Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Loading...

Friday, June 7, 2013

Pewangi asli...

Assalamualaikum...

Pewangi asli...


Kedua-duanya mempunyai aroma tersendiri..
Aroma yang boleh membangkitkan satu rasa yang sukar untuk digambarkan.. hehh...




Bunga kantan sudah terbukti keharumannya.. Kalau buat kuah laksa Penang tak letak bunga kantan ni, rasa kuah tu ada sikit kureng lah.. Ada juga orang yang masukkan hirisan bunga kantan ni dalam kerabu... Ada juga yang masukkan dalam asam pedas.. Ikut kesukaan masing-masing la, kan.. Tapi kalau orang lelaki, dorang memang kurang suka dengan bunga kantan ni... Banyak songeh..!!!




Limau purut ni aku ambil kat pokok kat rumah makcik aku masa balik ke Rembau hari tu. Tengok buah dia lebat la pulak tapi pokok dia kecil je.. So, dengan muka tak malunya, akupun mengendeng la buahnya.. Makcik aku kata dia cuma guna daun je.. Aku kata, limau ni bagus dibuat mandi.. Boleh redakan sakit kepala.. Boleh gesek-gesek kat ketiak yang berkarat.. Biar wangi sikit ketiak tu.. Tak payah dah nak tonyoh dengan deodarant.. hehh..




Mencium buah atau daun limau purut ini juga dikatakan sebagai satu terapi.. Jadi, bila rasa stress nak datang tu, eloklah cium buah limau purut ni.. Kalau tersekat dalam kesesakan lalu lintaspun boleh jugak cium buah limau ni.. haha..


p/s: Tak reti nak guna deodarant... Pernah sekali aku tonyoh deodarant tu kat baju bawah ketiak tu je.. hahaha... Goli den nak tonyoh deodarant tu kat kulit ketiak tu.. huhuhu...

1 Tukang Tembak:

Tinta Lana said...

hahaha, akak, citer pasal ketiak plak aihh,hahaha

Si kantan tu, saya layan kalau buh dalam kerabu. tapi kalau dalam laksa, asam pedas, saya tak brapa sgt. Nanti saya duk ngutip n letak tepi pinggan.

Limau purut.. nenek angkat saya selalu guna limau ini, untuk buat mandi2. Tiap kali cuti sekolah, mmg krumah dia, dia akan buatkan. Kdg2 mndi bunga..fuhhh, cam pi spa,ekekeke

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »