Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Monday, December 20, 2010

BANYAKNYA HARTA KARUN DIA... =)))

Assalamualaikum...


Apsal la ngantuk sangat ni...
Huwaaarrrggghhhhhh....!!!
Asyik menguap je dari tadi...
Mungkin sebab malam tadi aku tak cukup tidur...
Semalaman memotong kain...
Sementara ada mood waktu tu, teruskan aje la buat kerja...

Hari ni pagi-pagi lagi anak sedara aku buat hal...
Dia berak dalam seluar lagi... huhuhu...
Padahal sebelum tu aku baru je lepas mandikan dia...
Kalau ikutkan dia memang tak nak mandi sebab air kolam tu tersangatlah sejuknya...
Tapi aku mandikan jugak, tak nak manjakan sangat budak tu...



Lepas mandi tu, aku ajak la dia sarapan...
Aku dah keluarkan nugget untuk digoreng...
Mak aku pulak dah siap buatkan lempeng gandum...
Rotipun dah sedia atas meja, dengan biskut marie...

Aku bagi seketul roti kat dia...
Dia makan sikit, pastu dia cakap "oti ni tak shedapp la..."
Aku suruh dia makan lagi...
Dia kata "adik nak aget (nugget)"
Okay la kalau camtu... Aku simpan balik roti dia tadi...
Tak lama lepas tu aku tengok dia mencangkung kat atas kerusi tu...
Aku suruh dia duduk balik sebab takut dia terjatuh nanti...
Lantai dapur tu licin, kerusi tu pun licin jugak...
Tapi dia tak nak duduk, terus je menyangkung...

Akupun tengok la... Cakap kat dia kenapa dia tak nak duduk...
Tup-tup aku nampak seluar dia basah...
Ada air kat atas kerusi tu..
"Laaa... Apsal adik kencing atas kusi ni.."
Dia diam je...
Pastu aku suruh dia turun sambil tarik tangan dia...
Dia macam tak nak bergerak...
Akupun mula la nak angkat dia...
Tup-tup aku bau semacam je...

"Waaaaa.... Ya Allah dikkk... Adik beyak ke..?"
Dia diam lagi sambil tangan sebelah menekup bontot...
Mak aku dah mula bising...
"Dah bosapun beghak dalam suar... Eeeiii..., apo la nak jadi dongan kau ni dikk.."
Aku tarik dia supaya turun...
Rupa-rupanya dah banyak "harta karun" yang terkumpul kat dalam seluar dia tu...
Aku pimpin tangan dia, bawak dia pergi bilik mandi kat luar...
Tak jadi masuk situ, bawak pulak dia masuk jamban...
Sampai tercicir-cicir "harta karun" tu kat depan pintu bilik mandi tu...
Huhuhuhu...
Nasib baik bilik mandi tu kat luar...

Aku suruh dia teruskan misi meneran kat situ...
Sambil tu, aku siram dua baldi air kat "harta karun" yang tercicir tadi...
Tak sanggup den nak kutip harta ittewww.... **yuck...
Selesai tugas tu, aku tenguk pulak dia kat dalam jamban tu...
Aku selesaikan seluar dia yang "berharta" tu... **LOL
Sampai nak termuntah aku dibuatnya...
Punya la busyukkkk...
Lagi busyuk dari beyak si Popok... =))

Tergendala misi aku nak goreng nugget...
Mujurlah mak aku tolong gorengkan...
Selesai je semua kerja, aku ajak balik semula budak tu bersarapan...
Dan diapun makan la nugget tu dengan rasa gembira... =D

Aku kata: Eeeiiii... Tak mayuuuu...!!! Beyakk dalam syuarr.... hahaha....

DAPAT BE LAGI: Tenkiu sayang.. =))

Assalamualaikum....


Yiiihhaaaa...!!!
Aku dapat BE lagi dari Nuffnang...
Tenkiu berimashmellow wahai Nuffnang yang baik hati... **wink-wink..
Walaupun BE aku tak sehebat BE korang yang dapat berbelas-belas BE tu, tapi aku hepi jugak laa... Hepi sangat-sangat ni tau sampai terharu lalu menyebabkan hujan gerimis turun kat luar rumah sekarang ni... hehehe...



Tak tau nak tulis apa dah ni...
Terkedu kejap sebab aii tak sangka akan dapat BE dari Nuffnang ni lagi tau...
Sebab tu takde prepare apa-apa ucapanpun...**perasantan betul la... lol...
Baru je malam tadi aku tengok page Nuffnang ni, takdepun BE tu...
Tup-tup senja nan redup ni, ada la pulak...
Kiranya rezeki aku la tu.. kannn...
Tenkiu again Nuffnang... :)

Sikit je kan jumlah yang aku dapat...
Tu la, dah korang tak nak tolong klik...
Malas la tu... **tak baik tau buat aii macam ni... huhuhu...
Tak pun sebab aku ni tak cantik tertarik lagi de vouge macam model yang ittew, sebab tu takde siapa yang sudi nak klik... sobbbss...
Kalau korang rajin klik, dapat la banyak sikit earning tu...
Boleh la aku pergi makeover...
Konpem meletus lepas make over tu...
Apa yang meletus tu..??
Jerawat batu daaa...
Hahahaha...

Dengan rasa bangganya aku pamerkan BE dan ME yang aku dapat...
Jangan jelezzzzzz tauu.... ngehngehngeh...
::
::
V

Buffered Earnings

Buffered earnings are earnings for metered campaigns that are currently running on your blog. These will be added to your total earnings after the campaign ends
CAMPAIGN NAMEBLOGCTR
BONUS
CURRENT EARNINGCTR
CIMB Clicks Pay and Win SSLemak Cili Padi....Lagi Pedas Lagi Power bebb...+RM 0.27RM 1.073.4%
City Chain Titus Xmas LRLemak Cili Padi....Lagi Pedas Lagi Power bebb...+RM 0.08RM 0.316.25%

Metered Earnings

CAMPAIGN NAMEBLOGSTART DATECTR
BONUS
AMOUNTCTR
Celcom Bold 3 SSLemak Cili Padi....Lagi Pedas Lagi Power bebb...24 Nov 2010+0.271.081.89%
BVI Rapunzel LRLemak Cili Padi....Lagi Pedas Lagi Power bebb...15 Nov 2010+0.52.020.60%



Aku kata: Hulurkan tangan, ringankan jari. Sila la klik lagi dan lagi dan lagi... Nanti aku belanja puding jagung ajaib tu ehh... Belanja tengok gambar dan vc aje la... (^__^)
Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »