Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Loading...

Saturday, May 21, 2011

Bila ulat bulu naik daun..

Assalamualaikum....

Bila ulat bulu naik daun..

Selalunya dikaitkan dengan orang lelaki yang sedang berusaha untuk mengorat perempuan dengan aksi serta dialog yang agak memualkan. Kalau dalam bahasa zaman sekarang ni sering dipanggil dengan panggilan mengayat. Siapa yang berjaya mengayat ni, memang sah la dia raja ulat bulu.... :P

Pagi kelmarin, sedang aku busy menyapu dedaun rambutan yang berguguran di halaman rumah, tiba-tiba je mata aku terpandang kat satu makhluk ni. Mula-mula aku ternampak daun bunga ros aku yang carik-barik kesan kena makan. Ingatkan siput barbie punya kerja. Rupa-rupanya si ulat bulu berwarna kuning ni punya angkara.. Ciiisss....!!

Kalau mata tak tajam, memang tak perasan dia menyorok kat bawah daun ros tu...

Tengok la bulu dia... Punya la panjang..Kalau terkena kat kulit ni, mau sebulan gatal tu tak hilang kott...

Sinaran matahari pagi membuatkan warna daun tu seakan-akan warna ulat bulu tu...

Yang ni dia sedang tergantung kat ranting yang aku pegang. Terkial-kial dia nak selamatkan diri..

video
Cara ulat bulu berjalan. Tergedik-gedik dan meliuk-lentok je. Dia jalan menuju ke arah aku. Ingat aku tak takut ke.. Takut + seram jugak sikit... hahaha..

p/s: Selamat dah ulat bulu tu aku kerjakan. Benda bahaya, tak kan la aku nak simpan. Geli je nak simpan bulu-bulu ni.. ngehngehngeh...

10 Tukang Tembak:

miss ct said...

Asslamualaikum kak azz...
gelilah dgn ulat bulu tu..takut pun ada..tp boleh ke kita bunuh ulat bulu ni ek??

Abang Long said...

Salam...masa ulat bulu semua takut, geli, membunuhnya dan dijadikan perumpamaan melabelkan sesuatu yg kurang elok..bila dah jadi rama2 semua puji canteekkk..ish3..kesian ulat bulu tuh

Aimi dan Pakcik Hashim said...

dia jalan mcm rentak rap

Miecyber said...

Jangan kena kulit...nanti gatal oooo..

Video Perarakan Bantah Lynas 20 Mei 2011

~ Cik Azz ~ said...

Miss CT>

Waalaikumussalam CT.. Tu la, akakpun takut campo geli gak dgn ulat bulu ni..

Tak pasti lak boleh bunuh ke tak.. Tp kalau kita rasa dia membahayakan, boleh kott.. huhuhu...

Kena tanya pada yang arif pasal ni...

~ Cik Azz ~ said...

Abang Long>

Waalaikumussalam...

Err... ulat bulu ni jadi rama2 ke nanti..? Ulat bulu mana ada duduk dalam kepompong kan.. Rama2 lak dari ulat yg keluar dari kepompong.. Kan sy dah konpius dah ni... haha...

Apa pulak beza rama2 dengan kupu2 ehh...? Kedua2nya cantik... =)

~ Cik Azz ~ said...

Aimi dan Pakcik Hashim>

Hahaha... sebab terhenjut-henjut camtu ehh... kihh3...

~ Cik Azz ~ said...

Miecyber>

Tu la tu.. Sebab tu la kena hapuskan sebelum dia membiak.. ya tak...?

huhuhu...

cik aletheea : said...

hahahaha
rajinnye cik azz ngendap ulat bulu tu...hahaha

~ Cik Azz ~ said...

Cik aletheea>

Dah ternampak, terus la follow pergerakan dia... ni la namanya rezeki skodeng.. hehehe..

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »