Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Loading...

Wednesday, September 4, 2013

Ghaso nak monangih den dibuek ehh... huhuhu...

Assalamualaikum...

Ghaso nak monangih den dibuek ehh... huhuhu...


Setiap pagi aku tengok dan siram dia.. Nak bagi dia segar dan sihat.. Dia sihat, mata akupun sihat jugak.. Dia sakit, mata akupun ikut sakit.. Dia cantik, mata akupun ikut blink blink.. Terkelip-kelip macam kena suluh lampu picit.. hehe..


Dua hari lepas, mata dan hati aku sakit bila tengok pokok yang aku jaga ni hancur. Tengok dalam pasu tu ada sebiji telur ayam.. Tapi dalam gambar telur tu takde sebab aku dah ambil dulu telur tu.. Dah simpan telur tu baru aku ambil enpon dan klik..




Lepas betulkan balik tanah dalam pasu tu, aku alihkan pasu tadi ke tempat lain tapi masih atas lantai simen tu la.. Bertentangan dengan tempat asal pasu tu.. Pagi ni, aku tengok ada lagi kesan tanah tu kena korek.. Menyirap betul darah dibuatnya.. Terus aku naikkan pasu tu kat atas tiang batu ni haa.. Tak tau la samada lepas ni tanah tu kena korek lagi ataupun tidak..




Lepas tu, jalan ke depan lagi.. Jenguk-jenguk pulak bunga yang lain.. Tup-tup ternampak pokok kat bawah ni semacam je dia punya kembang. Ada kesan macam kena tenggek je.. Ahh, sudah.. Mula-mula dah terlajak jalan dah, lepas tu rasa macam ada yang tak kena.. Tu yang patah balik tu.. Memang sah la ada yang tak kena.. ggggggggrrrrrrrr.......... kancing gigi ketat-ketat... haha...




Bila tengok je, huwaaaaa..., memang rasa macam nak meraung.. Habis jahanam pokok bunga aku.. Dah la aku punya sayang kat pokok ni.. Tercabut dua tiga batang pokok tu dikerjakan dek ayam.. Menangis dalam hati je laa.. huhuhu... 




Memang sakit hati sangat bila benda yang kita sayang, dirosakkan oleh makhluk lain.. Banyak lagi tempat lain untuk bertelur.. Kenapa la kat pasu bunga aku jugak yang kau berkenan.. Ni bukan pertama kali.. Dah berkali-kali dah.. Dah banyak pokok bunga aku jahanam gara-gara ayam ni walaupun bukan ayam yang sama buat kerja.. 


p/s: Kalau sendiri dah bising, apatah lagi jiran keliling.. Sudahnya, urut dada je la.. Sabar.. Sabar.. Sabar.. Dalam pada sabar tu, berbakul-bakul menyumpah dalam hati... huhu..  Maklum la, iman tak sekuat mana... hehh...

4 Tukang Tembak:

Irfa said...

ayam sapa?
sabor jelah ye

Angah said...

nakal betui ayam ni eh

Acik Erna said...

semoleh ayam2 tu buek gondang..baru pueh hati kan azz he he

Ummiarissa Mahdi said...

wah hari-hari dapat telur ayam ..bestlah,tak yah beli...hehehehe

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »