Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Loading...

Friday, March 4, 2011

SAKIT HATI...!

Assalamualaikum...

Sakit hati...!

Hahaha...
Tak habis-habis sakit hati...
Sekejap je sakit hati ni... =)

Maaf la ya, sakit hati aku ni takde kena-mengena langsung dengan orang luar atau orang dalam.. Aku sakit hati dengan KUCING... Gggrrr....!!!

Ye, sakit hati sebab bila masuk je dalam rumah, tengok ada dua ekor kucing sedang main-main mata, kelip-kelip mata, goyang-goyang ekor nak mengorat sesama sendiri. Dah la aku penat baru mengemas kat luar rumah ni...

Hehhh... Itupun nak sakit hati jugak ke..??

Opkos la sakit hati..

Kenapa..?? Cer citer... cer citer... :P

Sebab dua-dua ekor makhluk tu sedang duduk bertenggek kat atas sofa aku... Si betina duduk kat kepala sofa, manakala si jantan pulak sedang syok bertenggek kat tempat letak siku kat sofa tu sambil kepala dia mendongak ke atas, memandang kucing betina tadi dengan aksi tersendiri..

Apa lagi kan, membebel la aku kat abang aku yang tengah asyik mengadap pc dia tu. Aku cakap, tak nampak ke kucing ni dok kat atas kerusi ni. Selamba dia je dia cakap, tak perasan. Memang itu la ayat yang selalu dia guna. Klise sungguh... huhh...

Dan aku apa lagi, terus perhambat kucing-kucing tu. Si betina lari masuk dapur sebab dia kucing kat rumah ni, manakala si jantan tadi lari keluar ikut sliding door. Itupun macam nak tak nak je dia lari, masih sempat lagi dok pandang-pandang kat aku. Berlagak giler punya kucing..!!

Aku ni kalau tak dapat nak 'ajar' kucing tu, memang tak puas hati la. So, apa lagi. Si betina tadi kena la dua das dengan aku. Biar dia serik. Lain kali kalau nak bercengkerama, buat kat tempat lain. Jangan buat kat atas sofa aku sampai koyak-koyak sofa aku tu kena cakar. Sofa kulit pulak tu.. Mau aku tak hangennn... Tak kira la sofa kulit tu kulit tiruan ke, apa ke... Yang penting, jangan jahanamkan sofa aku dengan benda-benda maksiat...!

Aku pernah picit 'tuttt' kucing-kucing aku sebab selalu sangat berak dalam rumah. Terkiak-kiak dorang menjerit. Kejam ke aku buat camtu..? Pada aku takde la kejam sangat sebab tujuan aku tu hanya untuk 'mengajar' dorang je. Sekarang ni alhamdulillah, takde dah nak melepas dalam rumah, kecuali la kalau dorang terkurung.. Tapi ada jugak jenis yang bijak, bila nak keluar, dorang akan mundar-mandir kat depan pintu terutamanya waktu malam la sebab malam semua pintu tertutup...

Aku kata: Sayangkan anak, tangan-tangankan... Sayangkan isteri @ suami @ makwe @ pakwe, ikutkan aje semua kemahuan dia.. Tak gitu.??? Tepuk dada, tanyalah iman... Aku tak campur hal rumah tangga orang ni... :-)

4 Tukang Tembak:

Angah said...

hahahaha...sian kucing tak dapat tumpang sofa dia..

~ Cik Azz ~ said...

Angah>

Biar dia rasa.. Tempat lain banyak lagi untuk dia melepak dgn selesa... hehe...

Siti Safiyyah said...

tambah lagi..kalo sayangkan kucing, kite buat ape kak?? ;p

~ Cik Azz ~ said...

Siti Safiyyah>

Kalau sayangkan kucing, kita jual la dia... hahaha...

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »