Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Quote For Today

Once you replace negative thoughts with positive ones, you'll start having positive results - Willie Nelson

Saturday, January 5, 2013

Somput napeh den...!!!

Assalamualaikum... 

Somput napeh den...!!!

So exhausted...!!!
Somput napeh den...
Pheewww.... 
=..="

Bila rumah kecil, bising, mulutpun mula la berkata, sempit la, sesak la, so rimas....!!! 
Bila rumah besar, bising jugak, mulutpun membebel lalu berkata, penat la tak habis-habis mengemas, sepah sana-sini... So tension...!!!

Korangpun macam tu jugak ke...?
Pernah tak terjadi situasi macam ni kat korang..?
Takde ehh..??
Cover line la tu... ahakkk...




Rumah kecilpun tak berkemas, ada hati nak rumah besar... Jangankan kata rumah, jamban dengan bilik air yang sekangkang kera tu pun dah mula berlumut dah akibat jarang dicuci... Bilik tidur sendiripun dah macam sarang tikus bercengkarama.. Ish, ish, ishhh... Jangan la sampai macam tu sekali... Muka bajet cun tapi tetttttt... :D

Kalau orang tu letih, kita jangan kacau atau bebel kat dia.. Kang tak pasal-pasal kaki naik ke muka.. Dah la orang tu penat buat itu ini.. Tup-tup kita datang kat dia terus terjah macam tu je.. Sape tak hangin, ya tak..? Apa kata kita bagi dia minum air oren sejuk ke, teh O ais limau ke... Kalau dapat milo ais lagi la masyuk.. Lagi la cepat suhu panas dia turun.. kehkehkeh...

Kalau tak nak kena bebel, jangan la buat benda yang orang tak suka... Ada faham..? Yang peliknya, lagi kita tak suka benda tu, lagi la dia buat.. Tak faham sungguh dengan orang macam ni.. Korang faham tak..?? Tak faham jugak, kan...? Kalau gitu, moh la kita bebel sama-sama sampai somput napeh... hikhikhik...


p/s: Dah la semput mengemas, pastu tambah lagi semput membebel.. Sangat tidak bagus untuk kesihatan jantung anda... Anda ke kita..? Semua la, habis cerita... ehehh... 

3 Tukang Tembak:

Tinta Lana said...

Salam.

Saya tak suka kalau saya balik, dalam keadaan letih..bukak je pintu rumah, macam2 soalan org duk tnya, terjah saya. Memang saya buat jelingan maut,hahahaha

Fariq Jalil said...

ni nak cite pasal kak azz mls kemas umah, pastu kena bebel.. kan.. hewhew

ibundo said...

opocot mak kau!!!
Topoghanjat nengok gamba kaki tu haha..

Ekau nak tau e azz. Pagi ni kpah mombebel ngan bibik baru tu. Dah lah kpah ni bangun dulu daripado dio, masuk dapo tengok sinki ponoh ngan pinggan mangkuk periuk bagai yang koto. Kebetulan malam tadi kpah ponek mek amek dan naik tido awal. maso nak naik tu dio tongah makan. Siap cakap lai mo dio suruh komehkan dapo. Ghupo2 e dilungguk e somo e lam sinki. Aduyai.. tensyen botul. Kpah ni bukanlah perfectionist bona tapi tak goma botul nengok bondo tak bekomeh. Adui...... tensyen.. tensyen..

Next Post Previous Post Home