Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Monday, November 9, 2009

10 CARA MEMILIH SELUAR DALAM YANG SESUAI

Assalamualaikum...

Seluar dalam menjadi isu sensitif bagi sesetengah orang dan tidak dibicarakan secara terbuka. Oleh kerana itulah, ramai yang melakukan kesalahan apabila memilih seluar dalam. Mari kita perhatikan antara masalah yang timbul dan cara mengatasinya.

1) Apakah cara yang betul ketika mengenakan seluar dalam? Dapatkah ianya menentukan keselesaan si pemakai?
~> Sarungkan seluar dalam dan tarik ke atas sehingga posisi selesa. Pastikan bahagian belakang seluar memenuhi keseluruhan ponggong. Pastikan juga pita di bahagian pinggang dan perut tidak berlipat.

2) Di manakah posisi betul panel bawah seluar dalam?
~> Pastikan jahitan pada bahagian hadapan panel kelihatan dan tidak seharusnya terselit ke belakang bagi memastikan keselesaan sepenuhnya.

3) Kenapakah pinggang seluar dalam sentiasa bergulung tapi bahagian pinggulnya selesa?
~> Anda mungkin memilih saiz seluar dalam yang salah. Pinggang seluar dalam mesti berkedudukan tetap dan selesa dan tidak berlipat. Cuba tukar kepada saiz yang lebih kecil dengan rekaan berbeza.

4) Kenapa kaki seluar dalam menggigit dan bergulung. Adakah ia pilihan yang betul?
~> Kaki seluar dalam tidak sepatutnya begitu. Ini bermakna seluar dalam anda terlalu kecil. Periksa samada bukaan kaki seluar dalam berkedudukan sama dari sisi ke sisi. Periksa juga samada fabrik seluar dalam itu daripada bahan memeri atau berelastik.

5) Kenapa seluar dalam seperti mahu TERLONDEH?
~> Pilihlah saiz seluar dalam yang betul. Seluar dalam yang selesa adalah seimbang serta meliputi keseluruhan ponggong. Tukarlah kepada seluar dalam yang baru jika getah sudah hilang keanjalan.

6) Apakah yang perlu dilakukan bagi mengelakkan kesan garisan seluar dalam kelihatan pada pakaian?
~> Pilih seluar dalam yang berliputan penuh seperti potongan maxi atau short. Jenis ini selesa dan mampu mengelakkan kesan seluar dalam jika memakai pakaian yang ketat.

7) Apakah fabrik terbaik untuk memastikan keselesaan seluar dalam?
~> Fabrik terbaik adalah dari kain kapas. Manakala fabrik lycra spandex dan nylon spandex memberikan regangan bebas dari segi kemasan untuk tubuh.

8) Bilakah seluar dalam perlu ditukar?
~> Jika lipatan pada kaki dan bahagian pinggang mula mengembang dan longgar, tepinya bergulung atau terlondeh, jahitan tets atau fabriknya menipis dan tidak selesa.

9) Bagaimana cara yang betul menjaga seluar dalam?
~> Periksa label mencuci yang disediakan. Boleh juga cuci dengan menggunakan uncang khas dalam mesin pencuci. Keringkan di tempat redup dan berangin. Cuaca yang panas terik akan menyebabkan fabrik elastik cepat longgar.

10) Bagaimana menentukan saiz sebenar seluar dalam anda?
~> Dapatkan tali pengukur. Kemudian ukur sekeliling saiz pinggang. Ukur pada bahagian paling berisi di sekitar pinggul (biasanya 10 inci dari bawah pinggang).

KETAHUI SAIZ SEBENAR SELUAR DALAM ANDA:

------Pinggang -------------------- Pinggul -------------------- Saiz
------24" - 25" ----------------------35" - 36"--------------------- S
------27" - 28" ----------------------37" - 38"--------------------- M
------29" - 31" ----------------------39" - 41" --------------------- L
------32" - 34"----------------------42" - 44"--------------------- XL
------35" - 37"----------------------45" - 47"--------------------- XXL
------38" - 40"---------------------48" - 50"--------------------- XXXL

p/s: sumber dari Berita Minggu 5/10/2008
Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »