Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Loading...

Tuesday, April 17, 2012

Just let it go...

Assalamualaikum...

Just let it go...

Entry ini hanya sekadar entry kosong.. Kalau ada yang terasa tu, minta maaf la ya.. Jangan sentap okay... :D

Awak dah kawen dengan orang lain..
Diapun dah kawen dengan orang lain..
Masing-masing sudah ada keluarga sendiri..
Jaga dan sayangilah keluarga tersebut...
Itu yang sepatutnya yang awak perlu lakukan...

Tak perlu la nak main tuju-tuju lagu lagi..
Siap tulis lagi tu, lagu khas untuk dia yang tersayang..
Disertakan sekali dengan dua tiga ketul simbol love camni ♥♥♥... 
Kalau masa zaman berkasih dulu takpe la..
Sebab masing-masing masih lagi solo..
Tengah masyuk bercinta la pulak, kan...

Tapi sekarang ni masing-masing dah ada haluan masing-masing...
Dah ada isteri..
Dah ada suami...
Dah ada anak-anak...
Tak lama lagi nak ada cucu pulak...
Tak rasa  malu ke..
Tak rasa bersalah ke..
Tak rasa berdosa ke..

Tak tau ke benda macam ni la yang akan menimbulkan masalah besar di kemudian hari nanti..
Memang la awak kata suka-suka je tuju lagu tu..
Tapi niat awak tu memang sengaja nak tujukan lagu tu kat dia, kan...
Dan dia sudah semestinya perasan dan merasakan yang awak masih ada hati kat dia lagi...
Daripada suka-suka, membesar dan bercambah menjadi sayang balik semula...
Kan dah tak betul dah tu..

Entah la..
Susah nak cakap sebab aku tak lalui semua itu...
Namun kita kenalah berfikir secara waras...
Gunakan akal untuk mengawal emosi...
Gunakan minda untuk mengawal diri...

Dah kawen, buat la cara dah kawen..
Jaga suami.. Jaga isteri... Jaga anak-anak..
Semua kenangan lalu tu, lepaskan aje..
Terima hakikat yang dia bukan jodoh untuk awak dan awak bukan jodoh untuk dia...
Semua tu hanya mainan perasaan je tu...
Just let it go..

Lain la kalau awak tu masih bujang atau single yang takde hubungan istimewa dengan sesiapa.. Kalau tulis tuju lagu untuk someone special pun, atau dengan penuh satu page simbol ♥♥♥ pun. orang tak ambil kisah sebab orang tau yang awak tu memang solo.. Asalkan jangan tuju lagu kat isteri/suami/gf/bf orang dah laa.. Kang tak pasal-pasal dapat simbol lain lak...  =..='

p/s: Lagu ni khas untuk dia... ♥♥♥ .. Opocotttt...... :D

16 Tukang Tembak:

Tinta Lana said...

Salam..

wowww.. sapa la pelakunya, smpai kak azz tertulis entry ni,hehehe. Mana leh entry ni hanya skdr entry ksg.. bnyk motivasi kt sini :)

Lana pun, nak ckp bnyk pasal isu ni, lana tak kawen lgi. Tpi stju dgn kata2 akak, senang je sebenarnya, DAH KAHWIN, BUAT CARA ORANG BERKAHWIN. Tapi tu la, hati manusia kan, mudah berbolak balik.. :)

gadisBunga said...

hihi.

ni pun ujian hidup namanya . :D

Acik Erna said...

baco no..apo yang azz tulih ni.ingat..ni satu peringatan yang baik ni

kyo_9 said...

huhu..
hari tu baca entry Cinta SMS kt blog aiman azlan.. lebih kurang gak la ngan entry kali nih~ ;p

Yunus Badawi said...

Dia nak test marketlah tu. Manalah tahu ex dia masih menyimpan perasaan kpdnya .... hahaha

Angah said...

kadang-2 manusia ni tak dpt mengawal perasaan..atau memang senaja melayan perasaan, lepas tu mula la perasan...

APAN said...

bnyk tengok dlm drama je mende ni...dlm realiti, x nmpk lagi berlaku kat org terdekat kot. tp x mustahil ada...harap dijauhkan...

With Julia said...

huhuhu...bersajak kak azz kali neh ehehhe...yg ptg hidup mesti diteruskan mcm biasa...jgn toleh ke belakang kiri dan kanan...justtttt move forward...barulah org tahu kita neh terus gemilang dgn cara hidup kita....byk pengajaran leh dpt dlm entry neh...gud2 :)

~ Cik Azz ~ said...

Tinta Lana>

Takde siapa2 la.. Kan dah tulis dah tu.. :D

Susahnya nak tetapkan hati, kan... ;p

~ Cik Azz ~ said...

gadisBunga>

Harap2 berjaya la menempuhi ujian sebegini.. ehehh..

~ Cik Azz ~ said...

Kak Erna>

Sekadar pendapat sey yoo ni kak.. Dan untuk peringatan kek diri sendiri jugak sobona ehh..

~ Cik Azz ~ said...

Kyo_9>

Siapa aiman azlan tu..? Tak pernah lak dengar nama dia... Mesti blogger tu bijak pandai, kan.. :)

Malas pulak nak cari entry cinta sms dia tu..

~ Cik Azz ~ said...

Yunus Badawi>

Ataupun dia memang dah tau yang ex dia masih ada perasaan kat dia, tu yang dia main tuju2 lagu tu..

Mungkin jugak, kan.. haha..

~ Cik Azz ~ said...

Angah>

Terlajak melayan perasaan memang camtu la jadinya.. huhuhu..

Takuuuuttttttttt.....

~ Cik Azz ~ said...

APAN>

Mudah-mudahan tak jadi kat family kita, kann...

~ Cik Azz ~ said...

With Julia>

Kena la beri nasihat jika berhadapan dengan situasi sebegini.. Bukan apa, takmo la nanti benda yang kita anggap kecik ni menjadi besar dan akhirnya meruntuhkan hubungan suami isteri tu... Tu yang takut tu..

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »