Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Loading...

Tuesday, March 22, 2011

KEPERLUAN ATAU KEPUASAN..?

Assalamualaikum...

Keperluan atau kepuasan..?

Kadang-kadang aku macam pelik jugak bila tengok perangai budak-budak sekarang ni yang sangat tergila-gilakan henfon. Asal ada je keluaran terbaru, mesti nak rembat satu sedangkan yang sudah sedia ada tu masih lagi berfungsi dengan baik. Dah tentulah yang baru tu harganya lebih mahal dari yang lama tu. Malahan, mungkin harganya sekali ganda lebih mahal.

Ada jenis budak yang sengaja merosakkan henfon dia semata-mata untuk dapatkan yang baru. Pandai aje dia mengarang cerita. Menjadi pulak cerita dia tu. Ada yang kata henfon tu termasuk dalam air la, padahal memang dia sengaja celupkan. Ada yang kata skrin dah tak nampak la, padahal dia yang dok hentak-hentak henfon tu. Cuba ko hentak kepala ko, apa ko rasa? Ting-tong jugak, ya tak..? Ada jugak yang kata henfon tu dah pecah sebab terjatuh, padahal dia yang baling henfon tu kat dinding gara-gara bergaduh dengan pakwe/makwe masing-masing. Bodoh punya manusia..!!

Masalah timbul bila ibu bapa terpaksa jugak membelikan henfon tu sebab merasakan ia adalah satu keperluan. Ibu bapa mana yang tidak risau jika anak duduk berjauhan. Tapi si anak tadi macam tak berakal je, tak fikir betapa susahnya mak bapak tu mencari duit. Apa yang dorang tau, mintak dan terus mintak sampai dapat. Kalau tak dapat, mulalah memberontak. Sikit-sikit nak memberontak. Bagi penampar kang baru tau.. huhhh...

Apa yang dorang cari sebenarnya? Kepuasan? Puas sebab dapat henfon terbaru. Boleh la menayang kat kawan-kawan. Boleh la update status kat fesbuk via blekberi atau via iphone. Itu ke tujuannya? Entah la, akupun tak faham. Kalau beli dengan duit sendiri tu takpe la jugak. Ni dok terhegeh-hegeh mintak duit orang. Tak malu ke? Ada pulak tu gunakan duit pinjaman belajar untuk beli henfon canggih. Pastu bila dah tak cukup bajet, mulalah call mak bapak, cakap tak cukup duit nak beli buku, takde duit nak makan. Heii, mestilah mak bapak tu rasa tak tenteram bila dengar anak cakap macam tu, kan.. Hebat betul dorang ni menipu..

Jangan selalu sangat meminta-minta kat orang ni. Takut nanti jadi tabiat pulak. Sikit-sikit nak minta. Cubalah usaha sendiri untuk mendapatkan apa yang dihajati tu. Itulah kepuasan yang sebenarnya jika kita membeli menggunakan duit dari hasil titik peluh kita sendiri. Jangan mintak duit mak aku sudah. Kalau mintak kat aku takpe, nanti aku bagi pokok duit-duit yang melilit kat pokok rambutan ni ha.. Banyakkkk tuuuu.... Siapa nak...?

Aku kata: Ada orang yang perasan macho tapi nak beli topap sepuluh henggetpun mintak kat mak bapak. Itu baru betul, macho tapi hancur... ahakk...!!

14 Tukang Tembak:

Jejaka Terhangat said...

dulu JT pon suka kat henpon latest..lebih lagi nokia..sebab bleh mcm2 bleh explore.nokia bleh install game, bleh wireles..mcm2 lg.semakin canggih henpon tu, semakin rasa nak pakai. utk kepuasan diri..

tapi skrg dah tak terlalu taksub dgn benda2 tu. pasalnye, henpon ni semakin mahal, maintenance dia pon semakin tinggi. rosak skit kos nak baiki sama dgn henpon baru. so, skrg ni pakai henpon biasa2 je sudah. kalo rosak pon, takde la kecewa sgt. ngehh..

p/s: budak2 skrg jgn kasi pakai henpon canggih2 sgt. kalot tak nnti jadi mcm negara barat, "sexting"..mksdnya, hntar mms gambar bogel sendiri kat org lain. erkk..

Siti Safiyyah said...

ss pakai enset kokak2 jek..baru plan nak tukar enset baru guna duit gaji..;p

kak Erna said...

azz..marah ngan sapo ni..he he..
nasib baik anak2 dan anak sedaro akak..guno apo yang ado yo..takdo la nak boli2 henpon yang terbaru..

~ Cik Azz ~ said...

Jejaka Terhangat>

Akakpun pakai nokia jugak, tapi tak berminat pulak nak install benda2 tu semua.. hehe..

Elok la kalau ko dah insaf.. Kalau asek tuko henfon je sampai bila tak dapat nak saving.. ya tak?

Budak2 skang ni makin 'berani' laa.. Susah nak kawal huhuhu...

~ Cik Azz ~ said...

Siti Safiyyah>

Err... henset kotak2 tu cmner..? Akak dulu beli enset aiskrim tu guna duit jahit.. Lepas guna 4 tahun, enset tu rosak... Pastu baru beli yang baru..

Kalau la enpon lama tu tak rosak, konpem akak pakai lagi.. sayang sgt dgn enpon tu... huhu..

~ Cik Azz ~ said...

Kak Erna>

Takdo marah kek sapo pun kak.. Buek entri berdasarkan dari persekitaran skang ni haa... huhu...

Elok la camtu kak.. Kok enpon tu dah jonih mahal, buek apo nak boli lain lak kan.. guno yoo la solagi buleh...

kakpah said...

hehe akak ni secanggih mana pun henpon tak reti nak pakai. Dapat yang boleh call da buat/terima sms je pun ckup la.

Cik Ina minat Do do Cheng said...

Budak sekarang tak bekerja pun nak pakai hp. makcik dulu tak beliakn anak hp, dorang nak gak, makcik kata nak minta duit sapa nak top up.sekarang banyak yang pakai hp cangih, tapi bagi kita miss call, bila tanya tak de duit top up. makcik tak pernah tukar hp, kecuali rosak. hp paling lama dan buruk lagi tahan, terjatuh cam mana pun tak rosak.

~ Cik Azz ~ said...

Kak Pah>

Samo la dgn sey ni kak... Dulupun camtu jugak, cumo skang ni tau la guno an kamera dgn bidio enpon tu... huhu..

~ Cik Azz ~ said...

Cik Ina>

Kan.. Enpon lama ni lagi tahan.. Enpon baru ni nama je canggih, tapi sensitif sangat...

Budak2 skang ni kalau boleh semua nak kena support.. semua nak free.. Senang la hidup dorang, tak payah nak susah payah usaha sendiri... huhu..

twinscraftlife said...

Hi! please do visit our blog! we sell
purely handmade products such as pouch,
earrings, cards, hp strap, cute items!
쇼핑하시면 더 감사합니다~~^^
http://twinscraftlife.blogspot.com/

~ Cik Azz ~ said...

Twinscraftlife>

Thank you... Do visit you later... =)

naurahschooleaver said...

saya suka hf (: mcm mana

~ Cik Azz ~ said...

Naurah>

Suka tu takpe.. Tapi jangan la asyik nak tukar baru je.. :-)

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »