Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Monday, July 15, 2013

Ketuk-ketuk Ramadhan 2013 bersama Hazama...

Assalamualaikum...

Ketuk-ketuk Ramadhan 2013 bersama Hazama...


Saksikan Hazama memasak ya.. 





Resepi dari Hazama ialah Asam Pedas Daging...

Bahan-bahannya:

500 gm d
aging 
35 tangkai cili kering
7 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
1 inci belacan
2 batang serai - dititik
4 helai daun limau purut - disiat-siat
1 kuntum bunga kantan - dipotong ikut suka
Sedikit air asam jawa
Sedikit air
1 sudu makan lada hitam - ditumbuk kasar
Garam  

*cili kering, bawang merah, bawang putih, kunyit hidup, halia dan belacan - dikisar sekali
*1 inci tu anggaran 1/2 daripada panjang ibu jari tangan orang dewasa.. :)

Cara-cara memasaknya:

1) Panaskan minyak dan tumiskan serai.

2) Masukkan bahan kisar, kacau sehingga pecah minyak.

3) Masukkan daging.

4) Masukkan asam jawa dan tambah sedikit air.

5) Masukkan bunga kantan dan daun limau purut.

6) Taburkan lada hitam.

7) Perisakan garam dan gula secukup rasa.


p/s: Kelakar pulak lagu baru Hazama tu.. Patut la Sheila ketawa.. hehe..

Ketuk-ketuk Ramadhan 2013 bersama Memey...

Assalamualaikum...

Ketuk-ketuk Ramadhan 2013 bersama Memey...


Hari ni Ketuk-ketuk Ramadhan bersama dengan Memey Suhaiza pulak.. Resepi tak sempat nak cari.. Kejap lagi la letak resepi ni.. Tengok aje la dulu video ni ya... 





Okay, resepi ada dah.. Resepi dari Memey ialah Ketam Lada Bercili..

Bahan-bahannya:

6 ekor ketam - saiz besar  
8 biji lada merah 
4 ulas bawang merah 
3 ulas bawang putih
2 batang serai - di titik 
2 inci halia 
2 biji limau nipis - jadikan jus
3 biji telur  
2 sudu besar/makan sos cili 
2 sudu besar/makan sos tiram  

* lada merah, bawang merah, bawang putih dan halia dikisar sekali...


Cara-cara memasak:

1) Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar.

2) Masukkan 2 batang serai.

3) Tambahkan sedikit air, masukkan sos tiram, sos cili, garam dan gula secukup rasa.

4) Gaul dan biarkan sehingga semua bahan kering sedikit. 

5) Masukkan ketam, jus limau nipis dan pecahkan telur.

6) Gaul rata sehingga kesemua bahan masak sebati.


p/s: Hamboiihh... Sheila punya soalan.. huhuhu...

Golongan yang dikenakan fidyah...

Assalamualaikum...

Golongan yang dikenakan fidyah...


Entry ni untuk panduan diri sendiri je.. Tapi kalau ada yang nak baca, boleh aje.. 

Ini untuk tahun 2011.. [sumber]


Hari tu aku sediakan duit lebih seratus ringgit untuk bayar fidyah puasa mak aku yang tertinggal tahun lepas. Ingatkan banyak la yang kena untuk 15 hari yang tinggal tu.. Rupa-rupanya tak sampaipun RM30 yang dikira RM1.80 untuk sehari. 


Lebih afdal jika dapat ganti puasa yang tertinggal tu.. Tapi kalau dah uzur dan dah tak mampu nak puasa, nak buat macam mana.. Kena la bayar fidyah.. Jangan pulak dua-dua ni tak buat sedangkan mampu untuk membuat salah satu daripadanya..


p/s: Ye la kan, kita ni tak pernah bayar fidyah, mana la nak tau.. Yang penting sediakan dulu duit yang secukupnya untuk bayar fidyah tu.. Biar lebih takpe, jangan kurang...

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »