Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Saturday, April 30, 2011

Kate and William: The Legend of Cinderella and Prince Charming..

Assalamualaikum...

Semua orang dok sibuk tempek gambar perkahwinan gilang gemilang ni. Maka, akupun nak la menyibuk jugak. Nanti takde la dikatakan blogger yang ketinggalan walaupun sebenarnya memang dah ketinggalan sehari... kehkehkeh...

Aku tak dapat tengok masa upacara ni berlangsung semalam (29/04/2011) sebab aku keluar bandar. Aku sempat tengok sikit je upacara tu bila sampai ke rumah. Takpe la, nanti boleh tengok kat youtube... 

Lambaian Cinderella...

So sweet.. =)

Akhirnya berjaya jugak aku tackle Willie ni... kehkehkeh...

Pasangan ideal... Moga bahagia selamanya...

Cantiknya... Simple but nice...

Ke bawah DYMM...Tetamu kehormat dari negara kita, Malaysia...

Apa pandangan korang tentang gambar dan majlis ni..? Pandangan aku, baju pengantin si Kate ni lagi berganda-ganda kesopanannya jika nak dibandingkan dengan baju pengantin para artis kita. Takde la nak dedah sangat. Siap cover lagi bahagian dada tu dengan kain lace yang cantik tu. Artis kita..? Selagi boleh dedah, semua nak didedahkan sampai tersembul-sembul sana sini. Dosanya pergi kepada si suami. Isteri belum lagi tunaikan tanggungjawab tapi suami dah dapat dosa isteri tu dulu..

p/s: Semoga William akan terus setia dengan Kate dan tidak menjadi seperti Charles... Kesian Lady Diana.. huhuhu...

Friday, April 29, 2011

Takde benda lain ke nak sebut..?

Assalamualaikum...

Ini adalah dialog kawan aku suatu masa dahulu...

Asal telefon je, duit.. Asal duit je, telefon..
Takde benda lain ke nak sebut kat dalam telefon tu selain dari duit.. duit.. duit...
Bukannya nak tanya khabar aku. Sihat ke aku ni.? Dah makan ke aku ni..?
Rimas nak dengar. Kadang-kadang rasa macam nak menyumpah je...

Kawan aku ni selalu sangat didatangi dengan panggilan telefon dari abang dia. Dia sendiri dah naik cemuih dah. Kadang-kadang kesian jugak aku tengok kawan aku tu. Gaji kitorang yang jadi operator kilang ni bukannya besar macam gaji orang lulusan U. Berapa sen la sangat. Itupun terpaksa bajet ketat-ketat. Kalau lari bajet je, alamatnya kena korek la duit simpanan sedangkan duit simpanan tu pun bukannya beribu. Sekadar untuk mengisi waktu terdesak je.

Selalunya lepas je kawan aku tu dapat panggilan tu, dia akan mengadu kat aku. Ada masanya aduan tersebut bercampur-baur menjadi bebelan. Aku ni sebagai kawan, terima dan dengar aje la. Ada masanya marah jugak kat abang dia tu sebab saban bulan telefon nak pinjam duit kat adik dia tu. Pinjam selalu, bayarnya selang-selang.. Ikut rezeki la..

Abang kawan aku tu bekerja. Isteri diapun bekerja jugak. Anak pulak cuma seorang je dan masih sekolah tadika (masa tu la.). Itu yang buat kawan aku pelik. Gaji dua orang tu masih tak cukup lagi ke kalau nak bandingkan dengan gaji dia. Alasan abang dia, duit tak cukup untuk bayar ansuran rumah. Lagi melenting la kawan aku tu. Dia kata rumah teres yang murah ada, yang pergi beli kondominium tu nak buat apa. Berlagak macam orang kaya, bebel kawan aku tu. Sudahnya dia menyalahkan kakak ipar dia yang eksen dan nak jaga status dan menyalahkan abang dia yang terlalu ikutkan cakap isteri. Engkau yang berhutang, aku pulak yang nak kena bayar, apa hal..? Tu kata kawan aku ya, bukan aku yang kata...

Selalu jugak aku tengok kawan aku tu menangis. Memang la dia tak menangis kat depan aku, tapi bila tengok mata dia merah semacam je, aku tau la dia menangis. Dia pernah cakap kat aku dan kata aku ni beruntung sebab dapat simpan duit gaji, takde nak kirim kat kampung ataupun adik beradik tak meminta-minta. Tidak seperti dia yang terpaksa kirim ke kampung setiap bulan. 

Memang aku tak pernah kirim duit kat mak abah aku. Tapi, aku selalu balik dan bila balik je, aku akan pastikan ada sedikit duit untuk dihulurkan kepada mak aku. Bab adik beradik nak pinjam tu, rasanya tak payah la nak bagitau semua, ya tak.? Pandai-pandai la aku cover air muka ni bila dapat panggilan telefon macam tu. 

Kebiasaannya aku plan, jika nak balik kampung je, duit gaji bulan sebelumnya yang biasanya untuk disimpan, tidak akan aku usik untuk tujuan lain. Terpaksalah kuatkan hati jangan sampai tercuit duit tu. Aku bernasib baik jugak sebab tidak dikurniakan dengan perangai suka joli sana-sini. Bersyukur jugak sebab kawan-kawan rapat aku jenis yang suka duduk rumah dan keluar bila perlu je. Bukannya tak ada kawan yang kuat bershopping ni. Ada. Cuma aku kenalah jauhkan diri dari dorang. Tak termampu aku nak ikut lagak dan gaya dorang tu... huhuhu...

Kawan aku tu sekarang masih lagi bekerja walaupun dah bertukar syarikat. Aku pulak dah balik ke sini. Sesekali menelefon dia, masih ada lagi keluar cerita yang sama. Dah bertahun-tahun berlalu namun dia masih lagi dibebani dengan panggilan hangit nak pinjam duit tu. Bila la dorang nak biarkan hidup dia aman ehh... Bila call dia je, mesti dia minta maaf dulu kat aku sebab asyik aku je yang call. Aku cakap, tak apa la. Aku faham masalah dia tu. Lagipun bukannya selalu call.. Sebulan sekali atau dua bulan sekali je..

Mak aku dari dulu sampai sekarang, ada je dapat panggilan hangit. Kadang-kadang aku pulak yang hangin padahal bukannya duit akupun. Sesekali tu geram la jugak. Senang-senang je call mintak duit. Dapat pulak tu. Aku dulu tak pernah call mak abah aku semata-mata nak mintak duit. Pandai-pandai sendiri la berada jauh di perantauan... huhuhu...

p/s: Dulu, aku selalu merasakan yang aku ni macam anak tiri je.. Sebab aku sukar nak dapat apa yang aku nak berbanding dengan adik beradik yang lain.. Sedih sangat-sangat.. **Kesat air mata... ;)

Thursday, April 28, 2011

Kuda hitam aduhhh... kuda hitam...

Assalamualaikum...

Kuda hitam aduuhhhh kuda hitam....
Tak dihitung namun berbahaya...
Lari tenang aduuhhh pelan-pelan...
Tau-tau bisa nyampai duluan...


Kalaulah naik kuda hitam...
Lari kencang, nafaspun panjang..
Kalaulah punya pacar hitam..
Walau hari panas, senyum senangggggg...

Jangan marah aduuhhh abang-abang..
Hati-hati hidup di dunia...
Jangan pandang remeh, pandang ringan...
Aku nyanyi bukan sembarangan...

Mungkin ada yang berkata ini hanyalah sekadar lagu sahaja. Dan mungkin jugak ada yang berkata aku ni tak habis-habis dengan lagu. Tak kisah la apapun tanggapan orang tentang ni. Aku suka mengambil contoh melalui lirik lagu kerana bagi aku banyak yang tersirat di sebalik lirik tersebut. 
=============================
Pada Selasa, pihak berkuasa New Zealand telah menahan lapan lelaki dan dua wanita dari Malaysia yang menyamar sebagai pelancong berkumpulan selepas menemui hampir 1 kg syabu yang disembunyikan di dalam kasut mereka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Auckland. Nilai dadah tersebut di jalanan adalah dianggarkan RM2.4 juta sekilo. Ahad lalu, Timbalan Menteri Luar, Datuk Richard Riot Jaem dipetik sebagai berkata, hampir separuh daripada 1,880 rakyat Malaysia yang ditahan di luar negara adalah melibatkan kes percubaan menyeludup masuk dadah. 

Sebahagian besar daripada mangsa-mangsa ini dijadikan keldai dadah selepas berkawan dengan agen sindiket dadah melalui rangkaian sosial Facebook. 

Berhati-hatilah agar tidak menjadi mangsa. Jangan la terlalu ramah dengan menerima semua request dari orang luar yang tidak dikenali walaupun mereka sekadar ingin berborak kosong ataupun menjadi rakan game kat fesbuk tu. Jangan terlalu seronok berborak secara tersembunyi atau chat online kerana kita mungkin akan alpa seketika. Dalam kealpaan itulah kita tergoda dan memberikan segala butiran peribadi tanpa disedari. Pengalaman mengajar aku agar tidak terus melayan chat online.
p/s: Baru lepas tengok rancangan 999 mengenai warga Afrika yang pandai menggoda dengan ayat-ayat power mereka. Risau dengan anak-anak buah yang gemar sangat chat online dan semakin terdedah dengan semua gejala tak sihat ini. Lindungilah kami dan keluarga kami dari segala mara bahaya ini Ya Allah... 

Nafsu Pak Pandir...

Assalamualaikum....

Entri ini sekadar pandangan dari mata aku yang kelabu kerana aku tidak sepandai kamu untuk memberikan pandangan yang terang, bernas lagi jelas... =)

Betul la kata orang, manusia ini tidak akan pernah puas dengan apa yang dia ada. Selagi nafsu tidak dapat dikawal, selagi itulah ianya berleluasa dan membuka kotak fikiran untuk terus melakukan pembaziran. Semuanya hanyalah kerana tidak pernah puas.

Ada beberapa contoh yang boleh aku beri yang aku sendiri tak dapat nak bezakan samada mereka ini jenis manusia yang dikuasai oleh nafsu ataupun jenis seperti Pak Pandir. Antaranya:

1- Ada orang yang membuat rumah dan telah siap dengan sempurna rumah tersebut, lengkap dengan tembok pagar yang cantik. Kiranya style terbaru punya design la. Tup-tup ada pulak jiran sebelah rumah dia yang buat tembok pagar lagi canggih walaupun rumah jiran tu hanyalah rumah kayu dan bukannya rumah batu. Maka, diapun segera memanggil tukang untuk merobohkan tembok batu rumah dia tu dan bina pulak tembok baru padahal tembok yang dirobohkan tu baru je siap. Tak ke pandir namanya tu. Dah la pandir, membazir pulak tu.. huhuhu...

2- Ada juga orang yang pada awalnya menanam pokok sawit di ladang. Kemudian, dia mendengar perkhabaran bahawa harga getah lagi mahal dari harga sawit. Maka, diapun segera menebang pokok sawit tadi dan digantikan dengan pokok getah. Selang beberapa tahun selepas tu, harga sawit pulak melambung naik. Mencanak-canak naiknya macam roket. Boleh pulak dia pergi tebang pokok getah tadi dan digantikan semula dengan pokok sawit. Mujurlah ada yang bagi nasihat agar dia tidak terus-menerus buat kerja pandir tu. Kalau asyik tanam pastu tebang, bila nak dapat hasilnya. Serupa jugak dengan orang yang asyik tukar-tukar kerja je.. huhuhu...

3- Ada pulak jenis manusia yang mahu kawasan laman rumahnya sentiasa bersih, tidak ada daun-daun kering berguguran. Untuk merealisasikan impian tersebut, maka habis la semua pokok buah-buahan di sekeliling rumahnya ditebang. Jika ada daun-daun dari pokok jiran yang gugur masuk ke dalam kawasan rumah dia, punya la dia membebel. Alasannya penat nak menyapu daun-daun tu dan semak mata memandang. Namun bila musim buah tiba, terutamanya musim rambutan, pandai pulak dia meminta kat rumah jiran tadi. Alasannya kesian kat cucu yang dikatanya teringin nak makan buah tersebut. Menyapu daun gugur tak nak, buah nak la pulak... huhuhu...

4- Lagi best bila ada orang yang kata rumah dia tak cantik sebab pesen lama sedangkan rumah tu baru je tiga tahun dibina. Dia seolah-olah cemburu bila tengok rumah di kejiranannya yang pelbagai pesen. Malahan ada yang sanggup berhabis duit samada dengan meroboh atau menambah ruang untuk mencari kelainan pada kediaman tersebut. Kalau macam tu, tak payah la buat rumah sebab pesen rumah ni akan sentiasa berubah-ubah mengikut peredaran zaman... Sabar aje la dengan orang macam ni...

Begitulah jika diri sudah dikuasai oleh nafsu. Suatu perkara yang sukar untuk dipuaskan adalah nafsu itu sendiri apatah lagi jika ianya diiringi dengan perasaan cemburu dan iri hati. Nafsu untuk menguasai. Nafsu untuk memiliki. Nafsu untuk sentiasa berada di atas sehingga terlupa bahawa kita semua akan ke bawah jugak akhirnya..

p/s: Ikut hati, mati.. Ikut rasa, binasa.. Ikut nafsu, lesu.. Bawak-bawaklah bersyukur dan bertenang.. :D

Wednesday, April 27, 2011

Jawatan Kosong: Sila tampil dengan segera...

Assalamualaikum...

Kadang-kadang kesian bila tengok ramai yang takde kerja. Mungkin itu yang memaksa mereka untuk masuk mencuba bakat kat pertandingan realiti tv seperti Akademi Fantasia, Mentor, Raja Lawak dan macam-macam lagi la. Sanggup berbaris panjang berjela-jela semata-mata untuk menunggu giliran. Sanggup terima cacian serta kutukan kerana mengganggap itu adalah adat resam kehidupan sebagai artis...

Ada juga yang mencuba bakat dok pungg pangg kat kejiranan atau simpang rumah masing-masing sehingga mengganggu ketenteraman jiran tetangga. Konon-kononnya indie la tu, nak jadi seniman jalanan.. huhuhu...

Kat sini aku ada tempekkan papan iklan untuk sesiapa sahaja samada yang berbakat ataupun tidak bagi mengisi kekosongan jawatan. Daripada korang melalak tak ketahuan tu, baik korang apply jawatan kosong ni.. Berbaloi-baloi... 


p/s: Sharing is caring.. Entri ini sekadar untuk mengingatkan diri aku sendiri.. huhuhu...

Tuesday, April 26, 2011

Pontianak...!!! Kuntilanak...!!! Nek Nak... !!! Tak nak...!!!

Assalamualaikum...

Pontianak...
Jangan meradang...
Dengar dendang, tidurlah sayang..
Tetapi... Janganlah ganggu..
Biarkan kita hidup gembira...



PALEMBANG - Seorang penduduk mendakwa berjaya merakamkan gambar hantu kuntilanak di atas dahan sebatang pokok nangka di Talang Ubi, Muaraenim, Sumatera Selatan, lapor laman Berita8 semalam.
Dalam gambar itu, kuntilanak tersebut tidak menampakkan wajahnya tetapi rambut yang panjang mengurai.

GAMBAR kuntilanak (dalam bulatan) dirakamkan oleh seorang penduduk di Talang Ubi, Sumatera Selatan pada bulan lalu.

Di Indonesia, hantu kuntilanak dipercayai berasal daripada wanita hamil yang meninggal dunia.
Gambar itu dirakamkan oleh seorang penduduk di Talang Ubi Timur yang hanya dikenali sebagai Edi pada bulan lalu. - Agensi


p/s: Jangan kacau aku dah la ya... huhuhu...

Monday, April 25, 2011

Tiiingggg... !!! Toonggg..!!!

Assalamualaikum...

Dari semalam aku tak boleh nak bersiaran.gara-gara talian telefon kat rumah ni tak berfungsi. Terpaksa gunakan telefon jiran untuk melaporkan kerosakan. Jadi, hari ni ada la orang TM yang datang betulkan. Selesai satu masalah... **Konon-kononnya la...

Ingatkan bila talian dah okay boleh la gunakan internet seperti biasa. Tapi tak boleh jugak. Sangat menjengkelkan bila talian tak boleh nak connect. Baru malam ni boleh gunakan internet tapi tak boleh nak gunakan wireless. Nak kata modem ada masalah, takde la pulak sebab semua lampu okay je menyala. Ni pun line kejap ada, kejap lagi hilang balik... ggrrrr.... Apa la nak jadi...

Mungkin dalam seminggu ni aku tak dapat nak blogwalking meninggalkan komen kat blog yang biasa aku jengah. Mintak maaf banyak-banyak ya pada semua. Nak gunakan pc ni rasanya macam aku tak sanggup je. Dah la skrin dia kelabu. Maklum la pc zaman tok kadok... huhuhu.. Malas pulak nak angkut laptop aku letak kat sini...

p/s: Mudah-mudah cepat la setel masalah wireless ni... 

Sunday, April 24, 2011

Bela anak ikan untuk suka-suka je.. :-)

Assalamualaikum...

Aku bela anak ikan untuk suka-suka je.. :-)

Entri santai je ni. Saje je nak kongsikan gambar anak-anak ikan talapia dengan anak ikan patin kat dalam kolam tiruan ni. Tapi anak ikan patin tak nampak sebab dorang sembunyi kat bawah. Ni anak ikan betul ya, bukannya anak ikan yang ittewwww... hehe...

Sebenarnya ni adalah tangki air yang kat atas tandas rumah aku. Oleh sebab mak aku dah gantikan dengan tangki yang lebih besar, maka tangki yang ini dah tak digunakan lagi la. Daripada dibiarkan kosong camtu je, aku cakap kat mak aku yang aku nak bela ikan. Bukannya nak buat komersial tapi saje je untuk suka-suka mencuci mata...



Kesemua anak ikan ni dibeli dengan harga RM5 untuk setiap jenis. Maknanya RM10 la untuk dua jenis ikan ni. Jiran aku yang tolong belikan kat pusat penternakan ikan. Anak-anak ikan kat sini memang selalu kehabisan stok. Ni kira bernasib baik sebab dapat jugak membelinya. 

Setakat hampir seminggu dorang kat dalam kolam ni, dah dua ekor patin dengan sekor talapia yang terapung. Sementara nak tunggu besar, entah berapa ekor pulak yang terapung agaknya tu.. Nak bela anak ikan tapi tak cukup ilmu... hehehe...



Esok nak kena gantikan air tangki ni. Kalau dibiarkan lama-lama, takut nanti lemas pulak anak-anak ikan tu. Setakat ni, okay lagi nampaknya air tu. Takde la berbau lagi sebab kitorang bagi makanpun sikit-sikit je iaitu tiga kali sehari. Kang kalau bagi sekali banyak, mati tercekik pulak dorang.. hahaha...

p/s: Tak sabar nak tunggu anak-anak ikan ni besar. Dah terbayang-bayang dah patin masak tempoyak... ngehngehngeh...

Friday, April 22, 2011

Sayang semuanya, sudah terlambat....

Assalamualaikum...

Sayang semuanya, sudah terlambat, tak guna engkau tangiskan lagi...

Alahaiii...!!! 

Dah nak kawen dah Ustaz Amirul ni. Mesti ramai peminat fanatik dia yang kena histeria gila-gila punya, kann.... hahaha.. Apa-apapun diucapkan tahniah kepada Ashraf Muslim dan bakal tunangnya itu. Semoga Allah permudahkan segala urusan ini sehingga ke jinjang pelamin. Aku suka je kalau artis yang aku minat ni nak kawen. Buat apa la nak dengki-mendengki dengan kebahagiaan sesama kita manusia ni, ya tak..? Tak kira la siapapun kita, artis ke, vip ke, orang kampung ke, semuanya nak hidup aman bahagia. Kan lebih mulia kalau kita sama-sama mendoakan kebahagiaan masing-masing... =D

*************************

PETALING JAYA: Pelakon Ashraf Muslim, 30, (gambar) menamatkan teka-teki tentang statusnya apabila dia akan bertunang dengan wanita berusia 24 tahun pada 23 April ini di rumah wanita itu di Gombak. 

Dia yang menjangkakan akan menamatkan zaman bujangnya pada tahun ini, bagai manapun enggan mendedahkan nama wanita tersebut yang kini sedang menjalani latihan praktikal sebagai doktor perubatan di sebuah hospital di Melaka.
Kata pelakon yang popular menerusi drama Ustaz Amirul itu, dia belum bersedia untuk mendedahkan tentang buah hatinya itu sehingga tiba majlis pertunangannya nanti. 
Selepas majlis pertunangan yang dijangka berlangsung pada pukul 11 pagi itu, pada hari yang sama Ashraf turut akan mengadakan majlis perasmian kliniknya iaitu Pusat Perubatan Islam Al-Hidayah di Gombak pada pukul 12 tengah hari. 

Klinik tersebut akan dirasmikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. 
Menurut pelakon filem Aku Masih Dara ini, klinik itu telah beroperasi sejak 11 tahun lalu dan perasmian ini sempena dengan penukaran nama barunya setelah dia menyertai rakan kongsinya, Lokman Abdul Hamid.

“Kalau mahu mengenali siapa tunang saya, jemputlah ke majlis pertunangan dan klinik saya semasa majlis perasmian nanti. Setelah berbincang, kami memutuskan untuk membuat kedua-dua majlis itu pada hari yang sama. 
Kebetulan, rumah dia dan klinik saya agak berdekatan. Menariknya, stesen TV9 juga akan membuat siaran langsung majlis pertunangan dan perasmian klinik saya pada hari itu,” kata pengamal perubatan Islam yang mendalami bidang tersebut sejak dua tahun lalu. 

Bercerita tentang hubungan mereka, Ashraf mengenali wanita itu lebih setahun lalu dan berhasrat menyunting wanita itu pada bulan lalu.
“Kami kenal setelah selalu berjumpa di klinik itu dan dia merupakan seorang yang suka merendah diri, bertudung, solehah, sedap mata memandang dan selesa dengannya.".
“Yang penting, saya tertarik dengan hati budinya yang suka merendah diri dan baik hati serta selalu menasihati saya."
p/s: Bertunangpun ada siaran langsung.. Waahhh.... cayalah.. Jangan lupa stenbai depan TV9 pagi esok tau.. heeeee....

Mari..!!! Mari..!!! Mari..!!! Mari Mar... auuwww...!!!

Assalamualaikum....

Mari..!!! Mari..!!! Mari..!!!
Mari Mar.... auuwww....!!!

Tak lama lagi cuti persekolahan penggal kedua akan bermula. Menjadi kebiasaan, bila cuti sekolah je, mulalah ramai yang mengadakan majlis kenduri kawen atau apa-apa saja majlis yang bertemakan kemeriahan sejagat...

Bagi sesiapa yang berminat nak memeriahkan lagi majlis tersebut dengan kugiran, boleh la cuba mendapatkan perkhidmatan tersebut melalui Fazrin Entertainment ni. Kat sini aku tempekkan beberapa gambar yang berkaitan... =)

FAZRIN ENTERTAINMENT SERVICES & PROVIDES

Gamelan bagi yang suka alunan klasik yang mengasyikkan..

Zapin..

Pop yeah yeah... **Aku suka ni... haha...

Kuda kepang... Yiiihaaaaaaaa....!!!!

Antara perkhidmatan yang disediakan adalah:

**Penganjuran Majlis
**Pertunjukan Pentas
**Perkhidmatan Pengurusan(Event Management)
**Penyewaan Alat-alat Muzik & P.A System
**Perkhidmatan Karaoke

Kami juga menawarkan Perkhidmatan Kumpulan Muzik pelbagai Konsep
(Moden dan Tradisional)..

*Ghazal
*Gamelan
*Zapin (kanak-kanak dan dewasa)
*Live Band 60an, sukaneka (telematch), kendarat

Kami beroperasi di Semenanjung Malaysia. HARGA berdasarkan PAKEJ dan TEMPAT..

sila CALL/SMS/EMAIL untuk pertanyaan.
CALL untuk mempercepatkan urusan.
TEL/FAX.07-4541670/019-7839831/012-7517382
(E-Mail-zaha54@streamyx.com)


p/s: Sesekali nak jugak berhibur. Baru ada selera nak menyuap hidangan. Takde la masa nak bergossip sambil makan, ye tak... kehkehkeh...

Sunday, April 17, 2011

I dont mind if You don't main.. But please don't main-main...

Assalamualaikum....

I don't mind if you don't main...


Aku bukannya jenis manusia yang suka mencari pasal dengan orang samada orang tu aku kenali ataupun sekadar teman siber. 


Namun, sejak seminggu dua ni aku perhatikan ada la seorang dua yang aku kenali ni seolah-olah nak cari pasal dengan aku. Tak tau la kenapa. Nak kata aku kacau hidup dia, takde la pulak sebab akupun bukannya rapat dengan dorang. Malahan, aku amat jarang sekali menegur dorang kat fesbuk tu. Hmmm..., masalah fesbuk lagi.. Bubar... Bubar...


Kadang-kadang aku tak faham apa tujuan dorang tu add aku. Nak stalk aku ke..? Apa yang ada kat aku ni..? Takde apa-apa okay, tapi masih ada yang nak cari sebab untuk mengenakan aku..  


Aku ada dua akaun fesbuk. Satu untuk kawan-kawan siber dan kawan blogger manakala satu akaun lagi aku buat khas untuk kaum keluarga sahaja yang merangkumi adik-beradik, ipar-duai dan anak-anak buah aku. Aku juga add kawan-kawan yang sama-sama belajar menjahit dulu sebab aku memang dah lama mencari mereka.


Dalam pada itu, aku ada jugak add dua tiga orang kawan sekolah dulu yang boleh dikatakan serasi berkawan dengan aku. Tapi bilamana ada lagi beberapa orang kawan yang lain menghantar request, macam mana aku nak ignore..? Nanti apa pulak yang dorang kata sedangkan aku memang tak berapa berkenan untuk berhubung dengan sesetengah dari mereka. Bukannya aku sombong tapi aku tak selesa. Tak perlulah aku terangkan dengan lebih lanjut tentang itu. Kita mungkin pernah manjadi kawan sekelas, namun agak sukar untuk kita menjadi kawan sehati sejiwa.. 


Hari ni, aku letakkan status yang penuh bermakna sehinggakan orang itu meremove aku dari senarai kawan dia. Mungkin dia terasa dengan status aku tu. Kenapa nak terasa kalau tak buat..? 


Alhamdulillah, sekurang-kurangnya kurang seorang stalker kat fesbuk aku tu. Terpulanglah kepada dia nak bercerita apapun kat page dia tu. Apa yang penting, aku dah tak nampak dah live feed dari dia. Terima kasih la ya sebab memahami situasi aku yang kurang berminat untuk melayan status anda... =D


Aku tau ada di antara mereka yang sudah terbau akan keujudan blog aku ni dan mencanangkannya kepada kawan-kawan yang lain. Aku dah tak kisah dah. Whatever you want to say, I don't mind anymore. But please don't main-main with me.. Aku tak kacau hidup orang kalau orang tak kacau hidup aku. Itu je.. It's so simple..


Ini sekadar luahan hati aku je. Tiada kena mengena dengan kawan-kawan blogger ataupun kawan siber aku. Harap jangan ada yang salah faham seperti entry yang lalu. Aku tak berapa kenal dengan korang, jadi tak timbul isu untuk aku mengenakan korang sebagaimana aku dikenakan. 


Jika ada yang terasa tu, aku mintak maaf banyak-banyak. Dan aku memaafkan segala komen-komen negatif anda dan kawan anda itu. Aku sedar bahawa aku hanyalah sekadar tukang jahit kampungan. Namun begitu, aku juga mahu hidup dengan aman dan tenang. 


p/s: Jangan dijolok sarang tebuan. Jolok la benda lain... Jolok la buah cempedak di luar pagar.. hehh...

Saturday, April 16, 2011

Senyum.. Tak perlu kata apa-apa.. Senyum..

Assalamualaikum...

Senyum...
Tak perlu kata apa-apa...
Senyum...
Hehe..

Rasanya dah lama jugak aku tak letak gambar makanan kat sini. Kali ni nak letak la. Takpe ehh... Sesekali nak jugak cuci mata, ya tak..?

Ni merupakan kuih apam senyum yang aku cuba buat semalam. Resepinya ada kat blog dapo aku tu. Siapa yang nak mencuba, boleh la jenguk ke sana ya.. Tenkiu.. =)

Aku tempekkan beberapa bahan dan cara yang aku gunakan. Antaranya ialah:

Ovalette dan susu segar... (ada orang yang tak kenal ovalette tu macam mana..)

Pukul gula dengan telur sampai kembang. Selebihnya tengok kat blog dapo aku tu.. :)

Bahagikan adunan kepada dua bahagian (ikut suka). Yang ni warna merah..

Ni pulak warna hijau. Isikan 3/4 ke dalam acuan yang telah disapu dengan sedikit minyak masak...

Sebelum kukus, hendaklah panaskan dahulu kukusan tersebut sehingga airnya mendidih. Lepas tu baru masukkan acuan yang telah siap diisi. Kukus sehingga benar-benar masak. Anggaran masa bergantung pada api dapur samada kecil atau besar. Sekurang-kurangnya kukus selama 20-25 minit dengan api yang sederhana. Ikut kesesuaian la ya...

Apam yang aku buat ni tak berapa nak cantik sebab gunakan sudu je masa masukkan ke dalam acuan tu. Tu sebab ada yang senget-benget tu.. hehe...

Cukup setakat ni dulu la ya. Sekali lagi, rajin-rajin la menjengah blog dapo aku tu. Boleh jugak naikkan trepik light kat situ.. kehkehkeh...

video
Dibantu oleh anak sedara berumur 10 tahun (tukang masukkan tepung tu...)

p/s: Menjadi atau tidak, itu belakang kira.. Yang penting, mencuba... chaiyok... chaiyok...

Friday, April 15, 2011

Kuih kembang bontot..???

Assalamualaikum...

Kuih kembang bontot..???

Entah apa-apa je la orang ni kan. Saja je buat lawak lucah... huhuhu..

Macam la takde benda lain yang nak di-google-kan sampaikan nama kuihpun nak dikaitkan dengan ayat tambahan. Kalau nama yang elok tu takpe la jugak... Ni entah apa-apa nama je yang dia letak.

Ada jugak yang google keyword azz menipu. Errr... aku ke yang menipu tu..? Siapa yang aku tipu..?? Untuk apa aku menipu..?? Siapa la yang buat fitnah tu.. Tapi aku tak rasa apa-apapun dengan keyword tu sebab aku tak buat kerja-kerja menipu ni. Mungkin itu kerja orang yang nak selamatkan diri dia. Kiranya nak bersihkan nama dia la... Lantak ko la labu... ahakk..

Kalau korang tak percaya, cuba tengok kat gambar bawah ni haaa... Agaknya dia nak cari resepi kuih kot.. Tup-tup yang keluar perkataan tu..

Kuih kembang bontot....???

Wakakakakakakaka....

Tak senonoh betul la si peng-googel ittewww... Buat malu blog aku je... huahuahua... Yang bestnya keyword tu keluar kat blog CCA dan bukannya kat blog dapo aku tu...

Cuba tengok sini... Tengok la, bukannya ada apa-apapun... =D
:
:
:
Lagi sikit je...
:
:
:
:
Sikit lagi...
:
:
:
:
Tu dia....
:
:
:
V
V
V
Kuih kembang bontot..


Lepas ni boleh la para chef atau tukang jual kuih mencipta resepi baru. Konpem meletop punya la kuih tu nanti. Kalau kuih tu tak meletop, kita yang tukang beli ni yang meletop dulu.. kehkehkeh...

p/s: Teringat pulak kat kuih tahi itik... Rasanya dah tak boleh guna dah nama tu.. Entah macam mana la dorang dapat ilham nak bagi nama tahi kat makanan agaknya ya... huhuhu..

Mentadakpun pandai menjawab... =))

Assalamualaikum...

Mentadakpun pandai menjawab... =))

Masa kecik-kecik dulu aku selalu gunakan ayat ni yang merujuk kepada cara orang tidur. Tapi sebelum 'mengayat' tu, kena la ada 'bahan utama' dia. Dan 'bahan utama' tu sudah tentulah si mentadak.. hahaha...



Kebiasaannya, jika mentadak tu menunjukkan aksi yang tak senonoh seperti mengangkang, masing-masing tak mengaku itu cara tidur mereka, termasuk la aku... kehkehkeh. Semua mengaku tidur dengan penuh sopan dan terkepit je. Dah namanya tidur, mana sedar aksi yang kita buat tu, ya tak..?

Apa kata kali ni kita tanya mentadak cara si Gemuk tidur lak. Kali ni tak boleh la nak mengelak dah sebab dah kena 'shoot'... So, bukti dah ada maaa.... hahaha.... Jom tanya mentadak jom..


Mentadak jawab: Ko tengok la sendiri... wahahaha...






video
Dia tidur lepas aku cari kutu kat badan dia. Punya la lena.. hehe...


p/s: Jangan bela kutu, nanti habis darah kita kena hisap... Kutu zaman moden ni lagi advanced... hehe...

Thursday, April 14, 2011

SELANJUR BERCINTA

Assalamualaikum...

Ini adalah lirik lagu dari Aisyah. Aku terjemahkan lirik ini dalam bahasa yang mudah untuk difahami. Kadang-kadang mendengar lagu ni bukan sekadar untuk suka-suka atau untuk menghilangkan kesedihan je. Banyak yang tersirat di sebalik tiap bait perkataan itu yang boleh menyedarkan kita. Itupun kalau nak sedar la... =))

~~~~~~~~~~~~

SELANJUR BERCINTA

Masih tiada ikatan, walau telah lama berpasangan, hanya bahasa meyakinkan hubungan kita.
~> Dah lama bercinta namun tiada ikatan yang kukuh, sekadar mengucapkan ungkapan cinta dan sayang semata-mata..

Dengan suara yang syahdu, dapat kau lukis hatiku, keindahan mimpi-mimpimu.
~> Masih lagi bermain dengan kata-kata serta pandai memujuk..

Apakah benar cinta berbunga, harum di dalam jambangan jiwa, sehingga aku asyik terlena olehnya.
~> Bila bercinta, segala jiwa dan minda seakan-akan terbang di awang-awangan kerana terlalu banyak berangan..

Rindu berlarutan, mimpi berpanjangan, namun belum ada kenyataan.
~> Terus berangan-angan dan bermain dengan perasaan untuk sesuatu yang belum pasti..

Mahligai masih lagi, terapung di awangan, dalam madah seloka cinta.
~> Bercinta dan berjanji untuk hidup bersama namun hanya sekadar bermain kata-kata sahaja..

Berapa lama lagi, perlu aku nanti, rindu ini mencecah ke bumi.
~> Banyak masa yang telah terbuang hanya untuk menanti dan terus menanti..

Segala janjikan menjadi nyata, dan bertapak mahligai bahagia.
~> Masih mengharapkan segala janji yang ditabur menjadi kenyataan..

Bukan aku memaksa, tapi selanjur bercinta, biar sampai berumahtangga.
~> Dah bertahun-tahun bercinta, sudah tentulah nak kawen dengan orang yang dicintai tu..

Biar kita beralas adat, demi menjaga bangsa berdaulat, agar kita dapat syafa'at di akhirat.
~> Bercinta macam mana sekalipun, kenalah pandai menjaga dan mengawal nafsu agar tidak terlanjur...




p/s: Sekadar letak lirik lagu kat status fb pun nak dijadikan isu. Yang dia tu dok memaki hamun orang, mengumpat sana-sini tu boleh la pulak.. Nyampes...

Wednesday, April 13, 2011

Apa lagi bang..!! Kita bako je deme tu...!!!

Assalamualaikum...

Kan dia dah naik angin dah. Awok jangan cari pasey. Kang tak pasey pasey awok kena bako. Awok tak takut ke kalau kena bako..? Eeiii..., kita takut la awok.. Kita kena api sikit je kat jari dah panggey bomba dah.. Apa lagi kalau nak kena bako habis-habisan.. Jangan la bako kita ya bang... Kang kita teriok kang, sape nak pujuk kita... huhuhu...

Jom baca kisah selanjutnya... =)

PETALING JAYA: Pelakon Syed Mohamad Asri yang terkenal sebagai Usop Wilcha dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR) kesal dengan perbuatan individu yang menubuhkan kelab peminat melalui Facebook menggunakan nama wataknya untuk memperdayakan orang ramai.

Syed Mohamad Asri atau nama komersialnya Shy8 berkata, dia terkejut apabila tiba-tiba ada pihak menghubunginya bertanyakan mengenai pakaian yang dibeli melalui pengendali laman sosial itu sedangkan dia tidak tahu menahu apa-apa.

“Saya menerima kiriman e-mel dan panggilan telefon daripada peminat yang merungut tentang pakaian yang mereka beli kerana mereka sangkakan urus niaga itu dikendalikan oleh saya.

Dia diminta mengulas tentang perang mulut yang berlaku antara dia dengan seorang lelaki yang mengendalikan Kelab Peminat Facebook Usop Wilcha berikutan insiden berkenaan.

Sambungan cerita ada kat sini ya....

Ketika ditanya tentang tindakannya dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas kepada individu berkenaan sekiranya masalah tersebut masih berlarutan.

“Kita tengok dahulu, jika dia semakin melampau saya akan ambil tindakan dan perkara ini telah dibincangkan dengan pihak-pihak tertentu,” katanya yang dalam perancangan membintangi filem Usop Wilcha arahan Mamat Khalid.

p/s: Biasa la tu bang. Orang zaman sekarang ni semua nak ambil kesempatan je keroje-nye. Semua nak mudah je macam kempen login fesbuk dapat seratus tu. Kan dah ada orang yang kena remove dengan aku. Aku dah kata jangan main tag-tag benda macam tu tapi kome tak gheti bahasa. Apa lagi, aku bako je la... =))

Tuesday, April 12, 2011

Terkesima sepuluh saat..!!!

Assalamualaikum.....

Terkesima sepuluh saat...!!!
Jadi la, kang lama sangat terkesima, terberhenti pulak denyut nadi tu... hikk..

Untuk kali yang pertama, blog dapo aku mendapat kunjungan yang melebihi dua visitors dalam satu-satu masa. Terharu seketika. Terkesima sepuluh saat tatkala melihatnya. Selalunya hanya nombor 1 je yang terpampang kat sebelah kiri tu. Tapi semalam jumlah tu menjadi 19..


Rasa macam tak percaya je. Maklum la kan, blog dapo aku tu bukannya pemes macam blog masakan yang lain (malas nak bagi free backlink... ahakk...). Mana ada orang yang nak masuk sangat.. huhuhu... Kiranya ni dah pecah rekod la ni... Mana pernah dapat statistik macam kat bawah ni. Nak dapatkan 3 visitors seharipun semput den. Tambahan sekarang ni blog dapo aku tu dah lama tak berasap... hahaha...


Terima kasih la pada semua yang menjengah blog dapo aku tu ya walaupun cuma 5 orang nuffnangers je yang masuk. Mana datangnya UV yang banyak tu..? Tak kan 5 orang ni punya kerja..? Mungkin yang lain tu bukan nuffnangers ataupun bukannya bloggers. Mungkin dorang masuk blog dapo aku tu melalui satu webpage yang lain. Aku tau dorang tu datang dari webpage mana satu, tapi biar la rahsia... kehkehkeh..


Harap-harap lepas ni dapat la BE dari pihak Nuffnang. Dah lama tak dapat BE ni... Giler aiihh..!! Baru dapat visitors camtu dah bajet nak dapat BE macam blog bla... bla... bla... (sekali lagi malas nak bagi free backlink)... =)

p/s: Hari ni line asyik on and off je. Takpe la, mungkin dia demam lagi tu. Maklum la, sekarang ni cuaca tak menentu.. agagagaga...

Monday, April 11, 2011

1-2-3-4.. Tekan-tekan, tak dapat-dapat..

Assalamualaikum....

Jari-jemari aku yang dempak memulakan sessi mendail...

Tekan satu kosong kosong...

Selamat datang ke TM..

Untuk Bahasa Malaysia, tekan satu..
For English, press two..

Tett... Tekan satu...

Untuk melaporkan kerosakan, tekan satu..
Untuk pertanyaan bil dan bayaran, tekan dua..
Untuk produk dan perkhidmatan, tekan tiga..
Untuk perkhidmatan kad panggilan TM, tekan empat..
Untuk perkhidmatan telegram, tekan lima...

Tett... Tekan tiga...

Pelanggan yang dihormati, sekiranya anda mengalami gangguan perkhidmatan, sila semak bil terkini anda. Akaun anda mungkin digantung buat sementara... bla..bla..bla...

Tekan satu...

Kami akan menyambungkan panggilan ada dengan pegawai yang bertugas. Sila tunggu...

Okay, tunggu...

Semua pegawai yang bertugas sedang sibuk. Sila tunggu sebentar..

Takpe, tunggu lagi..

Pegawai yang bertugas masih lagi sibuk. Sila tunggu sebentar..

Fine, I can wait... =)

Pegawai yang bertugas masih lagi sibuk. Sila tunggu..

Nak tunggu ke tak ni...? Dah masuk kali ke-8 dah dia suruh tunggu...

Tunggu kejap lagi la...

Pegawai perkhidmatan kami masih lagi sibuk. Sila tunggu sebentar...

Tetttt..!!! Tekan button dan terus letak gagang telefon...

Tak kuasa dah nak menunggu. Menunggu nak tanya pasal line streamyx yang sengal je dah ambil masa. Belum lagi disoal-selidik macam-macam. Tanya daftar atas nama siapa la, tanya contact number la. Tanya guna modem apa la...

p/s: Baik aku tekan tubi. Untung-untung kempis gak perut.. Boleh la jadi model iklan macam kat tv tu.. "Lihat perutku..., rampingkannn...."...Huhuhu....

Sunday, April 10, 2011

Betul ke dengki khianat itu budaya kita..? Kenapa..?

Assalamualaikum...

Aku baru je selesai menonton siri akhir drama Trilogi Cinta. Okay la ending dia sebab hepi ending. Takde la nak biarkan ending tu tergantung camtu je. Malas nak fikir kalau tengok cerita yang tergantung ni. Tengok drama untuk santai bukannya untuk berfikir sampai kerut-kerut jendol..

Lupakan pasal drama tu. Dah tamat dahpun... ngehngehngeh..

****************************************

Seminggu lepas aku dapat sms dari seorang kawan aku. Disebabkan aku agak sibuk, aku terlupa untuk membalas sms tu. Semalam aku baru teringat pasal sms tu dan terus je aku call dia. Namun panggilan aku tu tak berjawab.

Petangnya, dia hantar sms dan minta maaf sebab tak jawab panggilan aku tu. Takpe la, aku sekadar nak bertanya khabar je. Rupa-rupanya dia nak bagitau yang dia telah ditimpa musibah. Mungkin dia nak berkongsi akan kesedihan dia tu. Takpe la, aku sedia mendengar. Tak rugi apa-apapun jika menjadi pendengar setia akan permasalahan orang ni..

Dia bagitau yang perusahaan ternakan ikan keli dia bersama abang dia tu kena khianat. Habis semua ikan keli tu, baik yang sepanjang 5 inci hinggalah yang seekor sekilo tu mati. Terduduk abang dia bila tengok semua ikan tu terapung je.

Yang dia sedih sangat tu ialah pasaran untuk ikan keli dia tu dah stabil. Kiranya dia dah ada pembeli tetap la. Lagipun ramuan untuk makanan ikan tu dia yang cipta resepinya. Dia tak nak la menuduh sesiapa sebab tak tau siapa dalang di sebalik semua tu.

Menurut kawan aku tu, dalam tangki simpanan air untuk supply air ke kolam keli dia tu ada bangkai ular. Lepas tu saluran polypaip yang dorang pasang dari atas bukit tu kena cabut padahal kat situ ada lagi polypaip untuk ke kolam orang lain. Ditambah lagi dengan air kolam yang berwarna merah sedangkan air kolam orang lain cantik je macam biasa. Dan macam-macam lagi perkara lain yang menjadi kemusykilan.

Akupun tak tau nak kata apa la kan. Aku cuma sekadar menyabarkan dia. Moga dia dan abang dia tidak putus semangat. Tapak untuk kolam ikan tu dorang sewa. Lepas tu kolam tu dorang tengok waktu siang je. Kiranya waktu malam takde siapa yang jaga kolam tu. Lagipun dia duduk jauh dari situ, amat mustahil la kalau dia nak tengok kolam tu bila malam. Mungkin orang yang khianat tu buat kerja waktu malam la. Bukan la nak menuduh namun segalanya berkemungkinan.

Kawan aku tu sebut juga, mungkin orang dalam yang buat kerja tu. Tapi seperti yang aku kata tadi la, bukan nak menuduh. Kadang-kadang firasat hati kita ni betul juga. Cuma bukti je yang takde untuk dijadikan bahan bukti yang kukuh.

Jika benar keli tu mati dek perbuatan khianat, moga si pengkhianat tu mendapat imbuhan yang sewajarnya. Hari ini kita aniaya orang, esok lusa orang pula akan aniaya kita. Tunggu dan lihat aje la pembalasan dari DIA. Hari ini ko boleh ketawa berdekah-dekah melihat kesedihan orang, namun esok lusa mungkin ko akan terus rebah menyembah bumi atas sumpahan dari mereka yang ko aniaya..

p/s: Mudah-mudahan golongan yang teraniaya ini akan terus kuat dan tabah untuk menghadapi segala dugaan dan cabaran yang mendatang...

Aku pasti merindu mereka...

Assalamualaikum....

Aku pasti merindui mereka...

Setelah beberapa minggu kami bersama, kini sudah tiba masanya untuk kami berpisah. Sedih bila memikirkan ke mana arah tujuan aku selepas ini. Mungkinkah pengganti yang sudah sedia menunggu itu dapat memenuhi cita rasa aku. Entah la, akupun tak pasti. Namun, bila melihat wajah salah seorang dari mereka, hati aku merasa sedikit hambar. Ahhh... Hati ini mudah sangat membuat penilaian secara rambang sebelum mengenali kehalusan yang mungkin tersembunyi di sebalik gambaran kasar itu. Sabarlah duhai hati... Ku pujuk hati ini agar tidak terus berduka-lara...

Aku begitu teruja untuk mendekati mereka. Mengenali kehidupan mereka yang dipenuhi dugaan itu seperti memberikan aku seribu satu kekuatan. Jika kekuatan itu sudah dibawa pergi, bagaimana dengan aku..?? Mampukah aku untuk terus berdiri..? Aku yang sentiasa dibayangi sifat mudah putus semangat ini sememangnya amat memerlukan kekuatan untuk aku terus bertahan..

Malam ini adalah merupakan malam perhitungan. Perhitungan yang sentiasa aku nantikan dengan penuh gejolak debaran. Mampukah aku untuk menerima keputusan itu nanti..? Ya Allah, berilah aku kekuatan agar aku tidak jatuh pengsan tatkala menerima kejutan itu nanti. Kalau la ditakdirkan aku pengsan, siapa yang nak angkat aku..? Dah la aku ni gedebak gedebuk beratnya... huhuhu..

Kepada mereka yang seperti aku, yang sentiasa mengikuti siri drama Trilogi Cinta, nantikan episod terakhir drama ini di TV1 pada pukul 10 malam ini. Lupakan seketika bola BPL tu... hikhikhik... Bola tu kat Astro, nanti boleh tengok ulangan sedangkan drama kat TV1 ni susah sikit nak ada ulangan.. =))

Harap-harap malam ni bekalan letrik tidak terputus seperti semalam. Kalau blackout lagi, memang sah-sah awok nak suruh kiter bako awok la tu... Awok kata la soley soley banyak kalipun, kiter tetap akan bako awok... :P

p/s: Aku 'ter'suka pulak dengan pelakon yang bawa watak Badrul tu. Siapa nama dia ehh..?? Ada peluang untuk jadi Rosyam Nor junior mamat tu.. Keep up a good work... kehkehkeh...

Saturday, April 9, 2011

Rombongan ohh Rombongan.. Best ke..??

Assalamualaikum..

Hari ni ada rombongan ke Langkawi anjuran GPW kat sini. Sebenarnya dah banyak kali dah dorang buat rombongan pergi situ tapi sekalipun aku tak pernah ikut serta. Kumpulan ni memang rajin dan aktif buat rombongan. Sekejap pergi Langkawi, pastu ke Terengganu lak, pastu ke Johor. Rombongan ke Indonesiapun dorang pernah buat. Dengar cerita bulan Oktober nanti ada rombongan ke Beijing pulak. Siapa yang nak join, kena la kumpul dana dari sekarang.. =)

Sejak kecil lagi aku tak pernah ikut rombongan. Bila sekolah buat rombongan, aku nak ikut tapi mak aku tak bagi. Sampai sekolah menengahpun aku tak merasa untuk pergi rombongan ni. Takde peluang langsung untuk aku menggedikkan diri... hahaha.

Bila dah dewasa ni, dah takde nafsu dah nak pergi rombongan. Mak aku suruh jugak join rombongan ke Langkawi tu tapi aku kata aku malas. Kalau mak aku yang suruh, maknanya segala kos dia la yang tanggung tapi aku malas nak pergi bukan sebab kena keluarkan kos ke, apa ke. Sebabnya memang aku MALAS. Letih nak duduk dalam bas sepanjang hari.

Teringat masa aku kerja kat Johor dulu. Bila kompeni nak buat rombongan ke Langkawi, akulah yang paling teruja nak ikut. Tapi tak dapat sambutan yang menggalakkan dari pekerja yang lain. Dorang kata tambang mahal sebab gaji masing-masing ciput je. Sudahnya, tak merasa aku untuk ke sana.

Lepas tu, aku cakap kat mak aku yang aku nak ke Langkawi tu dengan dua tiga orang kawan. Mak aku tak bagi jugak. Dia kata nanti pergi Gurun, rumah adik aku dan boleh pergi dengan dia sekali sebab kebetulan masa tu adik aku duduk sana. Akupun tak pernah sampai Gurun tu, cmner la aku nak ikut ke Langkawi tu... Melepas lagi...

Akhirnya, sampai sekarang aku tak sampai-sampai ke Langkawi tu. Di tambah pulak bila ada yang kata Langkawi dah tak macam dulu, dah tak best dah, dah tak cantik dah, lagi la aku malas nak pergi.

Nasib baik la aku pernah belajar menjahit kat KL dulu. Dapat jugak aku berjalan dengan kawan-kawan pergi Genting Highlands. Itupun cuak jugak tu sebab aku pergi tak bagitau mak aku. Masa naik cabel car tu aku dah kecut perut dah. Buatnya jadi apa-apa masa tu, sian kat mak aku sebab dia tak tau. Sampai je kat puncak, terus aku call mak aku bagitau yang aku sedang berada kat Genting tu. Dia terkejut jugak. Tapi takde la dia nak marah. Dia cuma nasihat suruh jaga diri je. Lepas bagitau mak aku tu, barulah lega rasa hati. Takde lagi perasaan bersalah. Pergi Genting tu bukannya buat apapun. Sekadar nak merasa naik sana je. Dapat pergi sekalipun jadi la... Buat syarat je.. hehe...


Kadang-kadang aku pelik jugak dengan orang yang pergi rombongan ni. Asal pergi rombongan je, mesti nak beli periuk la, cadar la, vision la.. Padahal kat rumah dah ada dah benda tu semua. Nak buat pameran agaknya... hikk.. Susah betul nak kawal nafsu tu kan...

p/s: Nak pergi mana-mana tu kena la bagitau parents atau orang yang rapat dengan kita. Tak payah la nak berlagak hero/heroin dengan membelakangkan keluarga. Kalau terjadi apa-apa yang tidak diingini, keluarga jugak yang akan dicari dulu...

Friday, April 8, 2011

HITAM itu menawan... PUTIH itu bersih..

Assalamualaikum...

Sebenarnya dari semalam nak post cerita ni. Tapi line streamyx kat sini like rubbish. So, pagi tadi cuba lagi untuk mengepos, tak boleh jugak. Kali ni line bukan setakat rubbish je, tapi dah macam kobis benyek dah.. Sabar je la.. huhuhu...

Semalam ada orang buang dua ekor anak kucing kat rumah aku ni. Semalam ke kelmarin ehh.. Lupa dah aku. Tak kisah la yang tu. Apa yang aku nak kisahkan, kenapa mesti buang anak kucing kat depan rumah aku..?? Punya la banyak rumah orang yang makan tak habis kat sini, kat rumah aku jugak dorang berkenan nak membuang... Haiiyyaaa...!!!


Tapi takpe la, aku bagi jugak si kembar ni makan. Kalau nak ikutkan memang aku dah malas dah nak ambil kisah. Namun disebabkan aku masih punya rasa kasihan, maka aku ambil la dorang ni jadi anak angkat aku. Lagipun dorang ni comel dan nampak tak banyak songeh. Makan je apa yang aku bagi. Kalau banyak songeh, memang aku tak layan la jawabnya.... :p


Hari pertama tu, aku bagi dorang makan kat atas sinki kat luar rumah ni. Nak bagi makan kat bawah, ayam-ayam mak aku dah sedia menunggu untuk menyerbu. Memang agak sakit hati jugak la dengan ayam-ayam ni. Rasa macam nak ketuk je kepala dorang terutama sekali ayam botak tu. Dah la botak, jahat lak tu... hahaha..


Si kembar ni belum ada nama lagi. Dah pening nak bagi nama apa. Sudahnya aku panggil dorang HitamPutih je. Hajat hati nak panggil dengan nama Blackie dan Whitney, tapi segan la pulak, dah macam nama kucing artis lak... kehkehkeh....


Mak aku nampaknya macam suka je dengan dorang ni. Pagi-pagi lagi dia dah masakkan nasi khas untuk kucing. Kiranya masak dua periuk la sebab beras untuk kucing ni guna beras yang paling murah. Mana mampu nak bagi makan dengan beras mahal. Kitorangpun makan beras Bernas je...

Mak aku cakap, pagi tadi dorang berdua ikut dia walkathon keliling kampung ni. Jauh jugak tu. Ada la dalam 45 minit jika berjalan terkedek-kedek. Takde pulak dorang nak menyinggah kat rumah orang lain. Bila mak aku berhenti, dorangpun ikut berhenti sama. Bila mak aku jalan, dorangpun ikut jalan sekali sampai mak aku susah nak berjalan. Pastu bila sampai rumah, mula la keletihan... hehehe...

video
Nak jugak masuk video walaupun tak hot n spicy... =))

p/s: Takde cerita gempakpun. Asyik-asyik cerita pasal kucing. Baik cerita pasal kucing daripada cerita pasal orang HOT n TOP ni.... kann.. kann... kann... =D
Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »