Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Saturday, August 29, 2009

SALAM MERDEKA KE-52

Assalamualaikum....

MERDEKA.......!!!
MERDEKA.......!!!
MERDEKA.......!!!





31 OGOS 1957......Hari Kemerdekaan yang sentiasa disambut

dan dikenang juga disanjung tinggi sebagai menghargai jasa
serta titik peluh MEREKA yang dahagakan KEMERDEKAAN.
Hargailah KEMERDEKAAN ini...Hayatilah KEMERDEKAAN
ini...Insafilah KEMERDEKAAN ini....Allah hu Akbar...






PAHANG ~>Negeri tempat aku bernaung sekarang. Sejak dari
kecil lagi aku sudah terpisah jauh dari sanak saudara di
kampung. Mungkin sebab itu hubungan aku juga sudah agak
renggang dengan mereka. Atau, mungkin juga aku yang men-
jauhkan diri dari mereka atas alasan yang aku cipta sendiri.
MERDEKA kah aku...???







NEGERI SEMBILAN ~>Negeri kelahiran yang aku cintai.
Aku tetap sayang dan rindukan suasana di kampung walau
pun sudah bertahun aku merantau mengikut keluarga.Walau
apapun tanggapan anda tentang orang2 Negeri 9, aku tetap
mengaku dengan bangganya bahawa aku anak jati Negeri
Sembilan. Tapi jangan tanya pasal salasilah negeri ini, kerana
aku sendiri kurang faham mengenainya. Adakah aku sudah
MERDEKA....???





JOHOR ~>Negeri pertama tempat aku mencari rezeki. Segala
keperitan dan kepayahan hidup aku lalui di negeri ini. Banyak
yang aku pelajari dan banyak juga suka duka yang aku simpan.
Tapi, orang2 negeri ini agak kurang mesra dengan pendatang
seperti aku. Mungkin mereka beranggapan bahawa negeri ini
adalah hak mutlak mereka dan kami hanyalah sebagai
pengundang masalah. Namun syukur kerana aku dapat men-
jalani kehidupan penuh ranjau ini dengan tabah. MERDEKA..
MERDEKA....MERDEKA....

p/s:
MERDEKA JIWA.....
MERDEKA MINDA....
MERDEKAKAH ANDA.....???

.
.

Friday, August 28, 2009

JOM MASUK DAPUR....


nyumm....nyumm.....yummyyy....

Assalamualaikum....

Hari ni merupakan hari yang ke-7 dalam bulan Ramadhan ni.

Sedar tak sedar dah seminggu kita berpuasa. Apa kata korang
cuba resepi ni sebagai menu untuk berbuka Maghrib nanti.
Menu kali ni pastinya amat menyelerakan. Muehehehe....

KERABU PUCUK PAKU CEMPAKASARI

Bahan2:

2 ikat pucuk paku
1 mangkuk taugeh
1 mangkuk isi kerang
1 genggam udang kering (ditumbuk)
1 genggam ikan bilis (ditumbuk)
1 inci halia (ditumbuk)
5 biji cili api (ditumbuk)
3 ulas bawang merah (ditumbuk)
1 cawan kelapa goreng (dikisar)
2 labu bawang besar (dihiris)
5 biji cili besar (dihiris dan cincang)
4 biji limau kasturi@1 biji limau nipis
garam secukup rasa

Cara2:

1) Celur pucuk paku sehingga agak layu. Angkat dan toskan.

2) Masukkan semua bahan yang ditumbuk ke dalam bekas.

3) Masukkan pula hirisan bawang besar, kelapa goreng, cili
besar yang telah dicincang dan garam secukupnya. Gaul rata.

4) Masukkan pucuk paku yang telah dicelur tadi.

5) Masukkan pula isi kerang. Gaul supaya sebati.

6) Masukkan taugeh. Gaul rata. (taugeh tak perlu celur).

7) Akhir sekali perahkan hirisan limau nipis/kasturi dan gaul
hingga semua bahan benar-benar sebati dan mesra.

Tips: Bagi yang suka belacan tu, bolehlah letak sedikit. (Tapi
aku tak suka belacan....hehe...)

p/s: Mak aku pepagi lagi dah pergi pasar beli pucuk paku,
taugeh dan kerang. Nampak gayanya petang ni aku kena la
masuk ke dapur. Jahitan aku...??? Aduhaiii.....

~~~~~6.30 petang~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Aku baru selesai buat kerabu pucuk paku ni. Nasib baik aku
tak boleh puasa, dapat la merasa asam garam kerabu tu dulu.
So, takde la yang akan komplen kata tawaq hebiaq or masin...
Ekekekeke.....
.

Thursday, August 20, 2009

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK

Assalamualaikum...

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK




Doa utama bulan Ramadhan dan di malam Lailatul Qadar...

"Allaahumma innaka 'a fuu'un kariimun tuhibbul 'af wafa' fu'anni"




"Ya ALLAH, sesungguhnya Engkau pemaaf, suka memberi maaf, maka beri kemaafanlah atasku". Laa ila haa illallah...


p/s: SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA PADA 22 OGOS 2009 UNTUK SEMUA KAWAN2 DAN JUGA SELURUH UMAT ISLAM DI DUNIA. MAAF JIKA ADA SALAH SILAP SAYA SELAMA INI...sobss...

Tuesday, August 18, 2009

FC PAD HERBA AVAIL...

Assalamualaikum...


FC PAD HERBA AVAIL...

Kali ni aku nak kongsi apa yang aku gunakan sejak 6 bulan
yang lalu. Dan hasilnya amatlah memuaskan (malu wehh...). Apa salahnya kongsi cerita/info jika ianya memberi impak yang berkesan. Betul tak..??? Muahahaha...





KEISTIMEWAAN PRODUK

~> Tuala wanita berfungsi dengan hak berpatent 20 tahun.
~> Tidak mengandungi floresen, selamat digunakan.
~> 100% liputan kapas.
~> Berkualiti tinggi dan tidak mudah tembus.
~> Sungguh selesa dan menghindari kesensitifan kulit.



night used...sgt selesa dgn 30cm panjang. 1 pek berisi 10 keping berharga rm12.

KANDUNGAN PRODUK

Mengandungi herba terpilih. Antaranya:
~> Mia Fang Stone: Membantu untuk membunuh dan mencegah bakteria.
~> Peppermint: Baik untuk penghidap buasir dan membantu mengurangkan rasa gatal.
~> Ming Fan: Sebagai pembersih darah beku dalam rahim dan membunuh kuman pada faraj.
~> Bin Pian: Bertindak sebagai anti-septik.
~> Chinese Cypress Oil: Menahan sakit pinggang dan sakit saraf.


KEBAIKAN PRODUK

Kesihatan kebanyakan wanita menjadi bertambah baik setelah mereka mengguna kan tuala wanita herba semulajadi ini. Antaranya:

~> Senggugut (sebelum, semasa dan selepas haid)
~> Keputihan
~> Kekuningan
~> Membuang angin
~> Mengimbangi sistem haid
~> Kegatalan
~> Sakit sendi2 semasa haid
~> Jangkitan faraj akibat kuman
~> Jangkitan pundi kencing akibat kuman
~> Mengelak dan mengurangkan bau
~> Mencegah buasir
~> Membasmi kuman
~> Jangkitan usus besar dan bahagian bawah usus
~> Membuang gumpalan darah dalam uterus
~> Sukar untuk mengandung
~> dan lain-lain masalah dalaman kebanyakan wanita



day used...kegunaan waktu siang...sgt selesa dengan harga rm11 untuk 10 keping.


KEGUNAAN LAIN

PANTYLINER merupakan pad serbaguna. Anda boleh menggunakannya untuk tujuan2 berikut:
~> Sakit kepala/migrain (ditampal pada dahi/leher)
~> Sakit lutut (tampal pada bandage dan kemudian balutlah lutut yang sakit tu)
~> Kembung perut (ditampal pada pusat)
~> Sukar tidur (tampal pada kelopak mata)
~> Pewangi (tampal pada kasut atau topi keledar)




pantyliner...gunakan setiap hari bagi mendapatkan hasil yg memuaskan. 1 pek
berisi 20 keping berharga rm10 sahaja.

PANTYLINER haruslah direnjiskan dahulu dengan air untuk mendapatkan tindakbalas kandungan herbanya jika anda ingin menggunakannya untuk tujuan2 seperti di atas. (kalau nak pakai kat bahagian "bawah", tak payah la renjis air ya hehe..)

Anda disarankan untuk memakai PANTYLINER setiap hari bagi mendapatkan hasil yang cepat dan memuaskan. (Lelaki yang ada "angin pasang" juga boleh mengguna-kannya).

Jika tak percaya, CUBA LAH.! JANGAN MALU DAN SEGAN.! Thanx kat blog ni. (Kalau korang nak minta demo atau info, call je nombor enpon yang ada dalam blog tu...).

or u can call through to this number....019-3401539 (Zizan)


Sunday, August 16, 2009

HENDAK 1000 DAYA....


sedapnya donat ni....nyumm....nyumm...yummyy.....hehe....

Assalamualaikum....

Suka kuih donat..? Suka buat atau suka makan..? Jika suka
kedua2nya iaitu buat dan makan, bolehlah cuba resepi yang
kat bawah ni. Mudah, ringkas dan yang penting jimat belanja
serta bersih. Kalau dah buat sendiri tu, konpem la tau cara nak
jaga tahap kebersihan...Betul tak..?? Muahahahahaha......

DOUGHNUT aka DONAT

Bahan2:

3 sudu makan susu tepung***
4 sudu makan gula pasir***
1 cawan air***
1 sudu makan yis kering (mauripan)***
1/2 kg tepung gandum
1 biji telur ayam
3 sudu makan planta
sedikit gula pasir yg dikisar halus (untuk ditabur)

Cara2:

1) Bancuh kesemua bahan2 *** di dalam mangkuk. Kacau
perlahan-lahan supaya susu tepung tidak bergentel. Tutup
mangkuk dan biarkan seketika sehingga yis naik.

2) Bila *** sudah naik, masukkan pula ke dalam bekas yang
berisi tepung gandum. Uli perlahan-lahan dan masukkan pula
telur.

3) Lepas itu, masukkan pula planta. Uli dengan sebati hingga
doh benar-benar lembut dan tidak melekat ditangan. Perap
adunan seketika sehingga doh naik sekali ganda.

4) Bila doh dah naik/kembang, tumbuk2 doh tersebut untuk
keluarkan udara yang tersimpan. Selepas tu, biarkan doh naik
/kembang untuk kali kedua.

5) Selepas doh naik untuk kali kedua, bolehlah dimulakan
proses menggentel. Ambil sedikit doh dan buatkan bulatan
seperti bola. Kemudian buatkan lubang di tengah-tengahnya.

6) Goreng di dalam kuali dengan api yang sederhana. Bila dah
masak, angkat dan biarkan seketika. Selepas tu bolehlah tabur
kan gula halus ke atasnya.

p/s: Mudah je kan. Kalau tak habis goreng, boleh la disimpan
di dalam peti sejuk. Esok boleh goreng lagi. Kan jimat tuuuu...
Nak letak coklatpun boleh atas donat tu....ikut citarasa sendiri.
.
.

Saturday, August 15, 2009

APA ITU H1N1...

Assalamualaikum...

Viral novel influenza type A H1N1. Ianya berasal dari virus
avian flu (selsema burung H5N1) yang telah menjangkiti babi
@ khinzir dan telah bergabung dengan swine flu (yang sepatut
nya hanya menjangkiti ternakan babi sahaja) dan telah
evaluasi (mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam 'host' yang
lebih tinggi di dalam rantaian makanan/manusia. Dan semasa
di dalam badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia
menjadi 'air born' dan menjangkit dari manusia kepada
manusia.

JANGKA HAYAT VIRUS.

Oleh kerana ia adalah virus 'air born', ia hanya boleh bertahan
di udara selama 2-8 jam sahaja. Jika selepas tempoh tersebut
ia tidak mendapat perumah atau 'host' (badan manusia), ia
akan mati. Maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan
"air ventilation" (pengudara) yang baik, akan bersih dari virus
tersebut.

APA YANG PERLU ANDA TAHU? ASAL VIRUS INI...

Sebenarnya telah terdapat outbrake di US sebelum terjadinya
outbrake di Mexico tapi tidak dilaporkan kepada WHO.
Kemungkinan outbrake ini telah dikesan dan US mahukan ia
tercetus di Mexico.

VIROLOGI VIRUS H1N1...

Incubation period yang singkat pada purata 2 hari dengan julat
1-4 hari. Ini bermakna ia cepat menyerang badan manusia
setelah ia menjangkiti pesakit. Pesakit akan menunjukkan
simptom selepas 1 hari dijangkiti paling cepat dan selewat2nya
hari ke-4. H1N1 sebenarnya adalah selsema biasa namun
kepada pesakit yang berisiko, ia dapat membunuh. Jika pesakit
adalah seorang yang normal, ia hanya akan memberi kesan
seperti demam selsema biasa dan batuk.

CARA SERANGAN..

Virus ini boleh disebarkan melalui batuk, bersin & percakapan.
Virus ini akan menyerang sistem pernafasan (seperti selsema
burung dan SARS). Peringkat awal, ia hanya pada "trakea" jika
tidak mendapat rawatan awal, ia akan menyerang paru2 dan
boleh menyebabkan kematian akibat "lung collapse" @ koma.
Ia amat berbahaya pada golongan yang berisiko tinggi.

SIAPA YANG BERISIKO...

1- Orang yang ada masalah obesiti @ gemuk.
2- Wanita yang mengandung.
3- Orang yang ada asthmatic/lelah.
4- Orang2 yang bermasalah dengan sistem imunisasi
(menjalani operation yang besar, kanak2 yang belum cukup
suntikan imunisasi, golongan2 yang rendah tahap imuniti e.g.
HIV etc).

SIMPTOM2...

Hari 1: Rasa kurang sihat, tidak bermaya.
Hari 2: Selsema, batuk dan demam yang kekal (demam tidak
turun walaupun telah makan ubat demam).
Hari 3: Rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas.
Hari 4: Sakit dada yang teruk (jumpa doktor dengan segera).
Hari 5 dan ke atas: "lung collapse" atau koma.

LANGKAH2 KAWALAN...

1) Golongan2 yang berisiko elakkan daripada kesesakan
(kawasan yang padat dengan orang ramai).
2) Menjaga kebersihan diri. Basuh tangan selalu dan dengan
betul, jaga kebersihan rumah dan persekitaran.
3) Elakkan diri jika terdapat orang 'batuk, bersin dan kurang
sihat.'
4) Jika kurang sihat, elakkan diri dari beraktiviti (sosial dan
berkumpulan).
5) Jika kurang sihat dan ada ILI (Influenza Light Illness @
selsema biasa) jangan hadirkan diri di kawasan orang ramai.
Jika terpaksa pakai 'mask'.
6) Untuk orang yang SIHAT, elakkan dari kawasan yang padat.
7) Jika ada tanda2 simptom di atas, segera ke hospital untuk
pemeriksaan dan rawatan.
8) Jika SIHAT, JANGAN ke hospital atau klinik untuk check-
up kerana di kawasan tersebut mengandungi banyak virus.
9) Tidak perlu ambil anti-viral atau apa-apa ubat influenza..!!!
Jika sihat dan mengambilnya akan mengakibatkan resistan
kepada vaksin @ ubat2 untuk rawatan jika terkena jangkitan.
Ini kerana berlakunya resistansi virus terhadap persekitaran
badan yang telah mengambil ubat2 tersebut terlebih awal.
10) Vaksin hanya akan 'wujud' seawal2nya pada Oktober dan
hanya untuk "frontliner" sahaja. Dan untuk awam selewat2
nya pada 2010.
11) Untuk makluman, influenza test hanya dijalankan di 2
makmal sahaja di Malaysia. Ia mengambil masa 6 jam untuk
"run test" kepada 1 batch sample. Jika klinik menyatakan yang
mereka boleh jalankan ujian, itu adalah tidak betul. Tak perlu
ambil suntikan seasonal influenza kerana ia tidak berkaitan.
12) Tahap kesedaran dan pengetahuan yang tinggi amat perlu
untuk kita sama2 menghadapi outbreak ini. Sama2lah kita ber
doa kepada ALLAH s.w.t. agar bala ini cepat berlalu. Amin..

p/s: Ini adalah sumber taklimat H1N1 oleh pengarah kawalan
penyakit berjangkit dari Kementerian Kesihatan Malaysia di
Pan Pacific KLIA pada 1/8/2009. Moga semua dapat iktibar..
,

Friday, August 14, 2009

GOYANG GERUDI INUL...hikk...


ni la rupa kuih goyang atau kuih ros.....(utk Nami je hehe...)

Assalamualaikum...

Pernah dengar nama kuih goyang? Alaa..takkan tak pernah
dengar kot. Mungkin ada yang pernah makan kuih ni tapi tak
tau apa nama dia. Ada juga yang memanggil kuih ni sebagai
kuih ros.

KUIH GOYANG (....yang bergoyang....bila digoyang....)

Bahan2:

1 1/2 cawan gula pasir
3 cawan santan yang agak pekat (dari 2 biji kelapa)
2 biji telur ayam
5 cawan @ 1 kampit tepung beras
1 sudu teh kapur sirih (untuk merangupkan)
secubit garam
minyak masak secukupnya
acuan kuih ros/goyang

Cara2:

1) Pukul telur dengan gula hingga agak kembang.

2) Masukkan santan dan garam. Kacau perlahan-lahan.

3) Masukkan pula tepung beras sedikit demi sedikit supaya
adunan tidak bergentel. Kacau rata.

4) Panaskan minyak dalam kuali. Letakkan acuan ros dalam
kuali untuk memanaskannya.

5) Bila acuan sudah panas, celupkan ke dalam bancuhan
tepung tadi.

6) Masukkan celupan ke dalam kuali sambil menggoyangkan
acuan supaya adunan yang melekat itu tanggal.

p/s: Jika adunan terlalu pekat bolehlah tambah sedikit santan
cair ke dalamnya. Cubalah buat sekarang, mana tau boleh
buat bisnes raya nanti.....muehehehehe...
.
.

Sunday, August 9, 2009

TERATAI Pujaan Ramli Sarip....


TERATAI.....bunga yang banyak khasiatnya...


TERATAI...

Ohh TERATAI bunga indah
engkaulah....pujaan hatiku
telah lama....ku rindukan
wahai TERATAI bunga indah

Sungguh cantik paras wajahmu
sinar matamu bagaikan suria pagi
setiap insan selalu terpikat
memandangmu TERATAI bunga indah

chorus:

Ku tak menyangka wahai TERATAIku sayang
bagai taufan datang menghembus dirimu
engkaupun terkulai dan merunduklah
layu....dan tak berseri lagi....

Ohh...tolong lindungilah ia
agarku dapat bersamanya lagi
ku inginkan TERATAIku sayang
berseri seperti semula....

(ulang chorus)

Saturday, August 8, 2009

SERBA SALAH....



Assalamualaikum......

Masih lagi berkisar sewaktu belajar menjahit dulu. Tapi kali ni berkenaan dengan seorang kawan seasrama. Dia ni dari Petaling Jaya. Masih lagi muda kerana dia sedang menunggu keputusan SPM waktu tu. Good looking gak la.... Hmmm....

Aku jarang bercakap dengan dia. Rasa2nya dalam tempoh 6 bulan tu aku cuma tegur dia 4 kali je kot. Mungkin sebab dia berlainan kursus dengan aku dan kami pula hanya berkongsi asrama yang sama. Dan lagi satu, dia ni seolah2 tak suka berkawan dengan orang yang lebih "tua" dari umur dia. Kalau boleh dia hanya nak berkawan dengan rakan sebaya je. Aku tak kisahpun sebab masih ada ramai lagi kat dalam asrama tu yang nak kawan dengan aku walaupun aku dah agak "kertu".... muahahahaha....

Ada satu hari tu, kawan2 yang lain ajak pergi jalan2 kat KL. Dia ikut sekali sebab konon2nya dia orang PJ, so dia tau la area mana dan jalan mana yang nak ikut. Hello... macam la aku ni tak pernah pergi tempat tu. Tapi takpe la, demi kerana kawan2 yang lain, aku ikut je rentak dia... hahahaha...

Akhirnya, semua merungut sebab dia ikut jalan yang agak jauh padahal punya la banyak jalan pintas nak ke tempat tu. Bukannya nak pergi manapun....cuma ronda2 kat sekitar Dataran Merdeka je, tu pun berpusing2 dia nak cari jalan... wakakakaka. Tu la, lain kali jangan la berlagak sangat. Tak pasal2 semua serik nak ikut dia lagi.... ekekekeke...

Satu je yang aku pelik dengan dia ni. Dia selalu pasang kaset Britney Spears atau Christina Aquelira dengan kuat betul2 masa azan maghrib tengah berkumandang kat radio. Masa tu orang sibuk nak solat, masa tu la dia sibuk dok nyanyi2 lagu2 tu. Pastu bila kitorang semua pandang2 dia, boleh lak dia senyum2 je. Ingat sedap sangat ke suara dia tu agaknya.

Selagi takde siapa yang suruh dia perlahankan suara kaset dia tu, selagi tu la dia memekak. Bayangkan, kat sebelah katil yang ni ada orang tengah solat... dan selang 1 buah katil lagi ada "setan" tengah sibuk bertendang. Susah betul tinggal bersama dengan "orang bandar" ni.... Aduhaiii......

p/s: Bila ditegur dia marah sambil cebik2 bibir. Kalau diamkan je makin menjadi2 pulak. Ditegur salah.... tak tegur salah.... jadi semua serba salah. (Aku juga banyak kekurangan, so tegurlah aku jika korang benar2 sayang kat aku..... sobbbsss.....)
.

Monday, August 3, 2009

SEHARI SEBAGAI BABY SITTER...huhuhu....

Assalamualaikum....

Hari ni aku jadi baby sitter. Bermula dari pukul 8 pagi hingga
1.30 tengahari. Waduhh, amat la membosankan..muahahaha.

Aku terpaksa menjaga anak2 cikgu kat rumah abang aku.
Kakak ipar aku ada appointment dengan doktor, so dia ter-
paksa la pergi hospital. Maka tinggal la aku dengan budak2
tu. Budak2 ni kalau dengan aku memang konpem dorang
diam je...tak banyak kerenah. Sebab apa tau....Sebab kalau
dorang banyak songeh, aku besarkan je biji mata aku ni,
pastu aku buat2 la muka garang....takut la dorang tu...
ekekekeke....

Hari ni aku cuma jaga 4 orang budak. Seorang kakak ipar
aku bawa sebab kuat gaduh. Tak padan dengan umur baru
je 2 tahun tapi dah pandai nak gocoh2. Pastu lagi seorang girl
tak datang sebab mak dia sakit mata, so dia duduk rumah je
dengan mak dia tu. Fuhhh lega la aku...Kalau ada semuanya,
mau pengsan aku nak melayan kerenah 6 orang budak yang
macam2 perangai. Yang bestnya, ada dua beradik ni tidur je
kerja dorang. Dari pagi, sampai aku nak balik dah tak
bangun2 lagi. Senang la sikit kerja aku sebab tak payah nak
mandikan dorang tu.....hehehe...

Tapi ada gak tak bestnya...huhuhu. Ada sorang budak tu kan,
dia 'beyak' kat dalam pampers dia. Pastu, bila aku nak mandi
kan dia, kena la bukak pampers tu kan. Huwaaa...'beyak' dia
punya la banyak melekat kat pampers tu. Naik semput aku
menahan nafas. Lepas tu pulak, ada lagi saki baki 'beyak' dia
melepet cantik je kat bontot dia. Ahh sudah...cmner aku nak
buat ni. Siyes aku cakap, aku geli la dengan benda2 ni huhu..

Aku dah takde cara lain dah, terus je aku sembur bontot dia
dengan getah paip dengan harapan 'beyak' tu jatuh la kan...
Tapi, benda tu tak mau jatuh la pulak. Akupun apa lagi, ambil
je seluar budak tu, terus lapik kat tangan aku dan lepas tu aku
mulakan kerja menggosok bontot dia sambil menahan rasa
nak bluwekkk. Selesai je kerja mencuci tu, aku terus sapu
sabun banyak2 kat bontot budak tu. Eeuuwwww....

Selepas siap mandikan dorang, aku buat pulak roti bakar dan
bancuhkan susu botol untuk dorang. Pukul 1.30 kakak ipar
akupun balik. Alangkah leganya rasa hatiku. Huahuahua.......

p/s: Aku boleh jadi baby sitter ni tapi bukan untuk jangka waktu yang panjang.
Kalau setakat sejam tu okay la. Ni kalau dah lebih dari 3 jam, mau meroyan aku.
Lain la kalau anak sendiri kan...kehkehkeh....
.
.

Sunday, August 2, 2009

RAHSIA MELALUI TULISAN

Pertama: Tekanan>

i. Tekanan yang kuat.
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
~> Sihat, cergas, pantas dan sedikit aggresif.

ii. Tekanan yang ringan.
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
~> Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit.

Kedua: Bentuk Tulisan>

i. Tulisan yang bulat2.
Semua huruf ditulis dengan bulat.
~> Emosional, prihatin, pengasih, penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif).

ii. Tulisan yang tajam2 atau leper2.
Tulisan yang angular dan sharp.
~> Rasional, bekerja dengan sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical).

Ketiga: Kecondongan>

i. Condong ke kanan.
~> Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dengan orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih sayang, berani dan pemurah.

ii. Condong ke kiri.
~> Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia pada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka campur orang.

iii. Tegak.
~> Sistematik, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh2, suka ambil jalan tengah.

iv. Campur-campur.
~> Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf).

Keempat: Kerapatan>

i. Jarang-jarang.
~> Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.

ii. Rapat-rapat.
~> Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut.

Kelima: Pada huruf J, G, Y, Z.
i. Ada ekor.
a) Besar, panjang dan sempurna.
~> Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kasihan pada orang, mempamerkan tahap kerajinan.

b) Kecil, pendek dan tak sempurna.
~> Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri.

Keenam: Pada palang huruf kecil T (t).

i. Tinggi.
~> Tahap aspirasi tinggi.

ii. Rendah.
~> Mudah berpuas hati. Cita2 rendah.

iii. Tengah-tengah.
~> Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana.

Rumusan:
~> Tulisan mencerminkan peribadi. Kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi dan personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam hidup...

p/s: Aku ambil ni dari http://www.fadzilahkamsah.com/ Lepas ni boleh la belek2 tulisan korang ehh, termasuk la aku. Muahahahaha. SELAMAT MEMBELEK..(bukan MENILIK tau..)

Saturday, August 1, 2009

MISI BERJAYA....yiiihaaaa...

Assalamualaikum.....

Semalam aku try buat karipap. Mula2 aku buat inti dia dulu. Pastu esoknya aku buat kulitnya pulak. Inilah kali pertama aku buat keseluruhan karipap ni. Alhamdulillah, abeh dorang makan. Aku dapat merasa 2 ketul je. Jadi la... huhuhu...

KARIPAP

Bahan2 untuk inti:

5 biji kentang bersaiz besar (dipotong dadu)
3 labu bawang besar (dikisar)
4 ulas bawang putih (dikisar)
10 biji cili api (dikisar)
1 genggam udang kering@ikan bilis (dikisar)
1 mangkuk daging@isi ayam (dipotong kecil2)
1 peket kecil serbuk kari
1 senduk minyak masak untuk menumis
sedikit daun kari
garam secukup rasa

Cara2 buat inti:

1) Panaskan minyak dengan api yang sederhana besar.

2) Masukkan semua bahan yang telah dikisar tadi.

3) Kacau sehingga naik bau.

4) Masukkan pula daun dan serbuk kari. Kacau lagi.

5) Masukkan daging@ayam. Kacau seketika.

6) Masukkan kentang dan sedikit air.

7) Masukkan garam secukupnya. Masak hingga kuah sedikit kering dan kentang empuk.

Bahan2 untuk kulit dan cara membuatnya:

1) Panaskan 3 sudu makan marjerin + 2 sudu makan minyak masak.

2) Curah ke dalam 1/2 kilo tepung gandum + sedikit garam. Gaul rata.

3) Masukkan sedikit demi sedikit air untuk menguli doh.

4) Jika doh melekat, uli dengan menambah sedikit marjerin.

5) Canai nipis doh dan terap dengan cawan. Buat la bentuk yang disukai.

p/s: Nampak macam rumit je kan, tapi sebenarnya amat mudah sekali. Cuma untuk kelim tu je yang lambat sikit. Saya dah cuba, anda bila lagi....???
Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »