Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Tuesday, February 4, 2014

DIY: Buat tempat untuk letak baja dalam pasu bunga...

Assalamualaikum...

DIY: Buat tempat untuk letak baja dalam pasu bunga...


Selalunya orang akan main campak atau tabur je baja kimia kat dalam pasu pokok bunga.. Lepas tu tinggal macam tu tak siram baja tu. Jadinya pokok bunga akan lecur dan mati sebab akarnya panas terkena baja kimia tadi.. Benda ni dah selalu sangat jadi kat pokok bunga rumah aku ni.. Kadang-kadang aku yang buat dan ada masanya mak aku yang buat.. haha..


So, kali ni aku dapat satu idea untuk mengelakkan baja kimia tadi dari bersepah-sepah kat dalam pasu dan merosakkan serta memusnahkan akar pokok tu. Caranya ialah dengan menggunakan batang pvc yang selalu orang gunakan untuk sambung saluran air di bawah sinki dapur..




Potong batang pvc tu dalam anggaran lima hingga enam inci setiap satu.. Gunakan batang pvc yang saiz kecil tapi terpulanglah pada kehendak masing-masing nak gunakan saiz kecil atau besar..




Kemudian, tanamkan batang pvc tadi ke dalam pasu bunga yang dikehendaki.. Tekan sedikit dalam anggaran dua inci ke dalam tanah supaya kedudukan batang pvc tu kejap dan tidak bergerak.. Letakkan batang pvc tu jauh dari pangkal pokok..





Akhirnya, boleh la letakkan baja dalam batang pvc tadi.. Jadi baja tu tidak la bersepah ataupun tercampak masa kita siram pokok bunga tu dengan air dari getah paip.. Kalau siram dengan gayungpun takpe tapi larat ke nak siram pokok yang banyak dengan gayung..?




Ada orang masa dia nak letak baja dalam pasu, dia gunakan skru driver yang panjang tu, lepas tu dia buat lubang dan masukkan baja dalam lubang tadi dan timbus balik lubang tersebut.. Pada aku cara tu leceh sebab kadang-kadang tanah dalam pasu ni keras.. Susah nak cucuk.. 


p/s: Aku bukan pakar tanaman pokok tapi nak jugak kongsi apa yang aku buat.. Terpulang samada nak ikut atau abaikan..

Monday, February 3, 2014

Sessi masuk dapur: Meroti dan mendonat..

Assalamualaikum...

Sessi masuk dapur: Meroti, mendeko dan mendonat.. 



Roti ni aku buat menggunakan campuran antara tepung gandum dan tepung roti iaitu 7 cawan tepung gandum dan 1 cawan tepung roti.. Aku uli guna tangan je.. Malas nak guna mixer.. 


Yis yang dah mengembang...




Hasil tangan dua orang anak buah.. 


Setiap doh tu aku timbang dengan kadar berat lebih kurang 50 gram.. Lepas tu roti sosej dengan roti yang ada manik urai kaler warna-warni tu anak buah aku yang gelek doh dia.. Dua orang anak buah yang sangat rajin menolong aku.. Sosej tu aku potong dan belah dua dan dorang juga yang letakkan atas doh tu.. Aku ajar la cara nak buat.. Lepas tu terus dorang boleh buat sendiri..







Roti bentuk bunga ros tu kitorang buat sama-sama.. Aku saja nak mempelbagaikan peten roti ni sebab akupun tak pandai bab mendeko ni.. Sampai terbukak kelopak bunga ros tu.. hehh..


Satu tu je yang aku letak krim sebab aku tak pandai nak belah roti tu padahal krim butter tu aku dah buat dulu dah.. huhuhu..


Roti ni aku yang buat.. hehe..


Resepi doh roti ni ada kat blog dapo aku ni ya... Cuma kali ni aku tak letakkan dough softener dan hasilnya roti masih lagi lembut.. Tapi takde la selembut roti yang dibuat oleh chef atau pakar... huhu... Kat sinipun ada jugak roti yang aku buat dengan menggunakan resepi yang sama..


Okay, habis cerita kisah meroti.. Sekarang ni sambung kisah mendonat pulak naaaa... heeeee...


Yis yang dah kembang...


Tepung gandum + garam...


4 biji kentang rebus yang dilenyek..


Ramas-ramas hingga jadi seperti serbuk roti.. Kemudian curahkan campuran yis ke dalamnya dan uli sebati..


Doh yang dah siap di-uli dan tak melekat di tangan..


Bulat-bulatkan dulu.. Setiap ketul beratnya dalam anggaran 30 gram.. Lepas tu terus tekan doh tu sikit untuk meleperkannya..


Kemudian, buat lubang kat tengah-tengah doh tu.. Aku cucuk kat tengah doh tu dengan hujung batang sudu, pastu baru aku jolok dengan jari dan bentukkan lubang dan doh tu..


Biarkan doh tu kembang sikit.. Jangan perap terlalu lama.. Takut nanti doh tu tak boleh nak diangkat sebab dah terlalu kembang dia jadi lembik dan tak boleh dipegang..







Resepi donat kentang ni pun ada kat blog dapo aku ni.. 


p/s: Alhamdulillah... Semuanya habis dimakan oleh kaum kerabat yang balik bercuti kat rumah ni.. Roti sosej tu sampai tak cukup.. Anak-anak buah suka sangat.. Donat tu pulak separuh aku bekalkan kat dorang untuk bawak balik..

Monday, January 27, 2014

Kita tumbuk je dia tu... hehh..

Assalamualaikum...

Kita tumbuk je dia tu... hehh..




p/s: Ini je nak bagitau.. 

Takde nama ehh...?

Assalamualaikum...

Takde nama ehh...?


Walaupun dorang kat bawah ni semuanya kucing, tapi bila panggil je nama dorang, terus dorang datang ataupun menoleh.. Tak macam sesetengah manusia, panggil nama dia sampai nak pecah anak tekakpun dia buat donno je.. hehh..


Ini Momok..
Diapun ada nama...



Ini ibu Momok..
Nama dia Popok..
Diapun ada nama...



Ini adik Momok..
Nama dia Neineng..
Pun ada nama jugak...



Macam mana dengan orang yang takde nama ehh...? Tak kan nak panggil hoiii sepanjang masa.. Kang tak pasal-pasal kena sound pulak, kan..



Sunday, January 26, 2014

Cara nak lukis pola untuk lubang leher baju kurung/baju melayu/baju cekak musang...

Assalamualaikum...

Cara nak lukis pola untuk lubang leher baju kurung/baju melayu/baju cekak musang...


Pheww....!!! Dah lama sangat rasanya aku tak buat tutorial yang berkaitan dengan bidang jahitan ni, kan..? So, kali ni aku nak kongsikan cara nak lukis pola untuk lubang leher baju kurung dan yang sewaktu dengannya.. Phewww lagi sekali sebab susahnya la haiihhh nak melukis.. 


Pola lubang leher ni juga dipanggil bulan untuk leher bagi sesetengah tukang jahit.. Selalunya orang belah selatan iaitu Johor yang panggil macam tu.. Mungkin sebab bentuk pola tu macam bentuk bulan separuh, tu yang dipanggil macam tu kot.. 


Okay, mari kita mulakan pengiraan dulu ya.. Sebelum nak lukis pola lubang leher ni, kena la ambil dulu ukuran untuk keliling leher tu. Masa ukur guna pita pengukur tu, masukkan satu jari ke dalam lilitan pita dan catit ukuran yang dikehendaki...


Contoh ukuran untuk buat pola keliling leher.. Sila rujuk pada gambar step by step ya..

Keliling leher: 16 1/2 inci dibahagi 6 = 2.75 inci (Jika ukuran keliling leher 15 inci, pun bahagi 6 jugak..)


Mula-mula buat garisan asas macam ni kat atas manilakad atau kertas yang tebal sikit macam kertas kotak tisu tu... Nak lukis atas kad raya yang lama-lama tu pun boleh.. Jangan guna kertas yang terlalu tebal..


Kemudian buatkan garisan empat segi sama seperti dalam gambar mengikut ukuran yang dah kita catitkan tadi iaitu 2.75 inci..


Lepas tu, naikkan 3/4 inci di bahagian atas garisan bahu dan turunkan 3/4 inci juga di bahagian bawah. Rujuk gambar.. *Ada orang cuma naikkan 1/2 inci kat bahagian atas tu.. Terpulang pada keselesaan si pemakai..


Akhir sekali, bentukkan garisan separa bulat seperti dalam gambar.. Boleh guna peralatan geometri yang ada dan kemudian ukur garisan melengkung tersebut.


Sebelum potong kertas pola leher tu, ukur dulu garisan melengkung tersebut dengan menggunakan pita pengukur. Caranya ialah dengan menegakkan pita pengukur tadi menyusuri lengkungan secara perlahan-lahan.. Pastikan ukuran melengkung tu sama dengan ukuran keliling leher tadi iaitu 16 1/2..


Ni contoh cara nak ukur pola lubang leher tapi yang ni saiz lubang leher dia 14 inci dan dah siap potong.. Malas nak buat yang baru.. hehh..


Okay, setakat ni dulu ya.. Panjang umur kita jumpa lagi dalam bab lain pulak.. Itupun jika aku rajin la nak buat tutorial semua ni.. hehh... Seperti biasa, sila klik pada gambar jika inginkan gambaran yang lebih jelas..


Dan gambar kat bawah ni yang aku buat sebelum aku crop dan jadikan separuh bulatan.. Aku tak reti nak melukis.. huhuhu.. So, aku buat je la mana yang terfikir dek akal.. Yang penting jadi.. hehehe..




p/s: Dan klik la sekali iklan yang keluar tu.. Terima kasih ya.. hehh....

Friday, January 24, 2014

DIY: Bekalan air untuk pokok yang ditinggalkan...

Assalamualaikum...

DIY: Bekalan air untuk pokok yang ditinggalkan...


Siapa yang takde masa nak siram selalu pokok-pokok dalam pasu dia, boleh cuba buat teknik macam ni.. Kita sama-sama buat untuk kesejahteraan pokok-pokok yang kita tanam.. hehh..





Ambil penyedut atau straw yang ada dalam botol gel mandian sebab penyedut tu keras sikit jika nak dibandingkan dengan straw biasa.. Lepas tu ambil penutup botol minuman, buat lubang dan masukkan penyedut tadi.. Buat lubang jangan terus besar, takut nanti bolos pulak penyedut tu.. Buat kecil-kecil dulu.. Pelan-pelan maaa....


Tarik keluar penyedut tu dan potong ikut panjang yang disukai..


Lepas tu isikan botol minuman tadi dengan air, tutup botol dengan ketat dan boleh la cucukkan muncung botol tu dalam tanah dalam pasu pokok bunga korang.. Jadi, takde la pokok bunga tu kering tak bersiram.. Nanti bila air dalam botol tu dah habis, isi la balik semula sampai penuh..


Masukkan penyedut tadi ke dalam penutup botol yang sudah dilubangkan.. Lebihkan sedikit kat bahagian dalam penutup tu..


Contoh nak buat dah ada.. Cuma rajin dengan malas je nak buat.. Kalau rajin, selamat la pokok kau.. Kalau malas, matilah pokok kau.. Itu je.. As simple like that.. Haa... Kan dah kuar loghat london ehh... ;)




Kalau nak lagi selamat dan air tu keluar dari penyedut botol tu, boleh la ikatkan botol tu dengan pancang kayu.. Bukan apa, takut jugak air tu susah nak keluar sebab hujung penyedut tu dimasuki tanah.. Ataupun buat satu lubang kecil kat tepi botol tu untuk mengurangkan tekanan dalam botol..?? Sekadar pendapat je.. Yang penting, kena try and error la.. huhu..


Try and error yang aku dah buat tadi, cucuk botol secara senget atau menyerong sikit.. Jika cucuk secara menegak seperti dalam gambar di atas, nanti air tak keluar sebab tersekat dengan tanah yang masuk ke dalam penyedut masa kita cucuk tu..


p/s: Nak upah orang siram pokok bunga kitapun mahal jugak.. Jadinya, boleh la gunakan teknik ni jika nak balik kampung ataupun pergi bercuti.. Lepas selesai berjimba semua tu, kalau rasa nak cabut balik botol minuman pokok bunga tu, boleh je cabut.. 

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)