Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Wednesday, September 11, 2013

Letgo...

Assalamualaikum...

Letgo...


Kadang-kadang rasa macam nak jual je balik semula mana-mana novel yang tak boleh nak ngam dengan jiwa..


Tak jadi nak letgo.. Tunggu masa yang sesuai untuk dibaca balik semula.. 


Bila novel tu dah dibuka plastik pembungkusnya, dengan serta-merta statusnya jatuh kepada novel second hand atau novel terpakai.. Kadang-kadang tak baca sangatpun.. Setakat selak-selak muka depan, tengah dan belakang je. Tengok gaya bahasa macam mana.. Tengok jalan cerita macam mana.. Tengok watak tu macam mana..


Kena tukar cara susun.. 


Bila dah semua tu dibelek dan rasa macam hmmmm je, tu yang rasa nak letgo je tu...Banyak dalam stok novel macam ni.. 




Tapi bila difikir-fikir semula secara mendalam, rasa macam rugi pulak nak jual novel yang masih baru dengan harga second hand.. Mungkin buat masa ni otak tak boleh nak terima novel tu.. Manatau lagi tiga empat tahun akan datang, boleh pulak hadam novel tu dengan baik.. Siapa tahu, kan...? Ataupun mungkin sekarang ni otak dah tepu nak baca kisah yang seakan-akan sama je.. Tu yang kena peram dulu novel tu.. Bagi otak mencair balik semula.. huhuhu...


p/s: Buat masa ni, simpan je dulu mana-mana novel yang masuk kategori letgo tu.. Nak pinjam...?? JANGAN HARAP la ya... hehh... Kang kalau dah bagi pinjam, pastu buatnya rosak novel tu, langsung takde harga dah.. Aku jugak yang rugi..

4 Tukang Tembak:

Tinta Lana said...

Assalamualaikum.

Saya setakat ni ada juga nak letgo..tpi tulah..asyik hold je dulu..hehe

Mcm akak ckp..skrg rsa tak ngam..taktau la nnti bila tiba wktu sesuai, ngam pula ceritanya dgn kita.. ^^

#saya mmg tak bagi pinjam buku2 saya kt org lain,muehehehe

Irfa said...

mcm kereta la,dah turun harga wpun baru beli minggu lepas :)
sy punya koleksi dah tak tahu kemana.sbb letak dlm kotak je x susun dlm lemari pun

Dr K said...

Penuh nya koleksi novel!
Baik simpan..buat mini library ...:)

Acik Erna said...

assalam azz..akak punyo dah habih letgo.yang best jual kek paper lamo..sampai anak2 bising..dio buek an fb..ramai lak orang cari novel lamo yang akak ado tu dulu.lamia aimal..aisya sofea..norhayati berahim,fauziah ashari paling copek laku..
ado yang aimi bawak pi sekolah..lotak kek sekolah konon..tapi budak2 pompuan bawak balik kato e..he he..
lemari novel akak tu dah jadi tompek simpan bukui2 aimi lak..tu yang akak letgo tu..dah tak do tompek nak lotak..rumah kocik kok boli lemari laei kang akak tidur berdiri lak he he..nak lotak kek ruang tamu..akak jenih tak goma ruang tamu ado lemari..cukup ngan kusi mejo yo.
tamat la dah kisah akak ngan novel..kalau masuk popular tu..akak ngeko yo aimi cari buku sekolah tak borani nak poi tompek novel
ish panjang lak komen..macam nak tulih novel lak he he

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)