Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Loading...

Sunday, August 21, 2011

Semuanya serba tak kena...

Assalamualaikum...

Semuanya serba tak kena...

Malam tadi aku cuba la buat vanilla cupcake ikut resepi yang aku ambil kat Youtube dan resepi ni aku dah letak kat blog dapo aku tu. Mula-mula aku nak buat satu adunan je. Tapi adik-adik ipar aku kata macam sikit je dan suruh aku buat dua adunan. Kebetulan aku memang dah keluarkan dua ketul butter. So, lepas je siap satu adunan tu, akupun sambung la buat untuk adunan kedua...

Masa kat dalam oven tu, elok je naik cupcake aku ni. Hatipun mulalah kembang macam kembangnya cupcake tu. Tup-tup masa aku cucuk untuk pastikan samada ianya dah masak ke belum, teruuuussssss je cupcake tu mengecut... huhuhu...

Nasib baik la rasanya okay, cuma manis sangat je.. Nampak gayanya resepi tu fail untuk aku laa.. 

Tengahari tadi aku buat puding jagung untuk berbuka puasa nanti. Aku buat sekali dadih perisa jagung. Masa buat puding tu, aku macam blurr je. Tak tau dah nak bezakan antara tepung kastad dengan tepung jagung. Tapi aku bantai je la buat gunakan tepung jagung tu sebab tepung kastad takde stok. Nak suruh abang aku beli, malas la pulak sebab sebelum tu aku dah suruh dia pergi kedai beli susu cair. Kang hangen lak dia asyik kena pergi kedai je.. haha...

Masa bancuh tepung jagung tu, hati aku berbisik jugak, kenapa warna tepung ni pucat je, tak kuning macam selalu. Lepas tu, tepung tu takde la bergentel sangat macam yang biasa aku buat dulu. Namun disebabkan aku fikir tepung kastad dengan tepung jagung tu adalah SAMA, cuma brand je lain, maka akupun carry-on je la.. hahaha...

Bila dah selesai buat, baru aku tanya adik ipar aku, tepung kastad dengan tepung jagung tu sama ke? Pastu diapun cakap, tak sama, kan... Aku dah gelak-gelak dah ni sebab puding aku dah salah resepi. Adik aku lak dok senyum simpul je.. Pastu mak aku lak cakap, "mano samo... Topung kastad, topung kastad la... Topung jagung, topung jagung la..".. huhuhu..

Mujurlah puding jagung aku tu mengeras dan masih boleh dipotong sebab aku ada letak agar-agar kat dalam tu. Kalau tak, tak tau la apa nak jadi. Mungkin rezeki ayam agaknya.. hahaha...

Malas pulak aku nak letak gambar kuih salah bikin tu kat sini.. Kalau menjadi, laju je aku letak... kehkehkeh...

p/s: Aku siap tanya atok Google lagi, "tepung kastad dengan tepung jagung tu sama ke tak ehh..?".. Ingatkan aku sorang je yang blurr, rupanya ada jugak orang lain yang blurr sama... hahahaha...

10 Tukang Tembak:

cik aletheea : said...

ala....
siannye...
xpe cik azz.
cube lagi..
practice make perfect
yeah...yakin boleh.

Acik Erna said...

azz..aduhai..nak buek camano azz.poso..he he
tak po lopeh ni buek laie yo..

~LP Lum~ said...

salam kak azz~

alohai.. camno kastad ngan jagung blh sma?? :)
kastad kan kaler dia kuning.. ^^

APAN said...

haha...ingat ke kakak ni ebat sngat...boleh gak fail ye.hampeh.haha...

baru tau ade resepi kat youtube ma... :)

nur aisya humaira said...

hoho...
kadang aisya pun bantai je ltk tepung jagung ganti tpg kastad tu...tk de beza pn rse puding tu kan..

~ Cik Azz ~ said...

Cik Aletheea>

Kan.. Memang kena usaha lagi tapi gunakan resepi lain pulak laa... hehe...

Yang penting, semua makanan tu habis anak2 buah bedal... hahaha..

~ Cik Azz ~ said...

Kak Erna>

Tu la tu kak.. Orang lainpun poso gak, tapi elok yoo.. hehe...

~ Cik Azz ~ said...

LP Lum>

Waalaikumussalam Lynda..

Tu la pasal... Dah rasa macam salah dah, tapi tetap teruskan jugak..

Tapi, okay pe rasa puding yg guna tepung jagung tu.. Lembut sikit dari guna tepung kastad... hehe..

~ Cik Azz ~ said...

APAN>

Sedangkan chef yg expert tu pun ada silapnya.. Inikan pulak akak yang jarang2 masuk dapo ni.. Takpe, kita belajar dari pengalaman, kann... heee...

Kat Youtube tu macam2 resepi ada dik oii.. Cuba2 la belajar masak sendiri... hikk..

~ Cik Azz ~ said...

Nur Aisya Humaira>

Oo ye ke..? Akak ni cuak gak kalau guna bahan yg takde dalam resepi...

Tapi memang betul la, rasa tetap sama... Malahan lebih gebu puding yg guna tepung jagung ni.. hehe...

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »