Assalamualaikum...
Korang tak rasa mual ke..?
Korang tak rasa mual ke buat entry pasal minah tu ehh..? Aku yang tengok kat bloglist aku sendiripun dah rasa mual sangat dah. Macam takde benda lain yang nak dihapdet kat blog masing-masing. Semua berebut nak buat entry pasal minah tu tapi intipati entry tu dok pi dok mai dok tang tu jugak. Berkongsi gambar yang sama, video yang sama, sumber yang sama. Yang tak sama cuma kutukan demi kutukan yang datang dalam pelbagai bentuk dan cara..
Mengutuk kat twitter. Mengutuk kat fesbuk. Mengutuk kat blog. Mengutuk kat forum. Mengutuk kat chatroom.. Apa agaknya yang korang dapat dengan mengutuk orang ehh...?? Dapat kepuasan..? Memang sah jiwa kacau punya kategori...
Apa salahnya mendoakan dia supaya berubah.. Ni tak, sanggup menulis berjela-jela panjangnya semata-mata nak mengutuk..
Marilah sama-sama kita renungkan apa kata pakar motivasi kita ni.. Renung, tenung, menung dan fikir dengan mendalam...
Sudah-sudah la tu mengutuk orang. Konon-kononnya cerdik sangat la tu dengan mengutuk orang sesuka hati... Astaghfirullaahal'azim....
p/s: Never elated when someone's oppressed. Never dejected when another's one blessed...
12 Tukang Tembak:
betul tu kak azz... penat kut tengok tajuk2 entry akhir2 ni.. semua nak sebarkan sal tu... isk..
betul la kak azz, berebut org nak publish gambor dak Amalina tu, kesian...tak pasai-pasai dpt tempias dosa...kerana memanjangkan aib org.
betol ckp kak azz...telek diri sendiri sebelum tgk org lain...baru aman dunia nih...
lumrah manusia cik azz..
x pikir panjang bile bertindak.
Bukannye ade kat tempat die, bukannye tau punce cerita, alih2 tambah dosa mengutuk , mengumpat.
orang berilmu ni gunakan akal fikiran sebelum bercakap, guna kan pancaindera sebelum menghakimi...
kalau berilmu tapi masih tambah dosa menganiayai orang dgn umpatan, boleh x panggil bodoh?..
orang yg bijak tau cara nak menangani segala kutukan tidak sihat itu.. puji Amalina sebab dia x melenting balik cam kebanyakan orang kita ;)
saya tak buat. tapi bukan bermaksud saya tak kisah. tak kisah bukan bermaksud ignorance.
tapi setiap dari kite kene betulkan cara menegur. kutuk, caci dan maki adalah negatif dan menunjukkan yg org islam ni takde kawalan emosi yg bagus.
sedih!
Moon>
Entah la Moon.. Hari tu pasal kawen gay tu.. Semua dok pakat2 buat entry padahal isi cerita dgn gambar semua sama je... adehh...
Angah>
Entah la.. Susah nak cakap sebab kita snediripun banyak yang kurang...
With Julia>
Tu la. Menegur tu biarlah kena dengan caranya.. Kalau tak tau nak tegur, just doakan je dia berubah..
cik alteheea>
Tak tau la nak kata boleh ke tak panggil bodoh tu.. Kang marah pulak orang kita panggil dorang yang bijak pandai tu macam tu..
Tak pasal2 nanti kita yang kena bodoh balik.. huhuhu..
kyo_9>
Yupp... Sebab dia tau dia salah dan ucap terima kasih atas semua nasihat dan teguran. Takde la dia nak melenting2 bagai, kann..
Cara dia cakap slenga tu pun ada yang pertikaikan.. Kalau dah buat satu kesilapan, habis semua diperkatakan..
Kebanyakan orang kita yang mudah melenting tu sape agaknya ya.. ;)
gadisBunga>
Akakpun tak buat. Ni buat entry ni sebab dah tak tahan sangat nak tengok semua kutukan tu.
Sama2 la kita berdoa agar dia berubah walaupun dia bukan ahli keluarga kita ..
Sedih + sedih berganda2...
Post a Comment