Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Loading...

Sunday, April 15, 2012

Perlu ke semua connection tu..?

Assalamualaikum...

Perlu ke semua connection tu..?

Sekarang ni dah banyak benda yang boleh kita connect antara satu sama lain.. Samada sedar atau tidak, kadang-kadang kita ada menggunakan kemudahan tersebut. Sebagai contoh paling mudah, kita boleh kongsi apa yang kita tulis kat twitter kepada wall fesbuk kita. Akupun pernah buat macam tu dulu.. Tapi sekarang ni dah takde dah.. Harap-harap sampai bila-bila la tak buat sebab macam takde fungsi apa-apapun... Kalau kat twitter tu, biar je la kat situ... Tak payah la nak bawak kita punya status update tu merata-rata, lebih-lebih lagi status yang mencaci dan memaki hamun ni... :D


You can also share your Yahoo! activity to your Facebook Feed/Twitter Feed..  
Tak payah la kot nak share semua benda yang dibaca... 


Apa yang aku kurang senang ialah bilamana ada sesetengah orang yang kongsikan apa yang dia baca samada baca artikel kat Yahoo, Digg dan sebagainya, dan benda tu semua masuk kat live feed fesbuk atau twitter disebabkan connection yang digunakan. Kalau artikel tu jenis yang berilmu takpe la jugak, boleh jugak tumpang sekaki baca.. Ni rata-rata baca artikel yang tak senonoh, siap keluar gambar tak semenggah lagi tu.. Adoii, aku yang tengok ni rasa malu sendiri.... Tak dinafikan, memang ramai yang akan mencari artikel sebegini but it wasn't me... ecehhh... Kan dah berterabur spiking aku... :D

Hellooooo... Kalau nak baca cerita macam tu, baca la sorang-sorang. Tak payah la nak kongsi dengan semua orang... Takkan itupun nak kena ajar jugak kotttt......

Akupun sebenarnya takut jugak jika benda ni terjadi kat aku dan ianya keluar tanpa disedari.. Ya la kan, kadang-kadang kita tak sedar jari kita tertekan button tertentu dan terus je benda tu masuk kat wall kita.. Ataupun mungkin kita terlupa nak sign-out dan ada pulak orang lain yang teruskan membaca artikel tu dengan menggunakan akaun kita.. Tak boleh jugak nak menuduh tak tentu pasal, kan.. 

Untuk entry aku ni, ianya bersangkutan dengan orang yang sedar apa yang dia baca dan memang sengaja berkongsi artikel tak senonoh tu dengan umum.. Itu yang aku kesalkan... Sangat-sangat...

p/s: Daripada batin tersiksa, lebih baik ku pergi saja... Sian RR... Moga dia terus tabah dan sabar...

10 Tukang Tembak:

Zack Hazze said...

mcm2 skarang ni...kdg2 bukak kt hp pn boleh ter'share kt merata2...

kawal laa diri dri memaki hamun di dunia maya...dunia semakin canggih...dosa pn semakin senang dpt...

lebih baik share bnda yg boleh mendatang kn manfaat baik...

Za said...

kak azz syg! apa RR? aduhai. hahaha...betul tu, bukan tu je. artikel kat yahoo yg pmpuan xpakai ehem pun kena tayang. menyampah la. aiyooo... lama x dtg sini rindu! hehehehehehe

Acik Erna said...

azz..kok ado keluar kek wall akak tu azz..bagi tau copek yo..akak meang tak ponah tokan bondo2 tu do..nampak kek orang lain punyo ado..
malu kan azz.

Tinta Lana said...

Salam..

kakazz, jawapannya boleh jadi dua..perlu dan tak perlu. Perlu kalau kita nak sebarkan kebaikan misalannya, berkongsi kisah mereka yang tidak bernasib ke..mangsa banjir ke, aplikasi2 camni sangat2lah membantu, mempercepatkan bantuan supaya sgera dihulurkan.

Yang tak perlunya, spt yg akak dah sebut dientry ni..cth plg mudah, gosip sesama artis..tah, takda faedah..menambahkan asa nyampah lagi adalah,hahahaha

APAN said...

seperti yg diulas di atas, kalau mende baik x salah nak kongsi ke semua connection yg dia ada...masuk myspace, friendster bia semua org dpt baca. itu kalau baik, aiman pun x kisah...

tpi kalau mende x senonoh seperti juga yg diulas di atas, patutnya kita komen kat situ, sound dia. haha...

roger2 la lps ni. mana tau kita boleh bekerjasama nak sound orang mcm ni...cuma, x rajin jumpa lagi gejala mcm ni.kering betul kongsi mende mcm tu :)

~ Cik Azz ~ said...

Zack Hazze>

Henpon canggih memang la.. Kalau tak, nanti orang tak tau lak dia guna henpon apa... :D

~ Cik Azz ~ said...

Za>

RR tu RR la... :-)

Tu la pasal... Semua benda nak kongsi... Sian mata kita yang menengok.. huhuhu...

Za pergi mana, lama tak nampak... :syg

~ Cik Azz ~ said...

Kak Erna>

Yang selalu keluar tu macam virus kak.. Itu lagi bahayo sbb dio keluar otomatik.. Kalau kito klik yoo, alamat ehh abeh la semuo kawan kito dapek.. Tak tau la boto ke tidak..

Sotakat ni takdo lagi nampak bondo cmtu keluar kek wall akak..

~ Cik Azz ~ said...

Tinta Lana>

Waalaikumussalam Lana..

Betul la tu.. Yang baik elok la dikongsi.. Yang buruk tu makan sendiri dah la... :D

Bukan semua cerita artis tak elok.. Kita amek yg elok je laa.. :-)

~ Cik Azz ~ said...

APAN>

Nak sound secara personal tu payah la sikit..

Kalau ada yg terasa tu, cepat2 la tukar balik connection tu.. Share benda yang elok je... Kan senang tu..

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »