Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Loading...

Sunday, August 25, 2013

Wajarkah..??

Assalamualaikum...

Wajarkah..??


Sekarang ni masih lagi dalam bulan Syawal.. Masih lagi mood raya untuk sesetengah orang.. Walau dah habis Syawal sekalipun, rumah terbuka hari raya masih lagi dibuat.. 


Berbalik pada senario kunjungan raya ni, tergerak jugak aku nak bertanya.. Wajarkah kita yang nak datang rumah orang, meminta tuan rumah tu masak macam-macam atau dengan lain perkataan, masak makanan yang kita suka..?

  • Atas dasar apa kita nak suruh tuan rumah masak macam-macam untuk kita..? 
  • Datang nak ziarah raya atau nak mentekedarah.. *Maaf atas bahasa yang kasar ini..
  • Tak rasa membebankan tuan rumah ke dengan permintaan kita tu..?
  • Dah makan dah tapi bila nak balik, boleh mintak tapau lagi tu sedangkan masih ada lagi tetamu yang belum datang..

Ada yang pernah mengadu pasal ni dengan aku.. Sebagai tetamu, kita makan saja apa yang tuan rumah hidangkan. Yang penting makanan tu bersih, suci dan halal. Mustahil kita tak boleh makan satu jenis hidanganpun.. kan.. Mana yang kita boleh makan, kita makan.. Mana yang tekak kita tak boleh nak terima, jangan makan. Jangan paksa diri makan makanan yang kita tak suka sampai tuan rumah perasan muka kita terkulat-kulat menelan makanan tu..


Dah kenyang, terus balik.. Langsung takde nak bermaaf-maafan sedangkan tujuan kunjungan raya adalah untuk saling meminta maaf. Kenyang sampai terlupa.. Kadang-kadang ucap terima kasihpun takde.. Pakat dok salam gitu je.. Menonong macam tu je keluar pintu... Wajarkah tindakan kita tu..?


p/s: Sekurang-kurangnya, ucap la terima kasih.. Selamat hari raya.. Maaf banyak-banyak ya.. hehh hehh hehh...

4 Tukang Tembak:

Ummiarissa Mahdi said...

wajar kalau tuan rumah tu adik beradik kita.(hehehe)..tak wajar untuk orang lain...mana boleh demand-demand sangat pasal makanan ni...elok kita betulkan niat kita yang asal...nak ziarah ke nak makan...syukurlah dengan apa yang ada.

Tinta Lana said...

Assalamualaikum.

Menjawab persoalan..wajar jika tuan rumah tu org yg rapat..cth adik beradik, kawan rapat..yg mungkin tahu keluarga kita ni mcmna..cth, kita ada ahli kluarga yg allergi,atau ada yg tak boleh makan mknan2 tertentu smntra dlm tempoh penyembuhan..

Selain dari itu..memang tak patut la kak..itu namanya tak sedar diri,hihi. Satu lagi, saya tak setuju juga kita complaint banyak sgt psl mknn yg org dah msk..terpedas lah, manis sgtlah, terlebih garam. Lain la kalau basi, tiba2 nmpk cicak berenang dlm kuah, tu mmg kena gtau awal2 lah, kang lain jadinya.

Kalau nk complaint msakan tuan rumah..elok buat slps slsai majlis..telefon ke bagitau sekian2 spya dia dpt perbaiki lagi..

~ Cik Azz ~ said...

Ummi Arisa dan Lana:

Terima kasih atas komen..

Entry ni more to orang luar like jiran tetangga atau kenalan yang kita tak berapa nak kenal mesra.. Macam sepupu pun kadang2 kita tak rapat jugak..

Apapun, niat kena perbetulkan.. Nak ziarah raya dan bermaafan itu didahulukan.. Makanan tu jika ada yang kena dengan selera kita, alhamdulillah.. itu dah namanya rezeki kita.. kann...

Tinta Lana said...

Sama2 :)

Baru ni, saya gi satu open house kak..ada tetamu ni..suka hati je tegur depan tuan rumah msknnya pedas, berubah muka tuan rumah tu kak..

Kita yg dengar pun tak seronok..

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »