Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Monday, January 20, 2014

Taman mini di hujung beranda.. :)

Assalamualaikum...

Taman mini di hujung beranda.. :)


Aku memang suka main ubah-ubah kedudukan barang kat rumah aku.. Itupun bergantung jugak barang apa yang aku nak ubah.. Kalau katil dengan almari yang besar gedabak tu, ko duduk la kat situ sampai mereput.. Takdenya aku nak ubah haiihhh.. hehehe.. Aku ubah mana-mana yang termampu aku buat ikut tenaga aku je la.. hehh...


Dan semalam aku buat perubahan sikit kat beranda rumah aku ni.. Aku cipta *ecehh satu laman mini kat situ.. Pagi tadipun aku sambung sikit.. Just buat untuk sedapkan mata dan menaikkan mood.. heee...


Mula-mula buat macam ni.. Nampak macam kosong je, kan...



Lepas tu buat macam ni pulak.. Panjang sikit pelapik tu..



Lepas tu, tambah lagi pokok...



Zoom in sikit botol recycle ni.. hehh..



Lepas tu, teringat pulak kat jaring kipas yang dah rosak tu.. Mujur aku simpan kat tempat selamat.. So, masih cantik lagi la rupa jaring tu..



Akhirnya, jadilah begini.. Untuk waktu ni laa.. Kejap lagi aku tak pasti macam mana pulak rupa taman mini aku ni sebab aku memang suka bermain dengan deko-deko ni..



p/s: Selain dari main masak-masak, main deko-dekopun best jugak tau.. ahahh...
.

Cawan sukatan untuk menyukat..

Assalamualaikum...

Cawan sukatan untuk menyukat..


Aku ni memang suka membeli peralatan untuk menyukat bahan seperti tepung, gula dan sebagainya ni.. Sukatan cawan tu dah ada tiga jenis termasuk dari tupperware yang warna putih tu.. 


Yang kuning tu baru aku beli kat Giant Nilai hari tu.. Lain yang aku cari, lain yang aku beli.. ahahh...


Aku masih lagi mencari satu jenis lagi cawan sukatan ni iaitu jenis stainless steel yang biasa aku tengok chef gunakan tu.. Tapi sampai sekarang masih lagi tak jumpa.. Jika dah dapat jenis tu, konpem aku berhenti membeli cawan sukatan ni.. hehh..


Aku nak cari yang macam ni laa.. Baru semangat sikit nak cuba macam-macam resepi.. ahahh.. Banyak la ko punya alasan, kannnnn... kehkehkeh...


p/s: Selagi tak jumpa, selagi tak dapat, selagi tu la tak puas hati.. hehh..

Saturday, January 18, 2014

Main masak-masak jom.. ahahh..

Assalamualaikum...

Main masak-masak jom.. ahahh..


Cooking is at once child's play and adult joy. And cooking done with care is an act of love - Craig Clayborne


Oleh itu, marilah kita main masak-masak.. Jangan masa kecik je rajin main masak-masak.. Bila dah besar, semua dok pakat suruh mamak kedai yang masak.. hehehe..


Bancuhan apam tepung gandum yang dah kembang.. Perap dalam 2 jam atau hingga dia naik..



Sementara menunggu bancuhan apam tu mengembang, boleh la sapukan acuan dengan minyak masak untuk mengelakkan kuih melekat pada acuan..


Lepas tu terbalikkan acuan untuk mengelakkan minyak tadi bertakung...


Panaskan air dulu sampai mendidih... Tengok ni.. Kepala kukusan pun tutup aurat.. hehh...


Masak satu loyang untuk satu-satu masa.. Hari tu aku pernah buat masak sekali dua loyang.. Hasilnya, kuih apam yang loyang bawah tu lembik sebab air kukusan tu masuk dalam loyang tu..





p/s: Okay, selesai satu menu untuk minum petang hari ni.. ehehh..

Friday, January 17, 2014

Punya la besar gedabak...!!!

Assalamualaikum...

Punya la besar gedabak...!!!


First of all, memang aku terkejut ya amat bila ternampak dia melekat kat tong air tu.. Bukan setakat terkejut tanpa suara iaitu mulut ternganga melopong kosong macam tu je.. Ni dah la terkejut, lepas tu siap menjerit lagi; mak aihhhh..., bosa ehh..!!! Osah bosa boto...!! Bosa godabak..!!! Haaa..., amekawww.. Kan dah terkeluar dah bahaso latin den.. haha..


Apa benda yang besar gedabak tu..?? Haa.. Ni la yang aku nak tunjuk ni.. Pertama kali tengok siput babi yang saiz dia memang besar sangat-sangat.. 



Selalunya siput babi yang aku pernah tengok saiz dia paling besarpun sama ada takat tiga jalur yang bawah tu ataupun cuma bahagian yang atas tu je.. Tapi kali ni aku dipertemukan dengan saiz besar macam ni.. Mana la aku tak terkedu lima saat.. ahahh..




p/s: Bila lama-lama tengok dia punya kepala (?) yang melekat kuat kat dinding tong tu, rasa kembang pulak anak tekak.. Dalam pada tu, beranikan jugak diri ambil gambar dia... hahaha...

Sempoiiiiiiiiiiii......!!!

Assalamualaikum...

Sempoiiiiiiiiiiii......!!!


Bila kita sudah di-biasa-kan dari kecil untuk makan makanan yang ala kadar, maka bila dah dewasapun kita tidak susah untuk menerima makanan sebegitu... InsyaAllah.. Bukan semua orang Melayu jenis yang mudah lupa asal usul atau berbangga dengan makanan mahal.. hehh..


Menu berasaskan tauhu dan kobis..



Makan tempe dan tauhu ni dengan sos masam manis.. Cara nak buat sos, boleh klik sini.. hehh...

Boleh juga letak hirisan sayur kobis.. Sedap.. 


Tak payah nak pening-pening kepala nak fikir nak masak apa.. Makan je la apa yang ada.. Sempoi pun sempoi la.. Rezeki dari Allah jangan dibuang dan dipersiakan begitu sahaja.. Tak perlu la nak ikut sangat kehendak anak tekak yang mengada-ngada yang nak makan benda yang mahal je..


Jangan amalkan berkampung kat kedai makan.. Dan jangan beri alasan takde masa nak masak atau tak sempat nak masak atau tak tau nak masak.. Itu semua alasan basi.. 


p/s: Bak kata my Omak; kalau dah jonih polasu tu, polasu la jugak.. amekawww... *polasu = pomaleh = pemalas tahap gaban cipan cimpenzi tapir semua tu.. huhuhu...

Thursday, January 16, 2014

Sos masam-masam manis...

Assalamualaikum...

Sos masam-masam manis...



Hari tu aku ternampak la entry berkaitan sos ni lalu kat timeline.. So, akupun jenguk la sekejap sebab nampak macam mengecurkan air liur je.. ahaha.. Lepas tu mula la pasang angan-angan nak cuba buat pulak... Gitulah permulaannya.. Dan terima kasih kat pemilik blog yang sudi berkongsi idea.. 


Dan, akupun belilah bahan utamanya iaitu nenas... Ikut resepi asal cuma guna secawan nenas je yang dah dipotong kecil tapi aku ni guna sebiji nenas terus.. Bukan apa, buat banyak sekaligus then simpan dalam peti sejuk.. Anytime bila rasa nak guna, just keluarkan je.. Lagipun nenas kat sini susah nak jumpa.. Pastu mahal pulak tu.. Sebiji harga dia RM3.. Takde la besar manapun.. hehh..


Sebiji nenas sederhana besar..


Buang la hidung nenas tu.. Lepas tu potong kecil-kecil dan kisar halus bersama 5 ulas bawang putih dan segenggam cili kering yang dibelah dua dan dibuang bijinya serta 2 cawan air..


Dalam ni ada bahan yang dikisar tadi. Tambah lagi 2 cawan air dan masak hingga mendidih dan lepas tu masukkan 1 cawan gula + perahan sebiji lemon + garam secukup rasa + 3/4 cawan sos cili.. Letak banyak air supaya cili tu betul-betul masak.. Lepas dah mendidih banyak tu, masukkan pula bancuhan tepung jagung untuk memekatkan sos iaitu 4 sudu makan + sedikit air dan 3 sudu makan bijan. Masak lagi hingga sos sedikit pekat.. 


Biji-biji tu bukan biji cili kering tau, tapi bijan..




Aku buat sos nenas atau sos masam manis ni ikut cara aku sendiri.. Sukatan bahanpun main hentam saja la labuu.. Ikut rasa kat lidah.. Mana yang kurang tu aku tambah.. Aku gantikan cuka makan tu dengan air perahan dari sebiji lemon sebab cuka ni tak bagus untuk kesihatan.. hehh.... Then aku tambah tiga sudu makan bijan.. Saja la konon-konon nak bagi sos ni nampak cantik tapi tak nampak cantikpun... ahaha..


Cara nak buat sos masam manis ni lebih kurang sama je dengan nak buat sos yang guna tomato tu.. Cuma watak utama je yang berlainan.. Gantikan tomato dengan nenas.. Cara nak masak yang lebih teratur boleh rujuk kat link atas tu ya.. Cara aku ni tak teratur sangat.. heeee...


p/s: Lepas ni boleh la makan cokodok ikan bilis atau keropok dengan cicah sos ni.. Tak payah dah nak beli sos kat kedai... hehh... Nak makan kerang rebus cicah sos ni pun boleh.. Boleh jugak curahkan sos ni atas ikan goreng.. Kiranya sos ni sos pelbagai guna la.. Kan jimat namanya tu... hehehe..

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)