Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Monday, August 29, 2022

Program mengacau bubur asyura.

 Assalamu'alaikum.

Program mengacau bubur asyura.

Semalam, hari Ahad bersamaan dengan 28 Ogos 2022, telahpun berlangsung program mengacau bubur asyura untuk masyarakat setempat di sini. Program di adakan di perkarangan masjid dan ia dihadiri oleh pelbagai agensi. Meriah sungguh. Mana taknya, 17 kawah bubur asyura versi manis dan berempah yang disediakan.

Aku seperti biasa, ambil gambar ikut sempat aku je. Turutan gambarpun tak tersusun. Asal letak, sudah. Janji masuk dalam entri  🤭🤭🤭 
































































p/s: Simpan semuanya di sini sebagai kenangan.

.

Saturday, August 27, 2022

Sup cendawan sempoi.

 Assalamu'alaikum.

Sup cendawan sempoi.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Biarlah gambar dan video yang berbicara. 🤭🤭🤭









p/s: Sekejap je licin walaupun sempoi. Alhamdulillah.

.

Friday, August 19, 2022

Cendawan tiram dah keluar hasil.

Assalamu'alaikum.

Cendawan tiram dah keluar hasil.

Ingat lagi tak pada post mengenai bongkah cendawan tiram yang aku beli di tiktok hari tu? Cendawan tu dah keluar hasil dah uiii... Alhamdulillah. Seronoknya la hai.
















Ingatkan susah sangat jaga cendawan ni. Rupanya takde la susah manapun. Kena rajin sembur bongkah tu dengan air dan tutup dengan tuala basah. Dan letak bongkah tu di tempat yang ada pengudaraan yang baik.

p/s: Jom tanam cendawan!

.

Tuesday, August 16, 2022

Racun tiktok.

Assalamu'alaikum.

Racun tiktok.


Korang dah pernah kena racun dengan tiktok atau belum? Bahaya oii racun tiktok ni. Aku dah terjebak dah. Haha. Padahal shopee dan lazada sikitpun aku tak teracun. 🤭🤭🤭

Ni antara barang yang aku beli dari tiktok. 



Puas hati beli food processor ni. Dah banyak kali aku guna. Buat tauhu berlauk macam kat bawah ni pun dah tiga kali dah. 







Tudung Sebawang ni aku tak puas hati sebab lain yang aku order tapi lain yang aku dapat. Dah dua kali terkena. Satu kena kat facebook dan satu lagi di tiktok. Aku rasa la, seller Sebawang ni dok kejar target jualan je sebab tu dorang main hantar je stok yang ada kat dorang.

Mungkin dorang tau ada sesetengah customer yang malas nak refund macam aku. Tu yang main pos je apa yang ada. Maka, akupun malas dah nak beli tudung brand ni. Kecewa tau tak? Ingat murah ke tudung ni? Sehelai RM45. Aku dah beli lima helai dari dua orang seller. 



Yang warna merah tu saiz L. Tapi saiz L lagi besar dari saiz XL. Camno tu? Aku order semua saiz L tapi aku dapat satu je saiz L tu.










p/s: Ada lagi dua barang yang belum sampai. Satu barang tu mungkin lambat sampainya sebab pos dari negara China sana. Harapnya barang ni tidak mengecewakan aku laa...

.

Resepi dari tiktok.

Assalamu'alaikum.

Resepi dari tiktok.

Ni antara video resepi dari tiktok yang aku 'save' dalam handphone. Aku rasa baik aku simpan kat sini je la. Senang sikit aku nak cari. Nak simpan banyak video dalam handphone pun tak boleh sebab takut 'hang' pulak handphone tu.































Korang boleh follow semua tiktokers ni. Banyak resepi best yang dorang kongsikan. Yang penting, dorang tak kedekut berkongsi resepi. Korang follow tiktokers yang rajin letak resepi dalam video dorang. Mana yang kedekut nak kongsi resepi tu, korang tak payah follow. Takut nanti korang kena kecam bila minta resepi. 🤭🤭🤭

p/s: Terima kasih pada semua tiktokers yang ikhlas berkongsi resepi. Moga Allah luaskan lagi rezeki korang seisi keluarga. Aamiin.

.

Monday, August 15, 2022

Jahit tote bag.

 Assalamu'alaikum.

Jahit tote bag.

Aku saja buang masa jahit tote bag ni. Lagipun, aku dah lama tak jahit beg. 









Bahagian luar tote bag ni aku guna kain cotton comb dan bahagian dalamnya aku guna kain belacu. Besar tote bag ni. Boleh buat beg balik kampung. Cuma beg ni takde zip atau butang. Senang main seluk je.




Aku letak kat sini gambar pola tote bag ni untuk rujukan aku. Mana la tau kot aku nak cuba guna ukuran ni pulak sebab ukuran tote bag yang aku buat ni aku ikut beg contoh yang ada kat rumah ni.




p/s: Aku jual je tote bag ni jika ada yang nak beli. Jual murah je. Tak sampaipun 30 ringgit. Meh la beli dan support aku. 😊😊😊

.

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)