Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Sunday, August 14, 2011

TIPs MENJAGA HATI PASANGAN...

Assalamualaikum...

TIPs MENJAGA HATI PASANGAN...

Sekadar berkongsi dari apa yang dibaca.. Jika ada mana-mana bahagian yang baik tu, boleh la diikut dan jika ada yang tak baik tu, abaikan sahaja, okay... :P

Tips menjaga hati suami:

1) PUJI dia selalu..

2) Bila dia bercakap, DENGAR dan DIAM..

3) Jangan dilawan tetapi boleh memberi pendapat yang tidak menyinggung..

4) Lepas sembahyang, cium tangan dan minta ampun.. 

5) Selalu berkata: "Ada apa-apa yang abang tak berkenan hari ni," walaupun tahu semuanya okay..

6) Jangan merajuk kalau dia diam saja atau dia tak puji anda sebab LELAKI MEMANG TAK PANDAI TUNJUKKAN KASIH SAYANG..

7) IKUT semua kata-katanya selagi tidak menyalahi agama..

8) Ringankan bebannya seperti TOLONG bayar bil, hantar anak ke sekolah, hadir PIBG dan sebagainya..

9) HADIAHkan dia sesuatu..

10) Hantar SMS berbentuk doa serta kepercayaan padu seminggu sekali..

11) Bergurau selalu..

12) Pastikan anda sentiasa WANGI..

13) Kalau suami pernah buat salah, jangan selalu UNGKIT-UNGKIT..

14) Kalau dia MENGGATAL, jangan mudah MENGAMUK selagi belum terbukti..

Tips menjaga hati isteri:

1) Wanita SERONOK dipuji, maka pujilah selalu tentang apa-apa saja -> masakannya, pakaiannya, wajahnya, perilakunya dan sebagainya..

2) HADIAHkan sesuatu yang sangat-sangat diingininya..

3) BANTU dia di DAPUR..

4) JANGAN cerita pasal bekas teman wanita atau bekas isteri padanya..

5) JANGAN puji wanita lain di hadapannya, tapi boleh sekadar contoh untuk diteladani..

6) Sesekali hantar mesej-mesej CINTA kepadanya..

7) Eloklah jangan ada SKANDAL..

8) Kalau boleh tak usah POLIGAMI kecuali isteri setuju..

9) PELUK isteri sekitar 5 saat sebelum pergi kerja dan berikan kucupan di dahi atau pipinya. Sekadar bersalaman pun memadai..

10) BERDOA dengan kuat bahawa anda impikan isteri yang SOLEHAH dan andapun mahu jadi SOLEH..

Rasulullah s.a.w bersabda, Allah berfirman;
"Demi kemuliaan dan kebesaran-KU, tidak akan AKU himpun pada hamba-KU dua kali takut dan dua kali aman. Jika dia takut kepada-KU di dunia, AKU beri aman di hari kiamat dan jika dia berasa aman dari-KU di dunia, AKU takutkan dia di akhirat." - (Riwayat Ibn Hibban)

Sumber rujukan  dari buku Motivasi Diri: Membina Jiwa Serasi dari Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj..

p/s: Tips ni hanyalah untuk pasangan yang sudah SAH bergelar suami-isteri. Mana-mana pasangan yang belum SAH tu samada masih berkapel berlainan jenis (lelaki dan perempuan) ataupun berkasih sesama jenis (gay atau lesbian), korang tak payah la nak lebih-lebih sangat okay. Jangan nak lebih sudu dari kuah.. PEACE yoowww.... :-)
Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »