Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Tuesday, October 22, 2013

Dua-dua berguna...

Assalamualaikum...

Dua-dua berguna...


Aku punya yang kecil tu manakala yang besar tu kepunyaan anak buah aku.. Lepas dia graduate master dia hari tu, terus dia letak kamus tu kat rumah aku ni.. Lepas tu main letak macam tu je.. Takde la nak pergi simpan elok-elok kat rak buku.. 


Aku yang nampak ni, terus ambil dan simpan kat rak buku aku.. Boleh jugak aku gunakan.. Nak beli sendiri tak mampu.. Kalau yang kecil tu boleh la aku beli.. hehe.. Budak sekarang bukannya tau nak sayang harta dia.. Lebih-lebih lagi bukan beli guna duit dia.. Kesian kat mak ayah yang bersusah-payah mencari duit nak beli itu-ini.. 




Kamus Oxford Fajar yang besar ni siap ada contoh ayat dalam BI-BM.. Boleh dijadikan panduan untuk kita membina ayat.. Sangat sesuai untuk orang macam aku.. Bukan apa, aku ni boleh je baca dan boleh faham ayat dalam BI.. Tapi bila bab nak mencipta ayat, itu yang menjadi masalah.. Habis semua grammer lintang-pukang aku kerjakan.. huhu..


Aku ni bab nak gunakan past tense, future tense dengan present tense ni memang la fail... *sia-sia je jadi best student in English masa sekolah menengah dulu.. Mungkin aku boleh cuba belajar kat sini..  


p/s: Asyik baca novel Melayu je.. Apa kata baca kamus pulak.. hehh.. hehh.. hehh...

Saiz dan ukuran standard untuk kemeja lelaki dewasa..

Assalamualaikum...

Saiz dan ukuran standard untuk kemeja lelaki dewasa..


Semalam, aku ada buat entry pasal saiz dan ukuran standard seluar lelaki dewasa.. Kali ni aku nak kongsikan pulak saiz dan ukuran standard untuk kemeja lelaki dewasa..


Saiz S:

  • Labuh baju = 28 inci
  • Panjang tangan = 21 inci
  • Lebar bahu = 17 inci
  • Keliling leher = 14 inci
  • Keliling dada = 33 1/2 inci
  • Keliling ponggong = 36 inci
  • Cuff = 7 1/2 inci

Saiz M:
  • Labuh baju = 29 inci
  • Panjang tangan = 22 inci
  • Lebar bahu = 18 inci
  • Keliling leher = 15 inci
  • Kelilind dada = 34 1/2 inci
  • Keliling ponggong = 37 inci
  • Cuff = 7 1/2 inci

Saiz L:
  • Labuh baju = 30 inci
  • Panjang tangan = 23 inci
  • Lebar bahu = 19 inci
  • Keliling leher = 16 inci
  • Keliling dada = 37 inci
  • Keliling ponggong = 39 inci
  • Cuff = 8 inci

Saiz XL:
  • Labuh baju = 31 inci
  • Panjang tangan = 24 inci
  • Lebar bahu = 20 inci
  • Keliling leher = 17 inci
  • Keliling dada = 39 inci
  • Keliling ponggong = 41 inci
  • Cuff = 8 1/2 - 9 inci

Kita kena faham la ya, saiz setiap badan manusia ni tak sama.. Ada orang jenis berbadan besar tapi rendah.. Bila beli baju, baju tu dah labuh semacam je.. Kalau baju labuh takpe lagi, boleh masukkan dalam seluar.. Ni ada yang tangan terlalu panjang.. Dah nampak tak cantik dah bila pakai.. Macam bergumpal je.. Sebab tu ada sesetengah orang lebih suka menempah baju sebab boleh ikut ukuran badan sendiri.. Tapi harga upah untuk menjahit sehelai baju kemeja ni memang mahal.. 


p/s: Nak selesa, kena la pakai baju mengikut ukuran badan sendiri.. 

Iklan paling panjang...

Assalamualaikum...

Iklan paling panjang...


Selama aku pasang iklan dari Nuffnang ni, rasanya ini la iklan yang paling panjang yang keluar.. Cuba tengok kat sebelah tu.. Berjela panjangnya.. Itupun kalau iklan ni keluar la sebab ada masanya, iklan ni segan nak keluar.. hehe..




p/s: Tak kisah la panjang manapun iklan tu nak keluar.. As long as dapat sikit earning-pun dah memadai.. Terima kasih Nuffnang.. :)

Saiz dan ukuran standard untuk seluar lelaki dewasa...

Assalamualaikum...

Saiz dan ukuran standard untuk seluar lelaki dewasa...


Berikut adalah saiz dan ukuran ukuran standard bagi seluar lelaki dewasa.. Mana la tau kalau-kalau ada yang nak mencari seluar untuk dijadikan hadiah ataupun ada yang nak cuba menjahit seluar ni sendiri... Selebihnya adalah untuk rujukan aku sendiri.. Sebelum nota aku tu hilang melayang entah ke mana, baik aku masukkan kat dalam entry ni..


Saiz S:
  • Labuh = 36-37 inci
  • Keliling pinggang = 27-28 inci
  • Keliling ponggong = 36 inci
  • Kelengkang/cawat = 26 inci
  • Keliling peha = 23 1/2 inci
  • Keliling lutut = 17 inci
  • Keliling kaki = 13 1/2 inci

Saiz M:
  • Labuh = 38-39 inci
  • Keliling pinggang = 29-30 inci
  • Keliling ponggong = 37-38 inci
  • Kelengkang/cawat = 26 1/2-27 1/2 inci
  • Keliling peha = 26 inci
  • Keliling lutut = 18 inci
  • Keliling kaki = 14 inci

Saiz L:
  • Labuh = 40-41 inci
  • Keliling pinggang = 33-34 inci
  • Keliling ponggong = 40-41 inci
  • Kelengkang/cawat = 27-28 inci
  • Keliling peha = 26-27 inci
  • Keliling lutut = 18-19 inci
  • Keliling kaki = 15-16 inci

Saiz XL:
  • Labuh = Lebih daripada 41 inci
  • Keliling pinggang = 36-38 inci
  • Keliling ponggong = 42 inci
  • Kelengkang/cawat = 30-31 inci
  • Keliling peha = 28 inci
  • Keliling lutut = 20-22 inci
  • Keliling kaki = 19-20 inci


p/s: Semoga entry ini ada manafa'atnya.. 

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »