Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Loading...

Thursday, April 19, 2012

Sessi memunggah yang tak pernah habis..

Assalamualaikum...

Sessi memunggah yang tak pernah habis..

Dulu letak kat sini almari tu..
Lepas tu pindah lak kat sana...
Kemudian ubah lagi, alih pulak kat situ...
Tu la kerja aku.. ehehh...

Penat buat kerja sorang-sorang ni..
Tapi seronok sebab takde yang mengacau..
Kalau bab memunggah barang-barang atau mengubah suai perabot dalam rumah, aku suka buat sorang-sorang.. Aman, takde yang nak mengarah buat itu, buat ini... Cuma kalau nak angkat perabot yang berat-berat tu, kena la mintak tolong kat siapa yang ada kat rumah masa tu.. Pengsan la aku kalau itupun aku nak buat.. 




Tapi kali ni semuanya aku yang buat sorang-sorang.. Daripada mengeluarkan segala isi perut dalam almari tu, kemudian menolak almari tu sampai tercungap-cungap aku dibuatnya, hinggalah kepada menyusun semula barang tu ke dalam almari.. Nasib baik lantai ber-marmar.. Senang sikit kerja menolak almari tu.. Satu malam memunggah tapi tak siap jugak mengemas dan terpaksa sambung keesokan hari...

Inipun tak habis lagi memunggah.. Yang pinggan mangkuk tu dah siap susun dah.. Tinggal beberapa lagi barang yang hendak dibuang terasa sayang.. hahaha.. Ni tengah dok pikiaq kat mana la nak sumbatkan barang-barang tu... Stor kat belakang rumahpun dah penuh dah.. Entah apa je yang ada kat dalam tu, akupun tak tau laa...

Ada lagi yang nak kena ubah ni.. Jemu la asyik tengok kedudukan yang sama je.. Tak dapat ubah banyak, ubah sikit-sikitpun jadi la.. Janji kedudukannya berubah..

p/s: Memunggah dan mengemas ni kira bersenam jugak.. Monci'eh-ci'eh poluh koluar.. :D

6 Tukang Tembak:

Acik Erna said...

azz..akak dah beronti dah xtvt..unggah nyusun tolak tarik ni..tak tak do lemari..he he..dan tak do tompek nak dialih2 dah..

With Julia said...

akak azzz hehehhe rajinnn yerrr nak kacau buleh...??? ehhehe rajin yer lah kak azz neh mengemah sorang2...ju lak xd almari hiasa brg2 segala mangkuk2 hiasan neh atau brg2 lain...maleh nak mengemah so baik x dok...kang ada almari hiasan kang lagi banyk ju wat koleksi...suka koleksi simpan menyimpan neh...tp mana tau kan tua2 nanti xdok koje nak almari hiasan amikkk kau kekkekeke...selamat mengemah ye kak azz...peluh kak azz :D

Angah said...

kak hati-hati masa angkat atau tolak benda berat u..

~ Cik Azz ~ said...

Kak Erna>

Saya ni memunggah ikut mood jugak kak. Kalau takde mood tu, memang tak berganjak langsung semua lemari tu.. hehe...

~ Cik Azz ~ said...

Angah>

Mekasih Angah... Memang hati-hati gak la sebab takut kaki almari tu patah.. Maklum la, almari dah lama..

~ Cik Azz ~ said...

With Julia>

Ni bukan almari hiasan.. Ni almari tempat simpan pinggan mangkuk dedulu...

Akak ni mengemas ada sebab ni.. kehkehkeh..

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »