Assalamu'alaikum.
Gotong-royong lagi.
Kelmarin, 12. 12. 2022, kami gotong-royong lagi. Kali ni aktiviti spray botol plastik terpakai.
p/s: AKRf tangguh lagi. Adehh..
.
Assalamu'alaikum.
Gotong-royong lagi.
Kelmarin, 12. 12. 2022, kami gotong-royong lagi. Kali ni aktiviti spray botol plastik terpakai.
p/s: AKRf tangguh lagi. Adehh..
.
Assalamu'alaikum.
Sessi bercakap dengan anak.
Hari tu, kami team cili bara takde la buat kerja sangat sebab kerja dah selesai. Maka, kamipun buat la sessi bercakap dengan anak pokok cili kami tu. 🤭🤭🤭
Dah macam orang tak betul dah gaya masing-masing tapi apa nak dikisahkan? Yang penting, kami nak spread the positive vibes around us. Letih la asyik melayan hal negatif dan toksik ni.
p/s: Cakap yang baik-baik juga merupakan satu doa.
.
Assalamu'alaikum.
Jom beli buah golden melon!
Pagi tadi, aku dan team cili bara berkonvoi pergi ke Kuala Medang untuk membeli buah golden melon. Kat situ memang ada kebun golden melon yang diusahakan oleh Pakcu.
Sebelum membeli, aku rasa la dulu buah tu. Nak jugak tau, manis ataupun tidak. Lepas rasa, ehh, manis la buah dia. Terus aku beli empat biji untuk aku (RM31) dan dua biji (RM15) untuk mak adik ipar aku. Lepas tu, aku beli lagi tiga biji (RM29 - saiz besar sikit) sebab dah alang-alang datang, kan. Sekilo buah golden melon ni harga dia RM10. Saiz buah comel-comel je.
Seperti biasa, gambar dan video tidak mengikut susunan. Layankan aje la ya. 🤭🤭🤭
Pembelian minima adalah dua biji seorang. Lepas tu dapat percuma sepuluh biji buah timun. Boleh pilih sendiri timun tu. Kalau beli sepuluh biji golden melon tu pun, tetap dapat sepuluh biji buah timun. Jenuh la kalau setiap dua biji melon dapat sepuluh biji timun. 🤭🤭🤭
.
Assalamu'alaikum.
Perkembangan terkini projek fertigasi cili bara.
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Pokok cili bara kami dah mula berbuah dah. Pagi ni kami sambung prunning dan ikat tali pada pancang buluh tu.
p/s: Moga Allah permudahkan segala urusan bagi semua team yang terlibat dalam projek fertigasi cili bara ni. Aamiin.
.