Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Sunday, October 9, 2022

Part 2: Bersihkan kawasan GPW.

Assalamu'alaikum.

Part 2: Bersihkan kawasan GPW.

Alhamdulillah. Pagi tadi, kami sambung lagi bersihkan kawasan di sini. Letih jugak dibuatnya tapi sebab semangat yang kuat, tahankan aje la rasa letih tu. Lagipun seronok aje buat kerja macam ni. Sambil buat kerja, sambil layan gaduh. Hahaha.

Yang tak seronoknya, ada anak ular kat bawah timbunan guni cocopeat tu. Masing-masing pakat lari termasuk la aku sekali. Haha. Mujurlah ada dua orang geng yang berani cari anak ular tu sampai dapat. Maka, selamat la anak ular tu kena cangkul. Huhu..


Dah buang weedmat. Penuh lumpur atas simen tu. Aku nyaris tergolek masa gulung weedmat tu sebab licin.


Terpaksa basuh sarung tangan ni sebab penuh dengan selut.


Weedmat yang dah aku gulung.


Bawah ni la anak ular tu bersembunyi. Bukan dia je ada kat situ. Lipan, kala jengking, anak biawak, lipas, semut dan macam-macam lagi yang keluar. Seriau sungguh dibuatnya.



Ni dia dok cari anak ular tu. Aku dok jauh dah ni. Hahaha.






Dah penat bekerja, layan la persembahan dari dorang ni sekejap. Ni la cara kami untuk menghiburkan hati. 🤭🤭🤭




Esok pagi sambung lagi. Harapnya dapat la siap. Banyak lagi kerja lain yang menunggu. Kalau rajin, aku update part 3 pulak. Saja la simpan kat sini buat kenangan.

p/s: Salam Maulidur Rasul buat semua. 

.

Part 1: Bersihkan kawasan GPW.

Assalamu'alaikum.

Part 1: Bersihkan kawasan GPW.

Alhamdulillah. Semalam, hari Sabtu, 8 10.2022, kami ahli #GPW bersihkan sisa tinggalan yang ditinggalkan sebelum PKP lagi. Jenuh nak selesaikan semua ni. Dah la masing-masing bukannya muda lagi tapi kami gagahkan jugak buat kerja gotong-royong ni. Semangat kena kental beb..

Gambar tak ikut turutan la pulak. Biaq pi la haiihhh.. 😁😁😁






























p/s: Pagi ni sambung lagi. Nanti aku update Part 2 pulak. 😊😊😊

.

Thursday, October 6, 2022

Perkembangan terkini pokok sambung nyawa batik.

Assalamu'alaikum.

Perkembangan terkini pokok sambung nyawa batik.

Alhamdulillah, pokok sambung nyawa batik yang aku beli masa balik kampung pada bulan Jun lalu dah semakin mengembang. Sudah aku biakkan ke dalam satu lagi pasu. 




Pokok ni ada bunga rupanya. Cantik bunga dia. Warna oren terang. Tapi yang ada dalam gambar ni bunga dia belum kembang sepenuhnya lagi.




p/s: Daun sambung nyawa batik ni sedap buat ulam. Rasa dia seakan rasa pucuk ulam raja. Jom la pakat-pakat tanam. Tanam guna keratan batang je.

.

Tuesday, October 4, 2022

Petik kangkung dalam pasu.

Assalamu'alaikum.

Petik kangkung dalam pasu.

Alhamdulillah, dapat la sikit buat nambah kangkung yang dibeli.








p/s: Senang je tanam kangkung yang ini.

.

Monday, October 3, 2022

Perkembangan terkini kailan hidroponik.

Assalamu'alaikum.

Perkembangan terkini kailan hidroponik.

Alhamdulillah, pokok kailan aku dah nampak besar sikit. Rasanya dah boleh ambil dah ni. Lagipun aku nak cuba tanam sawi secara hidroponik pulak. Kali ni aku nak guna pasu khas hidroponik tu. Aku dah beli dah pasu comel tu. 😊😊😊









p/s: Ikutkan, macam-macam nak tanam tapi kudrat dah semakin kurang. Tapi disebabkan minat, aku kuatkan semangat. Moga Allah sentiasa kurniakan aku kesihatan yang baik. Aamiin.

.

Pengalaman pasang dripper untuk fertigasi cili bara.

Assalamu'alaikum.
Pengalaman pasang dripper untuk fertigasi cili bara.

Alhamdulillah, semalam aku berpeluang untuk sama-sama belajar pasang dripper untuk projek fertigasi cili bara team kami.

Walaupun badan belum sihat sepenuhnya tapi dek semangat yang berkobar-kobar, seawal pukul 8.15 pagi aku dah sampai di tapak projek. 😊😊😊

Mula-mula tu takut jugak nak tekan paku kat getah paip tu. Takut tembus sampai ke bawah je tapi selepas dapat rentak, kami semakin laju buat kerja. Satu hari je siap kerja pasang dripper untuk 750 polybag. Alhamdulillah. 






















Nampak macam mudah je tapi habis bengkak ibu jari sebab tekan paku kat getah paip tu. Tapi takpe, aku dapat satu pengalaman berharga. Rugi siapa yang tak nak belajar. 

p/s: Rugi siapa yang tak nak belajar.
.
Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)