tak mengapa sebab itu semua hanya gurauan... Okay la.. Mungkin boleh terima apa yang dia katakan tu...

Tapi bila orang lain yang cakap bukan-bukan ataupun mengarut, diapun keluarkan la hadis atau dalil itu ini.. Bunyi macam nak menyindir.. Okay la kot.. Mungkin dia nak menyedarkan orang tersebut... Fikir positif je la, kan... ehehh..

Bila orang buat itu, katanya haram...
Bila dia sendiri yang buat, harus la pulak hukumnya...
Yang ni memang tak okay...



p/s: Okay ke camtu..? Tak okay kottt... Entah laa.. 

Sunday, August 26, 2012

Memenuhi jemputan...

Assalamualaikum...

Memenuhi jemputan...

Hari ni aku agak sibuk memenuhi jemputan mengisi perut.. Dah la semalam salah tengok tarikh kenduri kawen kat kad.. Bila lalu je kat tepi rumah kenduri tu, tengok lengang je.. Khemahpun takde.. Lepas tu balik ke rumah semula untuk tengok kad.. Rupa-rupanya kenduri tu hari ni dan buat kat dewan, bukan buat kat rumah.. Kakak aku punya la ketawa terbahak-bahak gelakkan aku yang masuk dalam rumah untuk ambil kad jemputan tu.. Mujurlah semalam ada satu lagi kenduri.. So, kitorang pergi kat kenduri yang itu je la... hihi..


Baju kuning tu kumpulan kompang tau.. Bukan kumpulan bersih.. ehehh....


Dan seperti biasa, aku lebih suka kongsikan gambar kanak-kanak yang turut hadir masa kenduri tu.. Main candid je, tak tau anak siapa... Maaf ya dik sebab letak gambar kamu kat sini.. ;)


Ada gaya....


Macam ni ke cara nak ketuk..?


Jangan ketuk kuat-kuat tau.. Kang terkejut lak...


Balik dari kenduri di atas, lepak sekejap.. Kalau bawak baring memang hanyut sampai ke waktu Asar la jawabnya.. Tambahan pulak perut dah kekenyangan.. Matapun apa lagi laa, semacam je.. huhuhu.. Pukul dua lebih pergi pulak memenuhi jemputan rumah terbuka jiran sebelah rumah.. Sebelum tu diadakan bacaan Yaasin dan tahlil.. Masing-masing aku tengok semacam je masa baca Yaasin tu.. Maklum la kan, masa cenggitu selalunya dipenuhi dengan acara membuta depan tv.. kehkehkeh..

p/s: Aku makan sikit je kat rumah terbuka ni.. Tak larat dah.. Ketat dah rasa pinggang kain.. adehhh...

Saturday, August 25, 2012

Airmata tumpah di pusara ayahanda...

Assalamualaikum...

Airmata tumpah di pusara ayahanda... 

Dah hampir seminggu beraya, baru aku berkesempatan mengunjungi pusara arwah abah aku.. Masa nak keluar rumah tadi, lalu sorang jiran (pakcik).. Dia tanya nak pergi mana... Mak akupun jawab la, nak poie kubur.. Dah dokek sominggu ghayo dah haaa, baghu nak poie jonguk.. Pastu jiran tadipun cakap la, sayapun tak pergi lagi ni (kubur arwah anak perempuan dia). Lantas, mak akupun ajak la dia pergi sekali.. Tapi pergi asing-asing laa...

Mula-mula tu okay je aku baca surah.. Lepas tu bila kaum keluarga yang lain dah mula beransur nak balik, aku pura-pura bersihkan kubur yang dah bersih tu dengan tujuan untuk lama sikit kat situ sambil teruskan membaca surah.. Dalam tak sedar, airmata aku bergenang.. Aku cuba tahan sebab kalau boleh aku tak nak orang nampak aku menangis.. Namun, airmata itu jatuh jua.. Cepat-cepat aku seka airmata yang tumpah dengan hujung lengan baju kurung yang aku pakai..


Kubur arwah abah aku di tepi tebing bukit..


Untuk mengelakkan airmata menjadi semakin laju, cepat-cepat aku tinggalkan pusara arwah abah.. Sebaknya  rasa hati tatkala kaki melangkah pergi.. Al-Fatihah untuk arwah.. Semoga arwah tenang di sana... Semoga Allah ampuni segala dosa arwah semasa hayatnya masih ada dan menerima segala amal kebajikan yang arwah pernah lakukan serta menempatkan arwah bersama golongan mereka yang soleh lagi beriman.. Amin..

Pusara arwah abah aku terletak betul-betul kat tepi tebing bukit.. Risau jugak aku kalau-kalau tanah tebing tu runtuh.. Ingat nak buat kepungan dengan batu marmar atau batu putih tapi ramai pulak yang tak setuju atas sebab tertentu.. Ada juga kubur yang lain yang dah senget batu kelilingnya gara-gara tanah mendap.. 


"Ya Allah, ampunilah orang yang hidup dan orang yang mati dalam kalangan kami, orang yang ada bersama kami dan orang yang tiada bersama kami, orang muda dan orang tua, orang lelaki dan wanita dalam kalangan kami. Ya Allah! Sesiapa yang Engkau biarkan hidup dalam kalangan kami, hidupkanlah dia di atas (landasan) Islam. Dan sesiapa yang Engkau matikan dalam kalangan kami, matikanlah dia dalam keimanan..." - (Riwayat al-Tirmizi)


p/s: Kadang-kadang naik hairan jugak bila ada orang yang ambil gambar di kubur ahli keluarga dorang dengan siap berposing dan tersenyum lebar.. Lepas tu siap tersengih-sengih dengan jari buat simbol peace lagi tu.. Dah takde naluri keinsafan agaknya... Na'uzubillah...

Kosong... huhuhu...

Assalamualaikum...

Kosong... huhuhu...

Belek satu, kosong...
Belek yang kedua, kosong lagi...
Masuk yang ketiga, kosong jugak...
Anggap je la semuanya kosong, kosong, kosong...

Sayang pulak nak buang sampul duit raya ni..
Banyak kegunaannya ni tau..
Boleh buat salam kaut masa kenduri kawen atau kenduri yang lain..
Takde la nanti terkial-kial nak cari sampul surat, pastu kerat dua sampul tu sebab panjang sangat, kan...
Biasa buat tak...??
Mustahil tak pernah buat... ehehh...

Budak-budak ni cuma nak isi kat dalam sampul tu je..
Sampul tu cantik macam manapun, tetap akan dikoyak atau dibuang..
Letak la gambar artis sensasi sekalipun, budak-budak ni tak heran punya, dorang koyak je...
Cuma golongan makcik-makcik macam aku ni je yang rajin mengutip dan menyimpan sampul kosong ni..
Betul tak..??
Ke, ada yang malu nak mengaku sebab takut dapat title makcik..?
Mengaku aje la wehhh...
Kehkehkeh...




Aku ada buat sampul duit raya ni guna kertas A4 kaler putih.. Pastu anak buah aku cakap, laa..., takkan nak bagi guna sampul tu... Aku jawab, buat apa la nak membazir beli sampul cantik-cantik tu kalau lepas tu tempatnya di atas jalanraya ataupun dalam tong sampah, kan... Kadang-kadang isi dalam sampul buatan aku tu lagi banyak dari isi dalam sampul yang bajet cun tu... hikkk...

p/s: Akupun dapat gak duit raya.. Dapat tujuh puluh hengget.. Kakak ipar aku dengan anak dia bagi.. Jadi la, alhamdulillah... Jom enjoy.. ekekekeke...

Friday, August 24, 2012

Bagai anjing menyalak bukit...

Assalamualaikum...

Bagai anjing menyalak bukit...

Lebih baik duduk dendiam...
Jangan cakap benda yang kita tak tau akan kepastiannya...
Jangan nak gebang sangat...

Setakat bersuara sikit-sikit tu dah memadai...
Itu namanya bagi 'hint'..
Kalau faham, alhamdulillah...
Kalau tak faham, lagi bagus, otak tak serabut, mulut tak kepoh tanya macam-macam...
Namun lagi bagus bertanya jika tujuannya untuk membantu dan bukannya menjadi nasi tambah...
Bertambah bagus jika simpan dan berkongsi dengan orang yang dipercayai sahaja...

Kalau buat-buat tak faham, elok la segera blah...
Lebih baik engkau segera angkat kaki...
Aku benci.. Benci.. Pada dirimu..
Ahh.. ahhh... ahhh....
Tetiba masuk dangdut la pulak...
Hahaha..




p/s: Menyalak kat bukit, bukit tetap tak runtuh... Sia-sia je menyalak... :)

Bintang kecil dengan lagu gembiranya...

Assalamualaikum...

Bintang kecil dengan lagu gembiranya... 

Andai aku pandai menyanyi.. 
Tua muda miskin dan kaya.. 
Tentu suasana gembira.. 
Mendengar suara merdu bagai buluh perindu banyak orang rindu.. 
Haaaa.... aaaaa..... aaaa.... aaaaaa....

Siapaaaaaaaaaaa ituuuuuuu.........???
Cobaaaaaaaaaa.... tekaaaaaaaa....

WARNING...!!!
Sila kecilkan volume speaker anda...
Bukan apa, takut ada yang jatuh dari kerusi je nanti..
Lebih-lebih lagi bila dengar suara background yang gemersik tu...
Wakakakakaka........


video


Oiittt....!!!
Bangun....!!!
Takkan dah pengsan dah kot...
Hahahaha...


p/s: Budak kecil kalau menyanyi, memang nampak comel.. Jadi, siapa nak nampak comel, sila la jadi budak-budak.. ahakkk...

Friday, August 17, 2012

Cukuplah setakat tiga je.. Lotih nak melayan.. ehehh...

Assalamualaikum...

Cukuplah setakat tiga je.. Lotih nak melayan.. ehehh...



Dan siang semalam aku buat projek yang ketiga pulak.. Daripada panas terik pukul duabelas tengahari sampai la hari nak hujan pukul empat petang, masih tak siap-siap projek aku tu.. Lepas tu bila dengar guruh dah mula berbunyi, cepat-cepat off dan cabut plug oven dan biarkan lagi dua tray biskut kat dalam tu.. Ingatkan lepas hujan berhenti baru nak on balik plug oven tu.. Tup-tup bila tengok, ehh... elok je masak biskut aku tu.. hehehe...




Oh ya, kalau ada yang perasan, peten biskut aku sama je iaitu gentel-gentel, tekan... hahaha... Sebenarnya adunan biskut aku ni lembik dan tak boleh dicanai.. Memandangkan aku kurang suka gunakan piping, tu yang aku dok gentel-gentel je tu.. Tapi rupa je sama.. Rasa tetap berbeza..




Aku dah stop buat kuih raya dah.. Cukuplah setakat tiga jenis ni je yang aku buat.. Selebihnya bergantung kepada kebaikan hati kaum kerabat yang lain.. Mana la tau kalau-kalau dorang bawak kuih dorang pulak, kannnn... Tak kisah la kuih beli atau buat sendiri, janji bawak... ehehh... Ataupun mungkin dorang nak sambung buat kuih kat sini, aku tak kisah, on je... Janji dorang jaga oven aku tu baik-baik.. kehkehkeh...




Dikesempatan ini, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua umat Islam terutama sekali kepada kawan-kawan siber seperti bloggers, chatters, fesbuk, twitter dan juga kepada kawan-kawan nyata serta ahli keluarga dan sanak saudara.. Jika ada salah silap terkasar bahasa, terlanjur kata, jangan disimpan di dalam hati.. Harap dimaafkan ya.. Semoga Allah berkati perjalanan hidup kita semua dan semoga semuanya selamat dalam perjalanan menuju destinasi sempena cuti raya ini..


Thursday, August 16, 2012

Laju-laju, buaiku laju... :D

Assalamualaikum...

Laju-laju, buaiku laju... :D
Aku nak kawen, dengan anak rajaaaaaaaaaaa...

Ehh..., bukan aku laaa...
Tu si Bawang Merah punya lagu tu..
Kan..??
Bawang Merah ke Bawang Putih ehh yang nyanyi lagu tu...?
Rasanya Bawang Merah yang baik tu, kan...

Malas ahh nak cerita banyak...
Saksikan aje video dan gambar yang ada kat bawah ni...
Muahahahaha....




Bestnya ada buaian... Tapi apsal buaian kita ni tak bergerak... :D


Kami tinggal tiga beradik je.. Sekor lagi dah mati... huhuhu...


Terkejut aku tengok dia terus tidur camni.. Ingatkan dah mati.. Rupanya pengsan.keletihan gara-gara bermain buaian...


Hambooiihh...!!! Bukan main lagi dia... Siap angkat kaki lagi tu... 


Lena diulit mimpi.. Jangan ngompol dah la.. Kang habis lencun si Tamtam kat bawah tu... ekekekeke....
(ngompol = kencing malam..)


p/s: Bila tensen, layan anak kucing... Boleh sakit perut ketawa tengok gelagat dorang... kehkehkeh...

Wednesday, August 15, 2012

Projek aku malam tadi... ;)

Assalamualaikum...

Projek aku malam tadi... ;)

Ehemm...!!!
Bulan puasa ni buat projek waktu malam je la, kannnn...
Waktu siang tak boleh, bahaya sikit....
Wakakakaka....
Giler punya statement...
Kehkehkeh....

Jangan ingat lain okay...
Projek aku ni spesel sikit...
Hikk...

Jom layan gambar projek yang aku buat malam tadi tu ya...
Tersengguk-sengguk aku menahan kemengantukan...
Adehh...

Tadaaaaaaaaaa.....!!!!
Inilah dia projek aku ittewww....
Auuwww...!!!
Tak sangka mak boleh buat biskut you all...


Bulat-bulat.. Pastu tekan sikit dengan jari... Pastu tekan dengan garfu...


Sebelum dibakar...


Selepas dibakar.. Kombang macam den... ahakkk...



Dapat banyak ni je.. Balang atas tu tak penuhpun... 


Dah dua jenis biskut yang aku buat.. Dan kedua-duanya tidak menggunakan acuan.. Biskut yang ini sepatutnya kena masukkan dalam piping bag.. Tapi aku ni kurang suka nak gunakan piping bag walaupun ada orang kata senang dan cepat.. Aku tak suka sebab apa tau...? Sebab nanti saki-baki adunan yang ada kat dalam piping bag tu susah nak kaut dan pasti akan terbuang begitu sahaja... Rasa rugi la pulak nak buang-buang ni.. Tu yang aku dok main gentel-gentel je tu... Gentel-gentel.. Tekan.. Gentel-gentel.. Tekan.. Kan kerja senang tu... kihkihkih... Kalau rajin, malam ni sambung lagi projek malam tadi tu... heeeeeeee......

p/s: Pssstttt...!!! Baju melayu yang satu lagi tu tak siap-siap jugak.. Seluar dah siap dah, tinggal baju je lagi.. Abeh la... Mood dah lari ke dapur la pulak... hahahaha...

Tuesday, August 14, 2012

Hoyeaaa...!!!

Assalamualaikum...

Hoyeaaa...!!!

Hahahaha....
Macam budak-budak tak cukup akal je...

Sajew jewww nak sukew...
Tak boleh kewww.....
Kehkehkeh....
Muntah den dok pelat-pelat camni...
Adoyaii....

Nak tayang la jugak biskut raya aku ni walaupun bentuk dia entah apa-apa je, kan...
Yang penting aku baru buat biskut ni..
Kira fresh dari ladang lagi..
Takde la macam sesetengah orang tu yang dah sebulan buah biskut raya...
Ehehh...




Ni kali pertama bakar biskut guna oven letrik macam kat bawah ni..
Dulu pernah jugak guna oven letrik, tapi yang jenis bulat, penutup ada cermin tu..
Takde la kuno sangat aku sampai tak pernah guna oven letrik...:P


Zaaaa....
Nuuss..
Siii...

Cumanya aku tak pandai lagi nak ejas masa dan api (mana ada api..)...
Masih lagi dalam proses pembelajaran...
Pelan-pelan kayuh maaa.... ehehh...
Tapi best sebab boleh bakar gajus...
Lepas ni boleh beli stok gajus banyak-banyak...
Pastu tu jual gajus panggang lak...
Ekekekeke....




Dah dua malam aku buat biskut ni...
Satu malam dapat lima balang kecil...
Dua balang dah lepas ke rumah adik aku...
Dia balik sekejap hari tu, then aku bagi kat dia untuk anak-anak dia merasa...
Baiknya mak sedara yang sorang ni, kannnn...
Ahak... :D





p/s: Terima kasih mak sebab belikan oven letrik tu.. Aku cakap aku tak nak sebab agak mahal harga dia.. Tapi mak tetap nak beli jugak.. Den apo lagi, ambek yoo laa... kehkehkeh....

Buat setahun sekali je...

Assalamualaikum...

Buat setahun sekali je...

Ye betul...
Dah lebih seminggu blog aku tak berhapdet...
Sebabnya ialah jahitan aku belum siap sepenuhnya...
Lepas tu ingat pulak kuih raya satu apapun tak buat lagi...
Semuanya membantutkan proses penghapdetan blog aku ni...
Ada yang rindu kat entry merapu aku kewww.....???
Kehkehkeh...

Sebenarnya nak bagitau yang aku buat baju melayu ni cuma sekali je dalam setahun... Buat taim nak raya puasa je... Itupun buat baju melayu untuk kaum kerabat aku je terutama sekali baju abang ipar aku dan anak dia... Tapi tahun ni aku baik dan rajin sikit... Aku buatkan sekali baju melayu untuk abang aku... Sementelah ada kain yang kakak aku bagi... Pecah rekod sebab tahun ni aku buat lima pasang baju melayu... Patah pinggang den tekau... huhuhu...

Lepas tu, rajin pulak aku buat zip untuk seluar anak buah aku tu.. Selalunya aku buatkan dia seluar cerut je.. Nak jimat masa.. Agak leceh sikit nak buat zip seluar ni.. Banyak proses yang harus dilakukan.. Kena buat fly pendek dan fly panjang.. Tu yang aku agak malas sikit nak buat tu.. Kalau setakat jahit zip tanpa fly ni, enteng je bagi aku... ehehh...

Ehh, tau tak apa itu fly pendek dan fly panjang...? Haaa, tu laa.. Tak tau, kan..? Tau pakai seluar je.. kehkehkeh... Fly pendek dengan fly panjang tu adalah pelapik kat zip seluar tu.. Kalau takde pelapik tu takut nanti terzip benda lain lak.. Opppsss...!!! Puasa laaa...!!! Muahahahaha.... 


Poket baju dalam proses... Berpinau jugak la bijik mata nak ejas.. Nasib baik kaler kain tu lembut je dan tidak garang...


Zip yang belum siap...


Poket seluar...


Pelapik zip yang sebelah kiri tu namanya fly panjang.. Yang sebelah kanan tu fly pendek...


Zip yang dah siap... Takde la cantik sangat.. Tapi boleh laa untuk lepaskan sesak... hikkk...


Leher baju separa siap.. Belum sembat dan takde butang lagi... Aku tau buat leher jenis ni je... Leher cekak musang aku tak tau.. Malas sebenarnya nak buat.. Rumit...



Baju anak buah aku yang dah siap sepenuhnya... 
Sepasang lagi masih dalam proses pembuatan.. huhuhu...


Dan ini pulak baju raya untuk mak aku.. 
Siap jahitkan manik sekali..
Mak akupun nak jugak melaram...
Dah la masa muda dulu dia hidup dalam zaman Jepun...


Sebelum dijahit manik...


Leher...


Lengan baju...


p/s: Siapa yang ada kuih raya lebih tu, passing la kat aku barang sepuluh balang.. Tak kesian ke kat aku yang takde kuih raya ni..., ehehhh....

Saturday, August 4, 2012

Kat sini rupanya dia sembunyi... adehh...

Assalamualaikum...

Kat sini rupanya dia sembunyi... adehh...

Tengah sibuk menjahit, benang bawah tiba-tiba je habis.. Spoil betul laa... Lepas tu masa nak keluarkan gelendung tu dari sekochi, jatuh pulak sekochi tu.. Dah jadi dabel spoil.. Lepas tu cari punya cari, tak jumpa pulak mana sekochi tu sembunyi.. Peluh dah mula memercik kat dahi.. huhuhu..

Dua ekor ibu kucing pulak sedang enak berbaring kat bawah mesin ni.. Aku kuis-kuis dengan penyapu sebab nak cari sekochi tu, kucing tu marah aku balik.. Dikuis-kuisnya penyapu yang aku sodok tu.. Ingat aku nak bergurau dnegan dia agaknya.. Jangan nak perasan la haiihhh... Orang nak cepat, jadi lambat la pulak.. Adoyaii... Memang berganda-ganda punya spoil...

Aku dah mula panik dah ni... Ni la satu-satunya sekochi yang aku ada untuk mesin jahit letrik Singer aku ni.. Kalau sekochi untuk mesin jahit Singer yang biasa tu, ada jugak la dalam tiga empat biji.. Buatnya sekochi yang sebiji ni tak jumpa, alamatnya tergendala la kerja aku.. 

Duduk sekejap melepaskan geram.. Sambil-sambil tu mata melilau lagi mencari kat bawah meja dan kerusi.. Masih tak jumpa.. Lepas tu ingat balik masa sekochi tu jatuh.. Rasanya masa jatuh tu ada bunyi dentingan.. Maknanya sekochi tu terlanggar dengan badan mesin ni dulu sebelum hilang dari pandangan...

Cari punya cari, akhirnya jumpa jugak.. Adoyaiiii...!!! Kat situ rupanya dia menyorok.. Kenapa la ko tak cakap yang ko nak lepak kat situ sekochi oiiii......!!! Lotih mak cari ko, tau tak... huhuhu....


Elok je dia tertonggok kat situ... adehhh...


p/s: Bila dah jadi macam ni, baru la teringat nak beli lagi satu sekochi buat spare... Tapi bila dah jumpa balik ni, macam malas la pulak nak beli yang lain.. kihkihkih...

Friday, August 3, 2012

Aduhaiii.... Sabar je la...

Assalamualaikum...

Aduhaiii.... Sabar je la...

Kadang-kadang naik kesian kat orang yang mungkin bosan tahap gaban agaknya sehinggakan semua applications yang ada kat fesbuk tu dijadikan tempat untuk meluah kebosanan.. Masalahnya benda tu semua keluar kat timeline.. Berderet-deret lak tu dari atas sampai bawah manjang dia punya post je..

Kalau budak bawah umur yang buat benda tu semua, okay la kot.. Dah namanya budak, memang la jenis suka main dan cuba sesuatu.. Ni kebanyakannya orang tua yang dah matangpun dok buat benda tu.. Entah apa yang nak di-test-pun tak tau la.. aduhaii...

Akupun pernah guna beberapa applications tapi setahu aku benda tu kita boleh pilih samada nak bagi semua orang nampak ataupun cuma kita je yang tau.. Kalau applications 'My Mood' tu memang aku lepaskan kat wall aku sebab kadang-kadang malas nak tulis status.. Applications yang selebihnya aku pilih 'Only Me' sebab aku tau bukan semua orang yang suka dengan applications yang mengarut seperti Mak Jemah la, personality la, rupa macam artis mana la dan sebagainya keluar kat timeline dorang.. Contohnya aku ni haa... Memang tak berapa gemar nak tengok benda alah tu semua.. Motif tunjuk kat orang..?? Suka-suka je..? Atau perasan hot..? Hmmm... 


Boleh buat pilihan, kan...?


Jujur aku cakap la kan, kalau kerap sangat applications macam tu keluar kat timeline, aku memang akan Hide terus orang tu dari keluar kat timeline aku.. Rimas la.. Cuba la share sesuatu yang menarik sikit selain dari applications yang entah apa-apa tu.. Susah jugak kalau jadi orang yang over perasan ni.. Semua nak bajet bagus sampaikan main applications pun pilih yang konon-konon hebat... Alaaahaii...

Aku tau, korangpun Hide-kan aku dari keluar kat timeline korang, kan..? Maklum la, aku ni kan asyik membebel je... Lebih-lebih lagi kalau pasal drama kat tv yang aku tak berkenan.. Lagi la banyak aku membebel kat wall aku tu... wakakakakakaka... 

p/s: Haiipp...!!! Bisik-bisik apa tuuu... ehehh...

Thursday, August 2, 2012

Bahaya senduk besi... huhuhu...

Assalamualaikum...

Bahaya senduk besi... huhuhu...

Ouucchhh...!!!
Ayoyoyo... ammaaa...!!!
Ada darah laaa....!!!
Huhuhu.....

Sedang kelam kabut basuh senduk besi di sinki, tiba-tiba je ibu jari terhiris kat tepi senduk tu... Sepatutnya senduk tu ada cover atau batang plastik kat bahagian dalam tu, kan..? Tapi senduk yang ni dah togel dah..




Hasil dari ketidak-adaan cover plastik tu, maka ibu jari tangan kanan aku menjadi mangsa hirisan.. Tajam rupanya tepi senduk besi tu.. Mungkin selama ni tak perasan sebab basuh senduk tu dalam keadaan sopan gitu.. hehehe.. Sekali bila tergocoh-gocoh membasuh, maka dapat la habuannya... Pedih wooo, walaupun jauh dari nyawa.. hehh...


Kuku kuning sebab masak asam pedas letak kunyit hidup.. Tu yang lekat kaler kuning tu... 


Masa mula-mula terhiris tu, banyak jugak darah pekat yang keluar... Tapi aku teruskan jugak membasuh saki baki cawan yang ada dalam sinki tu.. Lepas tu baru aku tampal plaster kat luka tu.. Mujur masih ada stok plaster dalam laci.. Itupun cuma tinggal sekeping je..


Ni la rupa senduk yang jahat tu... hehh...


Jahat la ko ni senduk.. Nasib baik la ko tu senduk.. Kalau tak, aku ketuk ko dengan senduk... hakhakhak... Senduk jugak yang dipersalahkan... Sabar je la... kehkehkeh...

p/s: Beringat sebelum kena ya kawan-kawan... Kadang-kadang benda yang kita tak sangka itulah yang mencederakan kita.. Ni insiden pertama jari aku luka kerana senduk.. Selalunya luka terhiris pisau je...

Wednesday, August 1, 2012

Sokong seratus peratus... :-)

Assalamualaikum...

Sokong seratus peratus... :-)

Tak perlu nak sentap kalau tak buat..
Tak payah nak bising-bising kalau kena kat batang hidung sendiri..

Benda tak betul, kenalah perbetulkan..
Tak kira la siapapun kita..
Tak payah nak berlagak sangat la, kann...

Rasanya ramai je yang ada pe'el macam kat bawah ni..
Dan lagi ramai yang berhadapan dengan situasi sebegitu..
Kalau tak, tak kan ianya jadi isu..
Mana mungkin dua orang yang ada nama tu nak bercakap benda yang tak penting..




Aku suka pada statement LEBIH BAIK TAK PAYAH DATANG TU... Peringatan untuk diri aku jugak agar tidak buat benda macam ni.. Mana la tau, kan... Banyak sangat dah aku dengar cerita dari kawan-kawan dan jiran pasal ni.. Dan dorang selalu cakap macam tu, baik tak payah datang atau tak payah balik.. Tak baguskan cakap macam tu..? Tapi dorang tu bercakap ada sebab.. Sebab apa..? Sebabnya menantu tak tau nak buat kerja.. Menyapu dalam rumahpun tak pernah.. Apa lagi nak menyapu laman.. Nak memasak lagi la.. Tak suka masuk dapur, katanya.. Balik rumah mertua betul-betul 'bercuti' dan cuci tangan habis... 

Balik raya nanti pakat-pakat la tolong-menolong di dapur ya menantu semua.. Sama-sama la ipar duai semua buat kerja. Jangan la nak perasan jadi tetamu kehormat.. Menantu lelaki buat la kerja yang berat sikit.. Menantu perempuan rajin-rajin la ringankan bontot dan bangun membantu mana yang patut.. Yang nak makan tu korang dan anak-anak korang jugak.. Tak gitu..? Apa yang penting, kerjasama.. Jangan masa buat kerja, sorang-sorang.. Tapi bila masa makan, laju je serbu... Tak patut la macam tu.., kan...

p/s: Kadang-kadang aku tak faham kenapa la ada orang yang kedekut sangat nak keluarkan kederat dorang tu.. Kalau kederatpun dah kedekut, apa lagi benda lain.. Sabar je laa...

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »