Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Wednesday, May 30, 2018

Berbahagi rezeki di bulan Ramadan.

Assalamu'alaikum.

Berbahagi rezeki di bulan Ramadan.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.


Setelah lama menunggu, akhirnya dapat jugak merasa buah durian belanda ni. Kali ini, buah dia besar. Beratnya 2.6 kilogram. Rasanya, inilah buah durian belanda yang paling besar dan berat sepanjang pokok tu berbuah.




Ingatkan apabila buah tu dah kena bungkus, selamat la buah ni dari kena kokak dek tupai. Rupanya, dapat jugak dia gigit sikit. Haha. Tak apalah. Buahpun besar. Apalah salahnya bagi tupai tu makan sikit, kan? Tak larat tupai tu nak habiskan sebuah besar macam tu.




Malam sebelum tu, hujan lebat. Aku rasa pembalut tu jatuh ditimpa hujan. Petang esoknya baru aku ternampak pembalut tu dah ada kat bawah pokok. Akupun apa lagi, berkejar la pergi tengok. Memang betul, buah tu dah kena kokak sikit. Padahal, boleh dikatakan setiap hari aku tengok dan tekan sikit buah tu sebab nak tahu dia dah masak atau belum.




Aku suka tabur garam halus sikit. Barulah sedap dimakan begitu sahaja. Nak buat jus? Maaf la, aku sangat tidak rajin. Heh.


p/s: Ada tiga biji lagi buah di atas pokok tapi buahnya masih kecil lagi. Ada la sebesar penumbuk aku. Nampaknya, raya ni tak dapat la nak kenduri buah durian belanda ini.
.

Tuesday, May 29, 2018

Macam ni je dah RM82.70?

Assalamu'alaikum.

Macam ni je dah RM82.70?

Semalam, aku ke bandar. Beli la 'sikit' barang-barang yang ada kaitan dengan jahitan. Sekali lepas kira semua barang tu, tak tertelan air liur dibuatnya. Mahalnya la haiih..!




Harga barang jahitan makin lama makin mahal. Harga upah jahit baju, kalau aku naikkan sikit, mula la terdengar suara sumbang di belakang. Rasa nak menangispun ada. Tapi nak buat macam mana. Reda aje la. Allah je yang tahu apa yang aku rasa. 


p/s: Apa nak buat. Nak guna, terpaksa la beli juga. 
.

Wednesday, May 23, 2018

Rawatan mujarab untuk kurangkan rasa kebas pada anggota badan.

Assalamu'alaikum.

Rawatan mujarab untuk kurangkan rasa kebas pada anggota badan.

Siapa yang selalu merasa sakit-sakit badan atau sering merasa kebas dan tidak selesa pada anggota badannya, boleh la cuba ikut petua ini. Bahan yang diperlukan pun jenis yang mudah disediakan.




p/s: Tak cuba, tak tau, kan? Lagipun ini bahan semula jadi. Kiranya bebas dari bahan kimia la. Daripada makan supplement atau pil yang kita tak tahu isi kandungannya, baiklah cuba buat dan amalkan dahulu petua ini.
.

Tuesday, May 22, 2018

Tanam nanas dalam pasu.

Assalamu'alaikum.

Tanam nanas dalam pasu.

Pagi tadi, aku ubah anak pokok nanas dari dalam bekas semaian, masuk ke dalam pasu. Sebelum itu, kenalah angkut dulu segala yang berkaitan dengannya. Angkut batu-bata untuk buat lapik pasu, angkut pasu, angkut tanah dan sudah semestinya, angkut sekali bekas semaian tadi.




Tak habis lagi kerjanya. Maklum la, banyak selingan masa buat kerja ni. Kemaspun tak siap lagi ni. Takpe la. Esok je la sambung buat kerja tu.


p/s: Kita usaha sahaja. Tak buat, tak tahu, kan?
.

Monday, May 21, 2018

RM45 satu set.

Assalamu'alaikum.

RM45 satu set.

Aku nak lepaskan novel yang aku baru beli ni. Setiap set, harga dia cuma RM45 sahaja. Harga dah termasuk caj poslaju untuk Semenanjung.


Kondisi novel seperti baru sebab aku baca sekali sahaja. Lagipun, aku memang jenis yang sayang nak rosakkan buku. Mahal weii aku beli. Ni kira dah murah dah aku jual balik. Siap harga kombo lagi demi untuk menjimatkan kos postage.







p/s: Aku dah tak mampu dah nak simpan semua novel yang aku beli. Almari buku cuma ada satu je. Itupun dah penuh dah. Belum masuk lagi yang aku simpan dalam storage box.
.

Wednesday, May 16, 2018

Resepi roti jala.

Assalamu'alaikum.

Resepi roti jala.

Aku memang fail kalau buat roti jala ni. Masa nampak post fasal roti jala ni, terus la aku menyampuk di ruangan komen. Malu bertanya, tak dapat apa la, kan? 




Alhamdulillah, tuan punya post sudi berkongsi resepi dan tips. InsyaAllah, jika berkelapangan, aku akan cuba buat. Bahanpun benda asas je. Takde la kena cari bahan yang pelik-pelik. Cuma kalau aku buat, sukatan tu aku kena kurangkan. Maklum la, baru belajar, kan?




p/s: Saja letak kat dalam blog supaya senang nak refer apabila diperlukan nanti.
.
Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)