Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Loading...

Monday, August 19, 2013

DIY: MinahGyver dan alat jolok buah manggis... :D

Assalamualaikum...

DIY: MinahGyver  dan alat jolok buah manggis... :D


Musim manggis dah tiba.. Nak panjat, takut.. Lagipun tak reti nak panjat pokok ni.. Nak tak nak, kena la jolok.. Kalau pokok tu rendah, takpe la jugak, boleh gak main capai-capai.. Ni tinggi menggalah.. Buah yang dah masak tu pulak ada kat dahan yang tinggi.. Saje je kan nak mendera.. hehhh..


Maka, otakpun kena la ligat berfikir.. Sementelah semua bahan ada kat rumah, so, apa lagi, kan.. Marilah kita mulakan misi ala-ala mcgyver.. Tapi disebabkan aku ni wanita *euuwwww.... haha.., maka tukar la nama tu kepada minahgyver.. kehkehkeh...


Guna je botol minyak masak. Potong botol tu dan buang benda putih atas tu bergantung pada jenis kayu yang akan digunakan..


Masukkan kayu dalam lubang botol.. Seeloknya gunakan kayu bulat.. Tapi dah takde yang bulat, yang pipihpun boleh aje... hehh.. Lagi bagus kalau guna buluh..


Sediakan paku anggaran panjang dalam 3 inci dan penukul... Ketuklah ia.. 


Dah siap.. Guna 2 batang paku je.. Paku kiri dan kanan.. Pastu nanti buat sikit belahan anggaran dua inci lebar dan tiga inci panjang kat bahagian atas tu untuk mengepit ranting atau tangkai buah..


Disebabkan hujung paku tu terkeluar sikit dari leher botol minyak tu, maka kenalah bungkus dengan kain bagi mengelakkan tangan terkena hujung paku yang tajam tu.. Beringat sebelum kena, okay.. :D


Dapat banyak ni je sebab buah manggis ni baru mula nak masak.. Kali ni macam tak banyak je buah manggis kat atas pokok tu..


Buah jambu air tu kecil lagi.. Kalau tunggu besar, memang tak dapat makan la sebab dah kena jolok dengan lebah buah.. Pastu nanti kat dalam tu ada ulat.. Takmo ahhh... eeeiiii....


Manis sangat... Yummyyyyy.....!!!! 


Buah manggis ni sensitif.. Seeloknya jangan biarkan dia jatuh tergolek kat tanah.. Kalau buah manggis ni dah jatuh, dia akan cepat jadi keras kematu dan tak boleh nak makan dah.. Itulah fungsi botol tu.. Tujuannya untuk mengelakkan buah manggis tu jatuh.. Boleh je nak gegar dahan pokok manggis tu tapi buatnya banyak yang jatuh, larat ke nak makan semua tu masa tu jugak..? Setiap benda yang dibuat, direka atau dicipta, mestilah berserta dengan kebaikan atau kelebihan.. :D


p/s: Nak makan, kena la panjang akal.. Tak kan la nak tunggu orang suap masuk mulut.. Bukannya orang sakit nak kena suap bagai haiihhh...  =..='

3 Tukang Tembak:

Acik Erna said...

azz..sodap e manggih..akak kek rumah ni anak boranak goma manggih

Tinta Lana said...

Salam.

Woww,sangat kreatif! hahaha

Angah said...

kreatif, boleh tiru ni...

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »