Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Loading...

Saturday, May 12, 2012

Susah la kalau macam ni... adehh...

Assalamualaikum...

Susah la kalau macam ni... adehh...

Kadang-kadangkan, aku takut nak menulis kat blog ni..
Takut ada yang kecil hati..
Takut ada yang terasa hati..
Takut ada yang anggap aku nak menyindir dia..
Takut ada yang salah faham atau salah tanggapan dengan tulisan aku kat sini..

Tapikan, kalau takut kat semua tu, sampai bila-bilapun aku tak menulis..
Asal nak menulis je, teringat kat hati orang lain yang nak kena jaga...
Jadi, apa tujuannya aku buat blog ni...?
Sama la tujuannya dengan anda punya blog iaitu berkongsi cerita atau apa saja, kann...
Kalau itu tak boleh tulis, ini tak boleh tulis, baik aku tutup je blog ni kepada umum, kan...?
Susah la kalau macam ni... adehhh...

Ketahui la ya...
Aku menulis ni berdasarkan apa yang aku rasa..
Berlandaskan apa yang aku alami melalui pengalaman aku..
Dan aku menulis mengikut acuan aku sendiri, tidak mengikut cara orang lain..
Rasanya dah banyak kali dah aku bagitau pasal ni..

Nasihat aku...
Jika anda tak selesa dengan cara aku menulis, tolonglah jangan baca...
Jika ada yang menyimpang dalam entri aku, tolonglah bagitau...
Sebab kadang-kadang aku ni tak tahu apa yang orang lain nampak...

Sebabnya...
Cara penyampaian kita tak sama antara satu sama lain..
Apatah lagi cara pemahaman kita, lagi la jauh berbeza..
Ada yang cepat tangkap apa yang dibaca...
Dan ada yang lampi... (macam aku..)

Cara aku senang je..
Jika aku terasa dengan sesuatu tu, aku akan berdiam diri..
Aku fikir balik semula, betul ke benda tu kena kat batang hidung aku..?
Dan jika betul, kenapa aku nak marah atau melenting atau sebagainya..?
Bukankah lebih baik aku memperbetulkan mana yang tak betul tu daripada melenting sesuka hati..?

Memang la tak dapat nak betulkan seratus peratus...
Namun, sekurang-kurangnya ada usaha untuk memperbetulkan mana yang tak betul itu..
Daripada terus-menerus menyalak dan memekak...
Dan jika tak betul sekalipun, apa salahnya ambil sebagai satu iktibar..
Bukannya rugi apa-apapun, kan..

Kesimpulannya...
Aku minta maaf kalau ada entri aku yang buat anda terasa atau berjauh hati..
Pis pis kacang pis... 
Sayangnya, banyak entri yang ada kat dalam draft sudah aku delete... huurrmmm....

----------------------

Okaylah..
Jom layan video pemenang award best celebrity blogger ni..
Walaupun aku jarang sangat baca blog dia, tapi aku suka tengok dia kena buli kat rancangan ni... 
So suwittt... So funny... 
Sakit perut gelak... Sampai dok replay more than five times... ehehh...



p/s: Syukur alhamdulillah kerana masih diberi peluang untuk belajar memperbaiki diri... Rupanya belajar nak jadi baik ni lagi susah dari belajar matematik moden.. huhuhu...

6 Tukang Tembak:

Acik Erna said...

azz..boto tu azz..kadang2 kito tulih lain orang anggp lain..memang tak samo pemikiran tiap orang ni azz.
kok na fikir an..tak do cerito pulak blog kito nanti kan

Angah said...

go girl... don't border about 'them'

Tinta Lana said...

Salam..akak..kenapa kak..ada org kaco akak kita ek.. :)

Macamni kak..lana tau lana muda..mungkin tak layak untuk berkata..cett, sebak lak tetiba,pasai pa ni,hahaaha.

Hurm..pertama..dalam hidup ni..kita kena belajar berfikir secara positif..janganla asyik nak berkecil hati, nak cepat terasa, cepat tersinggung, mudah tersentap.. sebab bila semua tu berlaku, perlahan2, emosi n syaitan akan kawal diri kita..dan bila tu berlaku, ada je yang serba tak kena dipandangan kita..

Dan, untuk akak..teruskan menulis..jangan terlalu memikirkan sangat perasaan org lain, nak jaga hati org lain dan sewaktu dgnnya.. jika akk rasa, akk betul menulis ni dengan niat yang baik, teruskan. InsyaAllah..Allah akan jaga akak.

Jagalah hati sendiri dahulu..sebelum kita menjaga ati org lain.. :) dan..biarkan mereka2 itu, berada dalam dunia ciptaan mereka..

~ Cik Azz ~ said...

Kak Erna>

Tu la pasal..

Tapi ado jugak sesetengah orang yang sengajo nak carik pasal dgn kito.. Soba yoo la.. yo tak..?

~ Cik Azz ~ said...

Angah>

Yupp.. Malas dah nak amek port perihal orang macam tu.. Kalau dok pikiaq negatif je, selamanya la akan negatif.. Dok lagu tu je, kan..

Macam tak sesuai je panggil akak girl.. huhuhu..

~ Cik Azz ~ said...

Tinta Lana>

Waalaikumussalam Lana..

Yuuppp... Setuju dengan apa yang Lana tulis.. Lagi satu, nak bagi nasihat ni tak kira muda atau tua, bodoh atau cerdik, miskin atau kaya.. Kalau fikir macam tu, maknanya kita masih lagi berfikiran negatif untuk sesuatu yang tidak sepatutnya..

Thanx Lana.. :)

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »