Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Thursday, July 30, 2015

The making of kuah durian...

Assalamu'alaikum...

The making of kuah durian...


Ini merupakan entri tertunggak.. hehe.. Dah berapa hari duduk dalam draft.. Kena kuarantin gamaknya.. hehh..


Okay, nak cerita la sikit pasal entri kuah durian ni.. Durian ni merupakan durian kampung.. Ada jiran dekat rumah bagi dalam sepuluh buah.. Separuh aku dengan abang aku dah makan mentah.. Lepas tu tak larat la pulak nak pulun semua sepuluh buah tu.. Lagipun kitorang bukannya hantu durian..


Maka, selebihnya itu aku buatlah kuah durian ni.. Orang panggil serawa, ehh..? Tapi aku panggil kuah durian je.. Ni kali kedua aku buat kuah durian ni.. Raya hari tu dah buat sekali.. Ehh, sedap la pulak.. ahaha.. Bukan apa, sebelum ni aku memang tak suka makan kuah durian atau yang manis-manis macam ni.. Mungkin sebab kali ni aku yang buat sendiri, maka aku boleh la ejas dia punya sukatan dan rasa.. Itulah kelebihannya jika kita masak sendiri.. hehh...









Siap buat video lagi tu.. Amboiihhh... ahaha...





Aku suka makan roti dan cicah dengan kuah durian ni.. Sedap.. Lagipun, aku dah serik nak makan kuah durian dengan pulut.. Habis sakit-sakit badan aku sebab masuk angin.. Makan hari pulak tu nak baik.. Itupun kena makan ubat.. Kalau tak, memang teruk la jadinya.. Alergik sungguh aku dengan pulut ni.. Takde chemistry langsung.. ahah..


p/s: Buat sendiri memang menjimatkan.. Rajin dengan malas je nak membuatnya..

Monday, July 27, 2015

Mari kita merendang...

Assalamu'alaikum...

Mari kita merendang...

Ini adalah rendang ayam pencen.. Bila namanya ayam pencen, maka dia punya daging memanglah liat dan keras ya amat.. Makanya, kenalah ambil masa nak bagi daging tu lembut dan empuk..


Sejujurnya, aku tak pernah masak sendiri rendang ayam pencen ni.. Kalau gulai ayam daging yang biasa tu selalu la aku buat.. Selalunya bab rendang ni mak aku yang rajin buat dan aku pulak rajin makan.. Standard la tu, kan.. ahaha.. Tapi memandangkan mak aku sekarang tak sihat, maka aku beranikan diri mencuba sendiri masak rendang ayam pencen ni.. Kiranya ini macam mencabar keupayaan diri sendiri la ni.. hehh...


Rendang ni aku buat selepas beberapa hari raya.. Aku buat untuk dibekalkan kepada adik-adik aku.. Biasanya memang dorang akan bawak balik bekal lauk pauk tapi mak aku yang masak.. Jadinya, kini giliran aku la pulak yang ambil alih tugas tu.. Itupun ikut pada kudrat aku jugak la.. Alhamdulillah, Allah bagi kesihatan yang baik kat aku..


 Dua kali tambah air banyak macam ni...


Aku mula masak rendang ni dari malam.. Lepas tu sambung bawak ke siang hari keesokan harinya.. Dua kali aku tambah air untuk melembutkan daging ayam pencen tu..


Aku main redah je masukkan bahan.. Takde nak sukat-sukat berapa banyak nak guna.. Ikut rasa lidah je.. Bahan yang aku gunakan untuk rendang ayam pencen ni adalah serbuk jintan manis, serbuk jintan putih, serbuk ketumbar, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, serai, cili kering kisar, cili api, santan, garam dan kerisik.. 


Kerisik tu aku siap buat post kat fb aku.. Aku tanya masa bila nak masukkan kerisik tu sebab mak akupun memang buat rendang tak masukkan kerisik.. Aku nak cuba masukkan kerisik sebab lebihan kerisik masa kakak aku buat rendang malam raya hari tu ada lagi.. Sayang pulak kalau biarkan lama-lama.. Nanti kerisik tu tengik.. Mujurlah ada kawan yang bagitau kerisik tu dimasukkan bila rendang tu dah nak kering.. Alhamdulillah, dapat satu ilmu.. Tak rugi bertanya, kan..? Terima kasih Kak Erna.. hehe...


Aku tak tengok pulak masa kakak aku buat rendang tu.. Akupun tak tanya dia sebab nanti aku kena ambush bertalu-talu.. ahahaha.. 


 Baru letak santan..


Ayam pencen ni aku gunakan tiga ekor.. Seekor ayam pencen harga dia RM12.. Santan pulak daripada empat biji kelapa.. Mujurlah kelapa kat rumah masih banyak.. Cuma, jenuh la sikit nak perah.. hehe.. Mujurlah abang aku tolong kopek dan mesinkan...


Dah kering dah.. Dah boleh makan...


Alhamdulillah, aku dapat bekalkan rendang ayam pencen ni kat adik-adik aku.. 


p/s: Ingat nak buat lagi la rendang ayam pencen ni.. Lepas tu, frozen-kan.. Bila ada yang balik, just panaskan je.. Sebabnya, proses nak masak rendang ni memang ambil masa yang lama.. Kalau daging ayam tu masih liat, mau tercabut gigi kapak dibuatnya.. ahaha...

Sunday, July 26, 2015

Cerita di hari raya kedua...

Assalamu'alaikum...

Cerita di hari raya kedua...

Malam raya kedua, aku dan anak-anak buah buat kuih tart nenas ni.. Anak buah aku tu memang rajin buat kuih raya, tu yang dia nak buat tu.. Aku pulak memang dah bertahun nak cuba buat tart nenas jenis gunting ni tapi tak terbuat-buat jugak.. Kiranya ini percubaan pertama aku buat tart nenas versi gunting macam ni.. Main gunting je ikut suka hati aku.. ahaha..


Jadinya, bila ada yang offer nak buat, akupun ikutkan aje la.. Lagipun anak buah aku tu nak cuba guna resepi dari Mat Gebu..











Mula-mula aku gunakan gunting besar untuk gunting doh tart tu tapi lepas tu aku gunakan gunting sulam aku yang muncungnya terjongket kat depan tu.. Anak-anak buah yang lelakipun sibuk la tanya, kenapa gunting  tu macam tu, mana dapat gunting tu, gunting tu memang rupa dia macam  tu ke.. Adeh, banyak betul soalan yang aku dapat.. ahaha..


p/s: Overall, kuih tart nenas ni sedap dan tidak mudah pecah.. Nampak macam keras tapi bila makan, sangat lembut dan takde rasa tercekik.. Nak simpan dalam bekaspun senang.. Rasa dia memang ohsem dan aku suka.. Maybe tahun depan aku nak buat tart ni lagi.. 

Thursday, July 16, 2015

Salam aidil fitri 2015...

Assalamu'alaikum...

Salam aidil fitri 2015...


Menantu perempuan balik kampung laki janganlah buat sibuk jaga anak sangat. Ini anak merangkak pun kau nak tunggu depan dia sampai dia boleh berjalan penat la. Bawak bawak lah ke dapur tolong mak mentua.. Tektik mengelat tu orang dah tahu dah..




Betul la tu kan.. Kalau saban tahun dok macam tu jugak, lama-lama orangpun perasan.. Lama-lama orangpun naik cemuih.. Bukan setakat orang dalam rumah je yang perasan.. Ni kadang-kadang jiran kiri kananpun perasan jugak dengan menantu yang culas dan pemalas ni.. 


Jika tak buat, janganlah terasa.. Mohon ubah sikit perangai tu.. Setahun dua, okay la, boleh terima.. Jika dah selalu sangat, jadi meluat la pulak, kan..? Daripada anak sorang sampai anak dah berderet, dok buat perangai yang sama je.. Macam mana la orang tak perasan..? Macam mana la orang tak menjeling..?


Tapi menantu sekarang tak boleh ditegur.. Bila ditegur, mula la cari alasan tak nak balik raya rumah mentua.. Baca aje la komen-komen yang ada.. Masing-masing tak nak mengaku kalah.. 


Hari ni kita buat macam tu kat mentua kita, esok lusa menantu kita pulak buat macam tu kat kita.. What goes around comes around.. Tengok aje la nanti..


p/s: Salam aidil fitri.. Maaf zahir batin.. 

Monday, July 13, 2015

Biskut raya kedua 2015...

Assalamu'alaikum...

Biskut raya kedua 2015...

Malam tadi aku buat biskut raya yang kedua pulak iaitu pandan butter cookies.. Resepi asalnya cuma butter cookies je tapi aku ni saja la pergi tambah emulco pandan tu.. Konon-kononnya nak nampak lain la.. ahah...









Aku buat satu adunan je tapi menggunakan dua buku butter.. Dapat lima tray besar dan satu tray sedang tapi isinya tak penuh.. Bila dicongak-congak, tak sampaipun 200 biji.. Takpe la kan, janji ada biskut raya.. hehe..


Sebenarnya aku nak cuba buat butter cookies yang macam dalam tin tu.. Yang tu sedap gila tapi tu la, aku tak tau resepinya macam mana.. Aku lupa pulak nama brand dia.. Aku pergilah google dutch butter cookies la, holland butter cookies la tapi aku dah kesuntukan masa nak study resepi dia.. ahaha.. Sudahnya, aku gunakan aje resepi butter cookies yang ada dalam buku resepi aku ni.. Bila dah setel semua kerja membakar ni, barulah aku ada masa nak google cookies tu.. 


Dan aku dapat la resepi Kjeldsen Butter Cookies ni... Mudah je bahan dia rupanya.. Saja la letak kat entri ni.. Mana la tau kot rajin pulak nak mencuba di masa akan datang, kan.. hehh..

Bahannya:
------------
1 egg (60g)
200g butter
130g icing sugar
320g flour
2 tbsp of vanilla paste (appro. 30g)


Cara nak buat:
-----------------
1- Place everything in a mixing bowl and mix evenly using a paddle attachment on the lowest speed possible.
2- Pipe wreaths onto greased cookie sheet or baking tray using an open star tip. I used Wilton 1M but I think the lady in the video used a smaller one
3- Bake in a preheated oven at 200C for 7-8 min
4- Leave to cool slightly before removing from cookie sheet.
5- Transfer cookies into airtight container after cookies are at room temperature.


p/s: Bila dah siap bakar pandan butter cookies aku tu, memang nampak lain sungguh..! Warna hijau yang agak cantik tadi dah hilang sikit serinya.. ahaha..

Saturday, July 11, 2015

Biskut raya pertama 2015...

Assalamu'alaikum...

Biskut raya pertama 2015...


Ini merupakan biskut raya pertama yang aku buat untuk tahun 2015 ni.. Ikutkan hati memang agak malas sikit nak buat biskut raya ni tapi aku gagahkan juga diri untuk membuatnya.. Dapat buat sejenis biskutpun jadi la.. Alhamdulillah.. :)









Aku buat dua adunan untuk biskut ni.. Dapat la dalam 270 biji.. Tak banyak manapun dapat sebab biskut aku ni saiz dia macam terbesar sikit.. ahaha.. Aku namakan biskut aku ni coklat chip cookies.. Resepi google aje la.. Bersepah kat internet ni.. Cumanya sukatan coklat chip tu aku kurangkan sikit sebab stok coklat chip yang ada tidak mencukupi.. hehh..


p/s: Korang mesti dah banyak buat biskut raya ni, kan...? Mehh la share biskut apa yang korang dah buat.. 

Friday, July 10, 2015

Meh, nak cerita sikit...

Assalamu'alaikum...

Meh, nak cerita sikit...


Zaman aku kerja dulu, aku tinggal kat rumah yang kompeni sediakan.. Aku ni kerja kilang je.. Rumah itu pula ada pelbagai jenis.. Ada yang rumah kedai dan ada yang rumah teres.. Pada awalnya, aku tinggal kat rumah kedai.. Rumah tanpa bilik.. Hanya satu ruang kosong yang ada lapan buah katil double decker.. Memang sebijik asrama.. Maknanya, penghuni rumah tu ada enam belas orang.. Tapi rumah yang aku duduk tu ada dua puluh dua orang sebab ada orang yang tak nak duduk kat rumah lain.. Dorang nak tinggal sekali dengan kawan-kawan satu kampung.. Dorang tak kisah takde katil.. Dorang boleh je angkut tilam nipis, letak atas lantai dan tidur kat situ.. Bukan setahun dua aku tinggal ramai-ramai macam ni.. Makan tahun jugak la iaitu lebih dari sepuluh tahun.. Walaupun sering bertukar rumah kompeni namun penghuninya tetap ramai.. Takde masalahpun.. Boleh je hidup.. Yang penting, jaga tingkah laku, jaga hubungan sesama kawan serumah.. Tak boleh nak ikut kepala masing-masing..


Pergi kerja berasak-asak naik bas.. Bas memang sentiasa penuh.. Bas South Johore nombor 6 dari Gelang Patah dan bas nombor 15 dari Taman Ungku Tun Aminah memang jadi perhatian.. Kadang-kadang aku dan kawan-kawan yang lain terpaksa menyeberang Jalan Skudai yang sesak tu untuk naik bas dari sana.. Sebabnya, bas yang dua tadi tu selalu penuh.. Sampai ke tangga bas pun ada yang berdiri.. Mujur pintu bas jenis bertutup.. Takde la bimbang sangat takut tercampak keluar.. Tahan aje la macam-macam bau yang ada.. Nak buat macam mana.. Dah gaji kecik, tak mampu nak beli kereta.. Maka, reda aje guna kenderaan awam yang ada..


Jadinya, aku tidak terkesan sangat dengan kisah di dalam video yang di-viralkan itu kerana aku sudah lama mengharungi kepayahan hidup sendirian di tempat orang.. Walaupun gaji aku masa tu di bawah paras RM500, namun aku masih boleh menabung.. Alhamdulillah, dapat jugak aku membantu renovate rumah dengan duit tabungan aku tu.. Nak tanggung semua kos renovation memang aku tak mampu la.. Tapi bila dapat menghulur sedikit bantuan, itu dah cukup syukur bagi aku kerana memang itu niat aku sejak aku mula masuk bekerja.. Dan selepas aku berhenti kerja, duit tabungan itulah yang aku gunakan untuk masuk kelas jahitan.. Alhamdulillah..



Dan sepanjang aku bekerja lebih sepuluh tahun itu, hanya sekali je aku minta duit kat mak aku.. Itupun cuma tiga puluh ringgit je sebab masa tu gaji aku tak masuk lagi.. Itupun sekadar untuk stenbai jika ada berlaku apa-apa di sepanjang perjalanan sebab untuk duit tiket bas, aku memang dah sediakan tiket pergi balik..


Apalah sangat berkongsi rumah dengan lapan orang jika nak dibandingkan dengan aku yang pernah berkongsi rumah dengan dua puluh dua orang.. Bukan sahaja serumah dengan orang kita tapi dengan orang Indonesiapun pernah.. Macam-macam ragam yang ada..



Ini hanyalah secebis kisah dari beberapa cebisan kisah yang mendominasi kehidupan aku di zaman bergelar pekerja kilang.. Pada aku, kerja apa sekalipun, gaji banyak mana sekalipun, jika kita tak pandai nak menguruskan perbelanjaan, memang huru hara la jadinya.. 



p/s: Kadang-kadang anak tu okay je.. Tak kisahpun nak kerja apa, nak tinggal kat mana, makan apa dan sebagainya tapi mak bapak pulak yang melebih-lebih.. Risau tak bertempat.. Takut orang mengata la.. Itu la.. Ini la.. Lainlah jika anak tu buat kerja haram.. Yang tu memang wajib la risau dan pantau.. Kita kenalah perbetulkan niat.. InsyaAllah, Allah akan bantu kita... Lagi satu, jangan terlebih manja dan mengada-ngada.. #Peace

Tuesday, July 7, 2015

Terkadang ku lupa... Terkadang ku ingat...

Assalamu'alaikum...

Terkadang ku lupa... Terkadang ku ingat...


Selama ini aku jauh dariMu...
Selama ini aku ingkar padaMu...
Begitu banyak dosa yang ku lakukan...
Hinggaku merasa diri penuh dosa...


Terkadang ku lupa...
Terkadang ku ingat...
Ku ingin diriku bertaubat...


Ampuni aku dari dosa-dosa...
Yang ku lakukan padaMu, Ya Allah...
Ampuni aku dari kesalahan...
Yang ku lakukan...


Oo... uuu.. uu.. uuu...


Begitu banyak dosa yang ku lakukan...
Hinggaku merasa diri penuh dosa...


Terkadang ku lupa...
Terkadang ku ingat...
Ku ingin diriku bertaubat...


Oo... uuu.. uu.. uuu...
Oo... uuu.. uu.. uuu...


Ampuni aku dari dosa-dosa...
Yang ku lakukan padaMu, Ya Allah...
Ampuni aku dari kesalahan...
Yang ku lakukan padaMu, Ya Allah...



Ampuni aku dari dosa-dosa...
Yang ku lakukan padaMu, Ya Allah...
Ampuni aku dari kesalahan...
Yang ku lakukan padaMu, Ya Allah...


Astaghfirullah...
Astaghfirullah...
Ampuni aku, Ya Allah...



Radja - Taubat



p/s: Ampuni aku Ya Allah.. Ampuni kami Ya Allah..

Monday, July 6, 2015

Buat sendiri pati sirap...

Assalamu'alaikum...

Buat sendiri pati sirap...


Jika nak berjimat, kenalah rajin buat sendiri.. Lainlah jika duit berkepuk dan mampu beli yang dah siap.. Untuk yang kurang berduit macam aku, aku pilih buat sendiri..




Keluarga aku besar.. Jadinya, tak berbaloi jika beli pati sirap yang readymade.. Nak tak nak, kena jugak buat homemade.. Lagipun bila buat sendiri ni, kita tau dia punya tahap kebersihan.. Sekali buat guna periuk besar.. Periuk kecik cinonet comel memang tak sesuai untuk keluarga aku.. hehh... Lagipun, bukan selalu aku buat pati sirap ni sebab akupun sebenarnya kurang menggemari air manis.. Sesekali tu takpe la kot minum.. 


Sukatan untuk pati sirap ni aku main terjah je.. Takde nak sukat berapa liter air yang digunakan, berapa sudu pewarna merah dan sebagainya.. Aku masukkan sikit esen vanila dan esen pisang selain daripada daun pandan bagi mendapatkan bau yang harum mewangi.. hehh..




Macam-macam jenis air yang boleh dibuat dengan menggunakan pati sirap ni seperti sirap selasih, sirap cengkih, sirap kayu manis, sirap limau, air bandung dan sebagainya.. Jadinya, apa tunggu lagi..? Silalah rajinkan diri dan buat sendiri.. hehh..


p/s: Setel satu kerja.. Bersungut sepanjang tahunpun bukannya duit boleh jatuh dari langit..  :p

Sunday, July 5, 2015

Aiskrim rama-rama yang kool... ;)

Assalamu'alaikum...

Aiskrim rama-rama yang kool... ;)


Pernah makan aiskrim rama-rama...? Sedap jugak rasa dia.. Kenyal-kenyal gitu.. Aku baru pertama kali makan aiskrim ni.. Makan di waktu malam pulak tu.. Ater, dah siangnya puasa, mana boleh makan... ahahh..




Ehh, ada dua stick laa... *Buat-buat terkejut padahal sebelum buka plastik tu, dah siap raba-raba dulu dah.. ahaha..



Ehh, boleh pisahkan la kepak rama-rama ni... *Dah tak payah nak berebut.. Buy one, free one kekdahnya ni.. kehkehkeh...




p/s: Okay, nak kongsi kisah aiskrim rama-rama ni je.. heeee...

Friday, July 3, 2015

Jom ikut sama-sama baca, jom...!

Assalamu'alaikum...

Jom ikut sama-sama baca, jom...!

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam bersabda:  "Barangsiapa yang menghafaz 1-10 ayat dari surah Al-Kahfi, dipelihara dan diselamatkannya dari fitnah dajjal." (Diriwayatkan oleh Ahmad dan Muslim, An Nasaie)







Jika nak tukarkan video ni kepada MP3, boleh letakkan link youtube tu kat sini.. Lepas tu klik Convert Video.. Lepas tu klik Download.. Selesai download, boleh la masukkan dalam handphone via Bluetooth.. Nanti boleh la dengar selalu.. 


p/s: Terima kasih pada uploader video ni.. Jom ikut sama-sama baca, jom...

Cara aku masak pajeri nenas...

Assalamu'alaikum...

Cara aku masak pajeri nenas...


Aku buat pajeri nenas ni untuk berbuka puasa.. Resepinya seperti kat bawah ni.. Tapi aku tak ikut resepi tu betul-betul sebab ada bahan yang takde stok kat dapur aku.. Jadinya, aku kenalah cari jalan alternatif.. Lagi satu, sukatan bahanpun ikut cara aku jugak.. Menderhaka betul.. ahaha...




Aku gunakan dua biji buah nenas saiz sederhana.. Aku guna rempah kari ikan Babas, bukannya rempah kari daging.. Aku letak rempah kari tu dalam tujuh sudu makan.. Aku tak letak kerisik, tak letak santan dan juga tak letak gula merah.. Kerisik dengan gula merah memang takde stok kat rumah.. Santan tu boleh je ambil kelapa kat belakang rumah tapi aku penat sangat.. Kang nak kena kopek dulu kelapa tu, pastu nak kena mesin, pastu nak kena perah lagi.. adehhh... Maka, aku gantikan santan tu dengan susu cair Saji.. Gula merah tu aku gantikan dengan gula pasir dan kerisik tu memang nan hado la.. Bahan perasa aku tak letak..





Okay.. Dah siap masuk bekas untuk di-frozen-kan.. Satu bekas ada empat ketul nenas... Bila rasa nak makan, boleh la keluarkan satu bekas.. Takde la hari-hari nak makan pajeri nenas je, kan.. hehh... Yang dalam mangkuk tu untuk sahur pagi nanti..




p/s: Aku memang dah plan nak frozen-kan pajeri nenas ni.. Jimat sikit masa aku.. Letih la asyik nak masak je hari-hari.. hehh...

Wednesday, July 1, 2015

Cara nak jahit zip sorok atau invisible zipper...

Assalamu'alaikum...

Cara nak jahit zip sorok atau invisible zipper...


Siapa yang nak belajar jahit zip sorok, boleh la cuba tengok video ni.. Perhatikan betul-betul cara dia jahit zip tu.. Zip sorok ni kena jahit sebelah sebelah, tak boleh jahit terus macam jahit zip biasa tu.. Harap dapat membantu dan semoga berjaya.. smile emoticon





p/s: Letak dalam blog supaya senang nak mencari bila diperlukan nanti... :)

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »