Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Loading...

Wednesday, December 2, 2009

GODEK2 PUNYA PASAL....hehehe....

Assalamualaikum.....

Japp ehh.....aku nak gelak guling2 japp.....wakakakakakaka.....
Adeh.....Tadi aku try taip nama aku kat IMEEM, tup2 kuar satu lagu
dari petikan gitar yang dimainkan oleh sorang mamat yang menggunakan nama sebagai Yan. Klako gilerr lagu ni, sampai tersengih2 aku mendengarnya. Entah Azimah manalah yang mamat ni maksudkan. Tapi yang pasti bukan aku ehh...Aku manade suka kacau2 orang ni walaupun aku orang Malaysia gak.... muahahahaha...

Cuba korang tengok lirik kat bawah ni.Pastu kalau nak dengar suara
mamat ni nyanyi, taip je word Azimah kat IMEEM kat atas tu, then klikk. Aku try cari kat youtube, tapi tak jumpa la pulok.... Kalau ada kan besttt.....ekekekekeke....


AZIMAH BUAT APA

Azimah buat apa
Azimah kacau orang
kacau orang apa
kacau orang Malaysia

Azimah buat apa
dia kacau orang
orang apa....
orang Malaysia

Aku buat lagu
lagu apa....
aku buat sebarang
akupun takde kerja

Akupun sedang boring
boring knapa boring
pasal aku....
takde kerja

Azimah buat apa
Azimah kacau orang
orang apa dia kacau
orang Malaysia...

Malaysiapun boleh....Malaysiapun boleh.....Malaysiapun boleh....
tapi dia takde kerja
lalalala...lalalala....lalalala.....lalalala.....lalalala....lalalala....
diapun takde kerja

Azimah buat apa
dia kacau orang
kacau orang apa
kacau orang Malaysia

Aku buat apa
aku buat lagu
buat lagu apa
lagu pasal tak ada kerja....

huahuahuahuahua...............sungguh kretip mamat ini.....

p/s: Korang kretip tak....? Korang kretip dalam bab/bidang apa...?
Habaq mai satt....hehehe....
.

8 Tukang Tembak:

ArmaniWhite said...

wakakaka...nmpk sgt lagu org xda keje

~Kak AZZ~ said...

Nami~> kannnnnnnnn......klako lirik dia....

kalau ada keje kosong tu cuba la bg kat mamat tu...ekekeke....

hatim a.r said...

glemer akak skang siap ada lagu bagai hahahaha

maiyah said...

ekeke.. mamat tu dah bengong :D

~Kak AZZ~ said...

Hatim~> wakakakaka.....ntah tahun bila punya lagu ntah la....tp behh gak kan bila ada org buat lagu utk kita ni...cuma lagu ni spoil la....ada ke kata akak kacau org....hehehe....

takmo la lagu ni.....nak lagu lain peliss...hua3

~Kak AZZ~ said...

Maiyah~> hehehe....dia tengah pening tu, takde keje....tu yg buat lagu sempoi cmtu tu.....ekekekeke...

tp sedap gak la suara dia...ala2 suara radhi oag tu...haha...

Erna said...

salam azz..pandai azz..godek2 pun dapek donga lagu..lagu nama sendiri pulak tu..cubo lotak namo lain pulak azz..ado tak lagu lagi...he he..

~Kak AZZ~ said...

Erna~> wassalam....

Haha...mulo2 lotak namo azyma, pehtu kuar lak lagu arab....then try lotak azima je....takdo lak kuar apo2.....sudah eh lotak namo azimah, tup2 ado lak lagu spesel ni haa....ekekeke....

maleh la nak lotak namo lain lak...sapo nak cubo, buek la sndiri aihhh....haha...

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »