Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Monday, December 8, 2014

Budaya F yang sangatlah.... hmmmmm...

Assalamu'alaikum....

Budaya F yang sangatlah.... hmmmmm...


Sejak kebelakangan ini, budaya F semakin menjadi-jadi.. Ianya dah menjadi seperti satu penyakit kronik yang tiada ubatnya.. 




Apabila dah terlampau banyak komen F tu, kita yang nak mencari info atau maklumat pada ruang komen tu pun dah jadi susah.. Kena scroll semua komen yang ada.. Tak ke haru namanya tu.. huhuhu..


F tu stand for follow iaitu follow sesuatu status atau post.. Bila letak F tu, secara tak langsung akan dapat notification.. Sebenarnya kalau tak komen F tu pun dah boleh dapat notification.. Just klik je tanda v macam kat gambar bawah ni.. Tanda ni ada kat sebelah kanan nama si tukang post status...





Lepas tu nanti dia keluar la macam kat bawah ni... Klik la Turn on notifications tu.. Nanti dapat la berderet-deret notifcation yang masuk..




Aku rasa yang dok komen F ni orang yang browse guna enpon... Tak tau la betul ke tidak.. Yang guna kamputer kalau boleh jangan la dok main-main dengan F ni.. Kasihanilah orang yang betul-betul nak bersoal jawab kat ruangan komen tersebut tanpa gangguan dari si F..


p/s: Jangan sampai F tu jadi Fedap dah la... huhuhu...

Sunday, December 7, 2014

Homemade black pepper mini pizza..

Assalamu'alaikum...

Homemade black pepper mini pizza..



Maaf ya jika ada yang jemu, muak atau meluat tengok entri kat sini.. Tak paksapun suruh baca.. hehh... Mana la tau kot ada yang naik cemuihh dengan entri masak-masak ni.. Aku ni bukanlah nak bajet bagus.. Tak bagus pun.. Sekadar nak berkongsi je.. Selebihnya nak jadikan kenangan di masa akan datang.. 


Semalam aku buat roti lagi.. Masih menggunakan resepi yang sama tapi aku tambahkan 1/2 sudu teh bread improver sebab nak tengok struktur roti tu macam mana.. Memang lembut sikit la dari roti yang hari tu.. Kali ni aku buat black pepper mini pizza.. Buat roti manis hari tu anak-anak buah macam tak berapa suka..Mungkin sebab dorang tak suka pada jem tu kot..



 Yis yang dah kembang...



 Tepung gandum + garam + bread improver + telur+planta.. Curahkan yis yang dah kembang tadi dan gaul sebati... Lepas tu lakukan proses pemerapan lebih kurang satu jam atau satu jam setengah atau hingga doh tu naik dua kali ganda dari saiz asal..



 Kemudian, timbang setiap doh 50 gram.. Gelek dan cucuk dengan garfu.. Yang dalam cawan sukatan tu untuk contoh.. Bila doh tu dah hampir sampai paras atas cawan tu, boleh la mula panaskan oven dan topping..




 Bila doh dah naik, boleh la sapukan kuning telur untuk dapatkan warna yang sekata bila masak..



 Lepas tu letakkan sos black pepper.. Pedas ni.. Jangan letak banyak sangat kalau tak tahan pedas...



 Dan letaklah bahan hiasan iaitu sosej, mix vege, sos cili dan mayonis.. Kalau bajet besar, boleh la letakkan cheese... Aku punya mini pizza ni takde bajet besar.. hehh...






Lepas tu boleh la bakar.. Aku bakar guna oven letrik Zanussi.. Bakar guna api atas dan bawah dengan suhu 170 C dan bakar selama lebih kurang 18-20 minit.. Lima minit terakhir tu aku gunakan api bawah sahaja sebab nampak bahagian atas tu dah mula coklat...







Video kat bawah ni cara aku uli ikut macam kat website tu.. Bezanya, doh aku sukatan dia berat sekali ganda sebab aku gandakan sukatan bahan.. Dan aku hempas-hempaskan jugak doh tu.. Proses ni aku buat lebih kurang 30-40 minit.. Lenguh weeii lengan aku.. Bertambah naik la muscle aku ni.. ahaha...



Habis semua bergegar.. hehh...


p/s: Sekian entri untuk hari ini.. Harap ada manafaat.. Jika ianya tidak memberi sebarang manafat, abaikan sahaja ya.. Resepi dan cara nak buat roti pizza ni ada kat sini.. 

Saturday, December 6, 2014

Si mat tangga...!

Assalamu'alaikum...

Si mat tangga...!


Iya.. Ini si mat tangga.. Bukan si mat bangla atau mat nepal.. Gelaran diberi kerana dia suka sangat kat tangga.. Obses agaknya dengan tangga tu sampai suka sangat tidur kat situ.. Tidur pulak punya la nyenyak.. Lolap manjang.. ahahh..




Dia paling suka tidur kat bahagian tengah tangga tu.. Bak kata orang Negeri Sembilan; tido monyompang jalan.. Maksudnya, tidur tu menghalang jalan orang nak lalu..




Mungkin dia teringat kat Combi sebab masa hayat Combi ada, dorang berdua suka lepak kat tangga ni.. Seekor kat sebelah kiri tangga dan seekor lagi kat sebelah kanan tangga.. Lepas tu kaki depan masing-masing dok main cakar-cakar dari jauh.. haha.. 


Sekarang dia dah tinggal sebatang kara, tu yang dia lepak kat tengah-tengah tangga tu kot.. Kiranya macam nak conquer tangga tu la.. ahaha.. Sebab tu aku gelar dia mat tangga.. hehh.. hehh.. hehh..


p/s: This is Cullen aka Kulearn yang ensem... hikk hikk hikk..

Friday, December 5, 2014

Hanya KAU yang TAHU...

Assalamu'alaikum...

Hanya KAU yang TAHU...


Kadangkala, ada orang yang buat status 'gembira', bukan bermakna dia sedang gembira, tetapi dia cuba untuk menenangkan dukacitanya di dalam HATI...




p/s: Dan hanya KAU yang MAMPU...

Meroti: Never give up..!

Assalamu'alaikum...

Meroti: Never give up..!


Yeszaaa....! Lewat petang semalam, aku meroti lagi.. Jika nak diikutkan rasa hati, dah mula nak give up untuk mencuba resepi baru sebab takut tak menjadi seperti si empunya resepi tu buat.. Ni semua gara-gara roti yang aku buat hari tu keras kejung sedangkan roti yang tuan punya resepi tu  buat punya la lembut.. Jadinya, jangan salahkan resepi.. Salahkan diri sendiri atas kegagalan mendapatkan hasil yang sama.. hehh..


Kali ni aku cuba lagi meroti.. Cuba lagi guna resepi yang baru.. Kuatkan semangat atas dasar nak tau menjadi ke tidak roti yang ini.. Alhamdulillah, menjadi.. Strukturpun lembut sikit.. Takde la lembut macam roti gardenia tu.. Melampau la nak samakan level sampai macam tu, kan.. ahahh...














Kali ni semuanya roti manis.. Takde nak letak sosej bagai.. Kebetulan adik aku balik.. Dia tak suka roti yang ala-ala mini pizza tu.. Dia suka roti macam ni..



Thursday, December 4, 2014

Asam pedas untuk dia..

Assalamu'alaikum...

Asam pedas untuk dia.. 


Ini bukan asam pedas untuk golongan berada.. Asam pedas ini untuk golongan sederhana macam aku ni.. Asam pedas golongan berada ikannya pasti mahal sedangkan asam pedas aku ni cuma guna ikan selayang sahaja.. 








Nak beli ikan kembung harga dia mahal, RM16 sekilo.. Ikan selayang ni sekilo RM10.. Ikan parang aku kurang suka sebab banyak tulang.. Bukan jenis tak sabar tapi buang masa nak kena pilih dan asingkan tulang temulang tu dulu.. Asyik pilih tulang je sampai terbantut nak makan.. Hilang fokus untuk menikmati aroma masakan tu.. haha..


p/s: Asam pedas untuk dia tu maksudnya untuk orang yang ada kat rumah ni la.. Kalau tak berkenan dengan asam pedas ni, silalah goreng telur sendiri.. hehh..

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)