Assalamualaikum...
Dah baca ke belum..?
Sementara Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) masih lagi berlangsung sehingga 5/5 ni, aku nak kongsikan beberapa buah novel yang aku dah baca.. Mana la tau kot-kot ada di antara peminat novel yang ingin serbu PWTC tu untuk dapatkan diskaun hebat kat sana..
Nirrosette
Adileah dan Noor Azzahra
Kesemua novel ni aku beli secara online dan juga beli kat kedai buku sebab aku tak pergi PBAKL tu.. Dan semua novel ni aku suka sebab ianya selari dengan citarasa aku. Maksud selari tu ialah aku boleh layan baca dan boleh hadam sampai habis. Takde la aku nak letak tepi atau masukkan semula novel ni dalam almari sebelum habis baca.. Tapi jangan la tanya aku nak bagi berapa bintang untuk kesemua novel ni.. Aku tak reti nak bagi bintang-bintang ni..
Adah Hamidah
Amiza Anaz
Izz Alejandra
Aku bukannya cerewet sangat dalam memilih novel ni.. Kalau jalan cerita serta olahannya okay, aku boleh je layan. Cuma bila sebuah novel tu mengisahkan kisah budak bawah umur yang memang tak matang langsung berkawen, aku memang susah nak terima walaupun kisah tu kisah benar.. Kalau nak suruh aku pilih antara kisah kawen paksa dengan kisah budak bawah umur yang gedik sangat nak kawen, yang manja terlampau, aku lebih suka pilih kisah yang pertama tu walaupun klise..
E-Man Sufi
Hlovate
Aku belum buat review untuk kesemua novel ni.. Kalau aku rajin, aku buat la review.. Tapi kalau aku malas, nan hado la jawabnya.. Something cross my mind yang buatkan aku sedikit malas nak me-review... Jadi, untuk sementara waktu ni, aku cuma kongsikan apa yang aku baca je.. Kalau tak suka dengan review yang aku buat, tak payah baca maaaa...
p/s: Membaca itu jambatan ilmu.. Kalau ilmu yang kita mahu, itulah yang kita kena cari walaupun kadang-kadang ianya tersembunyi di sebalik ungkapan cela dan nista.. Ilmu yang tersembunyi itulah yang perlu kita cari kerana ianya sudah tentu amat berharga... (cakap memang la mudah, ya tak.. hehh...)
6 Tukang Tembak:
Akak, kalau ad kelapangan, mood, boleh tak tlg buat review Bukan Krna Aku Tak Cinta?
Saya tertarik dgn yg itu. tak tau knapa. hehe.
...membaca jambatan ilmu....
azz..lama dah akak tak poi tngok novel kek kodai..akak raso namo baru penulis ni..best tak cerito e..HLOVATE..baru akak tau ado penulih namo ni..
Tinta Lana>
Insya-Allah Lana.. BKATC tu best, rasanya tak payah review pun takpe kot.. hehe...
Akakpun main beli je buku tu, takde nak baca2 review..
Angah>
Iya, betul.. Tapi kena tengok jugak la apa yang dibaca..
Acik Erna>
Kak, buku2 Hlovate ni sesuai untuk golongan remaja.. Kito2 ni buleh gak nak baco tapi kono baco ikut gayo budak mudo la.. hehe..
Hlovate ni dah lamo menulis.. Sojak dari sekolah lagi.. Sey pun baru nak mulo baco karya dia..
Post a Comment