Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Loading...

Thursday, September 19, 2013

Guna botol minyakpun boleh.. :D

Assalamualaikum...

Guna botol minyakpun boleh.. :D


Hari tu aku letak pokok ni dalam bekas axion ni...
Untuk sementara waktu je sebab takde bekas yang sesuai..
Ikanpun cuma letak dua ekor je..
Sebagai langkah menghalang pembiakan jentik²...




Sekarang aku letak pokok tu dalam botol minyak masak ni pulak...
Potong botol tu dan cuci bersih²...
Sebab nak letak ikan gupi kat dalam tu..
Kang kalau berminyak, tak bernafas pulak dorang nanti..




Lepas tu aku letak sikit pasir sungai dan seketul dua batu..
Pasir ni aku mintak tolong abang ambil masa dia temankan adik pergi memancing hari tu..




Akhir sekali, aku tambah lagi ikan gupi kat dalam tu...
Yang dua ekor hari tu dah beranak sekor dah...
Suka tengok.. hehh...




p/s: Sekarang aku join satu lagi grup kat fesbuk.. Buka mata, buka minda.. Barulah kreatif.. hehh..

6 Tukang Tembak:

Umi Qi said...

Akak azz nih dari dulu ju kenai sampailah sekarang mmg suka menanam...x kiralah apa jenis pokok bunga ke, buah ke, pokok hiasan ke...semuanya cantik2...kak azz mmg rajin... :) salute

p/s kak azz betul ckp kak azz kalu cukur rambut anak sekurang2nya 7x mmg mudah timba ilmu...org2 tua2 ckp...

Aziela said...

Wah...kreatif...kreatif. Tu pokok apa sebenarnya? Hehehe...saya nie agak kurang mengenali.

Rai Ourkizuna said...

kreatif ni kak.. bebudak mesti suka sbb ada ikan dalamnya..

Tinta Lana said...

Salam.

Akak..akak guna botol minyak saiz besor tu kan?

Rasa nak buat gakla,hehehe. Kat psr mlm putrajaya, ada jual ikan dlm bungkusan..btu pun ada.. nak jimat, buat sndiri bekas cam akak ni..tkyah beli semua kan :)

jaakechik said...

minat akak bela ikan yer. jaa x minat sbb malas nk tukar air dia. hihi...

Angah said...

eh dah beranak dah ikan tu..

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »