Assalamualaikum...
Tak pandai den nak menggayakannya... :)
Ada orang bagi aku kerongsang yang pakai kat tudung tu..
Fesyen sekarang kerongsang tu dipinkan kat bahagian tudung kat bawah dagu..
Dan dibiarkan tergantung serta berjuraian di situ...
Terima kasih sebab bagi kerongsang yang dibeli kat Sabah ni..
Tapi aku ni agak kuno dalam berfesyen..
Ada la dalam tiga empat kerongsang berjurai-jurai ni yang orang bagi kat aku..
Aku tak pakaipun kat bawah dagu tu..
Aku pin je kat hujung tudung bawal...
Hahahaha...
Segan aku nak pakai kat bawah dagu tu..
Segan bila nanti orang pandang semacam je..
Bertambah segan bila ada orang yang tanpa rasa bersalah, dok pegang dan belek kerongsang tu lebih-lebih lagi di tempat awam.. Dah macam orang tak betul je... Kehkehkeh...
Kadang-kadang aku pelik, kenapa la nak letak kerongsang yang berjurai-jurai, dengan silaunya, dengan besarnya, dibiarkan tergantung kat bawah dagu tu.. Dah macam janggutpun ada... hehehe... Kalau mak aku lagi la tak berkenan dengan fesyen ni.. Tapi nak buat macam mana.. Anak menantu cucu diapun ada yang buat seperti ni.. Bila mak aku kata, apo bondo la pakai macam tu...? Nanti dorangpun jawab la secara berjemaah, ini pesen la makkk.... Itu anak menantu dia la yang menjawab.. Kalau cucu-cucu dia pulak menjawab, ni la pesen zaman sekarang Wan.. Zaman Wan dulu mana ada semua ni.. Adehhh... Tak tau den nak cakap apa dah.. No komen je la... ehehh...
Kakak aku yang sorang tu banyak koleksi kerongsang berjurai-jurai ni... Tak macam aku dengan kakak yang sorang lagi tu.. Kami berdua tersangatlah sempoi orangnya.. haha... Kakak yang ada koleksi kerongsang tu paling suka bila aku tak berminat dengan kerongsang berjurai-jurai ni.. Sebab apa tau..? Sebab nanti takde la orang yang nak mengecek kerongsang dia tu... hahahaha... Pesen aku pulak, kalau aku tak berkenan, buat apa aku nak mintak...
Tudung kakak aku yang tinggal masa raya puasa hari tu..
Tak teringin pulak aku nak menggayakan kerongsang dia tu... :-)
Aku punya pe'el, pakai je kerongsang yang kecik untuk pinkan tudung kat bawah dagu tu.. Selagi kerongsang tu boleh guna dan jarumnya masih lagi tajam, selagi itulah aku pakai.. Jadi, koleksi kerongsang aku yang kecil dan murah tu cuma ada dalam lima hingga enam biji sahaja..
p/s: Kunopun kuno la haiihhh.... :P
5 Tukang Tembak:
hihihi akak ni..
takpe la kak, ikutlah keselesaan, angah ni suka juga pin yg berjuntai-juntai ni, maklumle nak ikut peredaran fesyen...kunun...
salam kak azz~
hehehe.. den pun pkai gak.. tapi jenis yg kecik aje.. bubuh kat bawah dagu.. ^^
nmpak cumel ar kak.. =)
azz..he he..suami akak pun cam tu..macam bojanggut kato..e..akak pun boli gak..tapi yang kocik2 yo..yang bosar2 tu suami akak tak bagi..macam janggut kato e..akak nak yo meraso yang bojuntai tu..akak boli la yang juntai e kocik yo he he
saya x pakai kerongsang kehkkehkehkeh...
Klu xselesa jgn pakai kak.hehe.sila lah dtg ke blog sy..http://ajax85.blogspot.com
Post a Comment