Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Tuesday, October 4, 2022

Petik kangkung dalam pasu.

Assalamu'alaikum.

Petik kangkung dalam pasu.

Alhamdulillah, dapat la sikit buat nambah kangkung yang dibeli.








p/s: Senang je tanam kangkung yang ini.

.

Monday, October 3, 2022

Perkembangan terkini kailan hidroponik.

Assalamu'alaikum.

Perkembangan terkini kailan hidroponik.

Alhamdulillah, pokok kailan aku dah nampak besar sikit. Rasanya dah boleh ambil dah ni. Lagipun aku nak cuba tanam sawi secara hidroponik pulak. Kali ni aku nak guna pasu khas hidroponik tu. Aku dah beli dah pasu comel tu. 😊😊😊









p/s: Ikutkan, macam-macam nak tanam tapi kudrat dah semakin kurang. Tapi disebabkan minat, aku kuatkan semangat. Moga Allah sentiasa kurniakan aku kesihatan yang baik. Aamiin.

.

Pengalaman pasang dripper untuk fertigasi cili bara.

Assalamu'alaikum.
Pengalaman pasang dripper untuk fertigasi cili bara.

Alhamdulillah, semalam aku berpeluang untuk sama-sama belajar pasang dripper untuk projek fertigasi cili bara team kami.

Walaupun badan belum sihat sepenuhnya tapi dek semangat yang berkobar-kobar, seawal pukul 8.15 pagi aku dah sampai di tapak projek. 😊😊😊

Mula-mula tu takut jugak nak tekan paku kat getah paip tu. Takut tembus sampai ke bawah je tapi selepas dapat rentak, kami semakin laju buat kerja. Satu hari je siap kerja pasang dripper untuk 750 polybag. Alhamdulillah. 






















Nampak macam mudah je tapi habis bengkak ibu jari sebab tekan paku kat getah paip tu. Tapi takpe, aku dapat satu pengalaman berharga. Rugi siapa yang tak nak belajar. 

p/s: Rugi siapa yang tak nak belajar.
.

Saturday, October 1, 2022

Hasil nenas dalam pasu.

Assalamu'alaikum.

Hasil nenas dalam pasu.

Alhamdulillah. Manis leting buah nenas ni walaupun buah dia kecil dan comel je.








p/s: Seronok sebenarnya tanam pokok nenas ni. Tak percaya, cuba la tanam dulu. 

.

Set up paip untuk sistem fertigasi cili bara.

Assalamu'alaikum.
Set up paip untuk sistem fertigasi cili bara.

Alhamdulillah, petang semalam, trainer datang untuk ajar pasang paip kat tapak fertigasi cili bara ni.

Sayangnya, aku tak dapat menghadirkan diri sebab badan kurang sihat. Rugi sungguh rasanya. 😭😭😭 Semua gambar dan video ni aku ambil dari grup whatsapp. Aku nak simpan sebagai panduan dan kenangan.


















p/s: Moga Allah sihatkan team kami semua untuk terus mengorak langkah. Tolong doakan sama ya. Terima kasih. 
.

Thursday, September 29, 2022

Siap dah susun bata.

 Assalamu'alaikum.

Siap dah susun bata.

Alhamdulillah, setelah bertungkus-lumus, akhirnya siap jugak proses susun bata di tapak fertigasi cili bara ni. Cocopeat yang kurangpun sudah ditambah. 

Sebenarnya, ada beberapa team yang menyahut cabaran tanam pokok cili bara ni. Ada yang individu dan buat dekat kawasan rumah masing-masing. Yang berkumpulan pula terpaksalah minta kebenaran dari pihak tertentu untuk gunakan kawasan terbiar. Daripada biarkan kawasan tu jadi sarang babi, baiklah buat tapak untuk projek tanam cili bara ni.


Team futsal siap!!!













Lepas ni, tunggu trainer set up pipe system pulak. Mudah-mudahan takde la timbul masalah. Moga Allah memberkati usaha kami dan permudahkan segala urusan. Aamiin.

p/s: Simpan semua cerita di sini sebagai kenangan.

.

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)