Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Monday, May 14, 2012

NOT FOR SALE, OKAY... :D

Assalamualaikum...

Not for sale, okay... :D

Beberapa minggu lepas (tak ingat dah..), mak aku dok bising suruh jahitkan batang bantal ni.. Dia dah lama beli kain cotton tu tapi aku je yang dok tangguh-tangguh nak jahit.. Dia nak gantikan batang bantal yang lama-lama tu.. Maklum la, kain batang bantal tu dah lama, mesti la dah mula mereput.. Apatah lagi kalau kain batang bantal tu penuh dengan peta satu dunia. Lagi la cepat proses pereputan tu berlaku... kehkehkeh..




Letih dengar dia membebel, maka akupun jahitkan la.. Dapat la tigabelas keping batang bantal tu. Lepas tu, kekabu pulak tak cukup.. Kekabu yang sedia ada kat dalam bantal yang lama tu pun dah keras semacam je. Kena jemur dulu bagi ringan balik semula.. Itupun tak cukup untuk menampung batang bantal yang ada tu.. Maka, akupun belikan la kekabu masa aku keluar ke bandar hari tu.. 


Besar ni sekilo.. RM17.. Mahal ke murah..?


Mula-mula beli tu dua kilo je.. Mana cukup tangan nak bawak walaupun ringan.. Dah la naik bas.. Lepas tu, beli lagi empat kilo sebab masa tu pergi bandar naik kereta.. Sekilo harga dia RM17.. Masa bawak balik rumah kekabu tu, mak aku cakap, ni bukan kekabu kampung, ni kekabu bandar.. Ishhh, macam mana la pulak ada kekabu kampung dengan bandar lak ni.. Aku siap siyom kekabu tu, sama je bau dia.. ehehh.. Lagipun ciner kedai tu kata ni kekabu kampung.. Beria-ia dia cakap macam tu..

Kebetulan ada seorang pakcik tu, dia kata ni kekabu kampung jugak tapi belum cukup matang iaitu kekabu muda yang diproses dengan mesin.. Kalau kekabu tu tua, yang dah pecah sendiri, memang lain rupa dan rasa dia... Oooo... Baru la aku faham.. Tak kisah lahaiihh.. Janji kekabu, kan... hahaha..



Not for sale, okay... :D


Baru-baru ni anak buah aku balik, dia dok ngecek la bantal ni kat mak aku.. Dia kata nak dua biji.. Mak aku cakap, tunggu lepas kenduri ko dulu.. Lepas tu ambil la.. Bang Long akupun dok ngecek jugak bantal ni.. Ater, kalau semua dok ngecek, apa aje yang tinggal kat rumah ni.. Bantal lengan je la gamaknya.. huhuhu...


p/s: Harga sebiji bantal kekabu mahal jugak, kan..? Kalau kat tempat korang, mahal tak..? Mehh la kongsi-kongsi info sikit.. Boleh jugak jadikan survey untuk siapa yang nak cari bantal nanti..  :)

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »