Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Tuesday, June 25, 2019

Udang masak lemak cili padi dengan mangga telur muda.

Assalamu'alaikum.

Udang masak lemak cili padi dengan mangga telur muda.


Pergh...! Baca tajuk entri je dah buatkan aku menelan air liur. Mujurlah sempat telan. Kalau tak, habis la meleleh air liur tu. Kah..!


Sebenarnya, masa raya hari tu, kakak aku yang kat Labis tu bawak balik tiga bungkus udang segar. Sebungkus tu sekilo. Maknanya, dia bawak tiga kilo la. Udang besar-besar pulak tu. Hargapun besar la jugak. Kalau aku, memang tak mampu la nak beli. Tapi kakak aku dah niat nak bagi makan kaum-kerabat, tu yang dia beli tu. Alhamdulillah, merasalah makan udang mahal. Moga Allah murahkan lagi rezeki untuk kakak aku sekeluarga. Aamiin.


Udang tu, kakak aku masak lemak cili padi dengan mangga telur yang masih muda. Kebetulan buah mangga telur kat depan rumah aku sedang lebat berbuah sampai tak termakan dah. Dia masak udang tu dua bungkus je. Buat pulak kuah pekat. Memang mabeles sungguh la rasa dia, kan?


Selepas masing-masing balik, cuti rayapun dah habis, akupun teringin pulak nak makan udang macam yang kakak aku masak tu. Maka, gigih la aku pi beli udang kat pekan sehari. Sekilo harga dia RM36. Redah je la beli. Boleh masak tiga kali. Hik.


Yang ini, pertama kali aku masak lemak cili padi udang dengan mangga telur muda ni. Selalunya aku tak suka masak lemak cili padi yang campur benda masam-masam ni. Tapi selepas aku rasa masakan kakak aku hari tu, dengan tak sengaja, aku jadi tersuka la pulak. Haha.


Jom la tengok gambar. Ni aku masak sendiri tau. Dari awal hingga akhir, semuanya aku buat sendiri kecuali kupas dan mesin kelapa. Yang tu biarlah aku bagi kat abang aku. Heh.


 Udang ni, buang dahulu urat taik dia. Kalau tak buang, siapa yang ada gout, memang bengkak la kaki tu lepas makan. Macam mana nak buang urat taik tu? Pergi google la weiii...! Akupun belajar dari kakak aku hari tu. Mula-mula tu terkial-kial la jugak nak tarik urat tu. Haha.


 Sebatang serai dititik, satu inci kunyit hidup ditumbuk dan satu senduk kecil cili api yang dah siap aku kisar. Masukkan semuanya ke dalam periuk.


 Mangga telur 3 biji. Hirislah ikut suka. Udangnya dalam 20 ekor je. Cukup la mangga banyak ni.


 Santan dari dua biji kelapa. Mentang-mentang la kelapa banyak kat rumah ni, kita pulun aje la guna. Heh. Masakkan kuahnya dahulu. Kacau selalu supaya kuah tak pecah minyak. Masak hingga kuah mendidih. Masak lama sikit supaya cili api tu betul-betul masak. Kang kalau cili api tu tak masak betul, takut ada yang sakit perut pulak.


 Kuah dah mendidih, masukkan mangga muda. Tunggu mendidih lagi sekali.


 Apabila kuah sudah mendidih lagi sekali, masukkan pula udang. Masukkan sekali garam kasar secukup rasa. Biarkan mendidih sekejap dan boleh la tutup api. Udang tak boleh masak lama sangat. Nanti rasa manis dia hilang.


Siap dah! Sedapnya la haiihh....! Manis sangat rasa udang tu. Tambah lagi dengan masam mangga telur tu, dengan kuah yang sedikit pekat, memang makan hingga menjilat pinggan baq ang.. 



p/s: Sesekali, nak jugak merasa makanan yang mahal sikit. :) Alhamdulillah di atas setiap rezeki yang Allah limpahkan pada aku dan kaum-kerabat aku. Moga Allah terus melimpahkan rezeki buat kita semua. Aamiin.
.

Sunday, June 23, 2019

Rumah Terbuka Menteri Besar Pahang.

Assalamua'alaikum.

Rumah terbuka Menteri Besar Pahang.


Siang tadi, buat pertama kalinya, aku berkesempatan menghadirkan diri ke majlis rumah terbuka hari raya bagi kawasan Jelai yang diadakan oleh Menteri Besar Pahang. Aku pergi tumpang kereta jiran. Kalau nak harap aku pergi sendiri naik motor, memang takde la aku nak pergi oiii...!


Seperti biasa, gambar aku main ambil je ikut suka hati aku. Yang penting, gambar aku jangan harap la nak ada. Keh.






 Jenuh beratur tunggu ais krim calung ni. Tak kira, nak jugak makan ais krim. Haha.




Alhamdulillah. Makanan sedap belaka. Tapi perut dah tak boleh nak sumbat semua. Makan semampunya sahaja. Tapi sedih sebab masih ramai yang yang punya sifat tamak. Ambil makanan banyak-banyak tapi apabila tak habis, ke tong sampah la perginya.


p/s: Lagi satu sikap jelik orang kita adalah suka biarkan bekas makanan (polisterin) tu di atas meja. Apa salahnya pergi buang sebab bekas sampah banyak disediakan. Penuh meja dengan sampah sarap. Dah la makan macam kucing kebuluran. Bersepah-sepah makanan tak habis dalam pinggan tu. Sedih sungguh menengoknya.
.

Saturday, June 22, 2019

Corat-coret di sekitar akhir Ramadan dan awal Syawal 2019.

Assalamu'alaikum.

Corat-coret di sekitar akhir Ramadan dan awal Syawal 2019.


Lama blog aku ni sunyi sepi takde entri baharu. Haha. Entah la. Aku macam takde mood dah nak berblogging. Dah tak tahu nak isi apa kat dalam blog aku ni. Balik-balik kisah yang sama je. Balik-balik kongsi gambar pokok je. Akupun naik cemuih dah. Haha.


Jangan tidak, aku kongsi la sikit gambar sekitar akhir Ramadan dan awal Syawal hari tu. Yang penting, gambar aku takde. Nak pakai baju rayapun takde mood apatah lagi nak bergambar bagai. Heh.


Mula-mula, letak gambar kuih raya dahulu. Ada yang aku beli dan ada yang buat sendiri. Banyak juga kuih raya dan kerepek yang kaum kerabat bawak tapi aku tak ambil gambar. Sibuk ya amat oii...! 


 Bahulu beli. Percaya atau tidak, dua bungkus ni aku pulun sorang tapi makan sikit demi sikit la. Haha. Mungkin dalam 10 biji je isi dalam bekas kuih lepas tu, lupa dah nak isi.


 Maruku aku buat sendiri.


 ^
Biskut bubble rice pun aku buat sendiri.
v





 Tart gulungpun aku buat sendiri. Buat la serba sikit.


 ^
Lemang kaum kerabat yang buat. Apa yang penting, kerjasama. Kakak aku jadi kepalanya. Kalau dia tak balik, memang tak jadi la lemang ni. Nak harapkan aku, nan hado oii.. Haha.
v


Lemang kat bawah ni, kali kedua kakak aku buat. Dia buat lagi sebab nak bawa balik ke rumah dia la. Yang ni, aku simpan dalam freezer. Ada lebih dua batang. Maka, aku sumbat dua-dua batang tu dengan buluh sekali masuk dalam freezer tu. Nak makan, aku keluarkan sebatang dan kukus. Sedap dan lembut macam biasa. 







 Ni rendang daging kakak aku yang kat Labu tu. Rendang daging rumah aku dah licin habis dah.


 Biskut viral satu masa dulu. Dapat jugak aku merasa sebab kalau nak buat, memang takde la. Ni besan kakak ipar aku yang bagi kat mak. Aku yang tukang habiskan. Heh.


 Buah melaka untuk berbuka puasa. Sebulan puasa, sekali ni je aku buat kuih untuk berbuka. Rajin sangat, kan? Kah..!


 Dapat kad dan duit raya dari kawan lama. Berapa jumlah duit raya tu, itu tak penting. Yang penting, ingatan tulus ikhlas.


Pagi raya, seperti selalu, kaum kerabat bertungkus lumus menyediakan hidangan untuk tetamu yang berkunjung dari rumah ke rumah selepas balik dari solat. Hidangan kami ala kadar sahaja.





Tak sangka pula kali ini tetamu agak ramai sampai penuh dalam dan luar rumah. Terpaksa tunggu giliran untuk menjamu selera. Alhamdulillah sebab ada yang menyukai nasi impit dan kuah lodeh buatan kaum kerabat.






Sempat jugak tu kakak ipar ajar buat kek asam manis. Akupun sibuk la menulis resepi. Haha.






Alhamdulillah sebab aku masih lagi dapat duit raya dari kakak-kakak, adik ipar, kakak ipar dan anak-anak buah. Walaupun bukan semuanya bagi duit raya kat aku, namun aku dah syukur sangat dah sebab atas sumbangan duit raya tu. Dorang bagi kat aku dan mak aku. 




Tapi, tahun ni aku tak dapat nak menyimpan duit raya tu sebab motor aku buat hal. Kena ganti rim dan tayar untuk dua-dua belah depan dan belakang. 








Mula-mula, ganti rim dan tayar dahulu. Lepas tu, bila naik motor tu, jadi tak selesa. Dia jadi sangkut-sangkut. Maka, kena jugak la baiki bahagian enjin pulak. Kena baiki apa entah. Kalau tak baiki, nanti enjin tu pecah.Kena bayar lagi oii...




Tak mengapalah. Sekurang-kurangnya, ada jugak duit raya untuk aku laburkan pada kerosakan motor aku tu. Dan yang pasti, setiap penyumbang akan dapat pahala yang berterusan selagi bahagian yang diganti tadi terus digunapakai. InsyaAllah.


Bahagian yang ni, tunggulah jika ada rezeki lain pulak. Itupun jika boleh baiki la. Jika tak boleh, takpe la. Pakai aje la. Asal jangan terburai masa aku tengah bawak, dah la. Harapnya dia mampu la bertahan lama. Tak tahu la siapa yang punya kerja sampai pecah macam tu jadinya. Bila tanya, mana ada yang nak mengaku. Biasalah tu, kan? Kalau ramai yang guna, pasrah aje la bila jadi macam ni. Nak tak nak, tuan punya motor jugak yang kena keluar bajet. Huhu.




p/s: Alhamdulillah di atas setiap rezeki yang Allah kirimkan melalui orang-orang tertentu. Dan, kita jangan pula tamak. Sumbanglah sedikit pada orang lain pula. Begitulah proses kehidupan.
.
Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)