Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Monday, July 29, 2013

Berapa upah nak ambil...?

Assalamualaikum...

Berapa upah nak ambil...?


Sebetulnya aku tak tau nak letak berapa ringgit untuk upah menjahit baju kurung kanak-kanak bawah umur sepuluh tahun ni. Namun dari apa yang aku tau, lagi kecil saiz baju tu, maka lagi mahal harga dia disebabkan kesukaran untuk membuatnya..




Macam baju kurung Pahang kanak-kanak yang aku jahit ni, aku tak tau nak letak harga upah tu. Aku ada jugak survey kat grup jahitan yang aku join dan alhamdulillah, dorang kat situ ada bagi feedback. Ada juga yang kata harga sama macam jahit baju kurung biasa sebab bezanya cuma tang pesak je. 


 


Aku pulak bagi pendapat aku. Aku kata harga upah jahit baju kurung biasa dengan baju kurung Pahang ni tak sama sebab kalau baju kurung Pahang, aku kena buat dasar untuk pesak tu. Nak buat dasarpun kena mahir jugak sebab kalau dasar tak betul, nanti cutting kat bahagian pinggang baju tu lari samada ke bawah ataupun ke atas. So, kena jugak kira caj bagi masa yang diambil untuk buat pola tu..


Aku dah terkena dah dulu. Mujurlah masa tu buat baju Pahang ni untuk anak saudara yang dewasa.. Dia kata pinggang tu jatuh.. Sebab tu aku kurang suka nak ambil tempahan untuk baju kurung Pahang walaupun upahnya lebih sikit dari baju kurung biasa. 


 


Bila tengok harga yang geng kat grup tu bagitau, tak tertelan air liur aku dibuatnya. Aku ambil upah yang sekarang ni pun dah ada yang bersungut kata mahal. Entah la, tak tau nak buat macam mana lagi dah. Nak kata kualiti jahitan teruk, rasanya takde la teruk manapun jika nak dibandingkan dengan contoh baju yang dorang bagi... 


Pemikiran orang kita ni masih lagi berada di takuk lama iaitu kalau kat kampung, semuanya murah. Padahal harga barang kat kampung ni lagi la mahal jika nak dibandingkan dengan harga barang kat bandar. Kat bandar, macam-macam ada. Dengan Mydin-nya, dengan Tesco-nya, dengan Giant-nya, dengan Kamdar-nya. Banyak pilihan. Kat kampung, apa je yang ada..?


p/s: Aku merempit banyak guna letrik tau.. Bukannya guna tenaga solar.. huhuhu..

2 Tukang Tembak:

Acik Erna said...

Ambik yo ikut azz.bilonnak ambik bajua upah kono bayar ikut azz.akak kek sini orang nyahit dalam rumah yon pun 40 hingit azz.dah tu hargo e
Kononla bayar.tu sobab akak banyk baju boli siap.60 hinggit sopasang

gadisBunga™ said...

setuju! sebenarnya barang kat kampung lagi mahal. tapi ntahlah, tak faham dengan orang yang fikir sebaliknya tuh. tak penah berjalan agaknya?

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)