Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Loading...

Monday, October 21, 2013

Kalau tak tau buat, tak payah la buat.., bodoh...

Assalamualaikum...

Kalau tak tau buat, tak payah la buat.., bodoh...


Hambek kau... Kan dah kena sebijik.. hehh... Apa kau rasa...? Oren...?? Benda ni bukan aku yang cakap kat orang.. Tapi aku yang 'terkena' akibat kesalahan yang orang lain buat.. 


Kisahnya macam ni.. ecehhhh... Ni bukan nak memburukkan sesiapa.. Ni sekadar nak berkongsi pengalaman aku yang menjadi mangsa.. Ni kisah masa aku kerja kat KL dulu.. Lama dah ni.. Lama dah tersimpan dalam hati.. Nak luahkan, bimbang.. Tak luahkan, dada rasa sesak dan sebak.. huhuhu..


Ada seorang kastemer ni, sebelum dia datang kat kedai tempat aku kerja tu, dia dah call dulu boss aku tu.. Rasanya dia memang regular kastemer kat situ.. Akupun tak kenal dengan kastemer boss aku tu sebab aku baru je kerja kat situ.. Dia datang dengan suami dia..


Masa dia datang, dari luar lagi dia dah terjerit-jerit bagi salam.. Pintu pulak berkunci.. Maklum la, kedai tepi jalan utama.. Selagi pintu tak dibuka, selagi tu la dia dok panggil boss aku tu.. Bingit aiihh telinga..


Lepas tu, bila dia masuk je, terus je dia membebel.. Dia bersungut sebab jahitan silang pangkah kat bawah baju dia tu terbuka.. Sambil dia bersungut tu, dia dengan suami dia pandang kat arah aku yang tengah menjahit kat sudut ruang tu.. Cara dorang pandang aku tu seolah-olah aku yang menjahit baju tu.. Kalau dalam bahasa novel, pandangan tu dinamakan pandangan sinis... hehh..


Lepas tu, boss aku tu pun ambil la baju tu dan mula berjalan ke arah aku.. Sambil berjalan tu, boss aku tu cakap, awak ke yang jahit baju ni..? Belum sempat aku menjawab, aku terdengar si kastemer tadi membebel lagi.. Dia kata, kalau tak tau nak buat, tak payah la buat.., bodoh.. Pastu suami diapun sama menyampuk.. Katanya, menyusahkan orang je..


Aku yang mendengar ni terus la hangin.. Aku dah rasa muka aku ni panas semacam je.. Muka aku yang jenis serius manjang ni dah tukar menjadi masam-masam kelat dah.. hehh... Terus aku cakap kat boss aku tu.. Aku cakap camni, baju tu pun saya tak pernah nampak, macam mana pulak saya boleh jahit..? Tengokpun tak pernah... 


Mungkin boss aku tu dah mula rasa suara aku tegang, terus dia cakap, ni jahitan silang pangkah dia dah terbukak ni haa.. Sikit je terbukaknya... Akupun balas, selama saya habis belajar menjahit, saya tak pernah jahit silang pangkah.. Saya selalu jahit sembat susup je.. Sambil bercakap tu, aku pandang tepat ke arah muka pasangan suami isteri yang bajet bagus tu.. Aku pandang dengan pandangan nak telan je dorang tu.. haha.. Terus semua terdiam sekejap.. 


Lepas tu boss aku tu pun cakap la, mungkin ni pekerja yang sorang lagi tu yang buat.. Dia ni menjahit kat rumah sebab dia dah kawen, tak boleh menjahit kat kedai.. Selama aku kerja kat situ, akupun tak kenal siapa pekerja yang lagi sorang tu.. Bila boss aku dah cakap macam tu, terus je si kastemer tadi terkebil-kebil menahan kemaluan.. Tu la, lain kali jangan sesuka hati je nak sembur orang.. Kan sendiri yang terkena balik.. 


Iya, aku memang bodoh.. Aku takde degree macam awak. Tapi sebodoh-bodoh akupun, boleh jugak aku menjahit baju untuk menutupi kekurangan yang ada kat badan orang.. Secerdik-cerdik awak, terpaksa upah orang untuk menjahit pakaian bagi menutupi segala kekurangan yang ada pada badan sendiri.. 



0 Tukang Tembak:

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »