Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Sunday, March 6, 2011

BACK TO NORMAL...

Assalamualaikum...

Back to normal...

Selama ni tak normal ke..? Kehkehkeh...

Sibuk ahh ko ni.. Kalau tak tau apa-apa tu, diam je la...

Elehh... Guraupun tak boleh...! Ye la, ye laa....

Ngehngehngeh...

(Ada gaya skrip drama tak..?)

--------------------

Back to normal...

Sudah lebih dari seminggu aku kurang sihat..
Sekarang ni, alhamdulillah beransur pulih seperti sediakala..
Semuanya gara-gara salah makan..
Pergi makan benda berangin tu siapa suruh, kan dah kena...
Rugi pulak kalau tak makan. Mana boleh membazir.. kan...

Sepanjang masa tu, minyak angin dengan pil jadi teman setia..
Koyok memang sentiasa ada la. Main tampal je..
Yang peliknya, semua tu tak jalan.. Tak makan saman betol la...

Perut lapar, pastu makan la...
Namun perut masih lagi rasa pedih..
Belakang badan sakit-sakit dan sengal semacam je..
Nak menjahitpun tak boleh sebab rasa sakit sangat...
Muntah tu jangan kira la..

Akhir sekali, aku teringat petua untuk hilangkan angin dalam badan ni. Aku ambil dua batang serai, tiga buku halia dengan tiga ulas bawang putih. Titik kesemua bahan tu dan masak dengan segayung air hingga mendidih. Tunggu sehingga air tu suam dan minum macam tu je tanpa tambah susu ataupun gula. Lepas tu, keluar la barang tiga das angin.. Legaaaaa.... hahaha... Oppsss...!!!

Perutpun terasa ringan sikit. Takde la rasa sebu sangat dan kulit mukapun sudah kembali normal. Masa sakit hari tu, kulit muka rasa tegang dan panas je seperti menggelupas. Teringat kembali kata-kata dari seorang kakak masa zaman kerja dulu. Dia kata, awak ni kalau kawen, pastu beranak, kalau tak jaga betul-betul masa dalam pantang, memang senang kena angin meroyan...

Aku cuma mengharapkan agar aku sihat je. Kalau tak sihat, macam mana nak kerja. Kalau tak kerja, macam mana nak dapat income. Walaupun income tu tak seberapa jika nak dibandingkan dengan income orang lain, tak mengapa. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit...

Aku kata: Aktiviti blogwalking dan fesbuking terpaksa dikurangkan. Kerja tengah banyak ni. Minta maaf ya jika aku tak berkesempatan untuk meninggalkan komen seperti biasa..

6 Tukang Tembak:

rohaizahabas said...

itu nama nya kena angin gastrik..

lainkali kena makan ubat gastrik jenis air tu..macam kapur rasa nya..tapi mujarab sangat...

Cik Ina Do Do Cheng said...

musim orang sakit kut. Makcik dah 2 3 hari ni batuk tak berhenti-henti.Tak selesa dibuatnya. Sabar je lah Azz ko cam makcik , tak boleh makan benda berangin contohnya pulut, mesti rasa yang macam ko tulis tu. Kalau dah teringin terlepas gak.

Cik Azz said...

Kak Ezza@makcik blogger>

Ha'ah la kot... sebab sy mmg ada gastrik...

Terima kasih ehh bagitau pasal ubat tu.. Apa nama utk ubat tu ehh? Kalau nak beli kat farmasi laa... Gaviscon tu ke..?

Cik Azz said...

Cik Ina>

Tu la... Kadang2 terliur jugak nak makan benda2 cmtu kan... Tak kan la nak pandang je..

Tapi, bila dah makan, tak hengat donia... hehehe..

4feet8 said...

ok ke petua tu..?

Cik Azz said...

Nanie>

Insyaallah.. Boleh digunapakai.. Cuba la minum sikit dulu..

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)