Assalamualaikum...
Tak sakitpun, ngilu je.. :D
Dulu masa kecik, aku memang jarang pergi ke klinik pergigian ni.. Tambahan pulak klinik pergigian kerajaan masa tu cuma ada kat bandar je.. Jauh la pulak untuk ke sana. Dah la duitpun tak berapa nak ada untuk ulang-alik ke bandar tu. Nak belanja sekolahpun kadang-kadang miss, apatah lagi nak buat treatment untuk gigi kat klinik swasta.. Tapi sekarang ni, doktor gigi dah ada dah kat klinik kerajaan kat sini. Kiranya senang la sikit. Takde la bersusah-payah naik bas ke bandar lagi.
Zaman sekolah rendah dulu, siapa yang sakit gigi dan gigi dia dah goyang sangat dah, mak aku akan cabut gigi tu pakai gaghum (playa).. Kadang-kadang mak aku tarik gigi tu dengan menggunakan benang.. Selagi dia tak dapat tarik gigi tu, selagi tu la dia akan berusaha untuk menangkap kitorang.. haha..
Pernah sekali tu mak aku tarik gigi adik aku masa dia sedang tidur.. Gigi tu kalau adik aku tolak kuat sikit gunakan lidah dia pun dah boleh tercabut dah.. Tapi dia takut, tu yang asyik lari je dari kena tangkap.. Akhirnya masa dia tidur nyenyak tu la mak aku sentap gigi tu.. Meraung la sekejap adik aku tu.. huhuhu..
Pernah sekali tu mak aku tarik gigi adik aku masa dia sedang tidur.. Gigi tu kalau adik aku tolak kuat sikit gunakan lidah dia pun dah boleh tercabut dah.. Tapi dia takut, tu yang asyik lari je dari kena tangkap.. Akhirnya masa dia tidur nyenyak tu la mak aku sentap gigi tu.. Meraung la sekejap adik aku tu.. huhuhu..
Bila usia dah semakin naik ni, barulah aku dapat menjejakkan kaki untuk mendapatkan rawatan gigi di klinik swasta samada untuk mencabut gigi, menampal ataupun mencuci gigi.. Ramai orang yang takut nak cabut gigi ni.. Bila sebut je gigi tu kena cabut, masing-masing dah demam satu badan dah... Belum apa-apa lagi dah berpeluh... hahaha.. Pelik betul aku dengan orang penakut nak cabut gigi ni...
Curi-curi ambil gambar masa doktor tu keluar sekejap... hahaha...
(Gambar semalam, semasa aku buat treatment gigi..)
Aku pernah cabut gigi kat beberapa buah klinik gigi.. Ada yang sakit dan ada yang tak terasa langsung.. Sedar-sedar je doktor tu tunjukkan gigi yang dah dicabut tu.. Pertama kali aku cabut gigi ialah semasa aku kursus kat Setapak.. Lama dah... Masa tu memang la agak seriau jugak, apatah lagi bila tengok peralatan yang pelbagai rupa tu.. Tapi sejak hari tu, mencabut gigi bagi aku dah tak menakutkan langsung.. Zaman semakin canggih.. Macam-macam jenis ubat bius yang ada untuk menghilangkan rasa sakit semasa diinjek dan semasa proses mencabut tu...
Cantiknya gigi dia.. Tersusun je... ehehh...
Sebenarnya menampal gigi dan mencuci gigi (scaling) adalah lagi sakit jika nak dibandingkan dengan mencabut gigi.. Aku pernah buat kedua-dua treatment tu.. Rasa nak terkencing dibuatnya.. Ngilu yang amat... huhuhu... Korang macam mana...? Ada pengalaman tak masa cabut gigi ni..? Kalau ada, boleh la kita kongsi-kongsi... Tak salahpun kongsi pengalaman masing-masing, kan... :-)
p/s: Untung la siapa ada gigi yang cantik.. Boleh jadi model iklan sensodyne... hikk..
18 Tukang Tembak:
Salam.
akak! Masa kursus kat Setapak?tempat kita membesar tu,hehehe.
haa..setuju ngan akak. Menampal gigi sangat2 lah ngilu, eiii, bunyi mesin dia tu terbayang2 gi, ngennnnnggggg..hahaha. Dulu time sekolah, salu gak tampal2 ni, sebab suka mam makanan manis.
Bayangkan la kak, gigi bergoyang2 pun, bedal makan eskrem. skali tu, tengah2 makan aiskrim btg tu,kan keras, tak sedar pun gigi patah sebab kuat sgt menggigit. masa kunyah2 eskrim tu, bru pasan..gigi dah tercabut..kawan ckp mulut berdarah, wahahahah
azz..akak memang takut..sampai sekarang..walaupun totap poie ke klinik gigi..tapi sojuk2 badan la dibuek..maso dah dudok kerusi kek dalam tu..pogang tangan sendiri kuek2 maso tu dah menggigil dah..selalu doktor posan..relax..lombutkan badan dan macam2 la nak bagi tonang.
kecik2 dulu memang penakut g jumpa doktor gigi,sanggup tak datang sekolah kalau tahu esok ada pemeriksaan gigi,tapi sejak dah kawin ni,tak leh nak elaklah,tiap kali mengandung kena jugak jumpa doktor gigi...pengalaman cabut gigi dan bersihkan gigi..uih..ngeri tul!..sekali je lah..
huhuhu...angah fobia sket nak jumpa doktor gigi, sebab pernah pi cuci gigi, waktu nak cuci plak sampai kena gusi-berdarah
amboi kak azz...nasib baik za gg tak cantik, tu lah xjd model. dulu kan...za selalu tgk kakak za bg ubat ng anak dia tuk tahan sakit gg. mcm mama kak azz buat...tp dia x cabut pun. cuma kadg2 za terfikir la..sakit gg tu sakit lagi ke dari sakit perut or period ke...atau apa...huhu...skrg za baru tumbuh gg yg paling belakang tu...ssh nak makan :D
dah lamo tak pergi cuci gigi...huhu
dulu masa sekolah kerap la jumpa doktor gigi....ye la, tiap tahun dorang dtg sekolah, free lak tu...kalau dorang dtg, mesti ada yg x kena ngan gigi nih...
dah 2 kali rasa kena bius utk cabut gigi geraham.syg nak cabut dah....tunggu tua sikit dulu la :)
Nasib baik masa saya sekolah rendah dulu kami dibawa naik van kesihatan ke klinik gigi kerajaan .... ngeeee
doktor gigi ikut skill masing2
ada setengah tu, smooth je..
ada setengah, ganas giler..
hheheee
Tyntha Lana>
Waalaikumussalam...
Nama je Setapak... Tapi kena gak naik bas.. Maka bertapak-tapak la jadinya.. haha..
Uisshhh..!! Kiranya Lana ni isap darah sendiri la ehh... hahaha...
Kak Erna>
Kadang2 maso doktor tu nak cabut gigi tu, kito tak sodar yang kito koghehkan badan.. Sey pun kadang2 camtu gak.. Padahal ghaso ehh memang dah rileks sangat dah...
UmmiArissa>
Tapi kalau gigi sakit, kena gak cabut, kann... Tak kan nak biar sakit tu berterusan.. hehe...
Angah>
Saya pernah gak kena camtu.. Masa tu kena dgn doktor gigi kerajaan... Tu yg serik nak pergi klinik gigi kerajaan tu... :D
Abang saya lak darah gusi dia tak henti2 berdarah... Sampai nak pitam dah dia.. Terpaksa pergi ke bandar jumpa doktor gigi swasta, jahit gusi yang rabak tu...
Za>
Gigi geraham bongsu la tu, kan...
Tu tandanya Za masih muda belia lagi.. Gigi geraham akak dah banyak yang gugur dah... huhuhu...
Papa Mifz>
Poie la cuci... Kalau kuat merokok, lagi tebal dia punya kekotoran yang melekat...
:D
APAN>
Sayang gigi geraham tu ke... atau takut nak cabut...
hahahaha...
Tampal je la dulu geraham yang sakit tu.. Tak kan tampal gigipun takut jugak... huhuhu...
Yunus Badawi>
Untung la macam tu... Takde alasan la nak lari dari pemeriksaan gigi tu, kan.. hehe...
Mie>
Tapi selalunya doktor gigi kerajaan ni kalau cabut gigi, sakit dibuatnya.. Mungkin sebab ubat bisu yang digunakan tu murah sikit kot.. eheh...
Kalau doktor gigi swasta, jarang sakit masa cabut gigi tu.. Tau2 je dah selesai dah... :)
Post a Comment