Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Loading...

Tuesday, April 5, 2011

Cara untuk CENTERkan POST TITLE atau TAJUK ENTRI..

Assalamualaikum...

Cara untuk CENTERkan POST TITLE atau TAJUK ENTRI..

Kali ni aku nak kongsikan cara untuk centerkan tajuk entri atau post title. Sebelum ni kedudukan post title blog aku adalah di sebelah kiri. Memandangkan aku lebih suka letak kandungan entri kat bahagian center, maka aku rasa sesuai jika tajuk entri itu juga berada di bahagian center atau tengah. Kiranya sama balance la antara tajuk dan isi kandungan entri tersebut.

Apa yang perlu korang lakukan adalah seperti biasa iaitu:

Dashboard -> Design -> Edit HTML -> Tick Expand Widget Templates -> Ctrl + F

dan cari code di bawah ini atau yang kelihatan sepertinya kerana code adalah berbeza-beza mengikut template yang digunakan. Code kat bawah ni adalah untuk Minima Template. Perlu diingatkan, sebelum mengedit HTML ni, sila backup template korang dulu sebagai langkah keselamatan... =)

.post h3 {

Manakala untuk blog aku, code dia adalah seperti ini:

/* Posts
----------------------------------- */
h3.post-title {
margin: 0;
font: $(post.title.font);

Apa yang perlu korang buat adalah cuma tambahkan sahaja code text-align:center;
kat bawah code post-title tadi. Dan dia akan jadi seperti ini:

h3.post-title {
text-align:center;
margin: 0;
font: $(post.title.font);

Selepas tu, korang klik PREVIEW dulu dan jika tiada Error yang keluar, boleh la tekan SAVE. Jika korang nak letakkan post title kat sebelah kiri atau kanan, tukar sahaja perkataan center tu dan gantikan dengan left atau right.


Aku kata: Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.. Bukit apakah itu...?? Kehkehkeh...

8 Tukang Tembak:

With Julia said...

good info kak azz...tq :)

►AdamXis◄ said...

Assalam...yups adjust sikit2...adam pun amik masa dr bulan 12 sampai skrg utk modified belog...still go on...x kan habis kot...sbb mesti akan ade perubahan utk jd lebih baik...gud info kat sini.detail habis,nnt terlupa leh cari balik entri cik azz pasal nie

kak Erna said...

azz..nak tunggu aimi free ni..dah tua2 ni susah nak faham.
akak dah baca..tapi tak faham pun
kalau aimi sonang yo dio..sokali tengok terus boleh buek..

cik aletheea : said...

wah...
mau try...
mau try...
;p
tengkiu

~ Cik Azz ~ said...

Julia>

Welkam.. =)

~ Cik Azz ~ said...

AdamXis>

Waalaikumussalam Adam... Betul tu.. Selagi ada minat nak mencuba, selagi tu la tak habis menggodek.. Tapi Adam dah pakar dah dalam mengedit HTML ni.. Akak je yg baru nak kenal apa itu coding.. huhuhu...

~ Cik Azz ~ said...

Kak Erna>

Takpo la kak... Buek polahan2... Nanti Aimi free, buleh la dio tolong ejas mano yg patut...

~ Cik Azz ~ said...

Cik Aletheea>

Cuba la... Manatau kalau2 menjadi pulak... Tak cuba mana nak tau, ya tak?

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »