Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Thursday, February 27, 2014

Resepi inti karipap...

Assalamualaikum...

Resepi inti karipap...


Pagi tadi aku buat lagi inti karipap.. Kali ni intinya adalah gabungan ayam dan kentang dan bukan lagi inti ikan kembung atau ikan sardin..


Biasanya inti yang aku buat memang out untuk tekak aku.. Boleh terima tapi takde la sedap mana.. Selalunya aku memang suka dok tambah-tambah bahan lain dalam resepi inti karipap ni.. Kadang-kadang aku letak lada hitam la, kiub pati ayam la dan sebagainya.. Konon-kononnya nak bagi sedap la inti tu padahal........ tetttt... hahaha...


Tapi pagi tadi aku hanya gunakan resepi asas je untuk buat inti karipap ni.. Takde dah nak menderhaka kat resepi sedia ada.. ahahh... Apa kata kita tengok bahan yang aku gunakan walaupun bahan kita puratanya sama je.. heeeee....




Bahan-bahannya:

6-8 biji kentang - kupas kulit, potong dadu dan bersihkan
1 mangkuk hirisan isi ayam - 1/2 bahagian dada ayam
3 sudu makan serbuk kari ayam Adabi - bancuh dengan sedikit air
4 labu bawang besar - dipotong dadu atau mayang
3 ulas bawang putih - dicincang
3 tangkai daun kari - dilurutkan daunnya
Secubit aji-no-moto
Garam secukup rasa - aku guna garam kasar sebab dah biasa
1 1/2 cawan minyak untuk menumis


Inti yang dah masak.. Kuak-kan inti ke dinding kuali.. Biarkan minyak bertakung kat tengah-tengah. Nanti kaut inti je.. Jangan kaut minyak tu..



Cara nak masak inti karipap ayam + kentang:

1) Masukkan kentang yang telah didadu ke dalam periuk. Isikan sedikit air dan rebus hingga kentang agak separa empuk. Air rebusan jangan banyak sangat.. Bila dah separa empuk, matikan api dan biarkan kentang tu dalam periuk tadi.. Ketepikan..

2) Di dalam kuali, panaskan minyak dan tumiskan bawang putih bersama dengan daun kari hingga naik bau..

3) Kemudian, masukkan pula bawang besar. Tumis lagi hingga bawang besar layu.

4) Lepas tu, masukkan pula serbuk kari yang telah dibancuh dengan sedikit air tadi.. Masukkan garam dan aji-no-moto. Kacau rata.. Biarkan naik bau dan mendidih seketika.

5) Kemudian, masukkan pula isi ayam. Kacau sebati..

6) Lepas tu, masukkan pula air rebusan kentang tadi untuk melembutkan isi ayam.. Jangan masukkan semua air tu.. Masukkan dalam anggaran satu mangkuk sahaja.. Kacau sebati hingga mendidih..

7) Akhir sekali barulah dimasukkan kentang yang telah direbus tadi. Masak dengan api yang sederhana sambil teruskan mengacau. Jika kentang macam keras tapi air dalam kuali macam dah nak kering, boleh tambah lagi air rebusan kentang tadi..

8) Masak inti hingga kering sedikit kuahnya.. Kuak-kan inti ke dinding kuali untuk mengelakkan inti berminyak. Tutup api dapur dan biarkan inti sejuk barulah dimasukkan ke dalam bekas..




Okay, ini saja yang aku nak kongsi.. Rasanya kali ni macam puas hati sikit la dengan inti karipap aku ni.. Lain kali gunakan resepi ni je la.. Tak payah dah nak pening-pening kepala cari resepi lain lagi dah.. hehh...


p/s: Kita yang buat dia.. Pandaai-pandai la nak ejas macam mana, kan.. ahahh...

Tunggu sebulan lagi..

Assalamualaikum...

Tunggu sebulan lagi..


Tadi aku dah mula semai benih yang aku beli kelmarin.. Maka bermulalah siri eksperimen aku.. 




Dua barisan depan sekali tu aku semai dengan benih sawi.. Dua yang tengah tu tiap sebaris aku semai benih kobis bulat dan kobis bunga.. Manakala barisan belakang sekali tu aku semai benih salad.. Oh ya, benih salad tu bentuk dia macam jintan putih.. Cuma saiz dia kecil sedikit.. Pertama kali aku tengok benih salad ni.. hehh..


Aku sengaja masukkan progress ni dalam blog aku.. Senang aku nak rujuk bila masa aku mulakan ber-eksperimentasi sebab aku takde letakkan tanda nama atau tarikh kat lubang tu.. Nak catit dalam buku lagi la aku malas.. 


p/s: Tengok dalam masa sebulan ni samada benih tu akan bercambah dan membesar dengan sihat ataupun sebaliknya.. Lepas tu baru pindahkan ke dalam pasu yang lebih besar dan tunggu pulak lagi dua bulan lebih.. Yang penting setiap hari kena siram, pagi dan petang.. Selebihnya, tawakkal... 

Wednesday, February 26, 2014

Bakal dijadikan eksperimen...

Assalamualaikum....

Bakal dijadikan eksperimen...


Nak buat eksperimen apa sekalipun, kena la ada bahan atau peralatan yang diperlukan..
Dan ini adalah bahan yang aku beli semalam masa keluar ke bandar..


Tanah-tray-benih..




Lama aku kat kedai ni.. Macam-macam yang aku tanya.. Dari mula letak tanah dan letak benih, sampai la benih tu bercambah dan bila masa yang sesuai untuk dipindahkan anak pokok tersebut...


p/s: Saja nak menyibukkan diri dengan hal sendiri.. :)

Sobulek an...

Assalamualaikum...

Sobulek an...


Sobulek an tu adalah sebulat-kan.. 
Sebulat-kan itu pula bukanlah dibuat atau dibentukkan bulat-bulat..
Ini yang selalu orang luar salah faham..
Tak faham tapi tak nak tanya..
Samada malu nak bertanya atau berlagak pandai, tak tau la pulak..
Hehh...


Contoh:

Sobulek an pulut tu..
Sobulek an gulai tu..
Sobulek an bogheh tu..
Dan sebagainya..


Bukannya buat bulat-bulat pulut tu walaupun pulut boleh dibulatkan.. 
Bukannya buat bulat-bulat gulai tu sebab mana mungkin gulai yang berkuah boleh dijadikan bentuk bulat..
Bukannya buat bulat-bulat beras tu sebab kita dah sedia maklum sifat beras tu macam mana..


Sebulek an itu adalah satukan..
Ataupun boleh jugak dimaksudkan dengan gabungkan..
Ataupun campurkan semua sekali..


Sobulek an pulut tu maksudnya semua pulut yang ada dalam banyak bekas dimasukkan ke dalam satu bekas sahaja.. Begitu jugak dengan gulai dan juga beras tadi.. 


p/s: Boleh faham..??

Tuesday, February 25, 2014

Bila la nak konsisten betul-betul ni.. adehh...

Assalamualaikum...

Bila la nak konsisten betul-betul ni.. adehh...


Dimulakan dengan yang pertama.. Tengok saiz dulu.. Jika kecil, sekali round dah memadai dah.. 

Subhanallah..
Walhamdulillah..
Walaaila ha'illallah..
Allahu Akbar..


Beralih ke sebelah.. Jika masih kecil jugak, sama jugak jalannya.. Sekali round jugak..

Subhanallah..
Walhamdulillah..
Walaaila ha'illallah..
Allahu Akbar..


Beralih ke sebelah lagi.. Jika saiznya besar, maka kenalah buat dua round.. Sekali round tak cukup..

Subhanallah..
Walhamdulillah..
Walaaila ha'illallah..
Allahu Akbar..

Subhanallah..
Walhamdulillah..
Walaaila ha'illallah..
Allahu Akbar..


Beralih lagi.. Sebab masih banyak yang menunggu giliran kat sebelah.. Tiba-tiba tempo lari tanpa disedari..

I want nobody nobody but you..
I want nobody nobody but you..
I want nobody nobody but you..
I want nobody nobody but you..


Begitulah seterusnya hingga tiba-tiba terasa kepala macam kena baling dengan batu kecil.. Terus istighfar lima enam kali.. 

Astaghfirullaahal'adzim...
Astaghfirullaahal'adzim...
Astaghfirullaahal'adzim...
Astaghfirullaahal'adzim...
Astaghfirullaahal'adzim...
Astaghfirullaahal'adzim...


Kemudian, sambung balik kepada giliran seterusnya.. Sebut balik yang mula-mula tadi dua tiga kali round.. 

Subhanallah..
Walhamdulillah..
Walaaila ha'illallah..
Allahu Akbar..

Subhanallah..
Walhamdulillah..
Walaaila ha'illallah..
Allahu Akbar..

Subhanallah..
Walhamdulillah..
Walaaila ha'illallah..
Allahu Akbar..


Tiba-tiba bila talian hayat tu keluar kecil je, tak mau laju, maka mulutpun mula la mengomel + bersungut + membebel.. 

Dah tau orang tengah guna, jangan la bukakkkkkkkk... 
Kan dah kecik dahhhh...
Tak suka betul bila selowwww niii...
Eeeiiiii....!!!


Begitulah berulang-ulang sehingga selesai keliling rumah.. Entah bila la nak dapatkan konsisten yang betul-betul konsisten.. huhuhu...


p/s: Aktiviti masa siram pokok bunga.. Talian hayat tu air paip.. hehehe.. Sekali round untuk pasu kecil.. Dua kali round untuk pasu besar.. Sebab tu kena lama sikit siram.. 

Monday, February 24, 2014

Busana Nana..

Assalamualaikum...

Busana Nana..


Berdasarkan kepada tajuk bukunya iaitu Busana Nana hasil karya ketiga dari Saidatul Saffa ni, aku mengharapkan agar ada sedikit info berkaitan ilmu jahitan yang penulis kongsikan tapi aku tak jumpa apa-apa selain daripada kegigihan Lubna menjahit leher baju melayu si hero dan juga menggunting hampir lima puluh helai baju kurung pesak daripada kertas mahjung untuk pola pakaian kanak-kanak..




Alangkah bagusnya jika dimasukkan sedikit info tentang jahitan dalam perbualan antara Zatil dan Lubna.. Contohnya, Zatil boleh ajar Lubna cara nak ambil ukuran pada badan dan buat pengiraan untuk lukis pola pakaian..

“Nak belajar gunting kain susun belakang pula tak?” - Zatil


Ataupun rasanya boleh kot letakkan satu dua gambar rajah pola pakaian sebab aku tengok dalam beberapa buah buku dari Jemari Seni ni ada je penulis masukkan gambar dalam novel dorang..


Awal-awal tadi, sebelum dia tertidur tu dia dah berazam malam ni, dia nak juga gunting kertas-kertas tu sampai dapat lima puluh helai baju kurung pesak saiz kanak-kanak - (muka surat 18)


Akupun asalnya tak pandai menjahit jugak.. Satu apapun aku tak tau.. Tapi takde la sampai nak buat berpuluh saiz pola baju kurung pesak kanak-kanak.. Biasanya setiap pakaian ada standard saiz masing-masing berdasarkan umur si pemakai.. Umur empat tahun hingga lima tahun boleh je gunakan saiz yang sama sebab ianya lebih kurang je.. Lainlah jika ada lima puluh orang kastemer kanak-kanak yang datang menempah baju kurung pesak tu.. Yang ni memang wajarlah buat pola berdasarkan ukuran mereka..


p/s: Kalau dah sampai lima puluh saiz tu, dari umur berapa hingga umur berapa kanak-kanak tu agaknya ya.. Tengah pening dok mengira saiz kanak-kanak.. Ada tak sesiapa yang boleh fahamkan aku kat bahagian ni..

Dia dah mula keluar dah... :D

Assalamualaikum...

Dia dah mula keluar dah... :D


Ni la dia kebun kecil aku..
Dah mula keluar dah dia punya hasil walaupun seco'et..
Jadi la sebagai permulaan... 
Konon-konon pemangkin semangat la..
Konon je...
Ahahah...


Kangkung-bawang-daun kesum..


Kobis ni pulak dah berbulan aku tunggu dia punya buah keluar..
Rasanya ada la dalam empat lima bulan kot..
Lebih kurang gitu la..
Teruja betul nak pergi 'petik' buah dia bila dah matang nanti..
Hehehe...


Daun kobis ni nanti boleh campak dalam kolam ikan keli... errr.... 


p/s: Nak kena beli lagi petak sayur tu.. Nak cuba tanam salad pulak.. Benih salad dah beli lama dah.. Cuma tunggu masa je nak dijadikan bahan eksperimen.. hehe..

Cara paling mudah nak buat inti kelapa...

Assalamualaikum...

Cara paling mudah nak buat inti kelapa...


Alhamdulillah, akhirnya berjaya jugak aku buat inti kelapa ni.. ahahaha... Sebelum ni aku pernah buat sekali tapi tak menjadi.. Disebabkan mak aku suka makan kuih bom bijan berintikan inti kelapa ni, maka aku gigihkan jugak bertanya orang.. 


Kakak aku kata, sonang yoo nak buek ehh.. Betul la senang kalau dah tau sukatan yang bersesuaian.. Yang jadi susah tu sebab masih teragak-agak dengan sukatan.. Tak tau sukatan yang betul.. Macam orang memandu kereta jugak.. Bila teragak-agak nak memotong, maka lain pulak yang jadi.. *cehh, siap ada contoh lagi.. hehh...


Disebabkan aku dah berjaya buat inti kelapa ni, meh aku kongsikan cara nak buat pulak... Mana la tau kot-kot ada jugak spesis manusia macam aku yang tak reti nak buat inti kelapa ni.. hehehe.. Ni resepi aku sendiri tau.. Jangan pulak kata aku copy and paste resepi orang.. hehh...




Bahan yang kita perlukan adalah:

1 biji kelapa yang sesuai dibuat inti - parut ambil isi putihnya sahaja..
3 ketul gula melaka saiz kecil macam dalam gambar kat atas tu..
2 sudu makan gula pasir
2 cawan air - nak guna air kelapa itu sendiripun boleh..
1/2 sudu kecil garam halus - anggaran secubit dua


Cara nak buat:

1) Masukkan gula melaka + gula pasir + air ke dalam periuk dan masak hingga mendidih. Lepas tu masukkan garam..

2) Kemudian tapiskan air gula tadi ke dalam kuali..

3) Lepas tu, masukkan kelapa parut tadi ke dalam kuali berisi air gula tadi dan masak dengan api yang sederhana. 

4) Masak hingga air tu kering.. (Kalau suka inti kelapa tu basah, tak perlu la sampai kering sangat..)

**Walaupun dah ada sukatan, kena rasa jugak sebab lidah masing-masing tak sama.. Ada lidah pendek.. Ada lidah panjang.. Ada lidah menjelir.. Banyak lidah bercabang... Dan semua lidah tak bertulang.. heeeeee... 




p/s: Okay, dah siap... Senang je rupanya nak buat inti kelapa ni.. hikhikhik...

Sunday, February 23, 2014

Setiap Detik Nafasku..

Assalamualaikum...

Setiap Detik Nafasku...


Setiap Detik Nafasku ni merupakan novel terbaru dari penulis Dhiya Zafira yang diterbitkan oleh Alaf21.. Aku tak tau kisah ni mengenai apa tapi aku tetap nak beli buku ni.. 


Setakat ni, aku masih lagi suka dengan cara beliau menulis di dalam setiap karya beliau.. Dia punya bunga-bunga ayat tu yang adakalanya makan dalam dan meresap ke jiwa.. Bukan semua penulis yang boleh bermain dengan ayat-ayat berbunga ni lebih-lebih lagi penulis baru yang rata-rata ayatnya jenis main terjah je.. 






Aku dah order dah.. Ada beberapa pakej dalam order ni.. Boleh pilih nak yang mana satu.. Aku pilih pakej, emmmmm... biarlah rahsia.. kehkehkeh...


p/s: Novel Dhiya Zafira ni biasanya berkisar tentang thriller romantik seperti Tertulis Buat Kita, Jauh Kau Pergi dan Hati Bergetar Rindu..

Thursday, February 20, 2014

Cari dan cuba lagi..

Assalamualaikum...

Cari dan cuba lagi..


Aku memang tak pandai buat karipap.. Siapa yang pernah baca blog aku ni, banyak jugak rasanya aku buat cerita pasal karipap ni.. Tapi aku masih lagi mencari dan terus mencari resepi kulit karipap yang bersesuaian dengan cita rasa aku..


