Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Sunday, September 20, 2015

Kek pisang Rafi Don Cha...

Assalamu'alaikum...

Kek pisang Rafi Don Cha...


Ini kek pisang yang aku buat semalam.. Resepi daripada Rafi Don Cha.. Terima kasih di atas perkongsian resepi tersebut...





Seperti selalu, aku bakar atas dapur gas je sebab malas nak bakar dalam oven letrik sebab oven tu besar sangat.. Tu yang bahagian atas warna macam tu.. Bahagian tepi tu pulak agak gelap sikit.. Mujurlah tak pahit.. hehe.. 




Ni resepi asal kek pisang ni..

*  2 cawan tepung gandum (diayak)
* 4 biji telur Gred A
* 5 biji pisang berangan
* 3/4 cawan gula
* 3/4 cawan minyak masak
* 1 sudu kecik soda bikarbonat
* 1 sudu kecik baking powder
* 1 sudu kecik ovellette
* 3 sudu dark chocolate chips


Sebelum tu, kawan-kawan panaskan dulu oven pada suhu 170 darjah celcius selama 10 minit okey.. smile emoticon
* 2 cawan tepung gandum (diayak)* 4 biji telur Gred A* 5 biji pisang berangan* 3/4 cawan gula
* 3/4 cawan minyak masak* 1 sudu kecik soda bikarbonat* 1 sudu kecik baking powder* 1 sudu kecik ovellette* 3 sudu dark chocolate chipsSebelum tu, kawan-kawan panaskan dulu oven pada suhu 170 darjah celcius selama 10 minit okey smile emotico



Alhamdulillah, lembut dan gebu kek pisang ni... Cuma bau esen pisangnya agak kuat sikit.. Resepi asal takde letak esen pisang ni tapi aku saja la letak nak bau wangi sikit tapi terletak lebih la pulak.. Tu yang bau dia agak kuat sikit.. Lepas ni kena berhati-hati dan letak sikit je esen pisang tu..




p/s: Kalau bakar dalam oven lagi cantik warna kek ni.. Tapi disebabkan nak jimatkan letrik, aku rela je bakar kek ni atas dapur gas.. Oven letrik aku tu kuat makan karan.. hehh...

Tuesday, September 15, 2015

Masak lemak cili padi ikan talapia bersama jantung pisang...

Assalamu'alaikum...

Masak lemak cili padi ikan talapia bersama jantung pisang...


Tengahari tadi aku masak lemak cili padi ikan talapia bersama jantung pisang... Talapia ke tilapia..? Aku panggil talapia..


Ikan talapia ni adik aku dapat masa dia memancing kat kolam kawan dia dua minggu lepas.. Banyak jugak la dia dapat.. Ada sekor besar tu aku suruh dia bawak balik ke rumah dia.. Yang tinggal kat sini yang aku masak ni dan ada satu plastik lagi banyak macam ni jugak..




Cara masak ikan ni sama je dengan cara yang aku buat masa masak lemak cili padi ikan kembung dengan jantung pisang  dan masak lemak cili padi ikan tongkol bersama jantung pisang dulu.. Tak banyak bezapun cuma watak utama je yang silih berganti.. hehh..






Bertambah nasi kali ni aku makan... hehe... Tak kuasa haihh nak fikir pasal gemuk ke, apa ke... kihkihkih....




p/s: Alhamdulillah.. Syukur di atas rezeki ini.. Moga Allah murahkan rezeki buat kita semua.. Aamiin..

Sunday, September 13, 2015

Lempeng pisang bercoklat chip...

Assalamu'alaikum...

Lempeng pisang bercoklat chip...


Jom makan lempeng pisang jom..! Lempeng pisang ni special sikit sebab ada coklat chip kat dalam dia.. Kelas gitu..! Ahah...




Abaikan rupa lempeng pisang ni.. Lebihkan kepada rasanya sahaja.. Rasa pisang yang bersatu dengan rasa coklat chip yang pastinya enak disukai ramai.. hihi... 




Macam mana nak buat lempeng pisang bercoklat chip ni..? Senang je dik.. Ko lenyek la pisang tu macam ko nak buat cekodok.. Lepas tu, ko letak la tepung gandum sikit.. Kalau pisang tu dah manis, tak payah letak gula dah tapi jika pisang tu kurang manis, boleh la letak gula sikit.. Lepas tu rasa.. Akhir sekali, masukkan dalam segenggam coklat chip bersesuaian dengan adunan yang ada.. Nak letak sikit garampun boleh..


Kemudian, letakkan adunan tu atas daun pisang.. Seeloknya daun pisang tu biarlah lebar dan panjang, tak payah potong.. Lepas tu, lipat dua daun pisang tadi untuk tutup adunan lempeng tu.. Angkat dan letak dalam kuali dan tindihkan dengan benda berat.. Aku tindih dengan periuk yang berisi air.. Nak tindih dengan cerek yang diisi airpun boleh.. Gunakan api yang kecil sahaja.. Bila daun pisang tu dah agak kering mengerekut, terbalikkan lempeng tu dan tindih lagi sekali hingga lempeng tu betul-betul masak..


p/s: Makan bila dah suam.. Jangan makan masa panas.. Kang melepuh bibir anjelina jolie tu kang, niaya je.. kehkehkeh...

Saturday, September 12, 2015

Operet jeans menjadi beg...

Assalamu'alaikum...

Operet jeans menjadi beg...


Aku baru je selesai menjahit beg menggunakan seluar jeans terpakai ni.. Aku tak tau siapa punya seluar ni sebab banyak sangat jeans kat rumah ni.. Yang pastinya, jeans ni dah koyak rabak kat bahagian lutut.. Daripada aku letih asyik melipat dan menyusun, baik aku operet jadikan beg.. hehh..


Mula-mula tu potong la jeans tu dulu.. Lepas tu potong pulak dia punya kain bahagian dalam tu.. Jenuh jugak nak buat ni sebab jeans ni keras.. Habis jari aku tercucuk jarum peniti.. Ambil masa dua hari jugak la nak siapkan satu beg jeans ni..






Malam ni aku tindih mesin mana yang dah siap peniti tu.. Masa ni la jari asyik tercucuk jarum peniti je... 





Ada satu poket kat bahagian dalam.. Aku gunakan kain jeans kat bahagian kaki seluar tu..






Dah siap dah beg jeans aku.. Dah boleh bawak jalan-jalan dah.. Kalau aku rajin, nak jugak aku tambah sikit aksesori macam manik, butang dan sebagainya.. Kalau rajin la.. hehh...


Ada lagi beberapa helai jeans yang aku dah usha.. Siap la nanti aku operet jadikan beg.. hehh.. hehh.. hehh.. 


p/s: Macam mana nak buat beg dari jeans ni..? Google aje la dik non... 

Friday, September 11, 2015

Hembus habuk pada keypad...

Assalamu'alaikum...

Hembus habuk pada keypad...


Ni cara yang aku gunakan untuk bersihkan habuk yang ada kat celah-celah keypad laptop aku tu.. Kat sini habuk memang banyak sangat.. Cepat je dah berhabuk laptop aku ni..




Aku gunakan straw biasa tu je.. Pastu aku potong la sikit.. Kang kalau panjang sangat, jenuh la angin hembusan tu nak sampai kepada keypad tu.. Dah la nafas aku tak berapa nak panjang.. Semput jugak weiii dok main hembus-hembus ni.. hehe.. 


Lagi satu, jangan gunakan straw yang besar, yang macam straw untuk minum air batu campur atau cendol tu.. Aku dah cuba guna.. Mengah weii meniup...! Nafas tak cukup nak sedut oksigen..


p/s: Hembus angin je tau, jangan pulak apabila hembus, keluar sekali dengan air liur.. Sian keypad tu terkena air liur masam.. ahahaha...

Thursday, September 10, 2015

Sedapnya mata kucing jiran...

Assalamu'alaikum...

Sedapnya mata kucing jiran...


Serius cakap, memang sedap sungguh mata kucing jiran aku ni..! Dah la buahnya besar, pastu sedap ya amat lagi.. Sekali rasa, nak lagi dan lagi... Tapi malu la nak mintak.. Inipun untung jiran tu nak bagi rasa sikit.. hehe.. 



Bersinar-sinar isi mata kucing ni... Memang sesuai sangat nama buah ni dengan mata kucing.. hehe..


Isinya tebal dan rasanya yang sangat manis...! Superb..! Tengok gambar je dah ngences air liur.. hehh..




Biji mata kucing ni kecil je.. Kalau semai, hidup tak agaknya ya.. Rasa macam nak semai la pulak.. ahaha..




Terima kasih jiran yang baik hati..! Moga murah rezeki dan moga buah mata kucing ni semakin lebat dari sehari ke sehari.. Bila buahnya banyak, dapat la aku merasa banyak sikit, kan.. kihkihkih...


p/s: Orang memberi, kita merasa.. Alhamdulillah... 

Dah la buat kerja kotor, lagi mau berlagak bagus...!

Assalamu'alaikum...

Dah la buat kerja kotor, lagi mau berlagak bagus...!


Habis madu, sepah dibuang.. Habis korek ilmu orang, orang yang kongsi ilmu itu tidak lagi kau pandang...

Tak baik tau buat macam ni kat orang.. Ni menganiaya namanya.. Kita kena ingat, doa orang yang dianiaya ni selalunya Allah makbulkan.. Jangan sampai nanti apa yang kita buat kat orang tu berbalik kat kita semula..

p/s: Untuk renungan bersama.. Moga Allah sentiasa melindungi kita.. *Entri tiada kaitan dengan penulis.. :D

Wednesday, September 9, 2015

Percubaan membuat topi...

Assalamu'alaikum...

Percubaan membuat topi...


Hari tu, aku ternampak la gambar topi berserta dengan ukuran polanya.. Maka, akupun save la gambar tu.. Dalam hati memang dah niat nak cuba buat tapi tak tau bila..




Tup-tup, datang pulak mood aku nak potong pola tu ikut ukuran yang sedia ada.. Lepas tu, ehhh, rajin pulak pergi selongkar kain dan terus potong kain tu pulak.. Ini semalam punya cerita la..


Sebelum tu aku pergi kat Youtube nak tengok macam mana cara cantum topi ni.. Video youtube kat bawah ni pulak aku tengok selepas topi aku siap.. Rasanya cara kat dalam video ni lagi mudah difahami dari video yang mula-mula aku tengok tu.. Dalam video ni topi tu boleh digunakan both side tapi topi yang aku buat cuma untuk kegunaan one side je..






Dan sekejap tadi, aku baru je siap buat topi ni... Ye la, ikutkan, dah boleh agak dah caranya tapi jika boleh, nak lagi terperinci la, kan..? Lagipun ni pertama kali cuba buat topi ni.. So, kenalah rajin tengok dan belajar..




Dan beginilah rupanya topi yang aku buat tadi.. Memang tak sekemas topi yang ada kat dalam gambar atas tu.. Itu pro punya tukang jahit topi sedangkan aku ni satu apapun tak tau pasal jahit topi ni.. Topi aku ni saja la aku letakkan span kat bahagian atas tu.. Lepas ni dah boleh pakai dah topi ni.. hehe...





p/s: Takpe, lepas ni boleh perbaiki lagi mana yang patut.. Kena rajin try and error la, kan..

Sahut cabaran dan menang...!

Assalamu'alaikum...

Sahut cabaran dan menang...!


Alhamdulillah, akhirnya pantun aku terpilih untuk memenangi sebuah novel dari penerbitan SR Publication iaitu Kerana Kau Bidadari hasil karya Azri Misti.. Terima kasih kepada Alahai! Mutiara Minda yang telah memilih pantun rekaan aku tu.. 





Dia bidadari dalam sanubari,
Indah di mata hati tertawan,
BIAR beribu datang mencari,
KASIH padamu tiada terlawan..





Aku tidaklah meletakkan harapan untuk menang sebab sebelum ni aku ada je letak pantun tapi tak pernah menang.. Tup-tup pagi ni bila jenguk fb je, terus tengok ada beberapa notification yang masuk.. Alhamdulillah la kan.. Kiranya ni rezeki yang aku tak sangka la.. hehe..




Lepas ni dah tak boleh menang lagi sebab pemenang cuma sekali je.. Tapi kalau rajin, nak jugak layan berpantun.. Sahut cabaran untuk mencuba dan bagi cabaran pada pengomen yang lain.. Cabaran yang sihat, takpe, kan..?


Masa soalan pertama hari tu aku ada jugak tinggalkan pantun tapi aku tak berjaya.. Bila tak berjaya, aku delete la balik pantun aku tu.. ahaha.. Kali ni komen pantun aku tu aku tak delete sebab dah menang.. kehkehkeh... 


Dan, akupun terus terjah website MPH nak cari sinopsis novel Kerana Kau Bidadari ni.. Sekali baca sinopsis, best pulak.. Ni yang rasa tak sabar nak tunggu novelnya sampai ke rumah.. hehe..


Deskripsi Produk:

Segalanya berlaku tanpa diduga. Sharif, samseng yang sememangnya di benci Emma tiba-tiba terperangkap bersamanya di sebuah pulau terpencil. Mereka diculik tatkala lelaki itu cuba menyelamatkannya daripada dibunuh pembunuh upahan.

Emma sedar bahawa dia memerlukan Sharif untuk terus hidup di pulau itu. Jadi, dia sering menggunakan kecomelan wajahnya demi mendapatkan sesuatu. Sharif juga tidak mahu kalah. Setiap bicaranya pasti menyakitkan hati.
“Lu nak air kelapa?” pelawa Sharif lembut.
“Nak!” jawab Emma riang.
“Panjatlah sendiri!” balas Sharif dengan tawa jahat. Puas hati.
"I hate you!"

Tetapi semakin kenal, semakin kagum Emma terhadap lelaki itu. Solatnya tidak pernah tinggal. Bertanggungjawab, makan minum dan keselamatannya di utamakan. Maka dalam diam hadir perasaan sayang di sanubari.

“Nak salam cakap. Nak cium tangan? Pipi?” usik Sharif nakal.
“Jangan nak mengada! Saya ingatkan tengah berjemaah dengan papa tadi. Terbawa-bawa pulak. Maaf.”
“Ingatkan tengah berjemaah dengan papa atau dengan suami?” soal Sharif seraya berdiri menarik daun pisang ke pinggir unggun api.

Namun, mereka tidak bersendirian di pulau itu. Terdapat satu kumpulan pengedar dadah terbesar di Asia bertapak di sana! Pelbagai aksi mendebarkan terjadi sepanjang diburu para pengganas tersebut. Dan sekali lagi Emma dikejutkan dengan kelincahan lelaki itu bertempur. Ibarat Rambo di medan perang!

“Siapa awak sebenarnya?”
Sharif membuang pandangannya jauh-jauh. Tak mahu menjawab.
“Awak bukan samseng. Saya yakin.”

Siapa Sharif sebenarnya? Siapakah lelaki-lelaki misteri berpakaian serba hitam yang menggelar Sharif sebagai Kolonel? Berjayakah pembunuh upahan itu ditangkap? Mampukah Sharif menunaikan janjinya kepada Emma untuk bersama-sama meloloskan diri dari 'pulau neraka' itu? Kerana Kau Bidadari, mungkin ke Emma mula bertakhta di hatinya?


p/s: Sengaja sorokkan nama konon-kononnya nak jaga privasi... hehe...

Tuesday, September 8, 2015

Be happy, be yourself...

Assalamu'alaikum...

Be happy, be yourself...


If others don't like it, then let them be.. Happiness is a choice.. Life isn't about pleasing everybody.. 




Tetapkan pendirian.. Jangan terlalu mengikut kehendak dan telunjuk orang lain sedangkan kita punya prinsip sendiri... Selagi apa yang dipertahankan tidak mengganggu ketenteraman awam, tidak menyalahi undang-undang dan hukum hakam, teruskan mencari kegembiraan sendiri.. Untuk apa menjadi orang lain jika hati sendiri tidak gembira...?


p/s: The test of good manners is to be patient with the bad ones - Solomon Ibn Gabirol

Monday, September 7, 2015

Dah sejuta lebih...

Assalamu'alaikum...

Dah sejuta lebih...


Dah sejuta lebih dah pageviews blog aku ni... 


Untuk blogger picisan macam aku ni, jumlah ini sangatlah besar sebab blog aku ni dah lama dah ada di alam maya ni iaitu sejak tahun 2009 lagi.. Maknanya, dah hampir enam tahun dah usia blog aku ni.. 


Blogger yang famous, setahun dah dapat sejuta pageviews tapi dorang takdepun nak kecoh.. hehehe.. Blog dorang sehari boleh dapat view sampai beribu riban tapi blog aku nak dapatkan sepuluh viewers seharipun payah.. ahaha... Itu bezanya antara yang picisan dengan yang famous.. 


p/s; Terima kasih pada semua pelayar yang sudi singgah di sini.. Walaupun blog ni tak se-famous mana, harap sudi la singgah ya... heee...

Cara nak pasang balik keyboard key laptop Dell yang tercabut...

Assalamu'alaikum...

Cara nak pasang balik keyboard key laptop Dell yang tercabut...


Alhamdulillah. Akhirnya aku berjaya pasang balik button keyboard Alt aku yang tercabut dulu.


Dah lama dah button Alt tu tercabut tapi bila aku cuba pasang balik, sokmo tak boleh. Asalnya cover button Z yang tercabut. Bila aku nak masukkan balik cover tu, tak boleh masuk la pulak. Maka, akupun bukak cover button Alt tu dan masukkan kat tempat button Z. Ehh, boleh pulak masuk! Tapi aku terpaksa la tampal cover tu dengan papertape dan tulis huruf Z dengan marker pen untuk memudahkan aku mengenal pasti. Kalau tak buat macam ni, kang terkial-kial pulak aku mencari. Hehh.


Lepas tu, aku cuba la nak masukkan cover button Z tu kat tempat button Alt tapi tak boleh masuk. Malahan, benda kat dalam cover tu ikut terangkat sekali. Aku dah puas cuba pasang balik benda-benda tu semua tapi masih jugak tak boleh. Sudahnya, aku biarkan je button Alt tu terjojol macam tu je.. Lagipun aku jarang gunakan button Alt ni. Hampir lapan bulan jugak button Alt tu rongak. Ahaha.



Dah okay dah button Alt tu. Takde la rongak macam hari tu. Hehe.


Baru sekejap tadi aku google kat Youtube macam mana nak masukkan balik button keyboard laptop Dell aku ni. Selama ni tak pernah terfikir pulak nak tanya kat Youtube tu. Adehhh. Disebabkan aku tak berapa pandai nak bina ayat pencarian tu, aku just taip how to reinsert keyboard Dell laptop. Ahahaha. Tak kisah la taip apapun haihh. Janji apa yang aku cari tu aku jumpa dan berjaya membuatnya. Hehe.


Rupanya ada lubang kecil kat kiri kanan benda cinonet tu. Patut la selama ni aku buat tak menjadi. Caittt..!





p/s: Terima kasih pada laptopkeycom's channel yang upload video ni. Terus aku klik Subscribe! Kehkehkeh.

Sunday, September 6, 2015

Kejadian petai yang kita tak tahu...

Assalamu'alaikum...

Kejadian petai yang kita tak tahu...


Kita selalu tengok petai yang dah siap diikat dan dijual kat mana-mana.. Pernahkah kita tengok bagaimana rupa petai tu dari awal sebelum dia jadi berangkai-rangkai macam tu..?


Akupun tak pernah tengok.. Yang aku tau, petai tu dah sedia macam tu.. Kalau orang yang biasa tanam atau mencari petai, tentulah dorang dah tau, kan..? 


Apabila ada yang berkongsi gambar di facebook, dapatlah aku menengok rupa petai tu sebelum dia matang.. Dan, beginilah kejadian petai sedari awal.. Subhanallah, sungguh menakjubkan..! Memang tak aku sangka begini rupanya permulaan si petai..




Gambar diambil dari page Laman Impiana.. Terima kasih kerana berkongsi info.. 


p/s: Jika takde orang yang 'share', sampai ke sudah aku tak tau pasal ni.. Bagus jugak ada facebook ni, kan..? 

Kalau Dah Jodoh...! Jom beli..!

Assalamu'alaikum...

Kalau Dah Jodoh...! Jom beli..!







Assalam, sayang-sayang semua. Salam Jumaat yang penuh barakah.
Sayang-sayang semua, hari ini saya terpaksa merendahkan lagi maruah diri ini. Malu memang malu tapi saya tak tahu macam mana nak buat lagi.
Saya merayu kepada 500 orang rakan FB saya yang sudi membelanjakan RM17.00 (SM) / RM20.00 (SS) - harga sudah termasuk kos poslaju - untuk membeli novel Kalau Dah Jodoh dalam bulan ini sebagai cara membantu saya mendapatkan wang deposit rumah sewa dan sewa lori.
Kalau nak tanya soalan dulu, boleh inbox saya. Insya-Allah saya akan jawab. Bagi yang sudi membantu, boleh salurkan bayaran untuk buku yang dibeli dalam akaun Maybank Elee Mardiana binti Muhammad.
No. Akaun: 158396028622
Selepas itu, tolonglah berikan saya nama, alamat, nombor telefon dan bukti bayaran. Jangan masukkan duit tapi tak bagi details. Saya bukan minta sedekah tetapi meminta tolong sayang-sayang beli buku saya. Insya-Allah, novel saya ini akan menghiburkan kalian.
Bagi yang sudi membantu, terima kasih saya ucapkan. Semoga Allah membalas budi baik kalian dengan sentiasa memudahkan urusan kalian, sebagaimana kalian membantu saya ketika saya ditimpa kesusahan. Aamiin...
*sila share jika sudi. cry emoticon

Dan kat bawah ni pulak adalah beberapa screen shot dari beberapa muka surat yang terdapat dalam novel Kalau Dah Jodoh ni.. Inipun aku copy and paste dari page penulis..







Harga sebuah novel sangatlah murah.. Cuma RM17 untuk Semenanjung dan RM20 untuk Sabah/Sarawak.. Harga dah siap masuk kos pos laju.. Murah, kan..? Maka, tolonglah beli barang sebuah dua... Aku dah beli dah tapi buku masih dalam proses penghantaran..


p/s: Kita tak tau apa yang berlaku di dalam kehidupan beliau yang menyebabkan beliau jadi begini.. Mungkin ini dugaan untuk beliau dan jika kita mampu untuk membantu, bantulah beliau dengan membeli novel Kalau Dah Jodoh ini..

Saturday, September 5, 2015

Like a boss...!

Assalamu'alaikum...

Like a boss...!


Hamboiihhh.....!! Sakan sungguh dia dok ataih kerusi boss tu...! Over tau..!!




Sebenarnya, kerusi tu dah rosak.. Satu kaki dia dah patah.. Tu yang dok letak kat dalam kandang ni.. Kandang ke sangkar ehh..? Entah, hentam je la.. ahaha...


Kandang tu pulak asalnya dulu tempat letak anak-anak kucing.. Anak-anak kucing yang dulu-dulu tu jenis tak pandai berak kat tanah.. Asik la nak berak kat dalam rumah la, kat beranda la.. Letih la aku nak mengisahkannya.. Tu yang buat kandang tu..


Tapi anak-anak kucing yang ada sekarang ni dah pandai berak atas tanah.. Cuba la berak kat dalam rumah.. Aku cubit montot sekor-sekor nanti... muahahaha...


p/s: Ibu ayam ni asyik ada je kat atas kerusi tu.. Tak dapat la aku nak cilok telur dia.. hehehe... Kena ambil telur dia sebab kalau dibiarkan, nanti kena ngap dek biawak.. 

Alaih pungkoq..!

Assalamu'alaikum...

Alaih pungkoq..!


Terkejut aku tengok saiz daun pokok keladi ni..! Punyalah besaq daun dia..! 




Ni kalau buat alaih pungkoq pun boleh ni.. Pungkoq saiz lima puluh pun lepaih duduk ataih dia.. hehe..


p/s: Selalu tengok hat dalam pasu, kecik ja daun dia.. Hat ni ataih tanah, tu yang jadi lebaq besaq lagu tu...

Friday, September 4, 2015

Puding...

Assalamu'alaikum...

Puding...


Beginilah rupanya pokok puding yang boleh digunakan dalam masakan.. 




Pokok puding ni aku ambil kat rumah kakak kat Nilai tu.. Aku ambil ranting dia la dan cucuk dalam pasu.. Lepas tu, mak aku pulak pergi cucuk lagi ke dalam pasu yang lagi besar.. Maka, jadilah dia dua pasu... hehh...


Selalunya, pucuk pokok puding ni dicampurkan ke dalam rendang samada rendang ayam atau itik.. Rendang daging tu aku tak pasti la pulak.. Biasanya orang belah Kuala Pilah yang suka masukkan pucuk puding dalam rendang.. Aku ni orang Rembau tapi memang tak reti nak buat macam ni, apa lagi nak makan, memang pelik sikit la.. Tapi kakak ipar aku orang Kuala Pilah dan dia selalu la jugak buat rendang campur hirisan pucuk puding ni..


Sebelum kenal pokok puding ni, aku selalu tertanya-tanya, macam mana la rupanya pokok puding yang boleh dimakan.. Habis semua pokok puding yang ada kat sini aku tunjuk tapi semuanya salah.. Sehinggalah aku pergi ke rumah kakak, barulah aku tau rupa pokok puding ni.. Niaya je kalau masak pokok puding yang lain tu.. hehe..


p/s: Maaf la ya sebab aku kurang suka rendang yang dicampurkan dengan hirisan pucuk puding ni.. Aku suka rendang yang asli, yang polos gitu.. hehh...

Sempadan...

Assalamu'alaikum...

Sempadan...


Apabila wanita yang masih berstatus isteri orang mem-viral-kan gambar doktor hensem yang sedang trending sekarang, dan membaca komen-komen mereka, aku sekadar mampu menggelengkan kepala.. Ingat-ingatlah pada suami masing-masing.. Buruk macam manapun rupa suami awak, dia masih lagi berstatus suami.. Lebihkan memuji suami sendiri dari memuji dan memuja lelaki lain.. Puji suami depan suami.. Tak perlu tulis kat laman sosial...


Binalah sempadan yang sewajarnya, bersesuaian dengan status masing-masing.. Andaikata suami berkecil hati dengan tindakan si isteri, dah jatuh berdosa dah isteri tu.. Mungkin suami tak kisah tapi dalam hati dia, siapa tau..? 


Ada pulak yang komen, kalau doktor macam ni punya hensem, hari-hari sakitpun takpe.. Orang lain tak nak sakit, tak nak pergi hospital, dia pulak minta sakit semata-mata nak tengok doktor hensem tu.. 


Kata-kata itu umpama doa biarpun sekadar menulis komen.. Elok-elok sihat, terus sakit..!


p/s: Mental orang kita sudah semakin tenat..!

Thursday, September 3, 2015

Fikirlah...!

Assalamu'alaikum...

Fikirlah...!


Ini fenomena biasa.. Zaman sekarang ni banyak je berlaku macam ni.. Tak tau la nak kata apa.. Kang kalau kata takde otak, marah pulak..! Maklum la, masing-masing sekolah tinggi, ada degree botingkek-tingkek.. Mana boleh kata takde otak..!




Aku selalu dengar cerita macam ni dari jiran-jiran aku.. Jiran-jiran aku ni rata-ratanya berstatus nenek dan sudah tentunya punya menantu dan cucu.. Ramai yang melahirkan rasa kecewa, ralat, sedih dan sebagainya apabila masing-masing buat tak tau dan tidak membantu membuat kerja rumah.. Masing-masing sibuk yang entah apa-apa.. Bak kata mak aku, langsung tak ghoti nak mongotek..! 


Mungkin mereka fikir macam ni; nanti ada la orang yang kemas.. Lagipun, bukannya rumah dorang.. Sebab dah set mind macam tu, makanya takde la nak tolong buat kerja rumah.. Yang jadi mangsa adalah orang yang tinggal kat rumah mak tu.. Kalau mak tu tinggal sorang, terkontang-kanting la orang tua tu buat semua kerja.. 


p/s: Jika nak diceritakan perkara macam ni, seminggupun tak habis.. Dipendekkan cerita, ada otak tu, fikirlah.. Kau buat orang macam ni, esok lusa anak kau pulak buat kau macam tu.. What goes around comes around..! Baru padan dengan muka kau..!


Teruja...!

Assalamu'alaikum...

Teruja...!


Petang semalam aku pergi gotong royong kat taman mini kat simpan tiga depan tu.. Balik dari gotong royong tu, ternampak la buah leletup kat pokok puding merah ni.. Punya la sakan suka macam nampak emas seketul...! Teruja ya amat aii tell u... ahahaha.. 





Lepas tu, aku nampak ada sebiji buah letup-letup yang dah masak ranum.. Terus je aku petik dan makan.. Dorang yang sama-sama ada kat situ pelik tengok aku makan buah tu.. hehe.. Masing-masing dok tanya, buah apa ni..? Boleh makan ke..? 



Sorang makcik tu tanya aku; ko makan buah ni..? Akupun jawab la; makan la.. Dulu-dulu masa kita masuk pindah sini, banyak pokok ni.. Makan aje, sedap...! Pastu dia kata; buah ni ular yang makan... Dia cakap sambil senyum.. Gulp..! Mujur den tak tocokik..! Pastu cakap kat dia; mana ada ular makan buah leletup.. Padahal bulu roma dah meremang dah sebab dia sebut perkataan ular tu.. Terus aku tak jadi nak petik lagi sebiji buah tu yang dah masak kat belah dalam pokok puding tu.. Dah la pokok puding tu rimbun semacam je.. Cuak la jugak.. ahahaha.. 





Memang dah berabad aku tak nampak pokok letup-letup kat sini.. Seingat aku, aku kenal buah letup-letup ni masa mula-mula pindah kat sini.. Masa duduk kat kampung, takde pulak nampak.. Kat kampung banyak pokok senduduk.. Buah senduduk ni pun aku pernah makan.. Habis satu mulut kaler pepel.. ahahaha..


p/s: Nostalgia sungguh...!

Matang atau natang..?

Assalamu'alaikum...

Matang atau natang..?


Adakah kita seorang yang matang..? Sejauh mana tahap kematangan kita..? Adakah matang itu dikira pada umur seseorang..? 


Jawapannya, ada di bawah ini...




Umur dah banyak tapi mudah sentap, bergaduh macam budak tadika.. Matang ke macam ni..? Pasal benda kecilpun nak bergaduh sakan padahal benda tu boleh je setel dengan baik.. Matang la sangat, kan...!


Salah satu sifat matang adalah sentiasa cool dalam menghadapi satu-satu situasi yang mencabar kesabaran jiwa dan mental.. Boleh berdiskas secara aman damai dan harmoni.. Ini tak, baru tersekat dalam jammed, dah mula meroyan.. Orang matang ni dia tak mudah meroyan tak tentu hala...  Jammed tu perkara biasa.. Maka, tak perlu kot nak meroyan sentiasa.. 


p/s: Yang suka carut caci maki hamun orang tu lagi la tak matang..  Itu natang..!

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »