Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Thursday, August 11, 2022

Jom tanam cendawan tiram!

Assalamu'alaikum.

Jom tanam cendawan tiram!


Alhamdulillah. Sampai dah bongkah cendawan yang aku beli dari tiktok. 😁😁😁 Bungkusan elok dan kemas. 👍👍👍




Ni bukan makanan Peah ya.. 😁😁😁


Jom mulakan unboxing. 😁😁😁


Aku beli 6 bongkah je dulu sebagai permulaan. Ni kali pertama aku nak tanam cendawan tiram ni. Ilmupun takde lagi.





Cendawan ni dah matang. Dah boleh mula susun dan buka penutup botol.

Aku tak tau nak letak bongkah cendawan tu kat mana. Jadi, aku letak la kat bilik air kat luar tu. Gigih oii dok cari tali dan buat para emergency tu. 🤭🤭🤭 



Mula-mula, aku letak bongkah tu atas tembok kolam yang aku alas dengan kayu (lupa nak ambil gambar). Tapi takut pulak air terpercik masuk dalam mulut botol tu. Lagipun seller tu kata kena letak kat atas. Tu yang aku buat para tu. Terkial-kial la nak jolok tali ikut celah lubang atap tu. Nak panjat kerusi, aku ni gayat sikit. Takut kerusi tu patah je. 😆😆😆 

Lepas tu, aku susun macam kat bawah ni pulak sebab nak elakkan air terpercik ke dalam mulut botol.



p/s: Mudah-mudahan sihat dan subur la cendawan ni nanti. Aku nak jugak merasa hasilnya. 😁😁😁

.

Wednesday, August 10, 2022

Masak asam pedas ikan cencaru.

 Assalamu'alaikum.

Masak asam pedas ikan cencaru.


Dah agak lama aku tak masak asam pedas ikan cencaru ni. Ni salah satu lauk kegemaran aku. Asam pedas aku versi ceroi. Aku tak suka asam pedas yang pekat likat semua tu. Pada aku, asam pedas aku lagi sedap walaupun ceroi. Haha.













p/s: Alhamdulillah. Terima kasih Allah di atas rezeki ini.

.

Food processor dari tiktok.

 Assalamu'alaikum.

Food processor dari tiktok.


Hari tu aku kena racun dengan iklan di tiktok. 🤭🤭🤭 Selama ni, aku tak pernah beli barang kat situ. Selalunya aku tengok je orang share apa yang dorang beli. Kali ni, aku pulak terjebak. 😁😁😁

Mula-mula, aku beli food processor isian 3L. Tak sampaipun RM50 sebab ada diskaun RM10 dari tiktok. Lepas tu, aku beli pulak 6 buah bongkah cendawan tiram. Tak sampaipun RM20. Bongkah cendawan ni belum sampai lagi. Dah sampai nanti, aku update la dalam fb, tiktok dan blog. Hiks..

Alhamdulillah. Food processor yang aku beli melalui tiktok dah sampai dah. Isian 3 liter. Takde brand pun takpe la. Janji boleh guna. Harga? RM47.90 je selepas tolak diskaun RM10. 



Dulu, aku berangan nak beli food processor brand Philips tapi sampai sudah tak beli-beli. Akhirnya, aku beli yang ini je. 🤭🤭🤭 

Dua-dua benda ni memang dari dulu aku nak beli tapi tertahan-tahan. Jadi, hari ni aku lepaskan segala rasa nak beli tu. Takde nak tahan-tahan dah. Haha. 






Kiranya ni reward untuk diri aku la. Nak beli novel, asyik ebook je yang keluar. Dah la aku ni tak minat dengan ebook. Tu yang beli benda lain. Tukar haluan la pulak. Gittew..!



p/s: Korang dah terjebak ke belum? Haha.

.

Tauhu berlauk dari newbie. 🤭

 Assalamu'alaikum.

Tauhu berlauk dari newbie. 🤭


Ni kali pertama aku buat tauhu berlauk ni. Walaupun umur dah masuk kategori warga emas, tapi aku tetap nak mencuba. 😁 Gigih aku cari bahan di pekan sehari tapi tup-tup lupa nak beli carrot. Maka, putih aje la warna tauhu berlauk aku ni. Haha.











Bahan tauhu berlauk aku:
.
3 ketul isi ayam 
2 biji telur C (ini je saiz yang ada)
3 ketul tauhu lembut
2 tiub tauhu telur
1 kiub pati ayam
1 sudu teh lada hitam kisar
3 pokok daun sup
4 tangkai kacang buncis - gantikan carrot
.
Masukkan semua bahan dalam blender atau food processor. Kisar lumat. Then masukkan dalam acuan lompang. Kukus hingga masak atau tauhu tu nampak kenyal.

Jika kisar guna blender, boleh masukkan sedikit air untuk senang mengisar. Anggaran suku cawan je. Jangan letak banyak air. Aku kisar guna blender je sebab food processor takde lagi. Baru nak order. 😁😁😁








p/s: Sedap rupanya tauhu berlauk ni. Ada rasa macam nugget sikit. Lepas ni boleh la buat selalu.

.

Monday, August 8, 2022

Layan si Debot. 😁😁😁

Assalamu'alaikum.

Layan si Debot. 😁😁😁


Layankan aje la budak Debot ni. Ada sehelai rambut kat dalam lubang bontot dia. Aku nak tarik keluar rambut tu tapi Debot tak bagi kerjasama. Habis aku ditendangnya. Kurang asam betul budak bertuah ni. Ada jugak yang kena smackdown ni karang 🤭🤭🤭





p/s: Aku ada tiktok. Mai la follow aku kat sana. 🤭🤭🤭

.

Buat donat sebab perut lapar. 😁

 Assalamu'alaikum.

Buat donat sebab perut lapar. 😁


Aku teringin nak makan donat. Perut laparpun ya jugak. Maka, aku buat la jugak sikit. Makan panas-panas. Lagipun hari ni sejuk je. Perutpun cepat lapar. Makin gomok la den. 🤭🤭🤭





















Aku buat donat ni ala kadar je ni. Takde la aku nak uli beria. Sukatan bahanpun takde ikut sangat resepi tu. Asal jadi dan boleh makan, dah alhamdulillah dah. 

p/s: Korang pulak makan apa kalau lapar? Makan megi ke... 🤭🤭🤭

.

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)