Okay, bab kulit tu aku dah dapat dah resepinya.. Mula-mula macam payah nak buat sebab liat dan tebal masa menggelek.. Takpe, sabarkan diri.. Kuatkan semangat.. Pedulikan muka tebal bila tanya pendapat atau tips dari orang lain.. Selebihnya, tanya atok google.. Mujur la atok google tu sihat walaupun line streamyx aku nazak nak mam***... 


Ini yang dulu punya.. Dah habis aku goreng dan bagi kat kakak ipar.. Inti ikan kembung dan kentang tapi termasin la pulok.. adehh..


Kulit karipap tu tak berapa cantik lepas digoreng.. Takpe, janji kulit tu kena dengan selera aku.. Boleh perbaiki masa menggoreng di lain masa..


Ini aku baru buat petang tadi.. Aku guna acuan je sebab satu dunia tau aku tak pandai kelim karipap ni.. *mengaku je laa.. hehh...


Sekarang ni aku tengah mencari dan nak cuba buat inti karipap yang sedap dan kena dengan selera.. Setakat ni inti karipap yang aku buat macam ada yang kurang je.. Tak sedap sangat... huhuhuhu... Siapa yang ada resepi inti karipap yang sedap seantero dunia, boleh la kongsi dengan aku.. Tapi aku tak nak inti keledek.. Aku tak suka inti keledek.. Aku suka inti kentang.. Terima kasih pada yang sudi berkongsi resepi inti karipap kentang nanti.. :)


p/s: Musim panas ni kelapa kat belakang rumahpun takde buah.. Ingat nak buat inti kelapa untuk buat frozen bom bijan pulak.. Yang ni peberet mak aku...

Wednesday, February 19, 2014

Minyak urut bunga matahari...

Assalamualaikum...

Minyak urut bunga matahari...


Hari tu aku nak cari krim susu kambing yang biasa mak aku guna untuk sapu kat betis dia.. Tapi orang kat kedai tu aku tengok gaya dia macam tak pernah tau pun pasal krim tu padahal kalau tak silap aku, dulu kat kedai dia la aku beli krim susu kambing tu.. Dulu tu dah dekat setahun jugak la.. ahaha..


Pastu aku bagitau dia yang aku nak cari minyak urut untuk mak aku.. Nak cari minyak panas sebab betis mak aku selalu kebas.. Pastu dia kata bila banyak berjalan, betis dia mudah lenguh..


Orang kat kedai tu cadangkan aku beli minyak urut bunga matahari ni.. Bau dia wangi dan minyak ni tak panas.. Dia kata tukang urut memang gunakan minyak ni sebab senang nak jumpa urat.. Itu untuk tukang urut la sebab kerja dorang memang cari urat.. Untuk orang macam aku yang tak reti urut ni, main gosok-gosok macam tu je la.. hehehe..




Buat masa ni minyak ni aku yang guna.. Mak aku gunakan minyak panas.. Lagipun minyak panas tu ada bau serai wangi.. Sedap sikit bau dia.. Rasa segar sikit walaupun panas.. Aku suka bau minyak urut serai wangi ni.. hehe...


p/s: Jangan ada yang terminum minyak urut ni dah la.. Dah la jernih macam air kosong je.. ahaha..

Rindu Kamu Mr. Darcy..

Assalamualaikum...

Rindu Kamu Mr. Darcy..


Pertama kali aku baca karya penulis ni.. Jalan cerita yang dipaparkan masih boleh diterima.. Cuma aku sedikit terganggu dengan satu perkataan yang sentiasa di-UP-kan dari awal cerita hingga ke akhir.. Dari dorang couple hingga dorang kawen.. Banyak terganggu sebenarnya.. 


Masa pertama kali nampak perkataan tu, okay, tak pe.. Bila jumpa untuk kali yang kedua, okay, masih boleh layan.. Tapi bila asyik jumpa je sampai berkali-kali, maaf la, dah tak boleh nak terima.. Mula la baca dengan tidak sepenuh jiwa.. Dah mula hilang fokus.. MAAF sekali lagi..




Apa motifnya letak perkataan Choii kat dalam buku ni ya..? Takde tagline lain dah kot.. Sesuai ke dijadikan sebagai tagline..? Jika buku tu tebal, mungkin tak perasan sangat akan keujudan perkataan Choii tu.. Tapi buku ni nipis je pun.. Seolah-olah perkataan Choii tersebut mendominasi keseluruhan cerita.. 


Dulu aku tak tau apa makna Choii ni.. Malahan ada kawan aku bangsa Cina yang mempermainkan aku bila aku tanya dia apa maksud Choii ni.. Dia kata Choii tu cantik padahal Choii tu sebenarnya cilaka.. Sangat kurang ajar bila kita serius bertanya tapi diberi jawapan yang menjengkelkan.. Kalau anak buah aku yang sebut Choii ni, memang aku cili-cilikan mulut dorang.. Banyak lagi perkataan lain yang boleh dijadikan bahan lawak..


p/s: Entahlah... 

Monday, February 17, 2014

Bila MALAS, inilah HASILnya..

Assalamualaikum...

Bila MALAS, inilah HASILnya.. 


Inilah hasil yang akan kita dapat jika kita malas dalam serba-serbi.. Jadi, tak perlu nak bebel berlebihan jika input yang kita dapat cuma seco'et.. 




Aku sekarang memang berada dalam zon malas tahap badak air dah ni... 


p/s: Selagi line ni tak stabil, tak laju macam selalu, tak terhegeh-hegeh me-loading macam lori balak mendaki bukit, selagi itulah aku malas nak blogwalking... PANAS...!!!

Sunday, February 16, 2014

Masam.. Masam.. Masam..

Assalamualaikum...

Masam.. Masam.. Masam..


Ada kalanya yang masam akan jadi manis jika kena dengan caranya.. Tapi selalunya yang masam akan kekal masam walaupun tahap kemasaman tersebut cumalah sedikit sahaja..




Masamnya muka Momok.. 


Saja je nak bagi kecur liur.. Jahatnya aku... kehkehkeh...


p/s: Masam-masam-manis cuma ada dalam citer P.Ramlee je.. hehh...

Saturday, February 15, 2014

Babai for a while...

Assalamualaikum...

Babai for a while...


Babai for a while my dearest blog.. Buat masa ni aku takde idea nak menulis.. Nope, takde mood sebenarnya.. Plus malaspun ya jugak.. ahahh.. Malas nak mengarang, malas nak membina ayat, malas nak tulis then delete balik sebab takut ada yang terasa hati, makan hati, sakit hati or else yang berkaitan dengan hati.. Dan aku memang tengah sakit hati dengan line streamyx yang macam C.. 


And at the same time, hati akupun berkata; peduli apa aku dengan hati orang, kan..? Aku je nak jaga hati orang, orang ada tak nak jaga hati aku..? Takdepun.. Kalau adapun cuma dua tiga orang je.. Itupun kalau ada.. KALAU  ADA.. So, sakit hati tak bila baca ayat macam tu..?? Sakit woooo.... Bukan setakat sakit, malahan pedih dan ngilu...


Aku ni jenis yang menulis ikut suka hati aku.. Gaya bahasa aku memang kasar.. Siapa yang baru kenal dan baru mula baca cerita kat dalam blog aku, mungkin markah penulisan aku dalam blog ni tak sampaipun 5%... Whatever lah..!!


Bak kata Ladynoe menerusi buku Desaturasi Merah Jambu yang beliau tulis; Menjadi aku bukan semudah yang difikir. Tahun bila kamu baru dengar nama aku? Tahun bila kamu baru baca cerita merapu aku? Tak semua cerita sudi aku ceritakan. Aku persembahkan bahagia untuk kita sama-sama merasa. Aku sorok duka untuk kita sama-sama mengharap bahawa sinar ada di mana-mana. Aku hambur marah untuk aku beritahu bahawa aku manusia biasa. Aku kongsi cela supaya jangan ada yang jadi serupa..


Bezanya, aku tak ingin dikenali.. Dipujipun aku tak suka.. Dicaci..? Tak kan la itupun nak tanya.. Ada ke orang yang suka kena caci..? Haiilaaa.... Jangan la tanya soalan cerdik macam tu... Saje je mintak penampo free, kann... ahahaa...


**Jangan percaya sangat dengan babai aku ni.. Entah-entah dua tiga jam lagi ada entry baru... ahakkk... Tapi kalau takde tu, maknanya memang aku takde mood la nak merapu atau nak berkongsi cerita kat blog ni.. Maaf ya... :)


p/s: When I look at a person, I see a person - not a rank, not a class, not a title - Criss Jami 

Friday, February 14, 2014

Apa itu GWS...

Assalamualaikum...

Apa itu GWS...


Baru-baru ni aku ternampak la perkataan gws ni kat satu komen kat satu status fesbuk tu.. Mula-mula tu pening jugak kepala dok fikir apa kaitannya nombor plat kenderaan ni ada kat komen tu.. Ni nombor plat kereta ke, nombor plat motor agaknya ehh.. Soalan ni yang dok bermain-main dalam kepala otak aku ni.. 


Sepatutnya benda ni tak payah fikirpun tapi tak tau la kenapa aku nak pergi fikir jugak.. Saja je nak memeningkan kepala sendiri, kan.. ahahaha...


Akhir sekali, aku baca balik status yang dikongsikan tu.. Baca satu persatu.. Lepas dah baca tu, barulah aku terfikir apa sebenarnya gws tu.. 


Rupa-rupanya gws tu adalah perkataan panjang yang telah dipendekkan dan bukannya nombor plat kenderaan seperti sangkaan aku.. Aduhaii, kenapalah tahap kemalasan dan tahap merosakkan bahasa semakin menjadi-jadi.. Susah sangat ke nak tulis moga cepat sembuh..? Kan lebih mudah difahami.. Takde la terkial-kial orang nak faham apa maksud gws tu..  GWS is get well soon.. 


p/s: Kemalasan botingkek-tingkek.. huhh... 

Thursday, February 13, 2014

Desaturasi Merah Jambu...

Assalamualaikum...

Desaturasi Merah Jambu...


Buku Desaturasi Merah Jambu ni baru je sampai dari MPH Online.. Siapa yang minat nak baca, boleh beli dengan MPH Online ataupun order sendiri daripada penulisnya iaitu Ladynoe.. Boleh masuk kat blog perempuan jomblo kat sini.. 


Buku ni bukannya novel tapi dari apa yang aku baca dalam blog beliau hari tu, kebanyakan yang ada dalam buku ni adalah kisah yang beliau pernah tulis dalam blog.. Khabarnya, kisah yang berkaitan sudah tidak ada lagi dalam blog sebab dah dipindahkan ke dalam versi buku.. 


Maka, akupun beli la buku ni sebab banyak yang aku ketinggalan nak baca kisah kat blog beliau.. Dan aku suka baca kisah yang beliau kongsikan walaupun aku tak kenal beliau.. Tapi aku belum baca lagi buku ni.. Just selak sikit-sikit je dulu.. Biasa la tu, kan..? Bila buku baru sampai, mesti nak kena belek-belek sikit.. hehehe...


Tahniah atas kelahiran buku ini.. 


p/s: Aku dah order dengan penulis nak buku ni tapi masa tu stok untuk cetakan pertama kat tangan beliau dah habis.. Kena tunggu stok untuk cetakan kedua.. Atas sebab itu, akupun order la dengan MPH Online... Dapatlah buku ni dalam versi cetakan pertama.. 

Tuesday, February 11, 2014

Camner nak login ni... :p

Assalamualaikum...

Camner nak login ni... :p


Diapun nak jugak bukak akaun fesbuk.. Sabar je la.. ahahh... So, layan gambar je la ya.. hehh..


Waaa....!!! Ni ke fesbuk...??


Macam mana nak login ni..? Nak ketuk kat mana..? Adehhh... *Abaikan luka kat badan Momok tu.. Tu kerja si kucing samseng tu laaa.. huhuhu...


Boringnya laaa.... Dari tadi tak dapat nak login.. 


Someone please help me laaaa....!!! Camno nak buek niiii.....????


p/s: Mujurlah ko tu kucing Momok oiiii... Kalau tak, jenuh aku nak mengajar... Kang makin bertambah rakyat Malaysia yang ada akaun fesbuk.. ahahhh...

Antara hukuman dan disiplin...

Assalamualaikum...

Antara hukuman dan disiplin...


Masa zaman aku sekolah dulu, macam-macam hukuman atau denda yang pernah aku lalui.. Kena denda berdiri atas kerusi atau meja tu dah biasa sangat dah walhal kesalahannya bukan la besar sangat.. Cuma salah spelling je.. Tapi nak tak nak, bila dah kena denda, buat je la.. Malu tu memang la malu tapi bila ada kawan yang sama-sama kena denda, takde la malu sangatpun sebab dah ada geng... hehehehe...


Lepas tu, kena denda gigit buku yang paling tebal.. Cikgu siap selongkar beg sekolah aku lagi sebab nak cari buku teks yang tebal tu sebab kitorang mesti pilih buku yang nipis.. Jenuh woo mulut menahan lenguh gigit buku teks yang tebal ni.. Meleleh-leleh air liur... Cikgu siap perli lagi suruh lap air liur tu.. wakakakaka... Ikutkan hati memang la geram dan sakit hati, tapi nak buat macam mana, dah sendiri yang salah.. So, terima je la denda yang dikenakan.. kehkehkeh...




Pernah jugak kena denda berdiri di luar kelas.. Padan muka den.. hahahaha... Salah sendiri jugak.. Masa cikgu mengajar kat depan, siapa suruh pandang kat luar tingkap pergi tengok murid kelas lain buat senaman.. Adoyaii.. Malu jangan cakap laa.. Dah la kelas setentang dengan kelas abang.. Boleh nampak geng-geng abang tengok aku yang berdiri sorang-sorang kat koridor tu.. Tapi takde la aku nak mengadu kat mak abah aku.. Balik rumah abang tanya kenapa kena denda berdiri tu.. Aku diam je.. Malas nak bagitau.. hahaha...


Tapak tangan berbirat kena pukul dengan rotanpun pernah jugak.. Rasa nak terkencing menahan sakit.. Kesalahannya tak lulus mata pelajaran matematik.. Sekali cikgu matematik tu zappp tiga das kat tapak tangan.. Birat wooo... Mujur masa tu ada simpan minyak angin cap kapak.. Lepas kena zap, terus curah minyak angin tu.. Legaaaaaa.... Sekejap je minyak tu habis sebab ramai geng yang mintak... Habis tu dah ramai yang kena libas... hihihi... Namun nak mengadu kat mak abah, idok ler.... ahaha...


Banyak lagi sebenarnya denda dan hukuman yang aku terima masa zaman sekolah dulu tapi satupun aku tak bagitau mak abah aku.. Kadang-kadang dorang tau daripada mak ayah kawan-kawan aku.. Tapi dorang takdepun nak pergi serang cikgu kat sekolah tu.. Dorang tau anak dorang yang salah.. Lagipun kami kat sini rata-rata anak bekas tentera.. Apa la sangat kena denda dan hukum macam tu, kan... ehehh...


Ibu bapa sekarang ni bila anak kena denda kutip sampahpun dah membebel macam apa entah.. Tapi bila anak-anak buang sampah merata-rata kat rumah, pandai pulak salahkan cikgu.. Cikgu kat sekolah ko tu tak ajar ke macam mana nak buang sampah..? Ni aku dengar sendiri dari mulut becok seorang ibu murid tu yang identitinya dirahsiakan.. ahakkk...


Sayangkan anak, tangan-tangankan.. Tapi aku tak pernah kena tangan dengan abah aku.. Walaupun dia seorang bekas askar berpangkat sarjan tapi dia sangatlah penyayang... heeee... Kena tangan dengan mak aku tu selalu.. Sikit-sikit kena cubit.. Pernah kena kejar dengan kayu api keliling rumah.. kikiki...


p/s: Terima kasih cikgu sebab selalu denda saya dulu.. hehehe... Rindu pulak nak jalan itik cabut kemuncup secara beramai-ramai kat padang sekolah... Lepas cabut kemuncup, baru boleh teruskan aktiviti jasmani.. ahahh... Dulu tukang kebun cuma sorang je.. Jadi, setiap hari pasti ada dua tiga kelas yang kena buat aktiviti cabut kemuncup tu...

Saturday, February 8, 2014

DIY: Lagi berkaitan bekalan air untuk pokok bunga berpasu..

Assalamualaikum...

DIY: Lagi berkaitan bekalan air untuk pokok bunga berpasu..


Entry sebelum ni ada di sini.. Jika rajin, sila la klik.. Jika malas, sila la kelik.. hahaha...




Okay, sekarang masuk kat entry yang ini pulak naaa... Sebenarnya, aku nak kongsikan cerita yang ini tapi masa buat entry pertama hari tu, gergaji kecil tu takde lagi untuk buat kerja-kerja pemotongan penutup showel gel tu.. Bila adik balik masa cuti raya cina hari tu, dia bawa sekali gergaji dia ni.. Tu yang aku dapat sambung apa yang tergendala hari tu.. 


Bahan yang diperlukan... *cehh, dah macam nak masak-masak pulak siap ada bahan.. ahahh...


Dengan menggunakan gergaji kecil ni, potong bahagian yang patut dipotong..


Dengan menggunakan sjru driver, korek sikit lubang kat dalam tu sebab lubang tu kecil.. Takut nanti air susah nak mengalir keluar.. Dan ikut langkah seterusnya seperti dalam gambar..


Rupa kepala shower gel sebelum dan selepas dipotong.. Dan juga testing untuk mengeluarkan air..


Antara botol-botol yang telah dikerjakan.. ahaha... Seeloknya guna botol shower gel tu.. Nampak lagi kemas dan sekata... ehehh...


Kenapa ada paip pvc kat dalam pasu tu..? Boleh rujuk kat sini... 


Lagi mudah untuk meletakkan botol berisi air jika ada paip pvc tadi.. So, botol tu tak lari ataupun jatuh.. Janji paip pvc tu kena tekan dalam sikit ke dalam tanah..


Lagi deretan pasu bunga yang sudah disertakan 'botol susu'.. kehkehkeh...


Ataupun boleh cuba buat teknik macam dalam video kat bawah ni.. 



p/s: Kalau gunakan botol shower gel dengan isipadu dua liter tu, boleh tahan dua hari.. Tapi kalau guna botol biasa dengan muncung straw tu, sekejap je air tu habis.. Jadi, mulalah menyimpan botol shower gel yang anda gunakan.. haha...

Friday, February 7, 2014

Dia Yang Kau Pilih...

Assalamualaikum...

Dia Yang Kau Pilih...


Setiap baris kata-kata yang ku baca...
Bagaikan jalan hidupku...
Tiada lurus semua seolah hampa...
Haruskah aku sesali...

Bagai kisah kita...
Yang surut selalu...
Bilakan berakhir...

Biarkan aku berundur...
Jika itu yang telahpun tertulis...
Jalanku tak panjang...
Bersama dirimu...

Jadikan dia terbaik...
Kerna itu yang telah kau pilih...
Biarkan diriku...
Membawa semua...
Luka...

Setiap kata kau ucap semua dusta...
Pernahkah kau menyesali...
Tiada tulus semua helah semata...
Haruskah aku menanti...

Kini kan berakhir...
Ku tak kan berpaling...
Relakan segala...

Biarkan aku berundur...
Jika itu yang telahpun tertulis...
Jalanku tak panjang...
Bersama dirimu...

Jadikan dia terbaik...
Kerna itu yang telah kau pilih...
Biarkan diriku...
Membawa semua...
Luka...



Dia Yang Kau Pilih oleh Shahir..


p/s: Tengah sabar menanti kemunculan novel terbaru dari Hani Fazuha.. Tajuknya Yang Dia Pilih... Tak tau la tajuk novel ni akan kekal atau akan bertukar.. hehh..

Hutang: Sampai bila nak lari...?

Assalamualaikum...

Hutang: Sampai bila nak lari...?


Zaman aku kerja dulu, jika meminjam atau terpinjam atau terpakai duit kawan serumah atau kawan sekerja, walau lima sen sekalipun, aku tetap akan bayar balik biarpun orang tu kata tak payah ganti atau bayar.. Dan begitu jugak sebaliknya kecuali jika kami sama-sama menghalalkan apa yang dipinjam tadi..


Ini bukan masalah kedekut taik idong masin ataupun berkira dengan kawan.. Tapi ini adalah masalah sikap iaitu kami tidak mahu membiasakan diri dalam hal berhutang ni.. Memang la mula-mula guna atau pinjam seposen dua je tapi dikhuatiri lama-lama nanti budaya ini akan mengembang sebab kita sudah dibiasakan dengan perkataan 'aku halalkan'.. 


Lagi satu, tak tergamak nak tukarkan status pinjam itu kepada status jadi hakmilik sebab kami sama-sama tengok dan lihat macam mana susahnya masing-masing bekerja untuk mencari duit.. Contohnya, aku tengok kau berpeluh-peluh buat kerja, kena marah lagi dan blablabla dan kau pulak tengok aku pening kepala fikir macam mana nak setelkan masalah kat tempat kerja dan blablabla.. Jadi secara tak langsung timbul rasa tak sampai hati atau tidak tergamak nak tukarkan status 'pinjam' tadi kepada status 'aku halalkan..'


Orang yang mati syahid sekalipun, jika dia berhutang dan hutangnya tidak dibayar, maka diapun tak boleh masuk syurga.. Itu yang aku dengar kat tv tadi.. Tak tau rancangan apa sebab aku cuma terdengar sepintas lalu je dan bukannya duduk menonton rancangan tersebut.. *jangan pulak ada yang jadikan isu.. 


p/s: Jangan berhutang jika tak mampu nak bayar.. Dan jangan mengharapkan orang akan sentiasa 'menghalalkan' segala hutang-piutang kita.. Pandai-pandailah mengatur kewangan masing-masing.. hmmm... *Entry ini berkaitan hutang sesama manusia.. 

Tuesday, February 4, 2014

DIY: Buat tempat untuk letak baja dalam pasu bunga...

Assalamualaikum...

DIY: Buat tempat untuk letak baja dalam pasu bunga...


Selalunya orang akan main campak atau tabur je baja kimia kat dalam pasu pokok bunga.. Lepas tu tinggal macam tu tak siram baja tu. Jadinya pokok bunga akan lecur dan mati sebab akarnya panas terkena baja kimia tadi.. Benda ni dah selalu sangat jadi kat pokok bunga rumah aku ni.. Kadang-kadang aku yang buat dan ada masanya mak aku yang buat.. haha..


So, kali ni aku dapat satu idea untuk mengelakkan baja kimia tadi dari bersepah-sepah kat dalam pasu dan merosakkan serta memusnahkan akar pokok tu. Caranya ialah dengan menggunakan batang pvc yang selalu orang gunakan untuk sambung saluran air di bawah sinki dapur..




Potong batang pvc tu dalam anggaran lima hingga enam inci setiap satu.. Gunakan batang pvc yang saiz kecil tapi terpulanglah pada kehendak masing-masing nak gunakan saiz kecil atau besar..




Kemudian, tanamkan batang pvc tadi ke dalam pasu bunga yang dikehendaki.. Tekan sedikit dalam anggaran dua inci ke dalam tanah supaya kedudukan batang pvc tu kejap dan tidak bergerak.. Letakkan batang pvc tu jauh dari pangkal pokok..





Akhirnya, boleh la letakkan baja dalam batang pvc tadi.. Jadi baja tu tidak la bersepah ataupun tercampak masa kita siram pokok bunga tu dengan air dari getah paip.. Kalau siram dengan gayungpun takpe tapi larat ke nak siram pokok yang banyak dengan gayung..?




Ada orang masa dia nak letak baja dalam pasu, dia gunakan skru driver yang panjang tu, lepas tu dia buat lubang dan masukkan baja dalam lubang tadi dan timbus balik lubang tersebut.. Pada aku cara tu leceh sebab kadang-kadang tanah dalam pasu ni keras.. Susah nak cucuk.. 


p/s: Aku bukan pakar tanaman pokok tapi nak jugak kongsi apa yang aku buat.. Terpulang samada nak ikut atau abaikan..

Monday, February 3, 2014

Sessi masuk dapur: Meroti dan mendonat..

Assalamualaikum...

Sessi masuk dapur: Meroti, mendeko dan mendonat.. 



Roti ni aku buat menggunakan campuran antara tepung gandum dan tepung roti iaitu 7 cawan tepung gandum dan 1 cawan tepung roti.. Aku uli guna tangan je.. Malas nak guna mixer.. 


Yis yang dah mengembang...




Hasil tangan dua orang anak buah.. 


Setiap doh tu aku timbang dengan kadar berat lebih kurang 50 gram.. Lepas tu roti sosej dengan roti yang ada manik urai kaler warna-warni tu anak buah aku yang gelek doh dia.. Dua orang anak buah yang sangat rajin menolong aku.. Sosej tu aku potong dan belah dua dan dorang juga yang letakkan atas doh tu.. Aku ajar la cara nak buat.. Lepas tu terus dorang boleh buat sendiri..







Roti bentuk bunga ros tu kitorang buat sama-sama.. Aku saja nak mempelbagaikan peten roti ni sebab akupun tak pandai bab mendeko ni.. Sampai terbukak kelopak bunga ros tu.. hehh..


Satu tu je yang aku letak krim sebab aku tak pandai nak belah roti tu padahal krim butter tu aku dah buat dulu dah.. huhuhu..


Roti ni aku yang buat.. hehe..


Resepi doh roti ni ada kat blog dapo aku ni ya... Cuma kali ni aku tak letakkan dough softener dan hasilnya roti masih lagi lembut.. Tapi takde la selembut roti yang dibuat oleh chef atau pakar... huhu... Kat sinipun ada jugak roti yang aku buat dengan menggunakan resepi yang sama..


Okay, habis cerita kisah meroti.. Sekarang ni sambung kisah mendonat pulak naaaa... heeeee...


Yis yang dah kembang...


Tepung gandum + garam...


4 biji kentang rebus yang dilenyek..


Ramas-ramas hingga jadi seperti serbuk roti.. Kemudian curahkan campuran yis ke dalamnya dan uli sebati..


Doh yang dah siap di-uli dan tak melekat di tangan..


Bulat-bulatkan dulu.. Setiap ketul beratnya dalam anggaran 30 gram.. Lepas tu terus tekan doh tu sikit untuk meleperkannya..


Kemudian, buat lubang kat tengah-tengah doh tu.. Aku cucuk kat tengah doh tu dengan hujung batang sudu, pastu baru aku jolok dengan jari dan bentukkan lubang dan doh tu..


Biarkan doh tu kembang sikit.. Jangan perap terlalu lama.. Takut nanti doh tu tak boleh nak diangkat sebab dah terlalu kembang dia jadi lembik dan tak boleh dipegang..







Resepi donat kentang ni pun ada kat blog dapo aku ni.. 


p/s: Alhamdulillah... Semuanya habis dimakan oleh kaum kerabat yang balik bercuti kat rumah ni.. Roti sosej tu sampai tak cukup.. Anak-anak buah suka sangat.. Donat tu pulak separuh aku bekalkan kat dorang untuk bawak balik..

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »